Memaparkan catatan dengan label Buku-buku Pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku-buku Pilihan. Papar semua catatan

Tiga Golongan Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan bawa sahabat-sahabat semua mengenali golongan-golongan manusia yang wujud di sekeliling kita.

Dalam dunia ini, ada tiga golongan manusia:

i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.
Ianya dikenali sebagai golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan 'Dahriyyin'. Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran seperti berikut:

{29} وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ
"Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati."
(Surah Al-An'am 6: ayat 29)

Allah berfirman:

{24} وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
"Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."
(Surah Al-Jathiyah 45: ayat 24)

Orang-orang Komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekularis atau penganut fahaman existensialism juga beranggapan demikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah yang mengatakan "Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia jadi sendiri dan akan terus sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hukum yang tertentu." Lenin menyatakan: "Ini adalah satu analisa yang indah terhadap dialektika materialism".

Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku maka seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.

ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.
Mereka ini ialah orang kebanyakan. Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari akhirat, namun aqidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

Seperti yang dikatakan oleh penyair dalam sepotong syairnya:

Kita tampungkan kecacatan dunia kita,
dengan mengoyakan agama kita,
Akhirnya rosak kedua-dua,
baik dunia mahupun agama.

As-Syahid Imam HAssan Al-Banna di dalam risalahnya yang bertajuk "Fi Aiyi Nad'un-Nas (Ke mana kita seru manusia?)" menyatakan: "Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan kehidupan manusia...". Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman Allah:

{12}  وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."
(Surah Muhammad 47: ayat 12)

Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam friman Allah:

 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
(Surah Ali-'Imran 3: ayat 14)

Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah:

{204} وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)."

{205} وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ
"Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan."
(Surah Al-Baqarah 2: ayat 204-205)

Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah Subhanahu Wata'ala telah membersihkan orang-orang mukmin dari tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.

iii. Golongan Yang Menganggap Dunia Ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.
Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firman Allah Subhanahu Wata'ala:

{32} وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Surah Al-An'am 6: ayat 32)

Lantaran rendahnya nilai dunia dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah:

{56} وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Surah Al-Zariat 51: ayat 56)
Image result for golongan manusia
Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumahtangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan unutk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. 

Dalam kontek ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:

1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut harus diperhatikan dari segi persesuaiannya dengan syarak dan akhlaq.

Dalam hubungan ini Al-Imam Hassan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia?". Menyatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan, adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malahan mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, pakaian yang indah, perempuan yang gebu jelita, tidur yang nyenyak dan gelaran yang kosong?".

Seorang penyair menyebutkan:

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan
Sedangkan segala pemberian adalah ujian
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan
Sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian.

Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang menyebut:

(تعس عبد الدينار, تعس عبد الدرهم, تعس عبد القطيفة   (رواه البخارى
"Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dirham. Celakalah (orang yang) menjadi hamba kepada pakaian".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Rujukan: Buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) - karya Fathi Yakan

Semoga bermanfaat. In shaa Allah... =)

Aku Bukan Suparmen



Kata-kata Syeikh Abdul Wahab Azam: "Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, necsaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara."
Maka cita-cita tertinggi kita, tidak lain tidak bukan ialah mahukan mati syahid dan menggapai syurga Firdausi.

Diceritakan Dr. Amar Khaled di dalam bukunya mengenai seorang pemuda yang datang berjumpa Saidina Ali lalu berkata: " Aku khuatir yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosa-dosaku." Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat & lenyap kerana taubat. (Saidina Ali r.a)

Ummat sedang lemas, tegarkah pemuda membiarkan nasib mereka begitu?

***
Sedikit petikan daripada buku "Aku Bukan Suparmen" karya Asyraf Farique. Banyak input-input yang bermanfaat buat mereka yang bergelar "pemuda" di dalamnya. Takkanlah saya nak ceritakan semuanya di sini kan. Tak menariklah. Rugi kalau tak baca. Lepas nie, pakat-pakat pergi beli. Nak beli online boleh. Nak ke kedai terus pun boleh.

In shaa Allah...
lepas gali (ilmu) bolehlah hasilkan outputnya (beramal dengan ilmu).
*jangan semangat hangat2 tahi ayam jee ^^

Wallahua'lam.

Allah Is Calling !!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pena solehah mulakan bicara ^_^

Kenapa mulakan dengan bismillah? Kenapa tak mulakan dengan "sesuatu" yang lain seperti salam sejahtera, salam 1 Malaysia, selamat petang dan sebagainya? Pernah ajukan soalan begitu...? Hmmm... mungkin pernah ! Atau mungkin kita sendiri dah terbiasa dengan permulaan sebegitu. Biaselah, orang Islam. Sememangnya begitu. Mulakan sesuatu dengan membaca bismillah terlebih dahulu. Tapi... sedar atau tidak ! Berapa kali hari ini kita mulakan gerak kerja kita dengan lafaz bismillah? Sekali, dua kali atau tidak terucap langsung di bibir manis kita ungkapan bismillah...?
*tepuk dada,tanye iman...

