10 Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Entry kali nie, saya ingin k0ngsikan dengan kalian mengenai Muwasafat Tarbiyah.
Bagi mempersiapkan diri menjadi se0rang da'ie Muslim dalam perjuangan Islam serta sebagai c0ntoh teladan yang baik bagi orang lain, kita mesti memahami apa yang dimaksudkan dengan Muwasafat Tarbiyah serta mengamalkannya.
10 sifat yang perlu ditanam dalam diri se0rang da'ie adalah:
-Sihat Tubuh Badan (Qawiyyal Jism)
Rasulullah  s.a.w  menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
-Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq)
Mestilah berlandaskan Islam iaitu melalui Al-Quran serta ajaran Rasulullah s.a.w. Kerana itu Baginda diutus untuk memperbaiki akhlak umat Islam dan Baginda sendiri telah memberi contoh akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Allah berfirman: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur.(Surah Al-Qalam,68:4)
-Luas Pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain. Selain itu, mesti bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta diterangkan oleh ulama yang thiqah. Ada kata2 masyhur yang mengatakan: Jika diri hanya berguru dengan kitab (buku) tanpa adanya murobbi (guru), ianya ibarat bergurukan syaitan. Manfaat dari sesuatu ilmu itu tidak akan diper0leh sekiranya tidak dipraktikkan dalam kehidupan.
-Mampu Berdikari (Qadiran ala Kasbi)
Tidak terlalu bergantung kepada orang lain kerana sikap pergantungan itu akan menyebabkan seseorang itu malas berusaha. Mereka mesti berusaha dalam mencari keperluan hidup. Karena itu peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya agar dia mampu menunaikan haji dan umrah,zakat,infaq,bersedekah,dan mempersiapkan masa depan yang baik.
-Aqidah Yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
Reda Allah s.w.t sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul. Sentiasa mengingati Allah, kematian, memperbanyakkan zikir, menjaga kebersihan hati serta bertaubat.
-Ibadah Yang Benar (Sahihul Ibadah)
Ibadah yang dilakukan lillahi Taala ,mengikut ajaran Rasulullah s.a.w & bukannya untuk menunjuk2. Perlu mengetahui sebaiknya apa itu halal dan haram serta tidak melampau/berkurangdalam beribadah. Syaitan juga mampu menyesatkan seseorang da'ie itu dengan menggalakkan mereka agar melakukan ibadah secara melampau sehingga lupa pada makan, minum dan tidur.
-Melawan Hawa Nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da'ie mungkin sahaja melalui dugaan yang lebih berat dari orang lain dalam menjalankan tugas dalam medan dakwah. Jadi, ia memerlukan azam yang kuat agar tidak bertuankan nafsu (mahukan balasan kebendaan serta pujian bagi gerak kerja mereka).
-Sangat Menjaga Masa (Haarithun ala Waqtihi)
Firman Allah s.w.t: "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".
-Tersusun Dalam Urusan (Munazzamun fi syu'unihi)
Menyusun gerak kerja dengan baik demi manfaat Islam & dakwah. 
My dad said:  If  y0u  fail t0 plan, y0u plan to fail !
-Bermanfaat Pada Orang Lain (Nafi'un li ghairihi)
Seorang da'ie itu umpama lilin yang membakar diri bagi menyinari orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain.
 Da'ie juga merupakan  penggerak dakwah Islamiah dalam mewujudkan Uswah  Bi-ah (persekitaran yang s0lehah).
Ayuh sama kita bermujahadah bagi menjadi se0rang da'ie yang syumul demi mendapatkan Mardatillah (keredaan Allah). Dan anggaplah 10 Muwasafat Tarbiyah ini juga sebagai anak tangga yang perlu kita daki bagi mengejar cita2 kita menuju Mahabbatullah (Cinta Allah)...
Bittaufiq wannajah Fi dunya wal akhirah =)

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..