Memaparkan catatan dengan label Membentuk Peribadi Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Membentuk Peribadi Diri. Papar semua catatan

#2 Pengalaman Kerja Part-Time

Continue..

Bila masuk degree baru fatin belajar niaga sikit-sikit buat tambah duit poket. Itupun lepas join kengkawan Usuk berniaga. Dari situ rasa cam best jugak berniaga ni, cuma kena berani sikit jer. Hehe.. seronok sebab kita belajar approach customer, orang yang kita tak kenal pun. Tapi bila dah ada sambutan, dyeorang beli apa yang kita jual tu, rasa puas sangat, happy. Mula-mula geng Usuk join karnival Jom Masuk U, Feb 2016. Lepas tu try berniaga masa konvo UniSZA pulak, Oktober 2016. Memang kami jual makanan jer, paling laku murtabak maggi. Itu je lah menu letops yang kami duk repeat bila berniaga. Haha..
Awal tahun 2017, fatin start join dropship tudung Hijabmanis, nama baru sekarang IManis. Hampir setahun lebih jugak jadi dropship. Seronok, walaupun mula2 tu malu😅 tapi last2 satu kelas tahu fatin jual tudung. Lagi best kawan2 pun support sama. Bila dah ada pengalaman tu sikit2, dah ada keyakinan, tak malu sangat nak faced customer, ada sekali tu masa cuti sem fatin pergi kerja part-time selama 2 hari, tolong satu butik dari KL untuk MoodRepublik Raya kat TTI. Sehari dapat Rm100 lebih kalau tak silap. Tapi makan dyeorang tanggung so settle la. Jimat yang makan tu. Yang ni memang taknak repeat dah. Cukup la sekali join😂 best tu memang best, memang wow sangat aura berniaga semua orang, dapat tengok artis femes depan-depan, tapi kita pulak dari pagi sampai malam berdiri ja, bukan tak duduk langsung, ada jugak duduk, tapi booth pun tak besar kan..ke hulu ke hilir dalam tu jugak, pastu customer tak putus2, memang lenguh giler kaki, sampaikan balik rumah nak bengkokkan kaki tu, nak duduk sakit..cukup dua hari, hari ketiga demam😂😂😂 papa kata berbaloi ke kerja sampai sakit. Lepas ni nak Rm200 tu papa bagi jelah. Ahaha..itu memang ayat perli. Tak kisah pun semua tu, janji pengalaman tu yang penting. Mana nak cari kan kalau kita tak hadap sendiri, baru la tahu susahnya cari duit. Bila dah dapat gaji tu, rasa cam bernilainya duit yang aku dapat ni. Takdelah nak membazir sesuka hati..Papa tak kisah pun sebenarnya fatin buat apa, janji tak memudaratkan diri. Tu bila sakit dia bising sikit. Hehe.. Jenis papa, dia memerhati tau. Maksudnya papa tak halang apa yang fatin buat, dan tak tunjuk jugak dia sokong😂😂😂 sebab tu dengan papa fatin suka buat dulu, macam jadi dropship ni pun, fatin buat jer, awal-awal tak bagitahu pun, bila dah ada hasil, dapat duit tu semua, papa tengok then barulah papa tanya..awak buat apa semua ni, dapat komisyen berapa, baru dia support. Papa tak suka orang banyak cakap, tapi hasil takda. So, papa tengok dulu betul ke fatin ni berminat jadi dropship, jual tudung ni semua. Tak mau hangat-hangat tahi ayam jaa. Camtulah..


Hijabmanis pun selalu jugak join karnival dalam UniSZA dan UMT masa awal-awal tu. Mudah sikit fatin dapat stok tudung dan dalam masa yang sama tengok dyeorang berniaga depan-depan camna. Nak dijadikan rezeki, kebetulan masa karnival Konvo UMT, Hijabmanis bukak booth dan cari pekerja part-time. Alang-alang fatin pun free, dah pernah ada pengalaman sebelum ni jaga booth, fatin try la. Alhamdulillah dapat, so masa berniaga jaga booth tu lagi banyak ilmu, pengalaman yang fatin dapat. Lagi seronok sebab dalam universiti kan, jiran sebelah UniSZA pulak. Memang jumpa la kengkawan yang mai karnival tu. Suasana berniaga pun lain, bayangkan jelah anak-anak muda, lagi-lagi yang perempuan ni shopping tudung camna. Kalau boleh satu booth tu dyeorang nak beli semua tudung. Macam-macam karenah ada, yang jenis cerewet, jenis tak tahu nak pilih mana yang nak, sebab semua berkenan, jenis tiap-tiap hari datang booth, jenis cuci mata jer, tak beli pun.. ahahaha..itu semua perangai kita tau. Fatin sampai terfikir aku pun cam dyeorang jugak sebenarnya, bila nak membeli macam-macam perangai terkeluar. Yang jadi peniaga memang kena banyak sabarnya, customer always right kan. Pengalaman berniaga kat UMT tu fatin dah buat posting special sebelum ni..Nanti korang baca yer..😊👉Pengalaman jaga booth, jual tudung


Jadi dropship seronok sebab team Hijabmanis guide camna nak ambil order, berhubung dengan customer, camna nak create instagram bisnes dan banyak lagi. Tiap-tiap bulan akan ada reward buat mana-mana dropship yang capai target sale untuk bulan tu. Ada reward tudung, handbag, loket emas. Best tau..Fatin pernah jugak dapat reward, sebab tu jadi bersemangat nak jual tudung. Hehe..Masa bulan Feb, 2018 Hijabmanis ada launching butik baru dan tukar nama kepada Imanis. Jadi, dyeorang offer fatin untuk jadi moderator bagi Forum: Cinta Bidadari Syurga, bersama Insta Femes Aisyah Hijanah dan Daie Adneen. Cuak jugak awal-awal tau sebab fatin tak pernah pun jadi moderator sepanjang berprogram di UniSZA. Cuma masa praktikal di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT pernah la jadi emcee majlis. Itupun program tak formal sangat, dan hadirin pun kebanyakannya perempuan. So, fatin takdelah segan sangat dan teks emcee pun simple dan boleh ubah sendiri. Fatin ada sejenis perangai jugak, perangai sukakan perkara baru, suka mencuba. Thats why fatin terima offer tu, lagi satu sebab fatin memang minat giler dengan Aisyah Hijanah. Suka dengan keyakinan dia bila bercakap, sifat peramah dia, gaya spontan dia, cam idola la dalam bidang dakwah ni. Daie Adneen pulak soft spoken orangnya tapi penyampaian dia terus ke hati, cepat meresap, ringkas dan padat. Dyeorang berdua muda lagi, tu fatin rasa cam tercabar jugak. Ahaha..yelah fatin lagi tua dari dyeorang. Even tak berapa nak tinggi cam dyeorang..😂😂😂


Hujung tahun 2018, fatin diremove dari group Imanis sebab tak buat sale. Masa tu banyak fokus study dan busy dengan persatuan. Permintaan tudung pun makin lama makin berkurang sebab fatin jarang sangat dah promote time tu. Memang syarat IManis dah, mana-mana dropship yang takda buat sale selama 3 bulan akan diremove dari group dyeorang. So, fatin ok jaa sebab dah salah sendiri kan. Tapi fatin bersyukur sebab dapat bersama dengan dyeorang sebelum ni, banyak ilmu dan jugak pengalaman yang fatin dapat. Lagi satu moment berharga dengan Imanis ni.. founder Imanis sendiri, Kak Za sudi support program Persatuan Mahasiswa Usuluddin UniSZA, yang mana program tersebut diketuai oleh Exco Ekonomi PMUS iaitu Saudara Akram dan fatin sendiri. Alhamdulillah, selain sumbangan wang yang diberikan, Kak Za jugak sponser tudung Bawal Hana sebanyak 20 helai untuk diberikan kepada peserta yang join program "Business Entrepreneur 2.0". Program ni berbentuk explorace, dijalankan di sekitar Kuala Terengganu yang mana bermula dari UniSZA dan bergerak ke Pantai Teluk Ketapang, Pasar Tani (sebelah Perpustakaan Awam), Keropok Losong, Masjid Terapung dan akhir sekali di Noor Arfa Craft Complex, Chendering. So, hari kedua tu memang semua peserta perempuan diwajibkan untuk pakai tudung Imanis tu. Dyeorang jugak dikehendaki create satu video mengikut kreativiti masing-masing bagi mempromosikan tudung Imanis. Masa yang diberikan tak lama pun, tengahari dyeorang dapat task tu, petang tu dah kena submit sebab malamnya masa majlis penutupan program, kesemua video bagi setiap kumpulan ditayangkan bagi menentukan kumpulan mana yang bakal menjuarai explorace tu. Walaupun masa yang ada tu singkat je, tapi setiap kumpulan memang tunjukkan effort dyeorang bagi menjayakan video tu. Menarik sangat.. Fatin sharekan dengan korang. So korang pun boleh tengok betapa kreatifnya dyeorang semua..hehe






