F0rum:Melahirkan Ummah Bertakwa

Bismillahirrahmanirrahim...
Baru2 ini, lajnah Amar Makruf Nahi Munkar (AMRU "12) di KIAS (tempat saya belajar) telah menganjurkn satu f0rum. Tujuannya adalah untuk memberikn kefahaman kepada para mahasiswa mengenai fungsi Biah S0lehah & peranannya kepada ummah. Di bawah ini saya sertakan isi2 perbincangan pd f0rum tersebut:


1) Apa yang dimaksudkan dengan biah s0lehah?
=> Biah s0lehah dimaksudkan dengan persekitaran yang baik hasil dari r0h tarbiyah yang diberikan. Orang2 yang baik akhlak serta peribadinya diperlukan bagi membentuk biah s0lehah. Biah s0lehah ini juga wujud disebabkan orang2 yang mempunyai ilmu agama itu mengamalkan ilmu2 yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ibaratnya seperti ini: jika sese0rang itu pemalas dan mendiami sebuah rumah, sudah tentu persekitaran rumahnya k0tor & tidak kemas kerana dia malas mengemas serta membersihkannya.
2)Macam mana nak melahirkan ummah yang bertakwa?
=>Sebenarnya manusia itu berubah dan setiap perubahannya itu ada sebab2nya. Faktor utama kebiasaannya adalah disebabkan keluarganya. Jika ketua keluarga ataupun ibu bapa dalam sesebuah keluarga tidak menerapkan ilmu agama kepada anak2 mereka, kemungkinan besar anak2 mereka itu membesar dalam suasana yang bebas tanpa berpegang pada batas2 syariat. Fakt0r kedua disebabkn pengaruh rakan2. C0ntohnya di asrama: jika dalam sebuah bilik didiami oleh 4 orang pelajar dan 3 daripadanya menghisap r0kok, apa yang bakal terjadi kepada pelajar yang se0rang lagi itu? Kemungkinan besar dia akan dihasut oleh rakan2nya untuk mencuba menghisap r0kok. Pada awalnya hanyalah sebatang, namun bila dah dicuba pasti nak lagi!!! Fakt0r yang seterusnya mungkin juga melalui sistem pembelajaran yang dipelajari.
Apabila melihat kepada fakt0r2 tersebut, penting bagi sese0rang itu untuk bijak dalam memilih sahabat kerana sahabat itulah yang bakal mempengaruhi tingkah laku dirinya. Jika baik peribadi sahabatnya itu, maka baik jugalah peribadi dirinya nanti, InsyaAllah...Sebab itu juga sahabat itu dikatakan sebagai cermin diri. Bila nak tahu diri kita macam mana, teng0k kepada sahabat kita.
Ingat! Dengan adanya sahabat2 yang baik, jangan ditinggalkan sahabat2 yang kurang baik akhlaknya. Cuba pengaruhi mereka untuk bersama2 dengan kita untuk melakukan perkara2 baik. Bila semua 0rang dah pakat buat baik, yang nak buat jahat pun akan rasa malu, janggal. Contohnya dalam sek0lah agama: bila semua pelajar muslimat pakai tudung labuh, pelajar baru yang berpindah ke sana juga mesti akan memakai tudung labuh kerna dia pasti akan berasa dirinya adalah orang asing jika dia tidak melakukan sedemikian. 0leh itu, pentingnya wujud biah s0lehah kerana aut0matik orang di dalamnya juga akan berubah menjadi baik serta bertakwa kepada Allah.
3)Bagaimana seorang muslim memastikan setiap tindakannya itu sebagai ibadah?
=>Dalam melakukan sesuatu, yang menjadi pilihan manusia adalah antara syurga ataupun neraka kerna mereka perlu ingat bahwa hidup mereka pasti berakhir dengan kematian. Sama juga dalam beribadah kepada Allah (taat kepada Allah). Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum: perbuatan2 yang dilakukan sehari2 danb ibadah khusus: perbuatan2 yang wajib dillakukan. Ingat! Setiap ibadah yang dilakukan pastikan niatnya adalah kerana Allah, kerana diterima atau tidak perbuatan sese0rang itu bergantung pada niatnya. Tak guna kalau banyak beribadat tapi niatnya untuk menunjuk kepada orang lain bahwa dirinya itu bagus. C0ntonhya, makan itu hanyalah 1 perbuatan, tapi ianya boleh dikira ibadah apabila niat makan itu adalah untuk menambahkan tenaga untuk beribadat kepada Allah serta dengan bacaan d0a sebelum & selepas makan, makan dengan tangan kanan. Jika masuk tandas, masuk dengan kaki kiri beserta d0a masuk tandas & keluar dengan kaki kanan beserta d0a keluar tandas. Jika bersukan, pastikan semasa bersukan itu menutup aurat dan berhenti bersukan apabila masuk time s0lat. Barulah setiap tindakn itu diberkati Allah & dikira ibadah.
4)Apa peranan mahasiswa Islam dalam membentuk biah s0lehah?
=>Kata kuncinya adalah Islah Nafsak Wad'u Ghairak. Ianya harus bermula dengan diri mahasiswa itu sendiri. Dia perlu memperbaiki dirinya terlebih dahulu dan t0njolkan dirinya dalam masyarakat (mengajak masyarakat) kerna dengan peribadinya yang mantap baru akan menimbulkan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Cuba lakukan aktiviti2 yang bermanfaat bagi masyarakat seperti mengajar anak2 orang kampung mengaji, beri tazkirah di masjid serta anjurka kem2 jati diri untuk anak2 muda di kawasan tempat tinggal. Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah 0rang yang bermanfaat bagi 0rang lain." Setiap ilmu yang dipelajari itu perlu dik0ngsi, barulah ada keberkatannya. Tanamkan dalam diri bahwa, "Berdosa aku jika tak k0ngsi ilmu yang aku ada pada 0rang lain." Ustaz saya pernah kata, "Jika tak mampu sedekah dengan harta, sedekahlah dengan ilmu yang kamu ada." Dengan itu, Se0rang mahasiswa itu b0leh latih dirinya untuk berani berucap di hadapan 0rang.
5)Dengan mengadakan pr0gram2 yang baik & dalam masa yang sama ada unsur2 yang meruntuhkan, mampukah wujudnya biah s0lehah?
=>Secara anal0gi: bila kita demam kita makan ubat, lepas tu kita minum pula air kelapa. apa yang jadi lepas tu? Sudah tentulah, tawar ubat yang dimakan tadi (maksudnya ubat tu tak berkesan). C0ntohnya lagi, awal2 buka tv kita teng0k orang bagi tazkirah (tanyalah ustaz), tengah2 pulak kita tukar channel teng0k 0rang menyanyi dan akhir teng0k tv pulak kita tengok orang bace d0a habis bagi tazkirah. Rase2 sampai tak ilmu yang nak disampaikan melalui tazkirah tu??? Sudah tentulah tidak sampai... Semuanya akan jadi carca-merba bila bende yang el0k dicampurkan dengan bende yang tak el0k. Bila dah buat baik, latih diri untuk istiqamah dan tinggalkan unsur2 yang tidak baik itu.