Sebab itu pernah saya membaca tulisan seseorang yang dahulunya Non-Muslim tapi sekarang ini Alhamdulillah... He is a Muslim, and he say that, "I feel very grateful because I knew Islam before I recognize Islam Muslims." Get it?

Dia rasa bersyukur sebab dia kenal Islam sebelum dia mengenal orang Islam. Kenapa dia katakan begitu? *cubalah jawab sendiri... kongsikan pandangan kalian.

Saya rasa ada betulnya apa yang dikatakan oleh saudara seIslam kita itu. Lihatlah sekarang ini, bagaimana keadaan Muslim di zaman serba moden ini. Kalau tak nak lihat jauh, lihat sahaja orang di sekeliling kita. Dan lebih bagus lagi kalau lihat diri kita sendiri ! Right?
*bagaimana keadaan diri kita?

Yeahhh... diri kita !!! Kita sememangnya Muslim, tetapi adakah kita mengamalkan gaya hidup Islam? Jika Muslim sendiri tidak ber'akhlak', tidak menunjukkan teladan atau qudwah yang baik, bagaimana mereka yang Non-Muslim boleh jatuh hati dengan Islam? Bayangkan... kita nak ajak mereka kepada Islam & kita juga katakan kepada mereka bahwa Islam itu baik, tapi secara hakikatnya kita sudahpun memberikan gambaran yang tidak baik kepada mereka ! Adakah mereka akan terima kata-kata kita yang jahat ini?

Bukankah Islam itu cara hidup? "Islam is the way of life..." Jadi, sudah pasti gerak kerja kita mestilah berlandaskan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak lari daripada syariat Allah s.w.t. Apabila kita mengikut apa yang diajarkan & dilakukan oleh Baginda s.a.w. maka kita dikira melakukan sunnahnya. Tak rugi ! Malah menguntungkan... Subhanallah.

Kerna itu, bilamana seorang Muslim mengamalkan cara hidup Islam maka keindahan akhlaknya akan terpancar. Dan dengan izin Allah s.w.t.,ianya juga mungkin bisa menyentuh hati-hati mereka yang Non-Muslim untuk bersama-sama amalkan ajaran Islam yang syumul (sempurna).


How will you live without ISLAM ?
Beruntung bagi diri kita yang sememangnya dilahirkan oleh seorang ibu yang beragama Islam, ayah kita beragama Islam, keluarga kita beragama Islam & mereka di sekeliling kita juga beragama Islam. Tapi, pernah atau tidak kita bayangkan kehidupan mereka yang Non-Muslim kepada Muslim? Macam mana mereka boleh mengenal Islam? Apa yang menarik mereka buat menerima Islam? Mengapa mereka juga lebih bagus dari kita apabila mengenal Islam? Apa yang mereka lakukan?
Sebenarnya, sahabat-sahabat yang dikasihi... saya ingin mengajak kalian untuk 'menghayati' kisah-kisah saudara Islam kita yang dahulunya mereka hidup tanpa Islam dan kini Alhamdulillah... Islam itu pegangan mereka hingga ke akhir hayat. Banyak buku yang memaparkan kisah-kisah mengenai mereka. Salah satunya adalah buku "Allah is Calling" nukilan Zainudin Hashim. Bab pertama buku ini mengisahkan tentang insan-insan hebat seperti Hamzah Yusof, Isa Carlos Alberto, Dr Murad Wilfried Hofmann, Maryam Jameelah, Syeikh Yusuf Estes, Muhammad Asad, Maurice Bucaille, Dr Bilal Philips, Yvonne Ridley, Malcolm X (El-Hajj Malik el-Shabazz), Ismatin Hajji Toher, Tatiana Fatima, Amelia Rehman, Jamilah Kolocotronis, Dr Roger Garaudy, Aminah as-Silmi, Susan Carland, Luna Cohen, Jacques Yves Costeau, Tali Fahima, Laurent Booth dan Marwah asy-Syarbini.
Petikan buku : Paparan dalam buku ini menjawab segala persoalan yang timbul dengan memaparkan bagaimana cabaran yang dihadapi oleh mereka yang memeluk Islam; ada yang diceraikan suami, dibuang keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan kaum kerabat yang jauh dan dekat. Ia menunjukkan setiap daripada kita mesti melalui ujian tribulasi yang menjadi 'Sunnatullah' atau peraturan Allah di muka bumi kerana Allah berfirman:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" (Al-Mukminun: 115)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah: 214)
Ujian yang kita tempuh pada hari ini tidaklah sehebat atau sedahsyat apa yang dilalui oleh para sahabat, tabi'in dan mereka yang mengikuti jalan mereka. Tugas kita hari ini adalah mempraktikkan ajaran Islam yang pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Semoga usaha memperkenal dan memperkasakan minda serta jati diri dalam kalangan individu Islam menjadi keutamaan kerana kita cemburu bagaimana mereka yang suatu ketika dahulu bukan penganut agama Islam, tetapi apabila dibukakan hati untuk menerima Islam, mereka menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat daripada kita yang memang berasal daripada keluarga Islam.
"Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya)." (Al-Qasas: 56)
Quotes~
"Saya amat gembira kerana berjaya menjadi seorang muslimah. Islam adalah hidup saya. Islam juga adalah nadi jantung saya. Islam adalah darah yg mengalir melalui pembuluh darah saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam adalah segala-galanya. Hidup saya begitu indah. Tanpa Islam, saya tidak dapat berbuat apa-apa, saya tidak boleh bertahan hidup tanpa Islam."

