Memaparkan catatan dengan label Pesan ibubapaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesan ibubapaku. Papar semua catatan

Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???


Why they should know???

They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?

Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita? 
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 

Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.

  1. Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. 
  2. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
  3. Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
  4. Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
  5. Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka. 
  6. Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak? 
  7. Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D 
  8. Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah.. 

Terima kasih sudi baca post saya..

Pesan papa :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t.?
Moga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Walaupun esiment masih bertingkat-tingkat, pembentangan masih tak jalan, exam dalam perjalanan, tetap gigih jugak tengah-tengah malam ni menulis di teratak Indah_Tarbiyah ni. Huhu.. Serius rindu nak menulis dan berkongsi ilmu mahupun kisah-kisah kehidupan (pengalaman) Indah dengan kalian. Lepas ni kita nak bahasakan diri sebagai Indah la. Boleh kan? ^_^ Hehe..

Malam ni tekad nak menulis jugak. Sebab ada 'perkongsian' yang cukup penting nak dikongsikan dengan kalian semua. Ha..? Acu cuba teka apa dia! Hehe.. Surprise gitu kan.

Kemarin kami satu keluarga balik kampung. Lama tak balik jumpa ummi gan atuk kat Jeli. So, otw balik kg, dalam kereta tu.. Indah borak-borak la dengan mama & papa. Indah nie memang suka bercerita, apa-apa je yang berlaku kat U pasti akan cerita kat mama gan papa. Kawan-kawan Indah pun dyeorang kenal, tak kira lelaki ke perempuan ke, semua Indah ceritakan pada dyeorang. Even soal hati & perasaan pun Indah kongsikan. Seronok tau kongsi cerita dengan mak ayah ni. Rugi kalian tak cuba! Ehehe.. Bila mak ayah tahu pasal anak dyeorang, dyeorang akan lebih percaya dengan apa yang kita buat. Dalam masa yang sama, dyeorang akan bagi nasihat jika apa yang kita buat tu salah ataupun perlu pada penambahbaikan. Faham?

Ok.. Baca lagi ^^
Mula-mula borak tu, Indah cerita la pasal orang yang berkerja sebagai usahawan dalam perniagaan. Gaji tinggi. Ada juga orang yang kerja di luar negara, gaji tinggi tapi balik Malaysia jarang-jarang sebab komitmen kerja. Tengah-tengah sembang tu papa mencelah. Papa cakap,
Seronok ke kerja gaji mahal-mahal tapi takde masa dengan keluarga? Seronok ke hidup mewah tapi tak bahagia? Asyik fikir nak tambah lagi harta, nak jaga macam mana duit yang banyak tu? Seronok ke hidup mewah, mak ayah kerja gaji mahal, hebat-hebat tapi kehidupan macam takde mak ayah. Mak ayah asyik sibuk cari harta, duit. Anak-anak kat rumah bibik yang jaga. Langsung takde masa gan anak-anak. Macam mana rasanya? Allahurabbi.. Walaupun kita ni hidup tak mewah macam orang lain, tapi kita tak susah. Kita bahagia dengan apa yang ada sekarang ni. Makan cukup, keperluan lain pun cukup. Kita ada masa bersama. Bayangkan orang lain yang ada ayah tapi macam takde ayah. Ayah dyeorang langsung takde masa nak sembang-sembang ataupun luangkan masa dengan anak-anak. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada sekarang ni. Along, awak pun kena ingat! Umur dah 21. Nak cari pasangan tu, cari yang elok. Bukan sekarang la.. tunggu 5 tahun lagi. Habis belajar dan kerja dulu. Kalau tak... *Sempat lagi papa kasi warning!!haha... Bukan cari yang 'kejar duit' je. Kita nak kehidupan yang bahagia, berkualiti dengan keluarga.