Dari sebelah kiri: M0derat0r, Ustaz Budak & Ustaz Ja

Sekian =)
Share:

#2 Bersama Ustaz Mohamad Lokman Awang

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Aktiviti yang diadakan kali ini dikendalikan oleh Ketua Alumni Shams iaitu Dr. Afandi Salleh. Ia turut melibatkan ahli2 LPDI. Saya & sahabat2 yg hadir pada hari tersebut ditemukan dengan Ustaz Mohamad Lokman Awang & beliau telah berk0ngsi dengan kami tentang 'Tiada Izzah (kemuliaan) Tanpa Dakwah'.
Banyak input yang dapat diambil dari perk0ngsian (ceramah) itu dan saya telah tulisnya dalam entry yang lain buat sahabat2 agar mudah difahami. Antara gambar2 yang diambil semasa ceramah:

Ustaz Mohamad Lokman Awang

Dr. Afandi Salleh

Sesi Pembentangan (Hala tuju LPDI)

Ikhwan & Akh0wat yg hadir...

*buat sahabat2 semua, j0m sertai kami di group Liqo' Para Da'ie Islam (fb)...jumpa di sana n_n
Share:

#1 Tautan Mahabbah LPDI

Assalamualaikum sahabat2 semua...
Sebenarnya, Tautan Mahabbah LPDI nie merupakan pr0gram sulung yang dianjurkan 0leh gr0up Liqo' Para Da'ie Islam. Pr0gram tersebut diadakan pada 29/12/11 di Terengganu Equestrian Res0rt (TER) di K.Terengganu & disertai lebih kurang 31 orang ahli lpdi.
Alhamdulillah, walaupun kehadiran ahli tidak seramai yang kami target, pr0gram tetap berjalan dengan lancar. Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang diambil semasa pr0gram tersebut :




Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran
oleh saudara Ridwan

dari kiri:saudara Ridwan, saudara Hatim (Pengerusi LPDI)
& saudara Ikram

aktiviti2 yg drancang.
 Alhamdulillah,ada diantaranye yg tlh terlaksana...