Itulah sedikit sebanyak pengalaman dan jugak kenangan dalam berniaga jadi dropship ni. Hujung tahun 2018, fatin start balik dengan jadi dropship Planner 2019! Alhamdulillah.. group yang ni pun supportive sama. Leader sangat-sangatlah membantu, bagi ilmu dan semangat. Seronok la, takdalah yang dropship ni terkapai-kapai takda arah tuju kan. hehe.. Korang yang mana ada instagram tu boleh la follow insta bisnes fatin, @nurfatinplanner 👐👐👐 Planner Exclusive 2019, nama je exclusive tapi murah je, Rm45 plus korang akan dapat extra free gift yang bernilai Rm30. Berbaloi sangat, 3 items free gift. Banyak tu..😊 Btw, benda baru lagi kan yang fatin cuba. Fatin takut jugak sebenarnya tapi perasaan nak mencuba tu lagi membuak-buak. Lagipun dropship ni tak keluar modal pun, just promote, orang beli then kita dapat komisyen. Tak rugi, ilmu yang dapat pun lagi banyak dan berbeza dari sebelumnya. Cuma tulah, nak start semula nak bagi orang percaya kita jual apa, nak kenalkan barang kita memang take time. Kena banyak sabar dan terus konsisten promote barang yang kita jual. In shaa Allah nanti dapatlah hasilnya kan. Doakan fatin tau. Moga dilipat gandakan rezeki yang halal dan diberkati segala apa yang fatin lakukan sekarang ni. In shaa Allah..

Terima kasih banyak sebab korang semua sanggup baca sampai habis perkongsian tentang kerja part-time ni. Pengalaman fatin ni sikit jer kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Masing-masing punya kisah sendiri kan, apa pun tujuan fatin kongsikan bukanlah nak berbangga diri ataupun mencari perhatian korang. Fatin cuma nak sampaikan kita semua punya peluang yang sama untuk cari pengalaman kehidupan. Semuanya kembali pada diri kita, apa yang kita mahukan. Camna nak keluarkan softskill, kelebihan ataupun bakat yang ada dalam diri kita. Kadang kita tak nampak kelebihan kita sebab kita sendiri yang taknak mencuba. Takut. Fikirkan apa orang kata. Thats why kita terbantut! Apa kata kalau korang try jer. Jangan terus fikir, nanti kalau aku buat silap camna? Itu tolak tepi dulu. Hakikatnya kita semua buat silap dalam hidup ni, dari kesilapan tu lah kita belajar improve diri jadi lebih baik kan. Ini benda biasa yang kita dengar, tapi kita camtu lah. Orang yang nak berjaya jer, akan push diri diri dia keluar dari comfort zone yang sekarang ni dia berada. Sanggup ambil risiko walaupun dia tak tahu risiko yang akan dia hadapi tu sebesar gajah sekalipun. Its okay, kalau kena caranya, dia akan terselamat dari risiko tu semua. In shaa Allah. Asam garam kehidupan begitulah kan.

Fatin doakan moga dipermudahkan urusan kalian. Kawan-kawan yang seangkatan dengan fatin, moga kisah kehidupan kita makin berwarna-warni, penuh dengan pengajaran yang berharga, bekalan untuk hari kemudian. All the best. Keep going! Biiznillah..



#1 Pengalaman Kerja Part-Time

Bismillah.

Based on pengalaman sebelum ni..habis je diploma, fatin jadi cikgu tadika. Itulah pekerjaan pertama yang fatin buat. Tak belajar lagi niaga online. Itupun kerja isi masa, cari duit sebelum masuk degree. Tak lama pun 5 bulan je. Gaji 3 bulan pertama dalam Rm700 lebih, lepas tu naik Rm900 lebih. Mula-mula fatin kena jaga kids 3 tahun. Faham jelah 3 tahun camne kan😅 kecik lagi, keje dyeorang pulak berkepit je gan teacher. Dalam 5 orang camtu..Ajar pun benda basic & dyeorang pun dalam fasa bermain kan. Bayangkan mak anak 5 bila nak buat susu semua berderet masuk dapur😂😂😂 that moment memang takleh lupa. Bagi arahan semua duduk elok-elok, kalau tak tak dapat susu. Sambil bancuh susu tu berzikir ka, nyanyi lagu fav dyeorg ka..kena hiburkan jugak biar dyeorang follow sama. Kalau tak dyeorang duk potpet mengulang "susu..susu.." Pastu dapat jugak pngalaman ajar kids 5 & 6 tahun, ganti teacher yang takde. Ajar ngaji sesi petang, ajar kelas membaca. Pagi dengan kids tadika, petang dah bcampur gan anak-anak sek ren. Itulah job pertama yang fatin buat😊 Nasib baik adik-beradik ramai, jadi dah terbiasa dengan suasana riuh dengan budak-budak, dah selalu kena jaga adik-adik, takdelah kekok sangat. Cuma kena selalu berjaga-jaga, hati-hati sebab jaga anak orang kan, amanah tu.

Bila balik kerja, fatin selalu kongsi cerita dengan mama, papa. Excited terlebih. Lagi-lagi kerja dengan kids yang 'baru nak mengenal dunia'. Semua benda fatin cuba, termasuklah mengajar, sediakan makanan, mandikan mereka, buatkan susu, tidurkan mereka dll.. Seronok 😄 Alhamdulillah.. Papa pun pernah cakap, "takpelah.. Penat tu biasa. Pengalaman tu yang penting! Banyak dah tahu. Dah boleh buat. Baguslah". Hehe.. Tak tipu! Memang penat dari 8 a.m - 6 p.m. Sabtu..Kelas tuisyen.. Full jadual! Apepun.. Rasa bersyukur sangat dapat bersama kids TGK. Bila mereka merajuk, kena tahu cara memujuk. Nak marah pun, ada caranya. Nak mengajar, nak tarik perhatian anak-anak kecil.. Everything must under control. Yang penting, teachers sendiri kena tunjukkan contoh yang baik. Anak-anak baru nak kenal dunia, sebab tu mereka perlu dicorakkan sebaiknya. Dalam banyak-banyak kenangan, ada jugak kenangan yang menghiburkan hati.. tengah sibuk-sibuk siapkan dyeorang, tetiba... "Ibu ! Awish..." 😆😆😆 Ibu??? Ahaha..They always  tersasul.



