Pesan papa :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t.?
Moga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Walaupun esiment masih bertingkat-tingkat, pembentangan masih tak jalan, exam dalam perjalanan, tetap gigih jugak tengah-tengah malam ni menulis di teratak Indah_Tarbiyah ni. Huhu.. Serius rindu nak menulis dan berkongsi ilmu mahupun kisah-kisah kehidupan (pengalaman) Indah dengan kalian. Lepas ni kita nak bahasakan diri sebagai Indah la. Boleh kan? ^_^ Hehe..

Malam ni tekad nak menulis jugak. Sebab ada 'perkongsian' yang cukup penting nak dikongsikan dengan kalian semua. Ha..? Acu cuba teka apa dia! Hehe.. Surprise gitu kan.

Kemarin kami satu keluarga balik kampung. Lama tak balik jumpa ummi gan atuk kat Jeli. So, otw balik kg, dalam kereta tu.. Indah borak-borak la dengan mama & papa. Indah nie memang suka bercerita, apa-apa je yang berlaku kat U pasti akan cerita kat mama gan papa. Kawan-kawan Indah pun dyeorang kenal, tak kira lelaki ke perempuan ke, semua Indah ceritakan pada dyeorang. Even soal hati & perasaan pun Indah kongsikan. Seronok tau kongsi cerita dengan mak ayah ni. Rugi kalian tak cuba! Ehehe.. Bila mak ayah tahu pasal anak dyeorang, dyeorang akan lebih percaya dengan apa yang kita buat. Dalam masa yang sama, dyeorang akan bagi nasihat jika apa yang kita buat tu salah ataupun perlu pada penambahbaikan. Faham?

Ok.. Baca lagi ^^
Mula-mula borak tu, Indah cerita la pasal orang yang berkerja sebagai usahawan dalam perniagaan. Gaji tinggi. Ada juga orang yang kerja di luar negara, gaji tinggi tapi balik Malaysia jarang-jarang sebab komitmen kerja. Tengah-tengah sembang tu papa mencelah. Papa cakap,
Seronok ke kerja gaji mahal-mahal tapi takde masa dengan keluarga? Seronok ke hidup mewah tapi tak bahagia? Asyik fikir nak tambah lagi harta, nak jaga macam mana duit yang banyak tu? Seronok ke hidup mewah, mak ayah kerja gaji mahal, hebat-hebat tapi kehidupan macam takde mak ayah. Mak ayah asyik sibuk cari harta, duit. Anak-anak kat rumah bibik yang jaga. Langsung takde masa gan anak-anak. Macam mana rasanya? Allahurabbi.. Walaupun kita ni hidup tak mewah macam orang lain, tapi kita tak susah. Kita bahagia dengan apa yang ada sekarang ni. Makan cukup, keperluan lain pun cukup. Kita ada masa bersama. Bayangkan orang lain yang ada ayah tapi macam takde ayah. Ayah dyeorang langsung takde masa nak sembang-sembang ataupun luangkan masa dengan anak-anak. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada sekarang ni. Along, awak pun kena ingat! Umur dah 21. Nak cari pasangan tu, cari yang elok. Bukan sekarang la.. tunggu 5 tahun lagi. Habis belajar dan kerja dulu. Kalau tak... *Sempat lagi papa kasi warning!!haha... Bukan cari yang 'kejar duit' je. Kita nak kehidupan yang bahagia, berkualiti dengan keluarga.

Lagi satu, awak belajar, ada ilmu, praktikkan ilmu-ilmu yang awak ada. Tak guna ada ilmu, tapi tak praktik. Sia-sia je! Tengok semula kat mana salah awak. Perbaiki. Tak guna nak kahwin nanti baru sibuk nak berubah! Tak jadi! Ubah dari sekarang. Bila dah berubah, istiqamah la.. Jangan kejap berubah, kejap tak, kemudian ulang balik kesalahan yang lama. Tengok mama awak macam mana! Mama pandai masak, rajin, pandai mengemas, itu ini.. *Banyak papa puji mama. Mama gelak je kat sebelah. Untunglah kan. Punya suami macam papa. So sweeett... Sapa tak cair? ehehe... ^^
Ok, sambung lagi. Awak ni... *papa dah sebut satu-satu salah Indah kat mana. Sentap jugak. Tapi kena terima hakikat. Memang banyak lagi yang perlu diperbaiki. Nak jadi isteri orang ni bukan senang! Dush... Huhu..
Part paling kelakar bila papa cakap, ok mula-mula kahwin goreng jemput-jemput, suami terima lagi. Lepas tu, jemput-jemput lagi. Lagi dan lagi.. Tiap-tiap hari makan jemput-jemput memang tak la kan. Ahaha.. bab jemput-jemput ni memang takleh lari, asyik kena sindir je. Huhu.. Kita memang suka goreng jemput-jemput, sebab tu papa suka sindir. Nasiblah kan. Mama pun asyik gelak je, huhu..

Masa dengar nasihat dari papa, sebak sangat, bukan sebab kena sindir tau, tapi tahan air mata dari keluar sebab rasa bersyukur sangat punya papa yang sentiasa ada bersama susah senang. Papa tak lokek berkongsi ilmu-ilmu kehidupan. Papa selalu bagi semangat untuk terus kuat, papa selalu tunjukkan arah kehidupan. Ada orang tak suka kan maka ayah asyik pandu kehidupan dia. Tapi, jujur. Indah lebih senang kalau mama dengan papa yang bantu Indah. Oh.. ni mesti sebab tak pandai nak berdikari kan! Ish.. bukan tak pandai berdikari. Tapi, kami adik-beradik lebih yakin bila buat sesuatu tu disusuli dengan restu mama & papa. Jalan yang akan kami tempuh tu rasa lebih senang. Ingat tak? Reda Allah s.w.t. itu terletak pada reda mak ayah akan. Everything become smooth. Tak tipu. Lepas ni cuba kalian try, nak buat sesuatu tu, cuba minta pandangan mak ayah kalian. Apa reaksi dyeorang? Mak ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat kita kan. Kalau ada pandangan mereka yang bertentangan dengan kehendak kita, jelakan pulak pandangan kita. Biar mereka tahu. Kemudian, sama-sama fikirkan pandangan mana yang terbaik. Jalan penyelesaian mana yang perlu diambil. Itu lebih berkat tau.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian untuk kali ni. Moga ada manfaatnya. Ada yang tak jelas ke dengan apa yang Indah cerita kat atas tu? Hehe.. 
Pointnye adalah 'pentingnya punya kualiti masa dengan keluarga, tak guna ada harta melimpah ruah tapi keluarga terabai. Point tambahan pulak, nak cari pasangan pun cari yang elok-elok, jadi isteri yang solehah, buat si gadis yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, persiapkan diri sebaiknya. Baiki segala kelemahan diri. Jangan nak kahwin baru berubah! Ha.. itu pesan papa. Hehe..

Oklah.. dah lewat sangat ni.
Indah undur diri dulu ye :)
Kita jumpa di lain hari.. In shaa Allah.

Doakan moga lepas ni ada lagi perkongsian-perkongsian dari Indah buat kalian.
Ingat..!
Segala tarbiah (didikan) dari Ilahi itu, datang dalam pelbagai cara! 
Dan segala didikan dari-Nya itu sangatlah indah!
Dia merancang dengan cinta & juga cita-cita.
Ayuh.. kejar reda-Nya.
Moga bawa ke syurga. 
Ameen..
Sayang kalian Lillah.


"Kongsikanlah kebaikan. 
Moga dengan kebaikan itu, 
ada manfaatnya pada yang lain."
#Indah_Tarbiyah
#InspiringUmmahbyMuslimah

3# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah.

Perkongsian untuk kali ini diambil dari apa yg dibincangkn oleh kami sekeluarga.
Biasalah.. masa makan adalah masa yg baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kan ^^ Selesai shj makan, papa mama mulakan bicara.

Orang Islam ni kalau bab bersedekah, bagi sumbangan memang laju kan. Sebab tu sekarang dh banyak pondok2 moden. Kejap je dah siap bangunan. Ramai yg menderma. Saya pun mencelah. Betullah tu. Tapi pensyarah along ada bagitahu, silapnya orang kita ni apabila terlepas pandang pada "Rumah Orang-orang Tua". Pada masjid, anak2 yatim, pondok.. itu dah terjaga. Tapi kita lupa pd rumah orang2 tua. Sebab tu sekarang ni sumbangan terbesar bagi rumah orang2 tua dimonopoli oleh orang bukan Islam. ikut kajian & peratusannya memang begitu. Mereka lebih aktif dlm menjaga kebajikan orang2 tua. Papa mnyambung, hmmm... sepatutnya tak timbul rumah panjagaan orang2 tua ni. Bagaimana sebenarnya Islan mendidik kita? Bagaimana boleh timbul isu si anak mengabaikan tanggungjawabnya pada ibu & ayah? Mengapa ibu & ayah tidak dijaga sedangkan selama mereka membesar ibu & ayahlah yg bersusah payah bergadai semuanya utk melihat si anak membesar & berjaya?