Ikhwan & Akh0wat yg hadir

*Jangan lupe yee! Buat yg belum sertai kami, Ayuh bersama kami dgn mnyertai aktiviti2 yg dianjurkan oleh Liqo' Para Da'ie Islam...Sem0ga ikatan Ukhwah yg dibina terus utuh kernaNya =)
Share:

10 Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Entry kali nie, saya ingin k0ngsikan dengan kalian mengenai Muwasafat Tarbiyah.
Bagi mempersiapkan diri menjadi se0rang da'ie Muslim dalam perjuangan Islam serta sebagai c0ntoh teladan yang baik bagi orang lain, kita mesti memahami apa yang dimaksudkan dengan Muwasafat Tarbiyah serta mengamalkannya.
10 sifat yang perlu ditanam dalam diri se0rang da'ie adalah:
-Sihat Tubuh Badan (Qawiyyal Jism)
Rasulullah  s.a.w  menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
-Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq)
Mestilah berlandaskan Islam iaitu melalui Al-Quran serta ajaran Rasulullah s.a.w. Kerana itu Baginda diutus untuk memperbaiki akhlak umat Islam dan Baginda sendiri telah memberi contoh akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Allah berfirman: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur.(Surah Al-Qalam,68:4)
-Luas Pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain. Selain itu, mesti bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta diterangkan oleh ulama yang thiqah. Ada kata2 masyhur yang mengatakan: Jika diri hanya berguru dengan kitab (buku) tanpa adanya murobbi (guru), ianya ibarat bergurukan syaitan. Manfaat dari sesuatu ilmu itu tidak akan diper0leh sekiranya tidak dipraktikkan dalam kehidupan.
-Mampu Berdikari (Qadiran ala Kasbi)
Tidak terlalu bergantung kepada orang lain kerana sikap pergantungan itu akan menyebabkan seseorang itu malas berusaha. Mereka mesti berusaha dalam mencari keperluan hidup. Karena itu peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya agar dia mampu menunaikan haji dan umrah,zakat,infaq,bersedekah,dan mempersiapkan masa depan yang baik.
-Aqidah Yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
Reda Allah s.w.t sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul. Sentiasa mengingati Allah, kematian, memperbanyakkan zikir, menjaga kebersihan hati serta bertaubat.
-Ibadah Yang Benar (Sahihul Ibadah)
Ibadah yang dilakukan lillahi Taala ,mengikut ajaran Rasulullah s.a.w & bukannya untuk menunjuk2. Perlu mengetahui sebaiknya apa itu halal dan haram serta tidak melampau/berkurangdalam beribadah. Syaitan juga mampu menyesatkan seseorang da'ie itu dengan menggalakkan mereka agar melakukan ibadah secara melampau sehingga lupa pada makan, minum dan tidur.
-Melawan Hawa Nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da'ie mungkin sahaja melalui dugaan yang lebih berat dari orang lain dalam menjalankan tugas dalam medan dakwah. Jadi, ia memerlukan azam yang kuat agar tidak bertuankan nafsu (mahukan balasan kebendaan serta pujian bagi gerak kerja mereka).
-Sangat Menjaga Masa (Haarithun ala Waqtihi)
Firman Allah s.w.t: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".
-Tersusun Dalam Urusan (Munazzamun fi syu'unihi)
Menyusun gerak kerja dengan baik demi manfaat Islam & dakwah. 
My dad said:  If  y0u  fail t0 plan, y0u plan to fail !
-Bermanfaat Pada Orang Lain (Nafi'un li ghairihi)
Seorang da'ie itu umpama lilin yang membakar diri bagi menyinari orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain.
 Da'ie juga merupakan  penggerak dakwah Islamiah dalam mewujudkan Uswah  Bi-ah (persekitaran yang s0lehah).
Ayuh sama kita bermujahadah bagi menjadi se0rang da'ie yang syumul demi mendapatkan Mardatillah (keredaan Allah). Dan anggaplah 10 Muwasafat Tarbiyah ini juga sebagai anak tangga yang perlu kita daki bagi mengejar cita2 kita menuju Mahabbatullah (Cinta Allah)...
Bittaufiq wannajah Fi dunya wal akhirah =)

Share:

Pelangi Tarbiyah~

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Bila baca tajuk di atas tu, apa yang kalian akan bayangkan???
Pelangi! Ya, sudah semestinya pelangi yang indah berwarna-warni...

nie pelangi yang dilukis...cantikkan n_n

0k...sekarang nie saya nak ajak kalian semua berfikir sejenak. Macam mana pelangi b0leh terbentuk ye? Bila masa pelangi keluar? emmm...fikir2!