Ada sekali tu parents bagitahu anak dyeorang yang 3 tahun tu duk berzikir dalam kereta sepanjang perjalanan dyeorang satu family balik kampung. Happy la mak ayah kan, terkejut pun ye jugak. Memang la sebutan tak jelas mana tapi kids kita boleh agak apa yang dyeorang sebut tu. So parents tanya la fatin ajar apa. Fatin cerita jelah apa yang fatin buat. Dengan dyeorang fatin memang selalu berzikir, tak kisah la zikir apa pun, yang terlintas tu fatin sebut je. Contohnya, masa dyeorang nak tidur tu, sambil usap-usap kepala, sambil tepuk-tepuk nak bagi tidur fatin berzikir. Dyeorang tengah sibuk-sibuk main, fatin duk tepi perhatikan je dyeorang main, tapi mulut duk berzikir jugak. Sama la time buat susu, macam tu jugak. Rupanya kids ni kan cepat sangat boleh adapt dengan apa yang kita buat. Kita tak sedar sebenarnya dyeorang perhatikan kita, tengok apa kita buat. Fatin pun berzikir sebab nak relaks, dalam masa yang sama tenangkan kids tu jugak, bagi mudah dyeorang follow apa fatin buat. Maybe sebab tulah dyeorang dah terbiasa dan boleh terikut zikir sama.. Alhamdulillah, fatin pun seronok bila parents inform camtu. Fatin kan adik beradik ramai, so selalu tengok mama buat kat adik-adik camtu, tok-tok kita dulu pun camtu kan. hehe.. Bila dah masuk degree, pernah jugak time cuti sem fatin ajak kengkawan bekerjasama dengan tadika tu buat kem solat untuk kids tadika. Alhamdulillah kami dapat feedback yang baik dari owner tadika😊


Fatin ada jugak terfikir..
Dalam membentuk anak-anak kecil ini, kita yang terlebih dahulu perlu kepada 'pengisian ilmu' kan.
Berbekalkan ilmu itulah, kita didik dan asuh mereka. Sejauh mana usaha kita dalam menjadikan diri kita sebagai 'madrasah pertama' atau 'sekolah pertama' bagi mereka? Bagi fatin, tak rugi pun belajar tinggi-tinggi sebab nanti bila dah kawen, ada bekalan buat anak sendiri kan. Teringat pesan ustaz, "ana tak tahu lah, zaman sekarang ni berapa ramai anak-anak gadis yang bersedia menggalas tugas sebagai seorang ibu? Ana tak tahu berapa ramai di antara kalian yang akan mendodoikan anak-anak kalian kelak dengan alunan Zikrullah." Sentap! Ada benar kata ustaz. Lihat sahaja pada diri kita. Siapkah kita menjadi madrasah buat anak-anak yang bakal dilahirkan? Ala.. jauh sangat fikir! Kawen pun belum. Dah fikir pasal anak. Relax la. Kawen pun tak tahu bila kan. Memang la. Kawen tak tahu bila. Tapi tak salah kalau mempersiapkan diri kan. Mak ayah kita pun menilai anak-anak gadis mereka. Kita sibuk cakap nak kawen. Tapi diri sendiri tak terurus. Camna mak ayah nak percaya kat kita. Nak bahagi masa buat belajar, keluarga, kengkawan, gajet dan lain-lain pun tak pandai.. Camna lah kalau dah kawen nanti kan. Kita perlu nilai diri. Perlu insafi diri. Orang lain hanya mampu beri nasihat. Mampu mendidik. Semuanya nanti terpulang pada diri kita. Bagaimana kita mengaplikasikan semua perkara-perkara tu? Fatin pun sama jugak cam korang, cakap je lebih tapi tak terurus jugak diri ni, kurang itu ini. Tapi tulah..

Duhai gadis.
Kau dan aku. 
Kita sama!
Bakal madrasah pertama buat si kecil! 
Ayuh.. Perbaiki diri buat kemaslahatan Ummah kelak. 
In shaa Allah. Dengan setiap usaha itu, ada nilai disisi-Nya.


*****

Bersambung...

Jangan perasan, Jaga perasaan!


Wahai Wanita
.
Bila ada lelaki yang bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa. Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tidak ada yang special. Jangan perasan. Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan kewajipannya sebagai seorang muslim.
.
Bila di antara kawan kawanmu hanya kamu yang disapa, jangan perasan. Itu biasa biasa sahaja bila dia menyebut namamu.
Hanya sapa, jadi? Tiada apa apa pun. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan. Jangan perasan.
.
Bila sampai satu tahap dia berjumpa dengan ibu bapa kamu sekalipun belum tentu dia mahu menjadikan kamu sebagai yang halal kerana mungkin kamu adalah pilihan kedua. Ketiga, keempat atau entah sudah yang keberapa. Dia mahu tengok tengok sahaja dahulu. Jangan perasan.
.
Kadang rasa kecewa itu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
.
Oleh itu, wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan. Tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan.
.
Jangan bergurau dengannya tentang soal hati, bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu.
.
Jangan biarkan dia perasan.
.
Jaga kehormatan seorang wanita dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan yang boleh menyebabkan mereka perasan.
.
dan wanita, jangan mudah jatuh hati atas kebaikan seseorang lelaki terhadapmu.
barangkali itu memang sikapnya berbuat baik pada semua.
.
Perkongsian buatmu Wanita.

(Perkongsian ni fatin kopipasta dari instagram @syeraanasir_)

Muslimah itu..

Muslimah itu, 
Terkadang gelak kuat tak henti2,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, 
Terkadang pakai stokin mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari,

Muslimah itu, 
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun2 lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju2 without mercy,

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala badai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf, salah dan dosa,
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa,

Apa2 pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba menggembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk perbaiki diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana. 

💖💖💖💖💖💖 
Bergelar Muslimah mahupun Muslimin itu bukanlah bermakna kita ini sempurna serba-serbi..✌

Petikan daripada Buku Kerana Manisnya Ukhuwah.

Jadi gadis itu..

Bismillah.


Jadi gadis itu..
hatinya perlu kuat!
Kenapa?

Kamu tahu persis apa hatimu, rapuh! Bila-bila masa saja bisa terluka. "kak..aku sudah pun menjaganya. Lantas aku juga yang memulakan langkahnya. Dia itu yang aku mahukan. Dia punya ciri-ciri yang aku mahukan. Aku titipkan doa pada Allah, aku ikhtiar menjaga diriku, aku khabarkan perasaanku agar sampai kepadanya melalui perantara. Sehabisnya aku usaha kak. Tapi kenapa? Tetap juga aku yang kecewa. Di mana salahku? Aku hanya mahukan dia yang bisa menjagaku, membimbingku. Kenapa dia menolakku?"

Duhai adik.. Sudahku pesan berkali-kali. Jadi gadis itu hatinya perlu kuat sayang. Apa yang kamu rasakan itu, perasaan itu semuanya adalah lumrah. Pantas jika kamu menyukai dirinya kerana dia ada ciri-ciri yang kamu impikan. Tapi sayang.. kamu lupa apa? Kamu sendiri titipkan doa pada Allah. Mana mungkin Allah sia-siakan doamu. Boleh jadi Allah punya rencana itu lebih baik untukmu. Allah tahu dia itu bukanlah yang terbaik untukmu.

Kamu pantas untuk dapatkan yang lebih baik sayang. Sabar! Sabar itukan indah. Jangan ikutkan kemahuanmu, sampai lupa pada kemuliaan dirimu. Jangan biar nafsu menguasai diri. Teruskan meminta dengan Allah, biar kamu terus kuat. Kuat dalam menjaga hatimu sayang. Biarkan dia yang menolak cintamu. Usah meratapi apa yang sudahpun terjadi. Pasti ada yang lain jauh lebih layak buat menjaga dirimu. Yakin duhai adikku. Pasti tidak akan ada yang sia-sia. Usaha sama doamu itu, semuanya jadi saksi kamu cuba menjaga diri menjadi wanita solehah di sisi Tuhanmu.
Aku nukilkan ini 'special' buat kamu🌹

Aku sayang sama kamu Lillah. Semoga Allah sentiasa menjaga kita, jadi hamba yang taat serta patuh akan perintahNya.

Maaf atas kekurangan diriku juga.😘 #Indah_Tarbiyah❤❤❤

Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga & mendidik rasa. Siapalah aku, kamu & kita semua.. Kita tetap manusia biasa. Iman ada turun naiknya. Tapi itu bukan alasan buat kita 'merosakkan diri' hanya kerana rasa itu yang sebenarnya belum pasti betul ataupun tidak.

Usahlah mempermainkan hati sendiri. Sudah tibanya masa buat aku, kamu dan kita mendidik rasa agar Tuhan memberkati semuanya.
Kamu wanita yang hebat!
Percaya pada diri. Kemampuanmu lebih daripada apa yang difikirkan. Disinilah bermulanya pengorbanan. Moga di penghujung ceritanya, bahagia menyapa seiring reda-Nya. Ameen...