Tambah papa lagi, tapi nak salahkan si anak juga tak boleh. Kena tahu juga kenapa mereka berkelakuan sebegitu kepada ibu & ayah? Terkadang disebabkan kisah lalu, anak2 sejak kecil lagi diabaikan oleh ibu bapa, kurang kasih sayang, tapi bila dah tua baru ibu ayah sibuk mencari semula anak2 mereka. Nak salahkan siapa?
Fikir2kan...

Pernah saya melihat satu video yg diviralkan di whatsapp.
Kisah keluarga Arab, anak lelakinya sedang sibuk melukis, si ayah memuji akan lukisan anaknya.
Apa yg kamu lukiskan ni?
Saya sedang melukis rumah kita.
Mengapa bilik ini sangat kecil dibandingkan dengan bilik2 yg lain?
Ini bilik ayah.
Tersentap ayahnya. Bilik yg dilukiskan itu adalah biliknya. Lantas dia mengenang kembali apa yg berlaku. Saat ini dia punya rumah yg besar.Namun, dia membiarkan ayah kandungnya iaitu datuk kpd anak2nya itu tinggal di satu bilik yg kecil di luar drpd rumahnya yg besar itu.
Jelaslah bahawa.. tindakannya yg mengabaikan ayahnya telah dilihat oleh anaknya. Anaknya pula kelak ingin melakukan prkara yg sama kpdnya. Inilah balasan yg setimpal dgn apa yg telah dia lakukan.

Lantas, dia terus keluar rumah & berjumpa dgn ayahnya. Diajak si tua itu kembali bersama dgn keluarganya di dalam rumah yg gah dan besar itu. AlhamduliLlah.. akhirnya mereka sekeluarga kembali bersama. Dan si anak kecil tadi apabila melihat datuknya bersama dgn ayahnya, maka dia memadamkan semula apa yg telah dilukisnya. Dipadamkan gambar bilik yg kecil itu.

Subhanallah... lihatlah.
Bagaimana didikan itu berlaku? Besar peranan ibu & ayah. Papa pesan.. nanti bila dah bekerja, dah bekeluarga. carilah masa yg 'berharga' dgn keluarga. Walaupun sekejap masa yg ada, pastikan ada nilai pdnya, manfaatkan sebaik mungkin masa yg ada utk bersama keluarga. Kualiti itu lebih penting jika nak dibandingkan dgn kuantiti kan. Saya mencelah, nanti bila nak kahwin, along akan pasang perjanjian siap2. Ha.. along nak kerja lepas kahwin. Papa.. itu terpulang pada along. Mana yg baik. Jika suami dah mampu menanggung perbelanjaan isi rumah & keperluan si isteri sebaiknya di rumah menjaga & mendidik anak2. Tapi kalau sebaliknya, pun tak mengapa. Asalkan tahu bagaimana membahagikan masa utk keluarga, mendidik anak2 dll... Dari situlah lahirnya keluarga yg sakinah wa mawaddah.

Berbalik kpd apa yg dibincangkn sebelum ini, pengajarannya:
-ringankan tulang & infaklah harta kpd jalan kebaikan.
-bersamalah dlm membantu meringankan beban yg oleh saudara seIslam kita yg lainnya.
-jalankan tanggungjawab sebagai ibu ayah & juga sebagai anak dgn sebaiknya.
-bersatulah & binalah keluarga yg kasihi oleh Allah s.w.t.
Keluarga tercinta!
Moga kita bisa bertemu kelak di syurga Firdausi-Nya.
Ameen...
Dan juga,
walaupun sekecil apa kebaikan yg dilakukan,
hatta bersedekah dengan hanya 10 sen,
moga ianya asbab kita menuju syurga Ilahi.
In shaa Allah...
Yakin.
Rezeki & kebahagiaan itu adalah milik Dia.
Diberi pinjam kepada kita, cuma sementara.
Sampai masanya, diambil kembali.


Wallahua'lam.
Moga bermanfaat. ^^

#Indah_Tarbiyah
#InspiringUmmahbyMuslimah

2# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Bismillah...
Perkongsian seterusnya buat akhowat yang dimuliakan.

Dear Akhowat.
Hati kita ini mudah terusik kan.
Benar @ tidak? Lantas, bagaimana caranya mahu 'Menjaga' & 'Merawat'nya?

Pernah diberi peringatan:
"mata akhowat ini ibaratnya seperti radar. Pasti ada saja sasaran yang akan menepati ciri-ciri kemahuannya. Dikesan melalui radarnya, lantas bawa rasa suka itu ke hati. Terusik." Begitulah kebiasaannya! Sekadar suka, bahkan ada juga yang terlebih suka. Mulalah terbayang-bayang, menganggu ruang minda si akhowat. Membuat dirinya tidak keruan saat bertemu.

Dear akhowat. Ini nasihat buatku & juga dirimu.
1) usahakan yang terbaik buat mengawal radarmu itu.
2) terjaga radar, terjagalah hatimu.

Mudah bukan. Tapi tidaklah semudah saat dipraktikkan. Mujahadah saat ini sangat-sangat memerlukanmu untuk terus qowwiy & bergantung harap pada-Nya.

Andai terusik hatimu & belum tiba waktunya.. Jagalah.
Andai terusik hatimu, mohonlah pada-Nya.. Agar dijaga rasa suka itu. Tidak terpesong & mengotorkan hatimu.
Andai terusik hatimu, didiklah ia agar mengingati Tuhanmu saat itu juga. Lawan.
Andai terusik hatimu, ingatkan ia pada hal-hal lain yang boleh menyibukkan dirimu.
Andai terusik hatimu, pesanlah padanya. Jika dirimu menyerahkn hati pada yang bukan selayaknya, boleh jadi 'dia' yang telah ditakdirkan buatmu juga melakukan perkara yang sama. Telah menyerahkan hatinya terlebih dahulu pada orang lain sebelum dirimu. WanauzubilLah..
Andai terusik hatimu, istighfarlah. Bersihkan setiap bintik hitam yang mula menapakinya.
Andai terusik hatimu, ceritakan pada temanmu, ustazah, orang yang kau percaya. Dapatkan nasihat mereka. Biarkan mereka mengingatkanmu saat dirimu alpa.

Ayuh akhowat! Kita cuba jaga hati kita. Jauh dari maksiat. Agar kita cinta pada kebaikan. Agar mudah ilmu lekat padanya. Ilmu itu cahaya. Dan ia tidak akan pergi pada hati yang hitam & gelap. Dan agar Allah meredai hati-hati yang sentiasa ingat pada-Nya dalam apa jua yang dilakukan.
In shaa Allah.. Bangkit. Bangkit.
Duhai akhowat!

Moga bermanfaat...
Salam ukhuwwah. Salam Mahabbah.

#Indah_Tarbiyah #diariseorangmujahidah #dongibapkipidap #TeamOhsem #kitaikutcarakita #searching4MardotiLlah #JagalahHatiJanganKauKotori #LanteraHidupIni #inspiringUmmahByMuslimah

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Assalamualaikum semua.
Lama tak kongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat semua kan..
Ini special gift tau ! Saya 'create' khas buat kalian terutamanya #TeamIndah_Tarbiyah ...
Eh..? Ada team ke...?
Ehehe.. Iyelah.. team 'kite-kite aje'. Siapakah gerangannya?

Jeng... Jeng... Jeng...
Duhai akhowat jameelah.. bingkisan ini khas buat nti ^^
Iye.. nti yang bergelar Muslimah !
In shaa Allah... kita sama-sama usaha buat yang terbaik. Jadi yang terbaik ! Lillah.

Ha..!
Buat 'teamkgsebelah' a.k.a 'teambolasepak'...
Moga apa yang dikongsikan ini juga bermanfaat. Sudah pasti ada antara kalian yang ada adik mahupun kakak kan, kongsikan ilmu ini dengan mereka. Bantulah mereka untuk menjadi yang solehah.. Besar ganjaran pahalanya ! Ingat.. kelak kalian juga akan dipertanggungjawabkan dengan amanah dalam mendidik mereka. Benar kan..?

Selamat Membaca...

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Bila dah kerja, walaupun baru 'kerja sementara'.. Kepenatannya tetap terasa. Masuk pukul 8 pagi dan pulang pukul 6 petang. Mase mula-mula kerja dulu, malam totally saya akan tidur awal. Tak boleh nak buat bende laen dah. Penat sangat rasanya. Hehe.. Sekarang ni baru boleh control cikit rasa mengantuk dan penat tu. First job, first experience kan!