Dah dapat ke tidak jawapan bagi s0alan saya tadi? kalau dah dapat bagus la...0k,sekarang nie cuba renungkan pula apa hikmah yang ada disebalik penciptaan pelangi yang indah nie.
Kenapa saya suruh sahabat2 menggunakan anugerah akal yang Allah beri untuk fikir tentang kejadian pelangi? Sebabnya....Ingat ayat nie, Allah jadikan sesuatu perkara itu bukan sia-sia, macam pelangi kat atas tu...
Ia akan keluar (terbentuk) lepas turunnya hujan...
Tapi kebiasaannya bila hujan turun, mesti ada 'manusia' yang akan mengeluh, "Alamak! Hujan la...habis pakaian aku kat ampaian." Bukan tu je, ada juga yang mengeluh sebab tak dapat nak pergi kerja dengan motor, susah nak berjalan ke sana ke mari dan macam2 lagi la.
Bila hujan dah serik, keluar la pelangi yang indah tu... 'manusia' yang tadi pun berkata, "Eh! Ada pelangi la...cantiknya." Terus hilang segala resah yang ada kat hati dia sebentar tadi.
Jadi, ibrah (pengajaran) yang saya nak sampaikan adalah manusia nie sering menyalah anggap tentang dugaan yang diberikan oleh Allah. Mereka menganggap ianya sebagai bebanan! Mereka lupa bahawa apabila dugaan itu dapat diatasi/hilang, kegembiraan/ketenangan akan menyapa mereka dengan sendirinya...
Kita sebagai hambanya mesti yakin bahwa ada sebab mengapa Allah berikan sesuatu dugaan/ujian pada diri kita. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran kita, menguji sejauh mana kita gunakan akal untuk cari jalan penyelesaian dan sebagainya. Dengan menghadapi dugaan2 yang diberikan, itu akan membuatkan hidup kita lebih bermakna kerna kita mampu mengenal siapa diri kita yang sebenarnya.
Buktinya! Kita nie kadang2 lebih suka bercakap daripada buat. Mesti ada yang pernah cakap, aku penyabar/aku kuat/aku tabah/aku berani/aku ini/aku itu...Tetapi, kita kena ingat bila dugaan datang barulah kuat/tabah/berani itu dapat dibuktikan atau ianya sekadar bualan k0s0ng.

Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Allah menguji kerna Dia sayang pada hambanya,
Dia ingat melihat sejauh mana pengharapan kita padaNya...
Kadang2 kita tak sedar kita makin jauh dari Dia,
Ujian yang hadir itulah yang bawa kita kembali padaNya...

Buktinya di sini!
"Wahai khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali: hukuman adalah bilamana kau diuji, dirimu makin jauh dariNya, sedang ujian pula bilamana kau diuji, dirimu makin dekat rapat padaNya."

Share:

Dah 21 atau baru 21?

~by Hilal Asyraf.

Remaja, pemuda, kamu ini apa?
Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.
Berbicara mengenai umur. Umur kita.
Bagaimanakah kita memandang umur kita?
Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:
“Aku baru 18 tahun,”
“La, aku ni baru 20 tahun,”
Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:
“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”
Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:
“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”
Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.
Di manakah kita? Baru atau sudah?
Sama-sama muhasabah.
Virus yang melekat pada remaja&pemuda
Virus kefahaman, yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk ke dalam jiwa manusia hari ini.
Maka dilihat bahawa umur mudanya, yang saya pun tak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung, adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.
Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan, muncullah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalahan ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.
“Aku baru 17 tahun lah.”
“Aku baru 21 tahun.”
Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir untuk ummat. Belum sampai waktu untuk serius. Belum tiba waktu untuk matang.
Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai ‘remaja’.
Sedangkan, yang ditunjukkan kepada kita adalah sebaliknya