Lagi satu, awak belajar, ada ilmu, praktikkan ilmu-ilmu yang awak ada. Tak guna ada ilmu, tapi tak praktik. Sia-sia je! Tengok semula kat mana salah awak. Perbaiki. Tak guna nak kahwin nanti baru sibuk nak berubah! Tak jadi! Ubah dari sekarang. Bila dah berubah, istiqamah la.. Jangan kejap berubah, kejap tak, kemudian ulang balik kesalahan yang lama. Tengok mama awak macam mana! Mama pandai masak, rajin, pandai mengemas, itu ini.. *Banyak papa puji mama. Mama gelak je kat sebelah. Untunglah kan. Punya suami macam papa. So sweeett... Sapa tak cair? ehehe... ^^
Ok, sambung lagi. Awak ni... *papa dah sebut satu-satu salah Indah kat mana. Sentap jugak. Tapi kena terima hakikat. Memang banyak lagi yang perlu diperbaiki. Nak jadi isteri orang ni bukan senang! Dush... Huhu..
Part paling kelakar bila papa cakap, ok mula-mula kahwin goreng jemput-jemput, suami terima lagi. Lepas tu, jemput-jemput lagi. Lagi dan lagi.. Tiap-tiap hari makan jemput-jemput memang tak la kan. Ahaha.. bab jemput-jemput ni memang takleh lari, asyik kena sindir je. Huhu.. Kita memang suka goreng jemput-jemput, sebab tu papa suka sindir. Nasiblah kan. Mama pun asyik gelak je, huhu..

Masa dengar nasihat dari papa, sebak sangat, bukan sebab kena sindir tau, tapi tahan air mata dari keluar sebab rasa bersyukur sangat punya papa yang sentiasa ada bersama susah senang. Papa tak lokek berkongsi ilmu-ilmu kehidupan. Papa selalu bagi semangat untuk terus kuat, papa selalu tunjukkan arah kehidupan. Ada orang tak suka kan maka ayah asyik pandu kehidupan dia. Tapi, jujur. Indah lebih senang kalau mama dengan papa yang bantu Indah. Oh.. ni mesti sebab tak pandai nak berdikari kan! Ish.. bukan tak pandai berdikari. Tapi, kami adik-beradik lebih yakin bila buat sesuatu tu disusuli dengan restu mama & papa. Jalan yang akan kami tempuh tu rasa lebih senang. Ingat tak? Reda Allah s.w.t. itu terletak pada reda mak ayah akan. Everything become smooth. Tak tipu. Lepas ni cuba kalian try, nak buat sesuatu tu, cuba minta pandangan mak ayah kalian. Apa reaksi dyeorang? Mak ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat kita kan. Kalau ada pandangan mereka yang bertentangan dengan kehendak kita, jelakan pulak pandangan kita. Biar mereka tahu. Kemudian, sama-sama fikirkan pandangan mana yang terbaik. Jalan penyelesaian mana yang perlu diambil. Itu lebih berkat tau.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian untuk kali ni. Moga ada manfaatnya. Ada yang tak jelas ke dengan apa yang Indah cerita kat atas tu? Hehe.. 
Pointnye adalah 'pentingnya punya kualiti masa dengan keluarga, tak guna ada harta melimpah ruah tapi keluarga terabai. Point tambahan pulak, nak cari pasangan pun cari yang elok-elok, jadi isteri yang solehah, buat si gadis yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, persiapkan diri sebaiknya. Baiki segala kelemahan diri. Jangan nak kahwin baru berubah! Ha.. itu pesan papa. Hehe..

Oklah.. dah lewat sangat ni.
Indah undur diri dulu ye :)
Kita jumpa di lain hari.. In shaa Allah.

Doakan moga lepas ni ada lagi perkongsian-perkongsian dari Indah buat kalian.
Ingat..!
Segala tarbiah (didikan) dari Ilahi itu, datang dalam pelbagai cara! 
Dan segala didikan dari-Nya itu sangatlah indah!
Dia merancang dengan cinta & juga cita-cita.
Ayuh.. kejar reda-Nya.
Moga bawa ke syurga. 
Ameen..
Sayang kalian Lillah.


"Kongsikanlah kebaikan. 
Moga dengan kebaikan itu, 
ada manfaatnya pada yang lain."
#Indah_Tarbiyah
#InspiringUmmahbyMuslimah

3# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah.