Selalu saja terfikir & acap kali juga luahkan pada Mama, pendengar setia apa jua masalah..
"ni along tak kawen lagi.. Keje je dah penat camni. Nanti bile dah kawen camne la agaknya? Ada anak lagi.. Suami lagi? Entah terjage entah tidak. "

Seriusly.. Takut sangat!! Saya memang respect dengan akhowat yang kawen muda, belajar, jaga keluarga @ dengan akhowat yang berkeluarga tapi on de same time ada mase sibuk dengan lapangan dakwah! Tetap turun membantu walaupun anak-anak masih kecil.. Bahkan ada di antara mereka yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi dengan membawa anak-anak mereka menghadiri kuliah-kuliah agama, buat kerja masyarakat, pergi ke masjid dan sebagainya. Hebat cara mereka membahagikan masa yang mereka ada! Ada masa buat keluarga dan juga ada masa bersama masyarakat, berbakti.

Teringin sangat nak face to face dengan insan-insan istimewa ni.. Nak minte tips-tips yang berguna. Hehe.. Persediaan untuk mase depan. Betul tak???

Sebab tu, ustz kat kolej pernah pesan. Nak manage mase kita, listkan tanggungjawab yang kita ada. Sebagai contoh.. If kita ni seorang anak & masih belajar, ambil satu kertas dan buat dua column atas kertas tu. Column pertama tulis "Anak" & yang kedue tulis "Pelajar". Then.. kat bawah tu listkn tanggungjawab apa yang perlu dilaksanakan bagi membantu kita menjadi anak yang solehah & pelajar yang berjaya! Bila dah listkn, in shaa Allah kita akan lebih nampak. Kalau dah berkahwin, tambah lagi satu column. Sebagai "Isteri". Listkan apa yang perlu kita lakukan buat jadi isteri yang solehah. Apa yang suami kita mahukan? Kemudian, bila dah bertukar status menjadi seorang "Ibu", tambah lagi satu column seperti yang sebelum ini. Juga listkan tanggungjawab apa yang perlu dilaksanakan buat anak yang disayangi. Fahami sebaiknya tangungjawab-tanggungjawab yang perlu dilakukan. Usahakan yang terbaik demi mencapai reda ibu dan ayah, suami dan juga yang paling penting reda Ilahi. Sudah pasti kebahagiaan itu akan dikecapi. In shaa Allah...

Inilah salah satu tips berharga yang mampu saya kongsikan dengan sahabat-sahabat akhowat mahupun kaum muslimin yang dikasihi. Moga bermanfaat yee.

Salam ukhuwah buat semua ^_^

If perkongsian saya di atas itu ada 'inputnya', usaha kalian untuk kongsikn input tersebut dengan sahabat sahabiah yang laen amatlah dihargai :D

Kongsi... Jangan tak kongsi¡

#Indah_Tarbiyah #diariseorangmujahidah #dongibapkipidap #TeamOhsem #kitaikutcarakita #searching4MardotiLlah #InspiringUmmahbyMuslimah

DOA PERLU BERSENI!

via: Dr Abu Anas Madani

Hati kadang tertanya-tanya “mengapakah doaku sukar diluluskan, sedang si fulan itu pula barang dipinta barang diperoleh.” Apa beza aku dan dia? Mulut sama berlidah, jantung sama berhati, tangan sama menadah, tapi doanya seakan “doa kenamaan” mudah sahaja simakbulkan.

Berdoa adalah suatu seni yang wajib diketahui. Seninya merangkumi seni memilih waktu, tempat, cara aturan bahasa dalam berdoa dan sebagainya. Seni doa banyak sekali, namun bicara kali ini akan menyentuh 2 sahaja:

1) Memenuhi syarat Tuhan Yang Memakbulkan Doa dan meyakini penerimaanNya. Ia seumpama memenuhi syarat pihak yang mahu memberikan bantuan. Isilah borangnya, sediakanlah salinan kad pengenalan, salinan sijil dan sebagainya jika mahu permohonan ditimbang. Usah berangan bantuan bakal menjengah pintu rumah jika borang pun tidak diisi. Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Ertinya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. “MAKA HENDAKLAH MEREKA MENYAHUT SERUANKU (DENGAN MEMATUHI PERINTAHKU), DAN HENDAKLAH MEREKA BERIMAN KEPADAKU” supaya mereka menjadi baik serta betul (al-Baqarah [2:186]).

2) Mengutamakan hak Allah dalam setiap doa. Allah sudah sangat kaya dan tidak memerlukan ibadah kita sebagai hambaNya, namun sikap rendah diri serta tetap meletakkan Allah sebagai keutamaan mampu memacu penerimaan doa. Lihat cara doa beberapa orang Rasul dalam ayat berikut:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Ertinya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. “WAHAI TUHAN KAMI, (MEREKA DITEMPATKAN DI SITU) SUPAYA MEREKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG (DAN MEMAKMURKANNYA DENGAN IBADAT).” Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur (Ibrahim [14:37]).

Gentar hati nabi Ibrahim AS meninggalkan anak isterinya di lembah kontang tidak berpenghuni Mekah, namun dalam doanya baginda mengutamakan hak Allah iaitu AGAR SOLAT Dan PENGAGUNGAN ALLAH SENANTIASA DILAKUKAN OLEH KETURUNANNYA. Doa ini menjadi permohanan 2 dalam 1 iaitu mengutamakan hak Allah yang lantas menjadi sebab anak isterinya diselamatkan. Indah sekali seni ini.

Juga doa nabi Zakariyya memohon anak:

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

Ertinya: Dan sesungguhnya AKU MERASA BIMBANG AKAN KECUAIAN KAUM KERABATKU MENYEMPURNAKAN TUGAS-TUGAS UGAMA SEPENINGGALANKU; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki (Maryam[19:5]).

Walau hasrat utama baginda adalah seorang anak, hak Allah tetap diutamakan. Bimbang sungguh baginda terhakisnya penghayatan agama kaum keluarganya, semakin tidak mengenal Allah. Jika dikurniakan anak pasti akan dididik dengan baik agar mampu menjaga agama Allah pada hati kaum keluarganya.

Inilah antara beberapa contoh seni doa para nabi. Hak Allah diutamakan mengatasi kehendak sendiri. Allah lalu mengkabulkan permohonan mereka.

Selepas ini, jika mahu berdoa, susunlah bahasanya agar hak Allah diutamakan. Jika mahu anak cemerlang dalam peperiksaannya, usah hanya berdoa “Ya Allah, berikan kejayaan cemerlang untuk anakku” sebaliknya sulamilah ia dengan mengutamakan Allah seperti “Ya Allah berikan kejayaan cemerlang untuk anakku agar dia menjadi hambaMu yang bersyukur padaMu dan mampu menegakkan agamaMu di bumi ini.”

Jika mahu keselamatan perjalanan ke kampong ketika cuti, sulamilah dengan indah “Ya Allah berikan keselamatan perjalananku ini kerana aku pulang demi menggembirakan ibu bapaku dan menghubung silaturahim yang Engkau sarankan.”

Semoga praktik seni doa ini akan tambah menjadikan kita semua hamba Allah yang sebenar.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Protector & Cover


A story...
Daughter bought a brand new I phone six. She got a screen protector along and beautiful phone cover as well. She showed her new phone to her dad and the conversation is as follows..
Dad: this is a nice phone. How much did you pay for it?
Daughter: it's 700 dollars for the phone, 20 dollars for the phone cover, 5 dollars for the screen protector.
Dad: oh why did you get the screen protector and the phone cover, you could have saved 25 dollars.
Daughter: dad! I've spent 700 dollars on my phone whats the point if I don't spend 25 dollars for its safety? And more over this cover makes my phone look beautiful.
Dad: is it not an insult to the apple company that it did not make the phone safe enough?
Daughter: no dad! They in fact recommend us to get the screen protector and the phone cover for its safety. And I dint want it to get damaged.
Dad: does it reduce the beauty of the phone?
Daughter: no it doesn't. It makes my phone look more beautiful.
Dad looked at his daughter and smiled lovingly. And said, my daughter you know I love you, you paid 700 dollars for a phone and you spent 25 dollars for its safety.
I've paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on akhirath but my daughter you and me will be questioned.

***
I've paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on akhirath but my daughter you and me will be questioned.

YOUR RESPONSIBILITY... AKHOWAT!

Jalan dakwah, banyak cabangnya.

Bismillahirrahmanirrahim...


Jalan dakwah, banyak cabangnya.