Jaga diri, In shaa Allah. ^_^

Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah bukan perkara main-main. Dan bagi mereka yang melaksanakan amanah, walaupun dirinya sendiri tersepit di antara keperluan diri dan keperluan amanah, didahulukan keperluan amanah, maka keperluan dirinya Allah s.w.t pasti permudahkan. Percayalah! Ini bukannya omongan kosong. Dan saya percaya, sahabat sahabiah yang pernah memegang kepimpinan (sewaktu belajar) pasti pernah melalui saat-saat genting, yang mana sampai satu masa, itulah masa studynya, masa berpersatuan, masa turun berprogram, masa liqo (meeting), masa makan, masa tidur, masa siapkan esiment/tesis... semuanya bertembung! Sampaikan dah tak tahu nak aulakan yang mana. Keliru antara perkara yang penting dengan perkara yang lebih penting! Astaghfirullah...

Teringat lagi bilamana saya menarik diri dari menyertai misi bantuan banjir dengan alasan ingin menyiapkan tesis dan esiment yang masih berbaki. Jika diikutkan, murabbi kami sangat mengharapkan agar saya dan sahabat-sahabat yang lain boleh turun bersama. Tapi, ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama menghadap laptop dan juga timbunan buku. Selang dua hari, akhirnya sahabat-sahabat yang mengikuti misi bantuan banjir pun balik.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada saya, "ha... camne gan esiment nti? dah siap? cam banyak je tesis yang dah buat. muka tersengih bahagia tu..."
"Taklah... sikit je yang sempat sentuh." Itu je yang mampu saya balas. Tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pun ada sebabnya, sahabat saya pun ada esiment yang nak disiapkan. Ada tesis yang perlu dihantar sama seperti saya. Tapi, disebabkan amanah yang digalas, dia tinggalkan esiment & tesis buat sementara waktu. penuhi kehendak amanah. Dan kini, jujurnya... Esiment & tesis dia yang dah siap dulu. Segan saya dibuatnya. Saya yang ada masa pun tak mampu nak siapkan lagi. Dia yang tak cukup masa dah siap dulu.
Itulah pengajarannya.

Masanya lebih berkat. Kenapa? Dia betul-betul manfaatkan masa yang dia ada. Masa yang ada untuk study, dia manfaatkan untuk study. Focus! Dan bila tiba masa untuk berpersatuan dia berpersatuan. Buat gerak kerja bantu ummah. Bantu agama.

Saya percaya kata-kata ini. Pesan dari murabbi...

Tak pernah ke mengeluh dengan segala penat lelah & karenah manusia yang terpaksa dihadapi sepanjnang berpersatuan ni?
Jujur... kami pun manusia juga. Ada salah silapnya. Kami pun terkadang tak terlepas daripada mengeluh kerana kepenatan. Tapi.. bila ada sahaja di antara kami yang mengeluh, yang lain akan mainkan peranan! Menguatkan tatkala ada yang mula rebah...

Kami selalu diingatkan oleh murabbi.
Ingat... penat itu juga adalah makhluk Allah. Jangan risau, in shaa Allah di akhirat kelak setiap penat lelah itu akan jadi saksi dan akan dihitung oleh Allah s.w.t. 

****
Dan... di sebalik semua kesibukan tu. Ada hikmahnya. 
Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi!
Secara kasar, kita semua tidak nampak! Di mana letaknya nilai tarbawi itu?
Jika dihayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada musuh Islam, membantu mempermudahkan urusan ummat & mendidik ummat mengenal Islam. Setiap inci tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.
Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik gerak kerja yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang yang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.
Cuba check kembali niat kita.
Lillah...
petikan asal dari - asyraf farique (Buku Usrah Ini Poyo)
petikan tambah kurang: Indah_Tarbiyah

Pesan Murabbi sebelum muktamar:
Antum semua masih dalam peringkat belajar. Masih dalam proses latihan. Penyediaan buat masa depan. Setiap apa yang Allah s.w.t. suruh buat akan dihisab sama ada jamai atau fardi (individu). Allah akan tunjuk semula (yakni tayang).

Konsep muktamar juga begitu. Nilai & muhasabah kembali apa yang telah diusahakan.

***
Sekian sahaja perkongsian fatin untuk post kali ini.
Sebenarnya dah lama taip..masa turun pimpinan dulu, sebelum masuk ke Uni lagi. Sekarang baru tergerak hati nak kongsikan semula. Fatin pernah kongsikan kat fb, cuma kat sini je lambat sedikit. Hehe..maaf ye. ^^ Kalau ada yang tertanya-tanya, misi banjir bila tu.. misi tu ketika negeri Kelantan dilanda banjir sebelum ni. Banjir teruk yang pernah mengemparkan satu Malaysia..
Moga apa yang dikongsikan ini akan mendatangkan manfaat buat semua. Maafkan fatin atas salah silap sepanjang berkata-kata ye..Syukran.




Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???


Why they should know???

They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?

Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita? 
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 

Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.

  1. Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. 
  2. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
  3. Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
  4. Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
  5. Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka. 
  6. Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak? 
  7. Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D 
  8. Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah.. 

Terima kasih sudi baca post saya..

#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

  • nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. 
  • nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes, kita akan jumpa kawan yang jenis suka tidur awal pada waktu malam dan bangun study awal pagi. Kita pulak jenis tak boleh bangun awal pagi, dan jenis suka study sampai lewat malam. So, kalau macam tu tak boleh la nak ikut cara kawan kita kan. Bagi Fatin sendiri, tak salah nak stay sampai lewat malam, tapi kita sendiri kena faham otak kita, badan kita pun ada limit jugak, tak boleh nak push & push, sampai satu tahap kita jadi blurrr dan apa yang kita baca tu memang susah nak masuk sebab otak dah penat sangat sebenarnya.. Kalau rasa dah penat tu, berhenti la dulu study. Rehat ataupun tidur sekejap. Lepas tu bangunlah semula study. 
  • doa dan solat hajat. Jangan sesekali tinggalkan. Mak ayah Fatin selalu pesan. Mintaklah dengan Allah s.w.t nak berjaya, dipermudahkan belajar dan dapat jawab exam dengan baik. Dengan siapa lagi kan kita nak bergantung harap selain dari Allah s.w.t. Kita ni jangan sombong sangat!
  • bila nak exam je, even sebelum masuk dewan exam, Fatin suka call mak ayah mintak restu dan doa mereka biar Fatin dipermudahkan untuk jawab exam. Sampai Fatin pun dah boleh hafal dah dialog yang asyik duk ulang kat mak ayah. 
  • minta doa dari orang sekeliling kita. Contohnya, para pensyarah, sahabat-sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Kalau rapat dengan mak cik yang selalu sapu sampah depan asrama pun, minta je doa dari dia. Tak salah pun minta mereka semua doakan. Mana tahu kan dalam ramai-ramai yang doakan kita tu, ada doa yang mustajab.
  • review semula paper exam yang lepas. 
  • cari tempat yang sesuai untuk study. Kalau Fatin, mesti study kat meja, kalau kat katil, jawabnya buka buku, 5 minit pastu tidur. Haha.. lagi satu carilah tempat yang menenangkan. Fatin suka tempat yang tak bising, macam perpustakaan. Walaupun ramai orang, tapi tak bising. Kalau boleh study atas katil, studylah. Mana-mana yang selesa dan boleh hadam apa yang dipelajari. Ok..
  • kenal pasti mana-mana senior yang dalam ranking 'Best Student'! haha.. ini bukan pilih kasih tau.. tapi, inilah salah satu teknik untuk dapatkan nasihat-nasihat yang bernas sepanjang study. Semestinya dyeorang pun ada rahsia-rahsia tersendiri yang boleh kita amalkan. Tak percaya? Hmm.. try la korek rahsia senior-senior awak tu. Fatin dah buat pun. Alhamdulillah.. berkat perkongsian dari senior-senior lah yang banyak bantu Fatin masa study dan juga masa exam. Nak skor exam pun jadi senang tau. 
Cerita 1:
Ada seorang senior pernah pesan, akak dulu tak minat pun kos yang akak ambil sekarang ni. Akak minat bidang lain. Tapi disebabkan mak akak yang suruh akak redah je. Kalau tak ikut, kecik hati pulak. Lagipun, mungkin mak akak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Mula-mula tu memberontak jugak sampai akak pernah terdengar perbualan mak ayah akak. Mak akak sedih tengok akak, memberontak, study pun gitu-gitu je, result exam pun tak ok. Mak salahkan diri dia. Lepas dengar perbualan dyeorang, akak menangis. Akak salahkan diri akak sendiri. Tak sepatutnya akak buat mak ayah camtu. Dyeorang tak salah pun. Akak je yang keras hati, susah nak terima. Lepas tu, akak berubah dik. Akak berubah sebab mak ayah dan akak cuba berlapang dada dengan apa yang Allah berikan pada akak. Akak belajar macam biasa, cuma.. kali ni akak rasa lebih mudah nak belajar dan setiap kali exam akak dapat result yang cemerlang. Akak pun pelik sebab ini kos yang akak tak minat pada awalnya tapi boleh skor. Akak tanamkan hasrat baru. Akak nak bahagiakan dulu mak ayah, berikan apa yang mereka mahu. Kemudian, kalau Allah masih berikan akak kesempatan untuk belajar, akak akan belajar bidang yang akak minat pulak.