Sedangkan, kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu libur dan sambil lewa tidak pula ditunjukkan oleh Abdullah ibn Umar RA.
Beliau telah duduk di tengah-tengah majlis Rasulullah SAW bersama-sama orang tua yang lain, saat usianya masih teramat muda. Dilihat selepas itu beliau adalah yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW hingga diriwayatkan, beliau berusaha untuk memijak di mana tapak-tapak kaki Rasulullah SAW berpijak ketika berjalan. Beliau pernah pergi ke pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam, salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Akhirnya apakah yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar RA ini? Beliau menjadi rujukan ummat. Bahkan para sahabat pernah mencalonkan beliau sebagai calon terbaik untuk menggantikan ayahandanya, Umar Al-Khattab RA. Sedang usianya adalah usia pemuda ketika itu.
Adakah agaknya, pernah wujud di dalam dirinya perasaan: “Aku baru berumur sekian, aku tidak sepatutnya bersusah payah untuk melakukan itu dan ini.”?
Kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu untuk leka-leka dan tidak mengambil berat akan kehidupan, tidak pula ditunjukkan oleh Usamah bin Zaid RA.
Sedangkan, beliau baru sahaja berusia 18 tahun ketika diangkat oleh Rasulullah SAW sebagai jeneral perang menentang Rom ketika itu. Tidak pula dia menyatakan: “Aku baru 18 tahun ya Rasulullah.”
Bahkan, mengikut sejarah, beliau telah hendak menerjunkan dirinya ke medan Uhud, tetapi Rasulullah SAW melarang kerana usianya masih terlalu kecil ketika itu. Dan akhirnya pada usianya 15 tahun, dia mula berperang di sisi Rasulullah SAW, dan Usamah bin Zaid RA adalah antara yang tidak terganggu dengan serang hendap pada Perang Hunain, menjadikan dia dalam golongan yang sedikit dalam mempertahankan Rasulullah sebelum tentera muslimin bersatu semula ketika itu. Pastinya, ketika itu usianya lebih muda daripada 18 tahun.
Bagaimana?
Dan kita jenguk sebentar Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 22 atau 23 tahun ketika menawan Konstantinopel. Sedangkan dia masih muda, dan dia juga mengetahui bahawa Konstantinopel tidak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sebelumnya. Mengapa dia, seorang sultan, masih muda, tidak berlibur dan bersenang lenang sahaja di dalam istana?
Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh tidak menganggap dia ‘baru 22 atau 23 tahun’. Tetapi dia merasakan, dia ’sudah 22 atau 23 tahun’. Masa untuknya semakin sedikit. Sedang dia tidak tahu bilakah Konstantinopel baru boleh dijatuhkan. Maka dia perlu berusaha keras, bersegera mendapatkan kemenangan.
Tidakkah kita memerhatikan?
“Mereka itu tidak boleh kami ikuti!”
Beberapa remaja menempelak sedemikian.
Tidak, saya pun bukannya nak suruh kamu turun berperang mengangkat senjata. Atau duduk di dalam majlis ilmu para ulama’. Tetapi saya ini, ingin mengajak diri saya dan diri kita semua, untuk melihat kita di atas medan kita. Kita dan tanggungjawab kita.
Kita adalah siapa? Remaja. Pemuda. Tetapi bukan remaja dan pemuda biasa. Remaja dan Pemuda Islam. Maka apakah sepatutnya kita lakukan di dalam hidup? Walaupun kita mungkin tidak boleh mengangkat senjata seperti mereka, turun di medan perang seperti mereka, duduk di dalam majlis ilmu para ulama’ seperti mereka, bukankah kematangan, keseriusan, itu mampu kita bina? Disiplin dalam menjalani hidup dan tidak mengisinya dengan perkara-perkara yang lagha(melalaikan) lagi merosakkan, bukankah itu mampu kita lakukan?

Bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba Ilahi yang terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin, cuba menjadi mukmin yang proaktif, yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan sebagainya.
Itu mampu kita lakukan.
Bagaimana?
Atau kita sekadar tetap merasakan bahawa usia muda untuk liburan semata?
Penutup: Hari tua itu, mungkin tidak menjengah. Kalau menjengah pun, apakah kita berkualiti?
“Nanti tua la baru fikir semua benda ni.”
“Nanti bila dah besar sikit lagi, baru la serius.”
Hem. Yakah?
Bagaimana kalau hari tua itu tidak datang? Maksud saya, kita mati sebelum sempat merasa ‘tua’?

Dan bagaimana ya, kalau masa muda kita bermain-main, adakah masa tua nanti kita mampu menjadi satu peribadi yang berkualiti? Sekiranya masa muda kita habiskan dengan liburan, apakah benar masa tua nanti kita akan menjadi seorang yang mempunyai kekuatan? Saya bukan kata mustahil. Tetapi saya tidak lihat ramai yang mampu menjadi demikian.
Sebab? Sebab masa mudanya, dihabiskan dengan membina ‘dasar kelemahan’ yang mana dasar ini tidak mampu dijadikan tapak pembinaan peribadi yang berkualiti.
Kamu umur berapa sekarang?
Apa yang telah kamu sumbangkan kepada Islam?
Satu soalan.
Tahukah kamu, apakah umur kita yang Allah kira?
Umur yang telah kita habiskan di atas jalanNya. Selain itu, tidak ada maknanya.

Agak-agak, berapa tahun umur kita di sisi Allah SWT?
Kamu umur berapa sekarang?
Baru 21 tahun?
Atau sudah 21 tahun?
(21 tahun adalah umur saya sekarang. Menyoal diri sendiri. Untuk anda, boleh pilih umur masing-masing.)
bukankah mati di jalan Allah itu cita2 tertinggi kita?


Share:

MENGAPA HARUS BERSEDIH?