Pilih saja mengikut minatmu serta kemampuanmu.
Ada yang petah berkata-kata, mampu memukau setiap dari mereka yang mendengarnya, 
ada juga punya idea mencurah-curah lalu dijadikan ia sebagai tulisan-tulisan yang mampu mengetarkan jiwa pembaca, 
ada yang punya keringat gagah ke sana ke mari membantu sedaya yang mampu, 
ada yang penuh sakunya lantas dihulurkn kepada mereka yang memerlukan, 
ada yang punya waktu dimanfaatkan masanya bersama jiwa-jiwa yang kekosongan. 
Begitulah kita sepatutnya! 
Menyedari akan kemampuan diri, lalu mengunakan anugerah itu demi kepentingan bersama.

Pesan Murobbi:
"Biar letih. Moga keletihan itu akan jadi saksi di sana kelak. Biiznillah.."

Jiwa yang diajar, 
dipupuk agar mencintai jalan dakwah, 
pasti akan merinduinya walaupun berjauhan cuma seketika. 
Moga kita dipilih oleh-Nya utk terus berada pada jalan ini. 
Moga inilah pelaburan yang bisa menguntungkan kita, di dunia dan juga akhirat. 
Allahumma ameen..

'Don't bang the door. Find the 'Key'

SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA 'MAGIK' TERSEBUT: 'SHORT CUT' UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya share baru-baru ini mendapat hampir 1600 shares. Semoga anda yang membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari Tuhan.

Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D.

Tapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia 'mudah berjaya' tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible. Sehingga sekarang saya masih ter-"wow" dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D 'without amendment'.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Di situlah saya belajar 'magiknya pertolongan Tuhan'. Ia satu kisah yang sering saya ulang-ulang di hadapan anak didik. Kerana kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak pandai mana. Bukan begitu. Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita perlu tahu 'rahsia'nya. Rahsia untuk membuka pintu kejayaan dengan mudah.

'Don't bang the door. Find the 'Key'

Kali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang sudi singgah dan membaca perkongsian kecil ini. Kisahnya agak panjang, tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat bagaimana 'magik' dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya itulah yang saya alami kini setiap hari.
.
.
INGIN TAHU 'SHORT CUT' UNTUK MERAIH KEJAYAAN?

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan ceramah ‘Ihya’ Ramadhan’ kepada warga Malaysia di bumi Canterbury, New Zealand, suami bertanya,

“Mana pergi adik-adik undergrad kita? Kenapa diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka yang sama”

Memang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program berlangsung kelihatan sunyi tanpa kehadiran adik-adik undergraduate. Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya, adalah pelajar-pelajar Master dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga.

Suasana dalam kereta sunyi sepi sebentar.

“Ada aktiviti di universiti kot” jawab suami apabila melihat saya tidak memberi sebarang jawapan. Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan.

Bukan saya tidak memberi perhatian. Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang undergraduate di University of Minnesota terselak satu per satu.

‘Dulu saya pun macam tu’ – jawab saya jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.

Benar, hampir setiap kali ada program dianjurkan saya hanya buat ‘donno’. Bukan itu saja, saya memilih untuk tidak mahu terlibat dalam jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya memegang jawatan ‘Vice President’ . Apabila kawan meminta tolong, saya banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri.

‘Lebih baik aku belajar. Semester ni aku mesti dapatkan ‘4-flat’ lagi.’ Begitulah selalunya suara kecil dalam diri saya berkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak join. Saya di mana? Belajar.

Astaghfirullahal’azim.

Betapa teruknya sikap saya waktu itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan. Kerana di fikiran saya, apabila disebut ‘usaha tangga kejayaan’ saya memahaminya macam rumus matematik: 1+1=2. Bahasa mudahnya, makin banyak berusaha makin mudah berjaya.

Semakin banyak spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A lebih besar. Umpamanya 30+50 = 80.

Sedangkan kalau terlibat dengan aktiviti persatuan, tentulah kurang masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi. Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula.

‘Nanti tak score pula. Lebih baik focus untuk belajar.’ Begitulah saya mencongak-congak di fikiran.

Selepas berusaha sehabis baik, saya akan buat solat hajat sebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong semasa menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya dapat A. Begitulah cara saya bertawakal.

Masa itu saya rasa kejayaan ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun pintu itu berkunci dan saya perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan ‘Formula 80/20’: 80% usaha, 20% tawakal. Banyakkan usaha, insha Allah lebih mudah ‘pintu’ terbuka.

Namun secara jujurnya, perasaan saya amat tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang sebenarnya ‘formula’ rajin saya tidak tepat.

I was actually banging the door.
.
.
Apabila saya buat Ph.d, ternyata ‘pintu’ kejayaan itu lebih kebal.

Walau macamana saya cuba berhempas pulas, ia tetap tidak mahu terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya ‘tak boleh pakai’ untuk hasilkan tesis Ph.D saya.

Nampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan password, tapi saya tak tahu apakah ia.

Kali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya ingin saja melupakan niat utk membuka pintu itu.

Saya hilang punca. Buntu.

Dalam keadaan ‘frust’ itu saya mengadu pada suami yang ketika itu baru selesai mengimamkan solat maghrib kami. Saya sangkakan beliau akan beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain yang lebih pakar, cari buku lain yang lebih bagus, atau jom kita pergi bercuti sekejap untuk ‘refresh’ minda.

Tapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan saya:

“Mama dah belajar, buat kajian siang malam. Dah terlebih rajin dah babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama tu” katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk tidak berganjak.

‘Buat benda lain?’ saya bertanya dalam hati, confused dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut-kerut dahi saya cuba memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di tepinya.

Baru saja ingin bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi jawapannya: “Babah rasa ada eloknya mama organize usrah untuk muslimat. Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok.” Cadang suami.

Matanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak dan dibaca. Begitulah suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib menjadi rutinnya setiap hari.

Sambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? ‘Lagilah terkandas kajian mama nanti’ saya mendengus perlahan.

Suami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. “Mama, kita memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga ‘dijemput’” katanya lembut sambil pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut di fikiran isterinya ini.

‘Dijemput’? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati ‘Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya ada idea nak proceed macamana. Kepala tengah berasap’

“Ok” jawab saya perlahan sebelum membuka telekung.

Begitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di kalangan kakak-kakak dan adik-adik yang sama-sama sedang buat Master dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan untuk tujuan itu: cari bahan, prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya juga join kelas tajwid yang diajarkan oleh seorang sister berbangsa Arab.

Akibatnya, waktu saya di universiti menjadi berkurangan. Kalau sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5 petang, kali ini jadual belajar saya tidak sepenuh itu. Ada beberapa jam yang saya ‘tak nampak muka’ di universiti.

Tapi yang menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba menjadi lebih efisyen. Idea datang tanpa disangka, umpama hujan yang turun dari langit secara tiba-tiba di tengahari yang panas. Alhamdulillah, akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.

‘Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah’ teriak saya dalam hati setiap kali urusan kajian saya dipermudahkanNya.

Masha Allah, umpama magik, ‘pintu’ kebal itu terbuka sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya. Kerana saya sudah menemui ‘password’nya!

Sehingga sekarang saya masih ter-"wow" dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D 'without amendment'. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam impossible? 'Now Dia bagi lulus tanpa pembetulan? Masha Allah...'

Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata "nampak rileks je tadi"..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu - semuanya Allah punya kerja.

Baru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan perlu dijemput. Betul usaha kita belajar perlu sehabis baik. Tapi jangan kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada ‘kunci’ untuk membuka pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahu ‘password’ pintu itu dan anytime Allah boleh tolong buka jika Dia mahu.

Itulah the power of ‘Kun Fayakun’ milik Tuhan.

Baru saya sedar betapa bodohnya saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat pointer ‘4-flat’ itu tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya fikir saya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri, berhempas pulas untuk membuka ‘pintu’ kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri. Bahkan sehingga mengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan mengabaikan program-program lain yang penuh barokah.

Sedangkan Tuhan sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar ‘pasukan tentera’Nya untuk membantu.

‘Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.’ (Hadis riwayat Muslim)

Inilah teknik ‘beyond’ rajin yang saya ingin saya kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki tangga-tangga mencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup. Kita perlu juga rajin ‘menjemput’ kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan kepada orang lain.

Pakar motivasi dari Barat menyebutnya sebagai ‘the power of servicing others.’

Begitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20 tapi sebaliknya: 20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi usaha mereka yang terbaik itu sebenarnya hanya mewakili 20%. Selebihnya 80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk ‘menjemput’ kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan aktiviti amal kebajikan.

Pendek kata, buat perkara-perkara lain yang Allah suka.