Cerita 2:
Ini pun pesan dari senior. Lebih kurang macam cerita kat atas. Kakak tu pesan, dalam semua gerak kerja kita, lagi-lagi bila sedang menuntut ilmu, belajar.. selalu jaga hubungan dengan mak ayah. Jangan kecilkan hati dyeorang. Cari keberkatan mereka. Biar mereka reda akan semua perbuatan kita. Barulah senang hidup kita. Akak dulu ada kawan. Dia malas sikit nak belajar. Enjoy je kerja dia. Last-last akak kata kat dia, kalau nak berkawan dengan akak, kena rajin belajar. Akak taknak kawan dengan orang yang malas berusaha. Saja cari susah. Akak cakap direct je tak berlapik dah. Susah sangat kan. Nasihat taknak dengar. Alhamdulillah.. lepas tu dia berubah sedikit demi sedikit. Kami usaha sama-sama. Sebab tu, dalam belajar ni pun, penting kita pilih kawan yang boleh mendorong kita ke arah kejayaan. Bukan sekadar berkawan. Kita berkawan biar ada sesuatu yang kita dapat. Kalau dia baik akhlaknya, kita contohi akhlak dia. Kalau dia bijak, biar dia ajarkan kita, kongsi ilmu yang ada. Awak percayalah cakap akak. Cuba buat apa yang akak buat ni. jaga hubungan dengan mak ayah, pastu cari kawan yang boleh sama-sama bimbing. In shaa Allah.. dipermudahkan semuanya.

Cerita 3:
Ini cerita Fatin sendiri. Jangan pernah takut untuk berkongsi ilmu. Macam Fatin, Fatin suka study group. Tapi sebelum study ramai-ramai, Fatin akan pastikan diri sendiri dah faham bab ataupun tajuk yang nak dibincangkan. Baru boleh bincang dan kongsikan dengan yang lain. Kalau tak baca apa-apa, dan terus join study group, dengar je penjelasan dari orang lain, Fatin tak boleh. Susah sikit nak hadam.. Itu Fatinlah, tapi Fatin tahu ada sahabat-sahabat di luar sana yang boleh study ramai-ramai walaupun dia tak buat revision. Dia lebih mudah menerima dengan mendengar. Kita punya cara yang berbeza untuk belajar. Manfaatkan kesemuanya.

Pernah terjadi satu peristiwa. Malam sebelum exam. Esoknya exam paper English. So malam tu kami study  soalan-soalan exam yang lepas. Seronok study ramai-ramai sebab sampai satu masa untuk satu soalan je, macam-macam jawapan timbul. Semua bagi 'fatwa' masing-masing. Haha.. riuh-rendah surau sakan dibuatnya. Alhamdulillah.. orang tua pun selalu pesan kalau kita berkongsi in shaa Allah apa yang kita kongsikan tu akan lebih berkat. Keesokannya, masuk je dewan exam, kebetulan seat kami dekat-dekat. So bila buka paper exam, semua terkejut. Pastu, berlakulah adegan aku tengok kau, kau tengok aku. Semua tersenyum. Soalan exam yang kami jawab malam tu, soalan itu jugak yang ada dalam paper exam yang kami pegang tu. Subhanallah.. bayangkan. Allah memang bantu kami masa tu. Cuma kedudukan soalan je yang berubah. Soalannya totally sama. Bahagia betul jawab soalan, sambil jawab sambil tersenyum sebab terbayangkan adegan-adegan yang berlaku masa review soalan tu dengan kawan-kawan. Papa pun selalu pesan, soalan exam tak lari jauh biasanya. Tengok semula paper-paper yang lepas. Study semula soalannya. Kalau lari pun, itu sebab pensyarah bagi subjek tu dah ditukarkan. Hehe.. petua dari orang lama.

Inilah jadinya bila anak sambung belajar dan ayah pun sambung belajar jugak. Seronok. ^^

 Fatin cadangkan buat sahabat-sahabat tersayang, dapatkan buku 
"Aku Budak Dekan".
Buku yang sangat baik untuk mahasiswa/wi, 
sarat dengan tips-tips yang berguna 
sebagai bekalan di medan perjuangan ilmu. In shaa Allah..
4 penulis kesemuanya, kita amik aura positif mereka..

Buku terbitan Humaira Publication, harga RM 25 sahaja.

Alhamdulillah..
Itu sedikit sebanyak apa yang Fatin boleh kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat yee..
Terima kasih kerana sudi baca.
Senang-senang commentlah. Kongsikan pengalaman kalian pulak ^^
Bye.. Bye..

Putaran Hidup Manusia


Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala sosial, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk mengejar dunia kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Allah Rabbul Jalil. Tuhan sekelian Alam. Aamiin.

Itulah putaran hidup manusia...

via: Cg. Mohd Noor - cikgu psikologi


Saya nak jadi macam akak!

Hmmm...
Kenapa nak jadi macam akak dik? Apa yang specialnya akak ni? Akak rasa cam biasa-biasa je.. Kenapalah pilih akak?

Entahlah kak. masa mula-mula saya jumpa akak, terus saya terpikat. nak jadi macam akak. Ayu.. Baik.. Pakai tudung labuh.. Mesti akak dari keluarga baik-baik kan. Suka sangat tengok akak.

Ya Allah.. awak ni. Macam-macamlah.
Nak tahu tak.. sebenarnya akak ni biasa-biasa je. Keluarga akak pun biasa-biasa je. Dalam family akak, kaum kerabat sepupu sepapat takde pun yang pakai tudung labuh a.k.a jilbab ni. Rare la cikit mase mula-mula akak pakai tu. ahaha..^^ rase cam alien pun ada jugak kekadang tu. Mungkin faktor persekitaran, belajar kat sekolah agama yang banyak bantu akak. Habis SPM, sambung kat kolej islam pulak. Biah pun lebih kurang je. Tak jauh beza. Mungkin sebab tu dah biasa kut. Tapi sekarang ni awak pun tengok akak biasa-biasa je kan. Akak takdelah pakai jilbab, tudung labuh selalu. kadang-kadang belit-belit,, shawl jugak.. Hehe.. Sekarang ni, bagi akak selagi mana pemakaian awak tu menutup aurat dengan baik, tak menyalahi syariat, tak timbul fitnah, pakai jelah. Betul tak?

A'ah.. Saya setuju, saya pun perasan jugak kak. Akak tukar-tukar jugak cara pemakaian akak tu.

Terkadang kita kena mengikut persekitaran kita juga. Bagaimana orang di sekeliling kita? Jika kita begini, bagaimana penerimaan mereka? Mungkin sahaja orang lain tak boleh nak move on gan kita disebabkan cara kita. Dyeorang rasa tak selesa. So, kena ubah la cikit cara kita. Dyeorang ada cara dyeorang dan kita ada cara kita. Kena toleransi lah. Sama-sama terima setiap kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kalau orang sekeliling tak faham, cuba fahamkan mereka. Cakap je.. Sebenarnya, saya begini dan begini. In shaa Allah... lame-lame dyeorang pun akan belajar untuk memahami kita. Don't worry.. Dan kita pun kena la hormat dyeorang. 

