Memaparkan catatan dengan label Rasulullah s.a.w.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasulullah s.a.w.. Papar semua catatan

Fadhilat Azan




Bismillah...
Ini adalah perkongsian saya buat sahabat-sahabat FilLah yang dikasihi.
perkongsian saya ini merupakan sebahagian daripada assignment yang saya siapkan bagi madah Fiqh Ibadat. Murabbi saya adalah Ustaz Basit ataupun lebih dikenali sebagai Dr. Abu Anas Madani.




   Dari Muawiyah berkata, “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya para muazin, adalah orang yang paling ‘panjang lehernya’ pada Hari Kiamat.”

   Ada beberapa penafsiran dari para ulama mengenai maksud kalimah ‘panjang lehernya’. Antaranya ialah  orang yang paling banyak pahalanya atau orang yang paling banyak mengharapkan ampunan dari Allah dan paling bagus balasan amalnya atau orang yang paling dekat dengan Allah.

   Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata kepada seorang lelaki, “Saya memperhatikan bahawa kamu adalah orang yang gemar menggembala kambing dan suka bermusafir, maka apabila kamu dalam keadaan sedang menggembala atau sedang dalam bermusafir, kumandangkanlah azan untuk menunaikan solat dengan suara yang lantang, kerana setiap apa pun yang mendengar suara azan dari muazin, baik manusia ataupun jin, nescaya ia akan menjadi saksi bagi dirinya pada Hari Kiamat.” Dari Abu Said Al-Khudri, saya mendengar hal itu dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Riwayat Malik dan Bukhari)

   Dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Orang yang azan akan diampuni kesalahannya oleh Allah Ta’ala, sepanjang suaranya. Dan akan menjadi saksi baginya segala apa yang di bumi, baik yang kering mahupun yang basah. Dan orang yang menjadi saksi solat akan dicatat baginya pahala dua puluh lima solat, dan akan diampuni darinya dosa-dosa antara keduanya.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i)

   Al-Khattabi berkata, “Ungkapan tersebut merupakan bentuk tamtsil dan tasybih, maksudnya, bahawa seandainya sepanjang suara yang ia keluarkan itu dipenuhi dengan dosa, maka nescaya dosa itu akan diampuni.

   Dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam suatu ketika mendengar seorang dalam perjalanan, berkata, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.” Maka Nabi pun berkata lagi kepadanya, “Semoga dikeluarkan dari api neraka.” Maka pada bersegeralah manusia untuk mendatangi orang tersebut. Begitu pula seseorang yang sedang menggembala kambing, kemudian datang waktu solat, maka berazanlah. (HR. Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan dalam riwayat Muslim)

Junjungan Mulia 'Rasulullah SAW'

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Maulidur Rasul 1434H 
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah

Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Indahnya lirik lagu ini... Mudah difahami ceritanya & mudah juga bagi kita untuk ajarkan lirik2 lagu ini pada anak2 kecil...Mudah bagi mereka untuk mengenal siapa itu Muhammad. Apa yang kuingat kupelajarinya masa di sek0lah rendah. Dan alhamdulillah sampai sekarang masih segar di ingatan dengan izinNya...
Muhammad...
Itulah Rasul utusan Allah buat kita umat di akhir zaman. Bagindalah yg membawa sinar cahaya menerangi seluruh alam dengan ajaran Islam. Segala pahit getir Baginda rasakan demi menyelamatkan umat akhir zaman ini dari terus leka dengan mengajarkan akhlak yg mulia (makarimu'l akhlaq) serta menjadikan mereka sebagai masyarakat Rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi (cahaya ketuhanan).