Nantinya, walaupun waktu ulangkaji jadi sedikit berkurangan, percayalah kita akan lebih mudah faham. Lebih mudah jawab soalan ketika peperiksaan. Lebih mudah score.

Para pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan tetapi dalam kebaikan itu, diberiNya kita ribuan manfaat.

Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.

'Don't bang the door. Find the 'Key'

FB: Dr Siti Ujila Official
12 Jun 2015

Kisah Ammar dan berus sabut!

Selepas Hari Raya dua tahun yang sudah, pada bulan September tahun 2013, ketika Ammar sedang bersiap untuk pulang ke Turki menyambung pelajarannya, dia meminta emaknya membelikan sesuatu yang pelik bagiku. Ya! pelik bagiku, kerana yang dipesannya ialah untuk membeli berus sabut dan berus dawai untuk dibawa ke Turki!

Untuk apa Ammar? Jawapnya ringkas, " Untuk cuci tandas ".

Aku bingung seketika! Mengapa ya ? Lazimnya para pelajar luar negara yang akan pulang semula menyambung pelajaran akan membawa pulang sejumlah makanan kegemaran yang tiada diluar negara, membeli pakaian tertentu atau barangan yang hanya ada di Malaysia.

Begitulah yang aku lakukan semasa pulang bercuti tika belajar di Amerika Syarikat dulu.

Setelah Ammar pulang ke RahmatuLlah, kerap aku dan isteri ke Istanbul menziarahi pusaranya dan tiap kesempatan akan menziarahi Madrasah Hayrat Vakfi untuk mengerat silaturrahim dan menggali khazanah Risalah An Nur dari para Hoca yang menjadi guru Ammar.

Akhirnya baru aku faham akan permintaan pelik tersebut. Rupanya amalan mencuci tandas, tempat buangan kotoran manusia, adalah salah satu usaha pembersihan hati dan menjaga keikhlasan diri agar hati sentiasa dididik berbuat sesuatu mestilah kerana ALlah SWT semata-mata.

Sekiranya hati terpalit dengan perasaan mazmumah saperti bersangka buruk sesama insan dan apalagi bersangka buruk dengan ALlah SWT saperti banyak mengeluh dan kecewa akan takdir ILahi, atau terdetik seketika perasaan bangga diri dan sombong, maka rawatannya ialah dengan mencuci tandas!

SubhanaLlah, mungkin inilah rahsianya maka tandas di Madrasah Hayrat begitu bersih sekali. Begitu juga Ku dapati Madrasah- madrasah selain Hayrat yang banyak di Turki.

Bukankah kebersihan itu sebahagian dari Iman?






Kisah diambil dari Fb ayahanda Ahmad Ammar --> Ahmad Azam Ab Rahman

Ukhti aku ingin berhijab..

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ukhti aku ingin berhijab, tapi mengapa rasanya susah sekali"
"Ka, aku ingin berhijab tapi harus darimana dulu aku memulainya"
"Ukhti, aku ingin berhijab tapi orang tua tidak mendukung aku buat berhijab"
"Ukhti, aku ingin berhijab tapi aku takut sahabat2ku menjauhiku"
.
Begitu banyak pertanyaan-pertanyaan yg mereka lontarkan. Namun, saya kagum dengan mereka karena dalam hati mereka punya keinginan untuk berhijab.
.
Ukhtiku, jangan takut pada apapun atau pada siapapun untuk berhijab. Namun, takutlah pada Allah. Perbaiki niat, luruskan niat hanya untuk mencari Ridha Allah bukan yg lain. InsyaAllah segala sesuatunya akan dimudahkan olehNya Aamiin.
.
Ukhti, ketika dalam hatimu ada keinginan untuk berhijab. Maka pakailah hijab itu, karena mungkin itu adalah sebuah hidayah dariNya untukmu. Maka janganlah untuk menolak atau menjauhi hidayah itu. Namun, kejar & raihlah hidayah itu. Bismillah sayang...
Luruskan niat, perbaiki niat Lillahita'ala.
.
Ukhtiku, hijab itu perintah dari Allah yang wajib kita pakai sebagai seorang muslimah. Kalau hukumnya sudah wajib, namun kita tidak melaksanakan itu tentu Nerakalah yg akan kita dapatkan di Akhirat nanti. Naudzubillah....
Apalagi jika seorang ayah tidak menegur anaknya. ketika melihat anaknya tidak memakai hijab, melangkahkan kaki keluar rumah1langkah saja maka nerakalah yg akan membawanya nanti.
.
Selagi Allah beri kita umur, mari ukhtiku kita mulai untuk memakai hijab. Jangan ada lagi kata sulit, jangan ada lagi kata takut. Bismillah sayang, Allah selalu bersama kita. Allah sedang menunggu kita. Buat Allah tersenyum melihat kita memakai hijab itu... Tidak mengapa kita terlihat biasa didepan manusiaNya, namun terlihat cantik didepan Allah Subhanahuwata'ala ^_^



Sekian.

Hidup Berpersatuan, Jangan Jadi Fitnah Padanya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa di tingkatan 4 & 5, saya gagal untuk bahagikan masa study dengan masa bermain dan lain-lain kerja.. Ter'over' seronok dengan kerja lain sampai, kurang masa untuk study. Last minute baru terkejar-kejar.

Masa di kampus, juga terlibat dengan gerak kerja berpersatuan. Parents pun naik risau takut saya tertinggal pelajaran. Tapi.. Alhamdulillah.. Sepanjang berpersatuan, saya & sahabat sahabiah sering kali diingatkan agar tidak mengabaikan pelajaran kami di samping aktif berpersatuan. Kami diingatkan agar tidak menjadi 'fitnah' kepada persatuan.

Sibuk berpersatuan hinggakan pelajaran terabai.. Nak salah persatuan ke? Tidak.. Kesalahan itu ditanggung oleh individu itu sendiri. Kerana dia sendiri kurang ambil cakna akan masanya, tanggungjawabnya.

Tipu kalau kata tak stress..! Sebelum berpersatuan, ada masa naik library, ada masa balik bilik, ada masa study dengan kawan-kawan.. Tapi bila dah berpersatuan, terkadang kurang masa & masa yang ada pun digunakan untuk selesaikan gerak kerja persatuan. Di situlah pengorbanannya. Masa yang ada tak sama dengan masa orang lain. Diri sendiri pun ibaratnya seperti 'chipsmore'! Kejap ada, kejap tiada. Nak mengharapkan orang faham diri kita, terkadang mereka tak mampu untuk faham.. Sebab mereka tiada di tempat kita. Tak boleh nak salahkan mereka juga.

Lantas.. bagaimana diri masih lagi 'qawwiy' berjuang? Doa. Mohon agar diberikan kekuatan. Itu satu-satunya senjata yang paling ampuh. Kekuatannya bergantung pada kesungguhan individu itu sendiri. Bila solat berjemaah bersama sahabat pimpinan, seringkali rasa sebak.. usai sahaja solat, dalam doa mereka pasti ada mereka mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan serta keberkatan dalam gerak kerja yang dilakukan.

Dah tahu masa yang ada tidak mencukupi untuk study, untuk gerak kerja persatuan, lalu tatkala waktu study.. Sebelum mula study, mohon pada Allah. Semoga masa yang terhad ini, walaupun sekejap sahaja, mampu diri manfaatkan sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran. Semoga ilmu-ilmu yang dipelajari ini mudah untuk difahami, diingati serta semoga ianya juga akan mendatangkan kebaikan pada diri & orang lain jua. Yakinlah dengan apa yang diminta. Sepenuhnya pengharapan pada Ilahi.

In shaa Allah.. Baik-baik sahaja semuanya. Yakinlah!
Dalam apa jua yang dilakukan niatlah kerana-Nya. Mudah-mudahan setiap langkah bahkan segala perit jerih tatkala melaksanakan amanah belajar & juga berpersatuan itu ada nilai di sisi-Nya. Ameen..

Kata pensyarah saya:
"Tak salah kamu nak berpersatuan, kalau takde yang nak buat gerak kerja persatuan, siapa yang nak jaga kebajikan pelajar? Camne nak adanya program-program yang bermanfaat buat mereka? Andai terpilih buat jalankan amanah dalam persatuan, lakukan dengan sebaiknya. In shaa Allah.. Bantuan Allah sentiasa ada. Tapi perlu diingatkan. Jawatan itu jangan diminta-minta. Kalau terpilih, itu tandanya Allah s.w.t. tahu kamu sememangnya layak buat menjalankan amanah ini."

Yang terakhir.. Carilah kawan mahupun sahabat yang boleh mendorongmu untuk berjaya, mengenal erti kehidupan & yang paling penting, membawamu kepada kebaikan serta menjauhi larangan-Nya. Sesungghnya dia adalah cerminan dirimu.

