TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH


Analogi Harimau Dan Nyamuk

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.Nggg!!!Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai? Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya. Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
Share:

Istimewanya Dirimu ♥♥♥

Bismillahirrahmanirrahim...
Duhai akh0wat2 tersayang, pernahkah terlintas di fikiran kalian bahawa diri kalian itu teramat istimewa sebenarnya. Bahkan kalian bukan sahaja teristimewa pada pandangan manusia, dari pandangan Sang Ilahi juga kalian tidak terlepas. Beruntung kalian duhai 'Mawar Berduri'...
Mengapa saya memanggil kalian dengan gelaran mawar berduri? Mengapa tidak saya panggil dengan hanya gelaran mawar? Sebenarnya, diri kalian itu umpama mawar, namun yang membezakan kalian antara satu sama lain adalah duri itu. Duri itu bukan sebarang duri. Duri itulah yang melindungi kalian 'si mawar' daripada dipetik dan juga diganggu secara sesuka hati 0leh mana-mana kumbang yang hadir...Duri itu adalah pelindung kalian!

Jadi, bagaimana ingin jadi mawar berduri itu? Hanya dengan berdoa sahaja lalu Allah jadikan diri kita sehebat mawar berduri itu? Allahu Allah...Tidak sama sekali. 'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum , melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri' (surah ar-ra'ad 13:11). Maksudnya di sini Allah ingin lihat pada usaha kita terlebih dahulu. Seterusnya, sejauh mana pula tawakal serta pengharapan kita kepadaNya untuk merubah menjadi wanita yang s0lehah seperti mawar berduri...

Ingin berubah ini bukan mudah! Perlukan mujahadah serta kekuatan dalam serta luaran yang tinggi. Teringat lagi pesan kakak-kakak seni0r saya sewaktu di sek0lah menengah, kata mereka "ada sesetengah orang,kalau dia nak berubah,dia akan t0tally berubah seratus peratus,a t0 z...tapi ada juga yang sesetengahnya berubah sedikit demi sedikit.walaupun perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit,tapi ianya tetap berjalan dan capai target untuk berubah jadi lebih baik. Jadi terpulanglah kepada mereka yang ingin berubah, sama ada untuk pilih berubah secara terus ataupun secara beransur-ansur. Semuanya bergantung pada ketabahan mereka dalam menghadapi 'suasana baru yang hadir' semasa mereka dalam pr0ses perubahan itu. Kalau rasa tidak kuat,berubahlah secara sedikit demi sedikit. InsyaAllah usaha itu juga akan membuahkan hasilnya...Percayalah.

Dalam melakukan perubahan juga ada satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan! Iaitu tentang NIAT kita ingin berubah.
Share:

Jiran Tetangga..