A107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(surah Al-Anbiyaa': 107)
A004
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. 
(surah Al-Qalam: 4)
Baginda sememangnya mempunyai keperibadian yang mantap sebagai se0rang Rasul, pemimpin, suami bahkan juga sebagai se0rang ayah dan datuk. 
Sebagai Rasul
Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah r.a meminta kepada Rasulullah SAW supaya mendoakan dirinya. Lalu Baginda berdoa, "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa dirinya yang lampau dan juga dosa-dosanya yang akan datang." Mendengar sahaja doa itu, Saidatina Aisyah berasa sangat bahagia dan gembira. Melihat reaksinya, Nabi Muhammad SAW pun bertanya, "Mengapa kamu terlalu gembira?" Lalu, Saidatina Aisyah r.a menjawab, " Aku berasa terlalu gembira kerana dosa-dosaku diampunkan Allah." Mendengar jawapannya, Baginda berkata, "Jika kamu ingin tahu, inilah doa yang selalu Aku bacakan buat umat2ku dalam setiap solat yang aku kerjakan..." Subhanallah... Lihatlah betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada kita. Kita sendiri tahu bahwa Rasulullah SAW bukan sahaja menunaikan solat2 fardunya bahkan Baginda juga sering melakukan solat2 sunat. Allahurabbi...Lantas, pantaskah kita melupakan Baginda SAW?
Sebagai Pemimpin
Baginda sangat menekankan integriti seperti amanah, bertanggungjwab, telus serta jujur. Baginda juga memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama Baginda bersifat pemaaf & pemurah. 
Sebagai c0ntoh kisah Rasulullah SAW bersama dgn se0rang orang tua Quraisy yg buta. Walaupun Baginda SAW merupakan seorang pemimpin, namun Baginda sangat sayang & ambil berat akan masyarakat sekeliling. Baginda akan selalu berjumpa dengan orang tua itu untuk memberinya makan. Di sini juga boleh dilhat kesabaran Rasulullah SAW kerna orang tua itu sememangnya tidak menyukai & membenci Baginda. Dia sering mencaci Baginda. Namun, Baginda SAW tidak pernah membenci orang tua itu bahkan menghukumnya. 
Selepas Rasulullah wafat, sahabat Baginda bertanya pd Saidatina Aisyah r.a tentang amalan yg biasa Baginda lakukan ketika dirinya masih hidup. Lalu, Saidatina Aisyah menceritakan bahwa Rasulullah SAW selalu berjumpa orang tua itu untk berinya makan. Maka sahabat itupun pergi berjumpa orang tua tersebut & meneruskan amalan yg biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu memberinya makan. Tetapi, orang tua yang buta tadi menolak suapan dari sahabat itu dan mengatakan bahwa dia bukanlah orang yg selalu datang & menyuapkan makanan kepadanya. Lalu, org tua itu bertanya, "kemana orang itu pergi?" Sahabat menjawab, "Orang itu telahpun wafat & dia adalah Rasulullah SAW." 
Alangkah terkejutnya orang tua yg buta itu kerna selama ini dia sering mencaci 0rang yg telah banyak berjasa kepada dirinya iaitu Muhammad SAW. Selepas itu, orang tua itu pun melafazkan "LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH" Tiada Tuhan Selain Allah Dan Muhammad Adalah Utusan Allah...Lihatlah, akhlak mulia yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu telah pun melembutkan hati orang tua itu untuk menerima Islam dengan izinNya. Jadi, bagaimana pula dengan kita?
Sebagai Suami
Dalam mengurus dan mengendalikan rumahtangga, Rasulullah SAW sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat lemah-lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda juga memahami keadaan mereka dan melakukan kerja2 rumah secara self-service. Cont0hnya, jika ada pakaian @ selipar yang k0yak, Baginda SAW akan menjahitnya sendiri. 
Pernah terjadi suatu peristiwa di mana berlaku sedikit khilaf diantara Nabi Muhammad SAW dgn Saidatina Aisyah r.a. Lalu Baginda berkata, " Kita perlukan sese0rang untk mengadili pandangan siapa yg benar diantara kita berdua." Jadi Saidatina Aisyah mencadangkan ayahnya Saidina Abu Bakar untuk membantu mereka. Lalu, setibanya Saidina Abu Bakar di rumah, Saidatina Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW, "Berkata jujurlah dirimu Ya Rasulullah." Mendengar sahaja Saidatina Aisyah berkata sebegitu lantas Saidina Abu Bakar terus menampar puterinya itu & berkata, "Mengapa berkata sebegitu kepada Rasulullah sedangkan kamu tahu bahwa dirinya tidak pernah berbohong." Lalu, Saidatina Aisyah terus bersembunyi di belakang Rasulullah. Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Abu Bakar, "mengapa kamu memukulnya sedangkan kami mengundangmu untuk mengadili pandangan siapa yang tepat diantara kami berdua." Walaupun Baginda adalah Rasul dan suami, Baginda tetap bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah & tidak menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Sebagai ayah dan datuk
Sebelum Baginda SAW menjadi Rasul, Baginda dikurniakan cahaya mata bersama Saidatina Khadijah. Namun, Saidatina Khadijah berasa takut kerana ketika itu masih pada zaman Jahiliyah di mana anak2 yang dilahirkan akan dibunuh. Tetapi, Rasulullah SAW mengambil anaknya dan berkata bahwa anak adalah kurniaan Ilahi dan perlu disayangi serta dijaga. Subhanallah...Dari situ pun mampu kita lihat bahwa Nabi Muhammad SAW sememangnya se0rang yang penyayang.
Selain itu, Baginda juga sayang dan sangat kasih pada kanak2. Baginda selalu melayan karenah cucu2nya iaitu Hassan & Hussin. Pernah suatu ketika, semasa Nabi SAW sedang sujud dalam solat, cucunya datang dan duduk di belakangnya. Namun, Baginda hanya membiarkan cucunya itu sehinggalah cucunya itu puas bermain dan turun dari belakangnya. Dalam kisah yang lain, cucunya iaitu Hussin pernah buang air kecil di dada Rasulullah SAW ketika dia bermain. Apabila Anas bin Malik melihat keadaan itu, dia cuba mengambil Hussin. Namun, Baginda menghalang dan berkata, "Biarkan sahaja sehingga dia berasa puas." Baginda juga turut mencium cucu2nya. Itu tanda kasih sayangnya buat mereka...
Wahai saudara2ku...
Ayuh kita bangkit menjadi anak2 panah Islami
yg mampu bergerak & memanah ketika diperlukan!
Namun....
sebelum itu kita perbaiki terlebih dahulu akhlak kita
cuba c0ntohi akhlak2 serta peribadi mulia Rasulullah SAW
Qudwah Hasanah yg utama
*Sama2 kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW....
  Allahuma solli ala sayyidina muhammad waala ali sayyidina muhammad...