Sekian.
Perkongsian yang tidak seberapa. Moga ada inputnya. Wallahua'lam..

6/8/2015
Indah_Tarbiyah

'Pengemudi Bahtera Cinta'

Bismillahirrahmanirrahim.


Duhai Mujahidah...
Jagalah rasa,
Tanam, baja dan semailah ia dengan izin-Nya,
Bukan mudah memandu rasa,
Ikutilah manual cinta-Nya,
Pasti dirimu kuat, tabah,
Menanti saatnya tiba.

Jika benar rasa itu,
Jangan risau,
Biar masa berlalu pergi,
Biar hari silih berganti,
Biar jarak memisahkan diri,
Dia kan pemilik hati,
Panjatkan doa pada-Nya,
Pasti terusik jua hatinya di sana.

Usah difikir,
Bila saatnya kunjung tiba,
Didiklah rasa,
Ini masanya buat bersedia,
Kelak saat bersama itu,
Bukan hanya perlukan rasa,
Bahkan ilmu sebagai panduan,
Cukupkan bekalan,
Itulah senjata ampuh bahtera.

Duhai Mujahidah...
Dirimu mengerti beratnya akan penantian,
Dek rasa yang terpendam,
Namun, percayalah...
Bahagia yang diimpikan,
Bukanlah sementara,
Hakikatnya bahagia hingga ke syurga,
Kerana itu,
Biar pengorbanan ini jadi saksi,
Kau telah pun berusaha,
Memimpin rasa demi reda-Nya.

Senyumlah :)
Walaupun belum pasti,
Apakah takdir yang bakal kau miliki,
Dirimu telah pun menang,
Tiada istilah kalah,
Kerana kaulah,
'Pengemudi Bahtera Cinta'.

Puisi: 'Pengemudi Bahtera Cinta'
Nukilan: Indah_Tarbiyah

"When you call yourself a Muslimah, it's important to 'look' and 'act' and be 'seen' as one."

Tiga Golongan Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan bawa sahabat-sahabat semua mengenali golongan-golongan manusia yang wujud di sekeliling kita.

Dalam dunia ini, ada tiga golongan manusia:

i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.
Ianya dikenali sebagai golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan 'Dahriyyin'. Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran seperti berikut:

{29} وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ
"Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati."
(Surah Al-An'am 6: ayat 29)

Allah berfirman:

{24} وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
"Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."
(Surah Al-Jathiyah 45: ayat 24)

Orang-orang Komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekularis atau penganut fahaman existensialism juga beranggapan demikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah yang mengatakan "Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia jadi sendiri dan akan terus sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hukum yang tertentu." Lenin menyatakan: "Ini adalah satu analisa yang indah terhadap dialektika materialism".

Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku maka seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.

ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.
Mereka ini ialah orang kebanyakan. Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari akhirat, namun aqidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

Seperti yang dikatakan oleh penyair dalam sepotong syairnya:

Kita tampungkan kecacatan dunia kita,
dengan mengoyakan agama kita,
Akhirnya rosak kedua-dua,
baik dunia mahupun agama.

As-Syahid Imam HAssan Al-Banna di dalam risalahnya yang bertajuk "Fi Aiyi Nad'un-Nas (Ke mana kita seru manusia?)" menyatakan: "Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan kehidupan manusia...". Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman Allah:

{12}  وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."
(Surah Muhammad 47: ayat 12)

Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam friman Allah:

 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
(Surah Ali-'Imran 3: ayat 14)

Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah:

{204} وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)."

{205} وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ
"Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan."
(Surah Al-Baqarah 2: ayat 204-205)

Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah Subhanahu Wata'ala telah membersihkan orang-orang mukmin dari tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.

iii. Golongan Yang Menganggap Dunia Ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.
Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firman Allah Subhanahu Wata'ala:

{32} وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Surah Al-An'am 6: ayat 32)

Lantaran rendahnya nilai dunia dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah:

{56} وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Surah Al-Zariat 51: ayat 56)
Image result for golongan manusia
Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumahtangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan unutk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. 

Dalam kontek ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:

1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut harus diperhatikan dari segi persesuaiannya dengan syarak dan akhlaq.

Dalam hubungan ini Al-Imam Hassan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia?". Menyatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan, adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malahan mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, pakaian yang indah, perempuan yang gebu jelita, tidur yang nyenyak dan gelaran yang kosong?".

Seorang penyair menyebutkan:

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan
Sedangkan segala pemberian adalah ujian
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan
Sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian.

Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang menyebut:

(تعس عبد الدينار, تعس عبد الدرهم, تعس عبد القطيفة   (رواه البخارى
"Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dirham. Celakalah (orang yang) menjadi hamba kepada pakaian".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Rujukan: Buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) - karya Fathi Yakan

Semoga bermanfaat. In shaa Allah... =)

Duhai Gadis...

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Apabila diamati,
hebatnya penangan novel-novel cinta pada masa kini!
Makin 'layu' anak-anak gadis dibuatnya...
Ah... mengapa pulak? Salah ke kalau baca?
Tidak salah membaca novel sebegitu. Tapi... ada hadnya.
Bilamana dah fanatik.. Novel yang beratus-ratus m/s sanggup dihabiskan dalam masa sehari sahaja. Allahurabbi. Ruginya. Ruginya.
Masa yang ada hilang begitu sahaja. Panggilan ibumu di dapur, teriakan adikmu, sudah tak dihiraukan. Baca novel dengan tolong mak? Mana yang aula (perlu didahulukan)?
Terlampau sibuk dengan novel, kononnya nak menghayati jalan cerita...
Alangkah bagusnya bila time study pun, boleh khusyuk macam tu. Ini terbalik! Baca novel bagai nak rak, tapi study malas! Apa nak jadi...?


Duhai gadis,
itu hanyalah novel, hanyalah cerita rekaan walaupun terkadang terselit cerita benar yang diambil dari pengalaman si penulis, kebanyakannya hanyalah rekaan..
baca saja tak mengapa. Tapi... bila dirimu sendiri 'berangan-angan' mengimpikan kisah hidupmu sebegitu, ianya mustahil!
Sedarlah... berpijak di bumi nyata. Realitinya, kisah cinta tidaklah seindah dalam novel, boleh jadi saja kisah cintamu nanti lebih indah ataupun sebaliknya...


Duhai gadis,
alangkah indahnya hari-hari hidupmu jika bahan bacaanmu itu 'berilmu'! Sampai bila nak didik diri dengan perkara yang me'lagho'kan? 
carilah bahan bacaan yang lebih berilmu... Masa kini, si gadis perlu lebih bijak!
Bijak dengan bekalan ilmu di dada. Bijak menjaga diri. Bijak menghadapi mehnah kehidupan. Dengannya, kau tidak akan mudah ditipu. Kau bukan lagi 'mainan dunia'.


Duhai gadis,
masa remaja inilah masa yang berharga! Masa buat membentuk diri, mendidik diri menjadi manusia yang berguna & berharga! Ada nilainya di sisi manusia & Tuhan. Ingat, dirimu jua bakal bergelar seorang ibu. Tika itu, sudah pasti kau ingin melahirkan si kecil yang bakal berguna buat ummah. Jadi, inilah masanya dirimu mencari ilmu & bekalan untuk diceritakan & diberikan pada si kecil kelak.


Kini,
penulis-penulis muda sudahpun tampil dengan bahan bacaan yang lebih 'bergaya, bertenaga' yang mana boleh membangkitkan semangatmu sebagai seorang pemudi Islam. Contohnya, Afiq Sazlan, Muharikah, Asyraf Farique, Team Tarbiah Sentap, Hilal Asyraf & ramai lagi. Kenalilah siapa mereka! Belilah bahan bacaan yang lebih membina.


Masih ada sirah Nabi & sejarah tamadun dunia yang perlu dihayati. Masih ada ilmu kepimpinan yang perlu dipelajari. Masih ada perbahasan ilmu agama yang perlu difahami. Masih banyak sekali ilmu-ilmu yang perlu diterokai. Bagaimana? Dengan membaca!


Jika saat ini, kau sibuk dengan bacaan novel cintan-cintun yang tiada kesudahannya, kelak kau akan menyesal. Mohon diubah mindsetnya! Gunakan anugerah akal yang Allah s.w.t. dengan sebaiknya. Gunakan buat berfikir. Berfikir sesuatu yang lebih mahal! Abaikan angan-angan itu.