~Aminah as-Silmi, daripada Penganut Kristian Radikal kpd Pendakwah yg Aktif~

Antara video ceramahnya:
- http://www.youtube.com/watch?v=moaVChR_E5M
- http://www.youtube.com/watch?v=O7MyxpmMfHc
"Islam terhijab dengan karenah umat Islam"
(Maryam Jameelah, tokoh intelektual Islam)

* sedar atau tidak "diri ini" & "kita" juga adalah punca kepada "kesukaran dakwah kepada orang di sekeliling" ! Banyak sangat karenah... Aku begini ! Kau begitu ! Kesudahannya....?

#PeringatanBuatDiriSendiri
#AndaiTerasaITUBAGUSsebabALLAHpilihDiriUtkSedarAkanKesalahanDanPerbaikinya
Photo
Wassalam ^_^


'Kasih Sayang Itu Dakwah'

Bismillahirrahmanirrahim...
Kaifahalukum ya akhi wa ukht? Moga terus kuat & sabar dlm mengharungi liku2 hidup yg mendatang...InsyaAllah =)

Teringat saye tentang satu kata2 yg saya petik dr buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa ertinya saya menganut Islam) nukilan Syeikh Fathi Yakan iaitu "Allah s.w.t tlh membersihkn 0rang2 mukmin dari tujuan2 hidup yg salah dgn memberikn tanggungjawab & kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkn kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dgn cahaya Islam.

Subhanallah...Betapa Allah itu bersifat pengasih & penyayang!!! Tidak sia2 apa shj yg ditentukn olehNya bahkan apa yg ditentukanNya itulah yg mendatang manfaat buat hamba2Nya iaitu kita. Mengajak orang di sekeliling kepada dakwah!

Dengan izin-Nya, semalam saya berkesempatan buat mengikuti Siaran Langsung di tv AlHijrah tentang program Pentas Dakwah dari tapak Karnival Hijrah bersama perantara Amin Idris serta Yang Dipertua Yadim, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan penceramah bebas, Ustazah Asni Abi Mansur dengan kupasan tajuk 'Kasih Sayang Itu Dakwah'.


credit : fb tv AlHijrah
Persoalan pertama yang diajukan kepada panel adalah berkaitan "tanggungjawab dakwah", adakah ianya hanya digalas oleh ustaz & ustazah? Mengapa mereka2 dari bidang yg laen seperti doktor, engineer, cikgu dan sebagainya lagi tidak terlibat sama? Persoalan yang menarik... Selalu juga persoalan ini bermain di fikiran saya. Lantas panel mengatakan bahawa tugas itu sebenarnya bukan hanya digalas oleh ustaz & ustazah bahkan ianya adalah tanggungjawab semua manusia. Semua tidak terlepas.
Kemudian dijelaskan oleh ustazah bahawa jika kita semua perasan dalam surah al-Fatihah kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita semua tahu al-Fatihah penghulu kepada surah2 yang laennya dan Allah mula2 mengajak kita kepada kebaikan juga dengan kasih sayang. Kemudian, baru diterangkan tentang hukum hakam dan sebagainya. Sama seperti kita sekarang ini. Dalam konteks sekarang, kita perlu bijak dalam mengajak orang buat kebaikan.
Contohnya apabila berdepan dengan mat2 rempit.. Bicara dengan berhikmah. Jangan pula tiba2 datang jumpa mereka & terus syarah, "bismillahirrahmanirrahim... sesungguhnya merempit itu ibarat menempah maut dan jalan ke neraka." AstaghfirulLah.. jangan begini. Kita kena masuk dan memahami mereka. Tapi jangan sampai kita pula yang merempit & terbabas !
Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki kepada Baginda. Dia dikenali sebagai seorang yang suka mencuri. Dia menyatakan hasratnya untuk berubah dan Rasulullah hanya berpesan satu perkara kepadanya iaitu jangan menipu. Kemudian dia pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, dia mendapati jirannya membawa pulang barang dagangan yang sangat banyak & dia berhasrat utk mencuri. Namun, bila difikirkan kembali. Seandainya dia ditangkap dan dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w pada keesokkannya, apakah yang mesti dia jawab pada Baginda jika Baginda menyoalnya? Dia tidak boleh bercakap bohong dan menipu Rasulullah. Lantas dia membatalkan niatnya utk mencuri itu. Alhamdulillah... Subhanallah... Allahuakbar...