Akak.. rasenye cerita kita lebih kurang la kak. Saya pun sama cam akak. Dulu-dulu saya pun biasa jugak. Tak sangka pulak akak pun gitu.. Haha ^^

La... ye ke..? Hehe.. Ada chemistry betul kita ni kan.. Time sekolah dulu nakal jugak akak ni. Macam budak-budak yang lain jugak. Pakai jugak seluar jeans tu, tshirt, tudung bidang 45 dll.. Sama je. Tengok orang bercouple, teringin jugak nak bercouple. Haha.. Jiwa remaja kan. Tak menyempat bercouple pun dik. Kejap je. Sebab time tu akak rasa apa lah yang best sangat bercouple ni. Try lah. Sekali try terus menyesal!! Langsung tak best. Menipu je banyak dik.. Malam-malam borak panjang-panjang. Boyfren tanye dah ngantuk lum. Kita pulak mata memang dah kuyu dah, tunggu masa je lelap. Tapi mulut ni, ha.. sanggup cakap tak ngantuk lagi. Layan jugak boyfren tu hah.. Tapi, kan dah belajar sekolah agama. Nak tak nak, akak kenalah sesuaikan diri dengan biah kat sana. Mula-mula tu terkezutlah jugak dik.. Kejutan budaya! haha.. masuk sekolah semua berjilbab, lelaki berkopiah je.. kite pun terus ikut. Kan budak-budak lagi masa tu, orang suruh kita buat jelah. Bila dah besar cikit, mulalah kita faham kenapa kena pakai macam tu.. Kenapa salah bercouple ni.. Islam ajar apa.. Seronok kan bila kehidupan kita ni colourful...! Memang apa yang Allah s.w.t. jadikan untuk kita ni dah cantik sangat dah. 

Akak kadang terfikir.. orang selalu pandang rendah pada mereka-mereka yang nak berubah ni kan. Tapi bagi akak, akak kagum sangat dengan mereka ni. MashaAllah! Tak mudah dik sebenarnya nak berubah ni. Mujahadah dye kena kuat. Nak tinggalkan 'kemanisan tiruan' sebelum ni.. Allah.. ni kirenya fight dengan diri sendiri. Tak kuat, Kecundang dik.. Sakit! Tapi bila dah lawan, dah berubah.. Subhanallah.. indahnya saat tu. Kita lagi istimewa sebenarnya daripada mereka yang tak teruji macam kita. Kita pernah rasa macam mana pahitnya kopi sebelum ni, dan kali ni kita lebih berjaga-jaga untuk minum.. Jadi, bila kita tengok kawan-kawan kita yang berperangai macam kita sebelum ni, kita akan lebih faham mereka. Cara kita nak tegur dan nasihat mereka pun berbeza kan. Sebab kita pernah berada di tempat mereka, dan kita memang tak suka orang datang straight dakwah, tegur macam-macam tapi tak cuba tuk faham diri kita dulu. Betul tak?

Betul la kak.. Saya pun pernah macam akak. tak percaya pulak bila akak pun pernah jadi macam tu. Huhu..

Betullah.. 
Hehe.. kenapa tak percaya? Takpe.. jangan risau. Kita boleh berubah sebenarnya. Nak atau tak je! Kan.. ^^ Ramai je orang yang boleh bantu kita. Sebab tu nak berkawan pun, ha..kenalah pilih kawan-kawan yang boleh bantu kita ke arah kebaikan. Akak dulu pun sahabat-sahabat akaklah yang banyak tolong akak. Nasihat itu ini. Tunjukkan qudwah yang baik-baik. Sampai terkadang akak pun malu dengan dengan dyeorang. 

Kawan tu cerminan diri kita kan kak..? ^^

Hah.. betullah tu dik.. Pandai pun. Akak pelik betul gan awak ni. Camanalah boleh nak jadi cam kak. Haha.. Awak jadi je diri awak sendiri dik. Awak punya kisah kehidupan tu in shaa Allah lebih menarik lagi dari akak. Allah jadikan kita ni sememangnya berbeza. Specialnya awak kat sini, dan specialnya akak kat sini. Balancelah kan.. Sama-sama topup apa yang kurang. Be though! Kuat.. in shaa Allah.. doa yang baik-baik. Minta Allah jaga kita dari perkara-perkara yang tak baik. Dan biar kita ni suka pada kebaikan. 

In shaa Allah kak. Terima kasih sebab sudi bocorkan rahsia akak, ceritakan kat saya. Hehe..^^

Haha.. oh,, takpe. Ini rahsia kita berdue je. Awak jangan risau! Kalau ada apa-apa nak share gan akak, bagithu je yee.. In shaa Allah.. akak akan cuba bantu. Akak nak balik dah ni.. Awak tak nak balik ke..?

Eh.. a'a lah.. jom balik kak. dah lama kita kat sini kan. Jom2..

^_^

Pondok Tok Selehor!

#throwback

Sebaik sahaja kaki melangkah di bumi mrsm, rasa cam tak percaye. Alhamdulillah x 3... akhirnye sampai jgak kat snie. Macam2 hal yg mnghalang sblum nie. Sampaikn dh tak snggup nk reply sms adik2 maktab. Kalau reply, msti akan lukakan hati dyeorg. Tak reply, lagi2lah menambah kelukaan tu
Bila mana dpt bertentang mata dgn mereka, hanya senyuman & air mata shj yg bisa menggantikn kata2. Akhirnye rindu itu terubat. Ditambah lgi, dpt adik2 baru.

Itulah perancang Allah ! sangat2 hebat. Bila di sne, sebenarnye diri sendiri yg banyak belajar dr adik2. Walaupun mereka kadang2 takut nk bertanya, nk berubah, nk kekalkan perubahan... tapi disebabkan semangat & keinginan lebih kuat dr ketakutan, mereka akhirnye berjaya mengatasi masalah2 itu dlm diri mereka. Kenapa begitu? Sebab kekuatan itu sebenarnye dari Allah.

Petang kemarin saat mendengar luahan dr adik2, selalu aku ucapkan ayat ini, "jangan risau adik2, apa yg kalian buat skrang nie adalah utk mjaga diri kamu & juga agama Allah. bagaimana kamu mjaga agama Allah? kamu mjaga dgn mentaati suruhan Allah & juga meninggalkan apa yg Dia larang. ingat adik2, siapa yg menjaga agama Allah, nescaya Allah akan menjaga dirinya."

sebelum berkata begitu, awal2 lgi aku katekn pd dyeorg, "akak mnjawab brdasarkn apa yg akak faham & tahu, kalaulah akak xmnjawab soalan2 kamu, akak mntak maaf." mereka mngangguk, tapi aku mngerti. jauh di sudut hati mereka... mereka inginkan jawapan yg tepat ! yg benar2 bisa mbantu mereka mnyelesaikn masalah yg dihadapi.

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Bila mana sesi muhasabah dilakukan, aku bersama adik2 mndengar apa yg disampaikn oleh fasi2 yg laennye. Tapi, bila tiba dipertengahan & akhir sesi itu, baru aku sedar. "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih & Penyayang. Engkau mendengar rintihan dari adik2ku. Engkau menjawab segala persoalan2 mereka. Engkau memberikan jawapan-Mu kpd mereka. Terima kasih Ya Allah."

Sebaik shj selesai sesi muhasabah, terus ke tepi musolla mncari permata2 Islam itu. Mereka datang dgn raut wajah itu ! Aku faham maksudnya. Lalu, aku peluk erat tubuh2 itu smbil ku katakan pd mereka, "Benarkan, siapa yg menjaga agama Allah, nescaya Allah akan menjaganya juga. Allah dh memberikan jawapan buat segala persoalan2 adik sebelum nie. Setiap kata2 tadi, memang datangnya dari kakak dan abang2 fasi. Tapi, mereka itu hanya perantaraan. Sebenarnya, semua itu datang dari Allah. Allah sedang menjaga kamu smua. Kuatkan semangat adik2. Teruskn dgn mujahadah itu. Jangan mengalah. Kamu semua kuat. Andai terasa lemah, kakak2 & abang2 fasi sentiasa bersama kamu. Jangan bimbang...

Aku sendiri sebak melihat adik2 di sekelilingku. Rintihan & tangisan2 mereka itu ikhlas dari hati mereka. Tiada istilah tipu !Mereka sudah menyalakan lilin perubahan. Diterangi pula dgn lilin cinta. Cuma, mereka masih perlukan kekuatan buat menyalakan lilin keimanan. Angin luar kerap mnganggu. Mengoyahkn nyalaan itu. Tapi aku yakin, adik2 itu bisa mengekalkan nyalaan keimanan kerna nyalaan harapan sentiasa ada buat mereka.