Duhai gadis,
masih banyak masalah umat yang perlu fikirkan. Sedarkah dirimu, umat kini kian tenat? Masih perlu difikirkan jalan penyelesaian kepada masalah itu. Jangan pentingkan diri sendiri! Hanya memikirkan keseronokan diri hingga lupa tanggungjawab diri pada orang lain! Ingat, kita ini hamba kepada Sang Pencipta. Segala amal baik buruk kita, semuanya dicatat oleh Malaikat yang bertugas. Kelak, amal itu jua yang akan dibentangkan di hadapan Tuhan-Mu. Apa jawapan yang bakal kau berikan tatkala kau ditanya tentang usia remajamu? Ke mana usia remajamu? Di atas katil, membaca novel cinta, masa yang ada disia-siakan atau di lapangan dakwah, membantu umat Islam yang memerlukan, masa yang ada benar-benar dimanfaatkan...?

Duhai gadis,
Pernahkah terlintas di benak fikiranmu, "bagaimana hubungan cintaku dengan Tuhanku?"

Duhai gadis,
"Kita boleh pilih untuk jadi siapa!"
Ayuh... sama-sama kita manfaatkan masa remaja ini 
dengan hal-hal yang bisa mendatangkan keuntungan kepada kita 
^-^
Mungkin ada yang bertanya...
mengapa saya sibuk sangat beri nasihat sebegini?
sedangkan 'gadis dengan kegilaannya pada novel' itu adalah perkara biasa... mengapa perlu dirisaukan?

Saya risau...
sebab saya sayangkan sahabat-sahabat saya, saya sayangkan gadis-gadis di luar sana.
Bagi saya, merekalah pemudi-pemudi Islam, yang mana pada diri mereka ada bakat-bakat terpendam, ada nilainya. Perlu digarap, agar diri mereka berguna pada kebangkitan, kemuliaan Islam. Rugi, sekiranya pemudi-pemudi ini dibiarkan hanyut dengan hal duniawi semata-mata, apatah lagi perkara yang mereka lakukan adalah perkara yang me'lagho'kan. Siapa kata pemudi tidak boleh berjasa? Lupakah kalian pada serikandi-serikandi Islam yang telah pun banyak berjasa demi Islam? Lupakah kalian pada kisah & pengorbanan Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Fatimah Az-Zahrah, Sumayyah, Maryam, Zinnirah, Ainul Mardhiah, Khaulah, Asma', Siti Hajar, Siti Sarah, Siti Zulaikha, Zubaidah, Asiah.


Duhai gadis,
walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti. Al-Fatihah buat para serikandi ini.
Image result for muslimah solehah tumblr

Islam memerlukan pemuda serta pemudi yang sanggup turun bersama di medan dakwah dengan bekalan ilmu. 
Lillah... 
Biar sama-sama rasa dan sama -sama lihat, indahnya nikmat iman. 
Mahalnya nikmat Islam. 
Ayuh... persiapkan diri buat berbakti. :)


Sekadar berkongsi rasa. Segala apa yang ditulis, itu juga sebenarnya peringatan kepada diri saya sendiri. Andai ada salah silap, mohon teguran buat kebaikan bersama. Sekian.

28/4/2015
Indah_Tarbiyah

Secebis kisah kehidupan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah.
Masih diberikan peluang untuk berkongsi sedikit kisah kehidupan dengan sahabat-sahabat di #blogkeindahantarbiyah.
Menyepi dek kerana kesibukan memenuhi kewajipan sebagai seorang mahasiswa sekaligus masa yang ada amat terhad sehingga saya tidak mampu untuk berkongsi di sini. Maaf atas segala kekurangan.

Ok.
untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Alhamdulillah, semester akhir saya telah pun berakhir! Sekarang saya sedang menanti keputusan peperiksaan akhir dan saya amat amat berharap agar saya dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lainnya mampu bergraduasi dengan cemerlangnya nanti ^_^
Mohon tembakan doa dari sahabat-sahabat semua...

Dan seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan kongsikan sedikit kisah saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di KIAS sebelum ini yakni sahabat-sahabat pimpinan, Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan.

Sebelum ini saya ada ceritakan sedikit bagaimana saya boleh melibatkan diri di dalam aktiviti berpersatuan. Jadi, entri kali ini adalah sambungannya. Ok.

Hold on!
Sebelum jari jemari kalian menari-nari menekan keyboard, dengar pesanan saya! Jangan dicari entri lepas berkaitannya, saya dah pun men'delete'nya! Kenapa? Saja... Mungkin sudah ada antara kalian yang telah membaca entri tersebut dan telah mengetahui serba sedikit bagaimana saya boleh belajar di bumi KIAS. Dan mungkin juga ada yang belum membaca kisah saya itu. Tidak mengapa.

Sambungan kisah saya~
Saya telah ditaklifkan sebagai salah seorang exco dari Lajnah Akademik & Penerbitan (AKP) PMKIAS sesi 2014/2015 bersama dengan 3 orang lagi sahabat pimpinan saya. Antara peranan kami adalah:
-menganjurkan program berbentuk akademik.
-mengeluarkan risalah ilmiah serta majalah tahunan.
-dll.

Barisan pimpinan PMKIAS sesi 2014/2015
Video Pengenalan Pimpinan

Merekalah yang telah bersama saya saat susah mahupun senang dalam memenuhi taklifan yang diberikan. Saya yakin, pasti ada dalam kalangan kalian mengalami situasi yang sama seperti saya. Yakni pernah/sedang memegang tampuk pimpinan persatuan sama ada di universiti tempatan/luar negara mahupun kolej. 

Bagaimana rasanya saat diamanahkan memegang jawatan sebagai exco/ syura sesuatu persatuan? Seronok!
Akulah yang terbaik!
Aku hebat!
Ramai yang akan kenal aku nanti...

Jujur saya katakan! Sebelum saya ditaklifkan dengan jawatan tersebut, saya pernah beranggapan sebegitu. Saya menganggap mereka yang punya jawatan dalam persatuan adalah mereka-mereka yang hebat. Saya beranggapan mereka 'sentiasa' seronok dengan taklifan yang diamanahkan. Mereka dikenali ramai. Para pensyarah dilihat lebih rapat dan lebih mengenali mereka berbanding mahasiswa yang lainnya.

Namun...
Setelah menjejakkan kedua-dua belah kaki dalam 'dunia persatuan', saya menyedari hakikatnya bukanlah sebegitu! 

Pada mulanya, bilamana ditaklifkan, saya hanya merasakan 'bebanan' saya 'sedikit' bertambah. Dari kehidupan biasa sebagai seorang mahasiswa, kini ianya berubah. Totally berubah!

Jika dahulunya, selepas kuliah boleh terus berjalan pulang ke sakan. Setelah memegang taklifan, selepas kuliah terus bergegas menghadiri liqo' unit mahupun liqo' program. Selesai liqo', baru boleh pulang ke sakan. Petang liqo. Malam liqo. Bila hampir dengan program yang nak diadakan, semakin banyak liqo' yang diadakan & kebanyakannya habis lewat malam. Ditambah pula dengan raptai majlis dan sebagainya. Kebiasaannya begitu. 

Jika dahulunya ada selang masa antara satu-satu kuliah, ada kesempatan naik ke maktabah. Cari bahan rujukan buat assignment ataupun adakan study group di sana. Tapi, bila dah terlibat dengan persatuan, selang masa yang ada juga kadang-kadang terpaksa digunakan untuk menyiapkan gerak kerja persatuan. 

Sampai satu ketika, jadi macam ni. Keluar awal pagi pergi kuliah, tengah malam baru balik ke sakan. Bila balik kawan-kawan yang lainnya dah tido. Esok seperti biasa, awal pagi pergi kuliah semula. Tak sempat nak berborak lama dengan sahabat-sahabat sebilik. 

Masa yang ada memang terhad. Nak berpersatuan. Nak berprogram. Nak selesaikan homework/assignment. Nak siapkan pembentangan. Dan lebih-lebih lagi semester akhir baru-baru ni saya kena siapkan tesis sebagai salah satu syarat untuk memperoleh Diploma Al-Syariah. Bertambah lagi tekanan. Allahurabbi... stress.

Bilamana di atas, memgang jawatan, pasti yang lain akan melihat kita. Sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan, pasti cepat dihidu oleh mereka yang lainnya. Apa yang baik, pasti akan dicontohi. Kerana itu besarnya peranan mereka yang memegang jawatan untuk berakhlak baik dan menunjukkan contoh teladan yang baik. Bukan sahaja dari sudut persatuan bahkan juga dari sudut akademik. Perlu bijak mengimbangi keduanya. Dek kerana itu, kami selalu dipesan agar berusaha mempertahankan kecemerlangan akademik agar tidak berlakunya fitnah kelak kepada kami dan lebih-lebih lagi kepada persatuan. 