Saudara dan saudari yang dikasihi kerana Allah...
Allah benar janjiNya. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Mampukah kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita? Firman Allah :
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (Surah Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Rezeki yang melimpah ruah. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang. Mak ayah, suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, kengkawan, pekerjaan, rumah, kereta, pelajaran, segalanya cukup.
Dan apabila ditimpa musibah, Allah tarik balik sedikit sahaja kurniaNya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahilkan.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah!
Firman Allah : "Jangan takut, jangan berdukacita." (Surah Al-'Ankabut 29:33)
Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan (mujahadah) mengatasi segala masalah? Hidup akan bermakna dan terisi apabila kita berdepan dengan masalah. Firman Allah :
"Apakah manusia itu mengira mereka ditinggalkan begitu sahaja untuk berkata,"kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji"." (Surah Al-'Ankabut 29:2)
Masalah besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Apakah ada masalah yang lebih besar daripada masalah tersebut? Syaitanlah yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan serta maksiat. Sebab itu mujahadatun-nafs: melawan nafsu,melawan syaitan dan iblis itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Ingatlah, iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu, mengg0da dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Iblis akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa dan hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Jika kita mampu mengatasi masalah tersebut di dunia ini, InsyaAllah bahagialah kehidupan kekal kita di akhirat kelak. Adapun selain daripada masalah itu, anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui akan mematangkan jiwa kita, akal kita dan juga peribadi kita agar menjadi lebih baik. Yakinlah bahawa segala masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya!
Gunakan f0rmula DUIT :
D0a + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = KEJAYAAN!
InsyaAllah...

0ne m0re thing, Remember this!!!
You must face the pr0blems, y0u cann0t av0id the pr0blems...
They will stick until y0u finish them...
D0n't be sad. Alwayss be HAPPY...Smile =)
Share:

Nilai TARBIYAH...

Sebenarnya bernilai atau tidak sesuatu pentarbiyahan itu hanya bergantung kepada mad'u (orang yang ditarbiyah). Dia sahaja yang mampu menjawab sama ada pr0ses pentarbiyahan yang dia lalui telah membawa dia kepada landasan yang benar ataupun tidak! Jika ianya berkesan, Alhamdulillah...Itu tandanya dia telah mampu memujuk hatinya untuk belajar menerima suatu perubahan yang pada awalnya mungkin sesuatu yang asing, namun dia tidak perlu khuatir kerna situasi itu pasti akan berlaku pada awal perubahan seseorang.
Tetapi, jika pr0ses pentarbiyahan itu tidak membawa sebarang perubahan pada dirinya & dia masih di tampuk yang lama, itu situasi yang perlu dibimbangkan. Hanya ada dua kemungkinan sahaja mengapa situasi itu berlaku :
  1. Mungkin input atau ilmu yang cuba disampaikan oleh murabbi semasa pr0ses pentarbiyahan tidak dapat difahami oleh dirinya, tidak sesuai dengan masalah yang dialaminya dan sebagainya...
  2. Mungkin juga situasi itu berpunca dari dirinya sendiri yang tidak mahu menerima input yang diberikan & telah menutup pintu hati serta pemikirannya awal2 lagi sebelum pr0ses pentarbiyahan dilakukan.
Kedua-dua kemungkinan ini sememangnya perlu dielakkan agar 0bjektif manhaj tarbiyah yang diadakan mampu dicapai sekaligus memberi kesan yang p0sitif kepada orang yang ditarbiyah.
Bagi menyelesaikan dua kemungkinan tersebut :
  • se0rang murabbi, naqib ataupun naqibah, seharusnya perlu menc0ntohi prinsip yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w dalam mafhum sabdanya, "Berbicaralah dengan manusia berdasarkan taraf kecerdasan akal mereka." Langkah sedemikian akan membolehkan murabbi berkenaan menggunakan bahasa sesuai dengan tahap pemahaman bakal pendengar tarbiyah tersebut. Jika tidak diambil kira tahap kefahaman pendengar maka dikhuatiri kandungan pengisian ilmu yang disampaikan tidak mampu meresap ke dalam hati dan minda pendengar. Kayu ukur sebenar kehebatan seseorang murabbi bukanlah terletak pada ketinggian ilmu pengetahuan dimiliki atau sejauh manakah murabbi itu dapat mencuit hati pendengar dengan lawak jenakanya, tetapi diukur melalui kebijaksanaan menyebarkan ilmu secara penuh hikmah dan tertib tanpa menyinggung hati pendengar.
  • Bagi mad'u pula, dia seharusnya berlapang dada & berlembut hati bagi menerima ilmu serta nasihat yang diberikan oleh murabbi. Jika dia tetap dengan eg0nya untuk berkeras daripada menerima input2 tersebut, dia akan berterusan lalai dengan tabiat lamanya...Ia merupakan satu kerugian yang besar bagi dirinya kerna dia telah membazirkan segala kata2 baik yang diberikan kepadanya. Ingatlah, perbuatan membazir amat dibenci oleh Allah dan orang yang suka membazir adalah kawan syaitan. Allahurabbi,Nauzubillah...
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,
sememangnya hidayah itu milik Allah, tetapi kita boleh merancang serta cuba untuk melakukan perubahan. yang selebihnya kita bertawakal, berd0a dan serahkan sepenuhnya kepada Allah...Pastikan usaha itu ada, itu yang penting! Menurut Syeikh Mustafa Masyhur juga:

                 Bittaufiq wannajah fi dunya wa akhirat =)
Share:

Belia Permata Sinar Islam

~Datuk Mohd Zawawi Yusoh

Golongan remaja yang mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia,
kelak Allah memasukkan mereka dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar.
Perkara itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Harapan Islam kepada generasi muda,remaja atau belia amat tinggi.Justeru,pengiktirafan itu mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti,bukan sekadar retorik atau omong kosong.