‪#‎thr0wbackKisahAkudanAdik2MRSMTumpat‬

aku K0ngsikan cerita Ini supaya KAMU2 mengerti bahwa anak2 Muda itu Jiwanya masih Lembut bisa Disentuh bisa Diasuh. jangan cepat mengalah dlm Mendidik Mereka. Gilaplah Mutiara2 Islami Ini agar Mereka bisa dijadikan Anak2 Panah Islam Yg bisa BERJASA & BERGUNA

Batu yg keras pun bisa berubah dek air yg sering menitis di atasnya. Inikan pula hati-hati anak-anak kecil ini. Memang! Hidayah itu milik Allah. Tapi dlm mperolehnya kita mestilah berusaha mencari. Alhamdulillah... Apa yg trmampu tlh pun kami curahkan buat kalian, adik-adik yg disayangi Lillah. Kami bisa rasa perubahan yg kalian inginkan & impikan. Dan kami berharap, kalian bisa trus qawiyy dlm meneruskn langkah mencari reda Allah. Keep moving! Berubah Lillah moga2 hidup yg ditempuhi itu punya arah tujunya. ‪#‎sayangkamuLillah‬ ‪#‎permata2Islam‬ ‪#‎fom3‬ ‪#‎MRSMtumpat‬












#3 Muhasabah Diri

Bismillah...

Allah s.w.t perintahkan kita untuk muhasabah diri bukan pada hari-hari tertentu, program-program tertentu, waktu-waktu tertentu tapi S E N T I A S A pada setiap individu Muslim.

Muhasabah ada 2 jenis:
- Muhasabah apa yang telah berlaku
- Muhasabah apa yang akan berlaku

Saidina Umar sentiasa ada pertemuan dengan para sahabat yang lain untuk muhasabah diri.

Manusia juga ada 3 jenis perangai:
- Manusia yang suka bila orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang tak suka orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang lebih suka & selesa diri sendiri yang muhasabah (paling afdal)

moga bermanfaat :D

***
Kunci kebahagiaan diri ! 
Nak perbaiki diri?
Ayuh !
Muhasabah... 
Yang salah diperbetulkan, Yang baik diteruskan. 

2# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Bismillah...
Perkongsian seterusnya buat akhowat yang dimuliakan.

Dear Akhowat.
Hati kita ini mudah terusik kan.
Benar @ tidak? Lantas, bagaimana caranya mahu 'Menjaga' & 'Merawat'nya?

Pernah diberi peringatan:
"mata akhowat ini ibaratnya seperti radar. Pasti ada saja sasaran yang akan menepati ciri-ciri kemahuannya. Dikesan melalui radarnya, lantas bawa rasa suka itu ke hati. Terusik." Begitulah kebiasaannya! Sekadar suka, bahkan ada juga yang terlebih suka. Mulalah terbayang-bayang, menganggu ruang minda si akhowat. Membuat dirinya tidak keruan saat bertemu.

Dear akhowat. Ini nasihat buatku & juga dirimu.
1) usahakan yang terbaik buat mengawal radarmu itu.
2) terjaga radar, terjagalah hatimu.

Mudah bukan. Tapi tidaklah semudah saat dipraktikkan. Mujahadah saat ini sangat-sangat memerlukanmu untuk terus qowwiy & bergantung harap pada-Nya.

Andai terusik hatimu & belum tiba waktunya.. Jagalah.
Andai terusik hatimu, mohonlah pada-Nya.. Agar dijaga rasa suka itu. Tidak terpesong & mengotorkan hatimu.
Andai terusik hatimu, didiklah ia agar mengingati Tuhanmu saat itu juga. Lawan.
Andai terusik hatimu, ingatkan ia pada hal-hal lain yang boleh menyibukkan dirimu.
Andai terusik hatimu, pesanlah padanya. Jika dirimu menyerahkn hati pada yang bukan selayaknya, boleh jadi 'dia' yang telah ditakdirkan buatmu juga melakukan perkara yang sama. Telah menyerahkan hatinya terlebih dahulu pada orang lain sebelum dirimu. WanauzubilLah..
Andai terusik hatimu, istighfarlah. Bersihkan setiap bintik hitam yang mula menapakinya.
Andai terusik hatimu, ceritakan pada temanmu, ustazah, orang yang kau percaya. Dapatkan nasihat mereka. Biarkan mereka mengingatkanmu saat dirimu alpa.

Ayuh akhowat! Kita cuba jaga hati kita. Jauh dari maksiat. Agar kita cinta pada kebaikan. Agar mudah ilmu lekat padanya. Ilmu itu cahaya. Dan ia tidak akan pergi pada hati yang hitam & gelap. Dan agar Allah meredai hati-hati yang sentiasa ingat pada-Nya dalam apa jua yang dilakukan.
In shaa Allah.. Bangkit. Bangkit.
Duhai akhowat!

Moga bermanfaat...
Salam ukhuwwah. Salam Mahabbah.

#Indah_Tarbiyah #diariseorangmujahidah #dongibapkipidap #TeamOhsem #kitaikutcarakita #searching4MardotiLlah #JagalahHatiJanganKauKotori #LanteraHidupIni #inspiringUmmahByMuslimah

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Assalamualaikum semua.
Lama tak kongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat semua kan..
Ini special gift tau ! Saya 'create' khas buat kalian terutamanya #TeamIndah_Tarbiyah ...
Eh..? Ada team ke...?
Ehehe.. Iyelah.. team 'kite-kite aje'. Siapakah gerangannya?

Jeng... Jeng... Jeng...
Duhai akhowat jameelah.. bingkisan ini khas buat nti ^^
Iye.. nti yang bergelar Muslimah !
In shaa Allah... kita sama-sama usaha buat yang terbaik. Jadi yang terbaik ! Lillah.

Ha..!
Buat 'teamkgsebelah' a.k.a 'teambolasepak'...
Moga apa yang dikongsikan ini juga bermanfaat. Sudah pasti ada antara kalian yang ada adik mahupun kakak kan, kongsikan ilmu ini dengan mereka. Bantulah mereka untuk menjadi yang solehah.. Besar ganjaran pahalanya ! Ingat.. kelak kalian juga akan dipertanggungjawabkan dengan amanah dalam mendidik mereka. Benar kan..?

Selamat Membaca...

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Bila dah kerja, walaupun baru 'kerja sementara'.. Kepenatannya tetap terasa. Masuk pukul 8 pagi dan pulang pukul 6 petang. Mase mula-mula kerja dulu, malam totally saya akan tidur awal. Tak boleh nak buat bende laen dah. Penat sangat rasanya. Hehe.. Sekarang ni baru boleh control cikit rasa mengantuk dan penat tu. First job, first experience kan!

Selalu saja terfikir & acap kali juga luahkan pada Mama, pendengar setia apa jua masalah..
"ni along tak kawen lagi.. Keje je dah penat camni. Nanti bile dah kawen camne la agaknya? Ada anak lagi.. Suami lagi? Entah terjage entah tidak. "

Seriusly.. Takut sangat!! Saya memang respect dengan akhowat yang kawen muda, belajar, jaga keluarga @ dengan akhowat yang berkeluarga tapi on de same time ada mase sibuk dengan lapangan dakwah! Tetap turun membantu walaupun anak-anak masih kecil.. Bahkan ada di antara mereka yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi dengan membawa anak-anak mereka menghadiri kuliah-kuliah agama, buat kerja masyarakat, pergi ke masjid dan sebagainya. Hebat cara mereka membahagikan masa yang mereka ada! Ada masa buat keluarga dan juga ada masa bersama masyarakat, berbakti.

Teringin sangat nak face to face dengan insan-insan istimewa ni.. Nak minte tips-tips yang berguna. Hehe.. Persediaan untuk mase depan. Betul tak???