Teringat lagi pesan seorang murabbi,
"Mereka yang menggerakkan sesuatu gerak kerja, contohnya berpersatuan. Mereka itu lebih aula untuk cemerlang (kerana mereka orang yang berada di hadapan). Elakkan berlakunya fitnah! Jika berada di atas, kena lebih 'mengistimewakan diri' dari yang lainnya. Ianya bukanlah bererti menyombong diri (tapi berusaha jadi lebih baik dari sudut ibadatnya, belajarnya dll)."

Perkara tersebut sering 'menghantui' saya dan juga sahabat-sahabat pimpinan yang lainnya. Kerana itu kami selalu berpegang dengan nasihat ini~

"Masa yang kamu ada (yakni mereka yang buat gerak kerja Islam, dll contohnya berpersatuan) tidak sama dengan mereka yang tidak melibatkan diri."

Jadi, masa yang berbaki dalam sehari-hari itulah yang kami gunakan untuk study. Sebagai contoh, jadual pagi hingga tengahari padat dengan kuliah/kelas, petang pula diisi dengan liqo, maka waktu malam itulah kami cuba manfaatkan dengan sebaiknya untuk mencari bahan rujukan di maktabah dan mentelaah buku. Kadang-kadang terpaksa request maktabah dibuka pada waktu malam bila kami dah terdesak sangat untuk study :(

Itu baru ragam diri sendiri! Bila dah berprogram, perlu pula berhadapan dengan ragam manusia yang lainnya. Kena marah, kena maki, ada yang tak berpuas hati dengan program yang diadakan, ada yang kata kita tak buat kerja dan macam-macam lagi. Kena hadapi semua tu... Memang menguji kesabaran. 

Tapi, sepanjang memegang taklifan ini juga saya dan sahabat-sahabat yang lainnya diajar agar yakin dengan firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 7:

 {7} يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Dalam sesuatu gerak kerja, usaha buat/bantu yang terbaik walaupun terkadang diri sendiri akan rasa amat penat, perlu berkorban dan sebagainya. Yakin! Allah s.w.t. pasti akan bantu kita semula.

So, apa pendapat sahabat-sahabat semua bila baca kisah saya? By the way, kisah saya ni tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain yang lebih aktif berpersatuan di luar sana. Mereka bukan sahaja memegang jawatan persatuan di dalam universiti/ kolej, bahkan dalam masa yang sama mereka juga memegang taklifan di luar universiti/ kolej. 

Sebenarnya, tujuan saya menceritakan kisah di atas adalah bagi menyedarkan diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat semua bahawa bilaman diri kita dipilih buat memegang sesuatu jawatan, maka terimalah taklifan mahupun jawatan tersebut dengan hati yang lapang. Pasti ada sebab mengapa diri kita dipilih. Dan yakinlah walaupun kita dipilih oleh mereka yang juga bergelar manusia, kita perlu ingat dan faham! Allah s.w.t. yang sebenarnya menggerakkan hati mereka buat memilih diri kita untuk menjalankan amanah tersebut. 

Ketua jabatan saya pernah pesan, pesanannya lebih kurang begini~
"Jangan sesekali kamu meminta sesuatu jawatan. Kerana boleh jadi diri kamu tidak mampu untuk memikul taklifan itu. tapi bilamana diri kamu 'dipilih', maka Allah tahu kamu layak & jalankanlah taklifan itu dengan sebaiknya. Jika kamu menolak taklifan tersebut, maka siapa lagi yang boleh menjalankan amanah tersebut? Bila pegang jawatan dalam persatuan, itu tandanya kamu sudahpun memudahkan urusan sahabat-sahabat kamu yang lainnya. Jika tiada yang nak berpersatuan, macam mana nak adakan program-program yang bermanfaat? Siapa yang nak menjaga kebajikan mahasiswa?"

Tak sama, 'meminta jawatan' dengan 'dipilih memegang jawatan'!!! Hati-hati...

Lagi, rujuk surah Al-Baqarah, ayat 286:

 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Jelas dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyatakan bahawa Dia tidak akan membebankan hamba-Nya kecuali dengan sesuatu yang hamba-Nya mampu. Kemudian Allah nyatakan lagi, kebaikan yang dilakukan diganjarkan dengan pahala, dan kejahatan yang dilakukan diganjarkan dengan dosa. Jelas & cantik aturan Dia. Subhanallah...

Rasanya tidak perlu saya huraikan dengan lebih detail. Saya pasti sahabat-sahabat semua jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan...

Walaupun pada awalnya saya anggap ia sebagai bebanan dan sepanjang memegang taklifan segala pahit manis dihadapi, kini itu semua adalah 'kenangan terindah' buat diingati! Jika difikirkan semula, kepadatan masa itulah yang banyak mengajar saya dan sahabat-sahabat yang lainnya agar lebih menjaga serta menghargai masa yang ada. Apa jua masalah yang dihadapi tatkala berpersatuan, itu jua yang mengajar kami agar lebih matang berfikir tatkala menyelesaikan masalah. Yang paling penting, jangan lari dari masalah. Kami juga perlu lebih berani di hadapan dan kini saya lebih selesa tatkala berhadapan dengan ramai orang. Alhamdulillah... segala gugup/ketaq lutut masa berucap, itu juga dah makin hilang. Paling tidak dapat dilupakan adalah semangat bekerjasama dalam berpersatuan! Susah senang kami diajar agar sentiasa bersama.

Kenangan Terindah~







Sekadar itu perkongsian saya.
Berkongsi kisah kehidupan.
Andai ada salah silap sepanjang saya berkongsi kisah ini, mohon teguran dari sahabat-sahabat semua. Semoga dengan teguran itu, kita mampu mengubah diri untuk menjadi lebih baik.
Jangan pernah takut untuk menegur,
kerana dengan izin-Nya...
teguran itulah yang boleh menyelamatkan sahabatmu.

Terima kasih sudi membaca :D


# Kisah Kehidupan itu juga Tarbiyah buat diri. Selamat melangkah, mencorak Kehidupan! 

#1 Quotes Hamasah


Murabbi Ummah, Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

  Perkhabaran dari~

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى

إنا لله وإنا اليه راجعون
Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9:40pm pada malam Jumaat yang agung.
Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

إنا لله وإنا اليه راجعون
kalimah yang meniti dibibir kami tatkala mendapat pengkhabaran daripada sahabat handai (orang yang dipercayai) mengenai ketiadaan Tok Guru Nik Aziz.
sunyi sepi bilik.
semua terdiam. menahan sebak di dada.
Murabbi Ummah...
yang kami kenali dengan ketinggian keperibadiannya kini kembali kepada Sang Pencipta.
Bertemu kekasih hatinya.

Bahagialah dirinya yang sudah menjalankan amanah dari Tuhannya.
Istiqamah dalam perjuangannya.

Alhamdulillah...
Kaki berjaya melangkah untuk terakhir kalinya berjumpa Sang Murabbi. Walaupun terpaksa mengharungi 'Lautan Manusia' & tidak berpeluang menatap wajahnya, melihat & mengiringi jenazah Allahyarham Tok Guru, itu sudah cukup.
Al-Fatihah.

(Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz)


Titipan dari Ayahanda, Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Wahai anakku
Janganlah engkau sedih atas kematian, kerana kita tidak akan mampu mengembalikan kehidupan jasad. hebatnya sesaorang tokoh itu bilamana ilmu dan petunjuknya tetap hidup walau jasadnya telah musnah. 
Kematian itu wahai anakku hanyalah perpisahan antara roh dan jasad, kerana alam barzakh memerlukan pemindahan ini untuk memasukinya. Lalu ia adalah kegembiraan bagi orang yang beriman dan kesedihan dan petaka bagi orang yang kufur.
Wahai anakku
Bilamana kamu lahir hanya kamu yang menangis sedang yang lain semua gembira, namun bilamana seorang mukmin itu mati, ia akan gembira dan yang tinggal pula akan menangis.
Kita tidak menangisi kematian tetapi kita tangisan kehilangan sementara. Kerana orang mukmin akan pasti bertemu nanti di alam barzakh dan alam akhirat.
Wahai anakku
Andainya engkau merindui dan menyanyanginya, Peliharalah amalanmu nanti engkau akan dapat bersama dengannya di alam akhirat. Sebagaimana kita merindui Rasulullah SAW, kerana kita tidak sempat bertemu dengannya di alam ini, InsyaAllah akan bersamanya di alam barzakh dan dalam Syurga, andainya kita dirahmati Allah dengan ketaatan kepadaNya.
Wahai anakku
Perjuangan ini mesti disambung dan diteruskan. Kitalah penyambung warisan ini. Bangunlah dari kesedihan dan ratapan ini.Kerana esok mungkin giliran kita pula menemui Ilahi.

Pulau Melaka
Jumaat 13 Feb 15


Masih ada perjuangan buat diteruskan.
Infiruu...


Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..