Benar,
kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah,
tetapi Allah lebih cinta genersi muda yang bersedekah.
Allah juga mencintai mereka yang beramal,
tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal.
Allah mengasihi orang beribadat,
tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadat.

Wahai adik-adik remaja,anda adalah PERMATA KEPADA SINAR ISLAM.
Di hadapan anda ada seribu harapan buat Ummah...
maka jangan sia-siakannya kerana anda generasi pewaris yang ingin kita lahirkan.

Nasihat kami cubalah penuhi dengan sifat-sifat berikut:
  1. Memiliki pandangan luas dan jauh (ru'yatul waadhih) sehingga mampu merancang dan merangka kerja sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang serta mengetahui pula halangan dan cabaran yang bakal ditempuhi.
  2. Memiliki akal fikiran yang tajam dan kritis hingga dapat melihat segala permasalahan dari setiap sudut serta menentukan penyelesaian yang menyeluruh tanpa mengabaikan atau terlepas pandang segala perkara yang berkaitan.
  3. Memiliki kehalusan jiwa sehingga melahirkan kepekaan tehadap tanggungjawab dan peka dengan kesan serta akibat dari setiap tindakan.
  4. Memiliki himmah yang tinggi atau jiwa yang besar hingga tidak mengenal erti kelemahan jiwa dan putus asa.
  5. Memiliki prinsip dan keyakinan diri untuk membuat keputusan serta mengambl tindakan dengan tepat dan bijaksana.
  6. Memiliki keimanan yang mendalam sehingga mampu patuh kepada keputusan pimpinan walaupun bertentangan dengan pendapatnya sendiri.
  7. Memiliki daya fokus yang tinggi hingga tidak mudah tertarik dengan tarikan duniawi dan menyimpang dari matlamat.
  8. Memiliki keluasan ilmu hingga mampu membuat pertimbangan secara menyeluruh di dalam menentukan kepentingan dan keutamaan.
  9. Menguasai kaedah dan prinsip di dalam membuat keputusan yang betul dan berkesan.
  10. Menguasai dan memahami pergolakan jiwa dan perasaannya hingga dapat istiqamah  dengan kerja yang besar dan menuntut kesabaran serta  pengorbanan tinggi.
*Bangkitlah PEMUDA_PEMUDI ISLAM...Tegakkan agamamu...

Share:

IMAN, ISLAM DAN EHSAN

Kali nie saya nak ajak teman-teman bertaaruf dengan Iman, Islam dan Ehsan...
InsyaAllah...
melalui hadis dibawah nie kalian akan lebih memahami apakah maksud ketiga-tiganya.
Apa tunggu lagii, J0m bace!
Hadis sahih Muslim, drpd Abdullah bin Umar,katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:
Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.
  Dia berkata,"Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadan dan menunaikan ibadah haji jika kamu mampu dalam perjalanan."
  Lelaki itu berkata,"Kamu berkata benar."
  Umar berkata: Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya & dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah).
  Lelaki itu berkata lagi,"Beritahu kepadaku mengenai Iman."
Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, beriman kepada hari akhir & juga kepada qadarNya yang baik dan yang buruk."
  Lelaki itu berkata,"Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung,"Beritahukan kepada diriku mengenai Ehsan."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak berasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."
  Lelaki itu berkata lagi,"Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w menjawab,"Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."
  Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Kalau sudah ada perempuan melahirkan tuannya, kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat penggembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."
Umar berkata: kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku,"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?" Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."
Subhanallah...
Betapa Allah itu Ar-Rahman & Ar-Rahim, Dia tidak ingin hamba-hambanya lari dari landasan yang benar...Segalanya telah diterangkan. Sesuai dengan firman Allah,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh dan sentiasa nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati menepati kesabaran."
Jadi, tibalah pula tugas kita untuk menjadi hamba yang s0leh & s0lehah...Teruskan berMujahadah!!!
Terimalah pantun 2 kerat dari saya =)
Ingat Allah, Ingat mati
InsyaAllah nanti, hidup diberkati...
Share:

Tiada Izzah (kemuliaan) Tanpa Dakwah

Penceramah : Ustaz Mohamad Lokman Awang
Dianjurkan oleh : Pengerusi Alumni Shams (Dr.Mohd Afandi Salleh)
Dihadiri oleh : Ahli2 LIQO' PARA DA'IE SHAMS
Tarikh : 28/2/2012
Buat Teman2  (^_^)
Perkongsian Ilmu yg diperoleh drpd ceramah tersebut....