IMAN, ISLAM DAN EHSAN

Kali nie saya nak ajak teman-teman bertaaruf dengan Iman, Islam dan Ehsan...
InsyaAllah...
melalui hadis dibawah nie kalian akan lebih memahami apakah maksud ketiga-tiganya.
Apa tunggu lagii, J0m bace!
Hadis sahih Muslim, drpd Abdullah bin Umar,katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:
Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.
  Dia berkata,"Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadan dan menunaikan ibadah haji jika kamu mampu dalam perjalanan."
  Lelaki itu berkata,"Kamu berkata benar."
  Umar berkata: Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya & dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah).
  Lelaki itu berkata lagi,"Beritahu kepadaku mengenai Iman."
Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, beriman kepada hari akhir & juga kepada qadarNya yang baik dan yang buruk."
  Lelaki itu berkata,"Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung,"Beritahukan kepada diriku mengenai Ehsan."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak berasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."
  Lelaki itu berkata lagi,"Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w menjawab,"Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."
  Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Kalau sudah ada perempuan melahirkan tuannya, kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat penggembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."
Umar berkata: kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku,"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?" Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."
Subhanallah...
Betapa Allah itu Ar-Rahman & Ar-Rahim, Dia tidak ingin hamba-hambanya lari dari landasan yang benar...Segalanya telah diterangkan. Sesuai dengan firman Allah,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh dan sentiasa nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati menepati kesabaran."
Jadi, tibalah pula tugas kita untuk menjadi hamba yang s0leh & s0lehah...Teruskan berMujahadah!!!
Terimalah pantun 2 kerat dari saya =)
Ingat Allah, Ingat mati
InsyaAllah nanti, hidup diberkati...

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..