Benarlah pepatah Melayu,
"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lame-lame mencuri."
Lihatlah bagaimana cara Rasulullah s.a.w mendidik dan berdakwah. Tidak dimarahnya pemuda itu ketika dia menyatakan hasratnya utk berubah. Malah diberikan nasihat dgn caranya yg berhikmah. Tiada maki hamun. Bahkan nasihatnya juga ringkas & padat. Tidak berlanjutan dengan perkara2 yang tidak sepatutnya pula.
Kerana itu... Agama tidak tersebar dengan sepak terajang. Agama tidak tersebar dengan maki hamun., Tetapi agama tersebar dengan pujuk dan rayu. Agama tersebar atas hadiah menghadiahi. Agama tersebar dengan doa dan mendoakan. Agama juga tersebar dengan pemimpin doakan rakyat. Rakyat doakan pemimpin. Ulama doakan orang laen. Dan orang laen mendoakan ulama. Agama ajar kita jangan pandang buruk orang. Tengok buruk kita sendiri.
Dan lagi satu apa yang kita perlu faham, sesungguhnya agama ini adalah nasihat. Lebih baik menasihati daripada memaki. Dan kadang-kadanag orang selalu rasa, kenapa aku cakap anak tak nak dengar, kenapa aku cakap orang tak nak dengar, kenapa aku dakwah orang tak nak ikut. Sebab kita rasa kita yg memberi hidayah. Tapi, kita lupe Allah s.w.t. yg Maha memberi hidayah.
Ini adalah salah satu usaha kita sebarkan agama tersebar dengan kasih sayang. Ini adalah usaha kita di siang hari. Usaha kita sebagai pemmpin dan rakyat usaha yang selebihnya adalah di malam hari. Mohon dan mohon ampun pada Allah, agar wahai Allah Tuhan kami yang Maha pengasih lagi Maha penyayang Allah yang Maha memberi hidayah. Pemimpin doakan, wahai Allah berilah hidayah kepada rakyat kami. Rakyat doakan, Ya Allah bantulah pemimpin-pemimpin kami. Inilah kasih sayang kerana apa? Kerana Allah .s.w.t itu sebarkan nikmat-Nya ke seluruh alam dan kita masuk syurga Allah bukan kerana kulit kita tapi kerana rahmat Allah s.w.t.
Nabi s.a.w tidak pilih sahabat melalui kulit. Kalau pilih kulit pasti Nabi tidak memilih Bilal bin Rabah. Bilal bin Rabah sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. dan azan dari Bilal didengari sampai ke syurga. Atas sebab itu, jangan hina pada orang laen tapi pandang kebaikan orang tengok keburukan diri kita sendiri.
Dr.Asyraf berkata bahwa paling penting kasih saying asas kepada dakwah. Kasih sayang juga asas jalinan dengan Allah. Kita buatlah sebaik banyak mana pun, akhir sekali kita kena pastikan jangan lupe berdoa pada Allah. Doa kepada Allah agar Allah beri hidayah kepada orang laen. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui siapakah di kalangan mereka yang kita dakwah ini sesat daripada ajaran-Nya ataupun memperoleh hidayah daripada-Nya.
Jadi... selepas ini sama ada nak ajak orang buat kebaikan, nak bersembang ataupun nak berfb, nak komen di twitter, instagram & sebagainya, biarlah apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis adalah sesuatu yang bawa kebaikan kepada orang laen dan bukannya menimbulkan kebencian dan permusuhan.
Firman Allah: "Maka berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik ke atas kamu."

Wallahua'lam... semoga bermanfaat ^_^


Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..