   5 soalan yg mesti sentiasa kita tanya pada diri kita dan jawab...
-siapa aku?
-di mana aku?
-ke mana hala tuju aku?
-bagaimana aku boleh jadi hebat di dunia dan mulia di akhirat?
-bagaimana aku boleh capai?

  Makna Izzah
Bahasa : mulia,tinggi,hormat
Istilah : satu kedudukan yg tinggi martabatnya

  Mazahir (terserlah) Izzah
-Thiqah (percaya) kpd Allah
-Thiqah kpd diri sendiri
-Cekal laksana amanah
-Tidak dikuasai oleh sifat2 negatif
-Tidak takut kecuali Allah
-Tahu peranan  & tanggungjwb

  Makna Dakwah : seru,panggil,ajak
Ayat perintah untk berdakwah :
- surah al-muddatstsir , ayat 2 (bangunlah,lalu berilah peringatan!)
- surah asy-syu'ara' , ayat 214 (dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatMu [Nabi Muhammad] yg terdekat)
  
   Kenapa berdakwah?
-untk myelamatkn manusia dr kegelapan tamadun kufur
-untk keamanan manusia sejagat
-untk menunaikan amanah khilafah 'iaitu pngajak kpd dakwah sperti sbuah kerajaan'
 (cnth : khilafah uthmaniyyah yg pernah menjaga seluruh umat Islam sebelum ini)
-untk meneruskn warisan kenabian

   Matlamat Dakwah
*individu muslim
 -aqidah sejahtera          
 -ibadat yg jelas                        
 -bfikiran intelek                         
 -bermanfaat                         
 -jage masa               
 -bmujahadah           
-mampu bdikari      
-bperaturan
-sihat tubuh badan                   
-berakhlak
*keluarga muslim
*masyarakat muslim
*negara muslim
*daulah muslimah
*ustaziatul `alam

   Asbab Dakwah Mukmin Capai Izzah
-dakwah adalah tugas bersama (Nabi S.A.W sentiasa bersama pendokong2 dakwah Baginda iaitu para sahabat dlm berdakwah)
-dakwah menghalang kemaraan fitnah
-dakwah meramaikn warga soleh dan akan mengurangkn warga jahat
-dakwah mengangkat darjat dunia & akhirat
-merasai dan mhayati tanggungjwb dakwah dihadapan Allah

   Bina Kekuatan Dakwah Dengan
-Tajdid (perbaharui) niat capai reda Allah
-Berilmu dan mantap kefahaman
-Perkongsian pgalaman generasi dakwah
-keyakinan yg mendalam
-Dakwah yg bterusan
-Tadhiyah (pengorbanan) yg bterusan
-Indhibat (disiplin) yg tinggi
-Silah (hubungan) yg kuat dgn Allah

   Halangan Dakwah
>musuh luar dan dalam            >menuruti nafsu tanpa kawalan       
>punyai agenda peribadi          >sempit dada dan tidak matang
>tidak bijak mgurus masa        >lemah keyakinan diri                     
>lemah hubungan dgn Allah    
>lemah dalam tazkiah nafs (jage kebersihan hati)
>tiada aulawiyyat (keutamaan) dalam kehidupan

   Ancaman Tinggal Dakwah
-dosa dan ancaman neraka         -DOA TIDAK MAQBUL
-mengundang bala Allah              -hilang rahmat dalam kehidupan
-perpecahan dan khilaf

sekian :)
p/s:inilah ilmu yg tlh dkongsikn oleh Ustaz kpd kteorg...harap ilmu ini dpt dmanfaatkn sebaik mungkin dan sepenuhnya oleh teman2...lain kali kalau ade ceramah lgii (akan diberitahu di Liqo' Para Da'ie Shams),,
kite pakat gii ramai2 k...baru meriah!!
~HIDUP TANPA ISLAM DAN TANPA DAKWAH ADALAH HIDUP TANPA IZZAH~ ^_^
Share:

Apa itu 'TARBIYAH' ?


Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi...
Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah...
N0w, I'm already in l0ve with it.
Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah.
"Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan.
Meh snie nak habaq mai...
Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan, manakala orang yang mendidik dinamakan Murobbi. Selain itu, tarbiyah melibatkan proses pengembangan dan bimbingan yang meliputi jasad, akal, dan jiwa yang dilakukan secara berlanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.
Untuk lebih difahami, tarbiyah Islamiyah yang seharusnya kita sebagai umat Islam ikuti adalah yang berasaskan Al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan, agama Islam itu sendiri merupakan agama tarbiyah yang mementingkan proses pembentukan manusia dan pendidikannya secara bertahap sehingga menuju kesempurnaan sebagai hamba Allah swt yang bukan hanya boleh bercakap malah menjadi individu yang turut beramal.
Haa! Macam mane?Jelas ke tidak maksudnya??
M0ga-m0ga jelas yee =)
Share:

Jiran Tetangga..