Sebab tu, ustz kat kolej pernah pesan. Nak manage mase kita, listkan tanggungjawab yang kita ada. Sebagai contoh.. If kita ni seorang anak & masih belajar, ambil satu kertas dan buat dua column atas kertas tu. Column pertama tulis "Anak" & yang kedue tulis "Pelajar". Then.. kat bawah tu listkn tanggungjawab apa yang perlu dilaksanakan bagi membantu kita menjadi anak yang solehah & pelajar yang berjaya! Bila dah listkn, in shaa Allah kita akan lebih nampak. Kalau dah berkahwin, tambah lagi satu column. Sebagai "Isteri". Listkan apa yang perlu kita lakukan buat jadi isteri yang solehah. Apa yang suami kita mahukan? Kemudian, bila dah bertukar status menjadi seorang "Ibu", tambah lagi satu column seperti yang sebelum ini. Juga listkan tanggungjawab apa yang perlu dilaksanakan buat anak yang disayangi. Fahami sebaiknya tangungjawab-tanggungjawab yang perlu dilakukan. Usahakan yang terbaik demi mencapai reda ibu dan ayah, suami dan juga yang paling penting reda Ilahi. Sudah pasti kebahagiaan itu akan dikecapi. In shaa Allah...

Inilah salah satu tips berharga yang mampu saya kongsikan dengan sahabat-sahabat akhowat mahupun kaum muslimin yang dikasihi. Moga bermanfaat yee.

Salam ukhuwah buat semua ^_^

If perkongsian saya di atas itu ada 'inputnya', usaha kalian untuk kongsikn input tersebut dengan sahabat sahabiah yang laen amatlah dihargai :D

Kongsi... Jangan tak kongsi¡

#Indah_Tarbiyah #diariseorangmujahidah #dongibapkipidap #TeamOhsem #kitaikutcarakita #searching4MardotiLlah #InspiringUmmahbyMuslimah

DOA PERLU BERSENI!

via: Dr Abu Anas Madani

Hati kadang tertanya-tanya “mengapakah doaku sukar diluluskan, sedang si fulan itu pula barang dipinta barang diperoleh.” Apa beza aku dan dia? Mulut sama berlidah, jantung sama berhati, tangan sama menadah, tapi doanya seakan “doa kenamaan” mudah sahaja simakbulkan.

Berdoa adalah suatu seni yang wajib diketahui. Seninya merangkumi seni memilih waktu, tempat, cara aturan bahasa dalam berdoa dan sebagainya. Seni doa banyak sekali, namun bicara kali ini akan menyentuh 2 sahaja:

1) Memenuhi syarat Tuhan Yang Memakbulkan Doa dan meyakini penerimaanNya. Ia seumpama memenuhi syarat pihak yang mahu memberikan bantuan. Isilah borangnya, sediakanlah salinan kad pengenalan, salinan sijil dan sebagainya jika mahu permohonan ditimbang. Usah berangan bantuan bakal menjengah pintu rumah jika borang pun tidak diisi. Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Ertinya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. “MAKA HENDAKLAH MEREKA MENYAHUT SERUANKU (DENGAN MEMATUHI PERINTAHKU), DAN HENDAKLAH MEREKA BERIMAN KEPADAKU” supaya mereka menjadi baik serta betul (al-Baqarah [2:186]).

2) Mengutamakan hak Allah dalam setiap doa. Allah sudah sangat kaya dan tidak memerlukan ibadah kita sebagai hambaNya, namun sikap rendah diri serta tetap meletakkan Allah sebagai keutamaan mampu memacu penerimaan doa. Lihat cara doa beberapa orang Rasul dalam ayat berikut:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Ertinya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. “WAHAI TUHAN KAMI, (MEREKA DITEMPATKAN DI SITU) SUPAYA MEREKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG (DAN MEMAKMURKANNYA DENGAN IBADAT).” Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur (Ibrahim [14:37]).

Gentar hati nabi Ibrahim AS meninggalkan anak isterinya di lembah kontang tidak berpenghuni Mekah, namun dalam doanya baginda mengutamakan hak Allah iaitu AGAR SOLAT Dan PENGAGUNGAN ALLAH SENANTIASA DILAKUKAN OLEH KETURUNANNYA. Doa ini menjadi permohanan 2 dalam 1 iaitu mengutamakan hak Allah yang lantas menjadi sebab anak isterinya diselamatkan. Indah sekali seni ini.

Juga doa nabi Zakariyya memohon anak:

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

Ertinya: Dan sesungguhnya AKU MERASA BIMBANG AKAN KECUAIAN KAUM KERABATKU MENYEMPURNAKAN TUGAS-TUGAS UGAMA SEPENINGGALANKU; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki (Maryam[19:5]).

Walau hasrat utama baginda adalah seorang anak, hak Allah tetap diutamakan. Bimbang sungguh baginda terhakisnya penghayatan agama kaum keluarganya, semakin tidak mengenal Allah. Jika dikurniakan anak pasti akan dididik dengan baik agar mampu menjaga agama Allah pada hati kaum keluarganya.

Inilah antara beberapa contoh seni doa para nabi. Hak Allah diutamakan mengatasi kehendak sendiri. Allah lalu mengkabulkan permohonan mereka.

Selepas ini, jika mahu berdoa, susunlah bahasanya agar hak Allah diutamakan. Jika mahu anak cemerlang dalam peperiksaannya, usah hanya berdoa “Ya Allah, berikan kejayaan cemerlang untuk anakku” sebaliknya sulamilah ia dengan mengutamakan Allah seperti “Ya Allah berikan kejayaan cemerlang untuk anakku agar dia menjadi hambaMu yang bersyukur padaMu dan mampu menegakkan agamaMu di bumi ini.”

Jika mahu keselamatan perjalanan ke kampong ketika cuti, sulamilah dengan indah “Ya Allah berikan keselamatan perjalananku ini kerana aku pulang demi menggembirakan ibu bapaku dan menghubung silaturahim yang Engkau sarankan.”

Semoga praktik seni doa ini akan tambah menjadikan kita semua hamba Allah yang sebenar.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Protector & Cover


A story...
Daughter bought a brand new I phone six. She got a screen protector along and beautiful phone cover as well. She showed her new phone to her dad and the conversation is as follows..
Dad: this is a nice phone. How much did you pay for it?
Daughter: it's 700 dollars for the phone, 20 dollars for the phone cover, 5 dollars for the screen protector.
Dad: oh why did you get the screen protector and the phone cover, you could have saved 25 dollars.
Daughter: dad! I've spent 700 dollars on my phone whats the point if I don't spend 25 dollars for its safety? And more over this cover makes my phone look beautiful.
Dad: is it not an insult to the apple company that it did not make the phone safe enough?
Daughter: no dad! They in fact recommend us to get the screen protector and the phone cover for its safety. And I dint want it to get damaged.
Dad: does it reduce the beauty of the phone?
Daughter: no it doesn't. It makes my phone look more beautiful.
Dad looked at his daughter and smiled lovingly. And said, my daughter you know I love you, you paid 700 dollars for a phone and you spent 25 dollars for its safety.
I've paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on akhirath but my daughter you and me will be questioned.

***
I've paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on akhirath but my daughter you and me will be questioned.

YOUR RESPONSIBILITY... AKHOWAT!

Jalan dakwah, banyak cabangnya.

Bismillahirrahmanirrahim...


Jalan dakwah, banyak cabangnya.

Pilih saja mengikut minatmu serta kemampuanmu.
Ada yang petah berkata-kata, mampu memukau setiap dari mereka yang mendengarnya, 
ada juga punya idea mencurah-curah lalu dijadikan ia sebagai tulisan-tulisan yang mampu mengetarkan jiwa pembaca, 
ada yang punya keringat gagah ke sana ke mari membantu sedaya yang mampu, 
ada yang penuh sakunya lantas dihulurkn kepada mereka yang memerlukan, 
ada yang punya waktu dimanfaatkan masanya bersama jiwa-jiwa yang kekosongan. 
Begitulah kita sepatutnya! 
Menyedari akan kemampuan diri, lalu mengunakan anugerah itu demi kepentingan bersama.

Pesan Murobbi:
"Biar letih. Moga keletihan itu akan jadi saksi di sana kelak. Biiznillah.."

Jiwa yang diajar, 
dipupuk agar mencintai jalan dakwah, 
pasti akan merinduinya walaupun berjauhan cuma seketika. 
Moga kita dipilih oleh-Nya utk terus berada pada jalan ini. 
Moga inilah pelaburan yang bisa menguntungkan kita, di dunia dan juga akhirat. 
Allahumma ameen..

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..