Perkongsian untuk kali ini diambil dari apa yg dibincangkn oleh kami sekeluarga.
Biasalah.. masa makan adalah masa yg baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kan ^^ Selesai shj makan, papa mama mulakan bicara.

Orang Islam ni kalau bab bersedekah, bagi sumbangan memang laju kan. Sebab tu sekarang dh banyak pondok2 moden. Kejap je dah siap bangunan. Ramai yg menderma. Saya pun mencelah. Betullah tu. Tapi pensyarah along ada bagitahu, silapnya orang kita ni apabila terlepas pandang pada "Rumah Orang-orang Tua". Pada masjid, anak2 yatim, pondok.. itu dah terjaga. Tapi kita lupa pd rumah orang2 tua. Sebab tu sekarang ni sumbangan terbesar bagi rumah orang2 tua dimonopoli oleh orang bukan Islam. ikut kajian & peratusannya memang begitu. Mereka lebih aktif dlm menjaga kebajikan orang2 tua. Papa mnyambung, hmmm... sepatutnya tak timbul rumah panjagaan orang2 tua ni. Bagaimana sebenarnya Islan mendidik kita? Bagaimana boleh timbul isu si anak mengabaikan tanggungjawabnya pada ibu & ayah? Mengapa ibu & ayah tidak dijaga sedangkan selama mereka membesar ibu & ayahlah yg bersusah payah bergadai semuanya utk melihat si anak membesar & berjaya?

Tambah papa lagi, tapi nak salahkan si anak juga tak boleh. Kena tahu juga kenapa mereka berkelakuan sebegitu kepada ibu & ayah? Terkadang disebabkan kisah lalu, anak2 sejak kecil lagi diabaikan oleh ibu bapa, kurang kasih sayang, tapi bila dah tua baru ibu ayah sibuk mencari semula anak2 mereka. Nak salahkan siapa?
Fikir2kan...

Pernah saya melihat satu video yg diviralkan di whatsapp.
Kisah keluarga Arab, anak lelakinya sedang sibuk melukis, si ayah memuji akan lukisan anaknya.
Apa yg kamu lukiskan ni?
Saya sedang melukis rumah kita.
Mengapa bilik ini sangat kecil dibandingkan dengan bilik2 yg lain?
Ini bilik ayah.
Tersentap ayahnya. Bilik yg dilukiskan itu adalah biliknya. Lantas dia mengenang kembali apa yg berlaku. Saat ini dia punya rumah yg besar.Namun, dia membiarkan ayah kandungnya iaitu datuk kpd anak2nya itu tinggal di satu bilik yg kecil di luar drpd rumahnya yg besar itu.
Jelaslah bahawa.. tindakannya yg mengabaikan ayahnya telah dilihat oleh anaknya. Anaknya pula kelak ingin melakukan prkara yg sama kpdnya. Inilah balasan yg setimpal dgn apa yg telah dia lakukan.

Lantas, dia terus keluar rumah & berjumpa dgn ayahnya. Diajak si tua itu kembali bersama dgn keluarganya di dalam rumah yg gah dan besar itu. AlhamduliLlah.. akhirnya mereka sekeluarga kembali bersama. Dan si anak kecil tadi apabila melihat datuknya bersama dgn ayahnya, maka dia memadamkan semula apa yg telah dilukisnya. Dipadamkan gambar bilik yg kecil itu.

Subhanallah... lihatlah.
Bagaimana didikan itu berlaku? Besar peranan ibu & ayah. Papa pesan.. nanti bila dah bekerja, dah bekeluarga. carilah masa yg 'berharga' dgn keluarga. Walaupun sekejap masa yg ada, pastikan ada nilai pdnya, manfaatkan sebaik mungkin masa yg ada utk bersama keluarga. Kualiti itu lebih penting jika nak dibandingkan dgn kuantiti kan. Saya mencelah, nanti bila nak kahwin, along akan pasang perjanjian siap2. Ha.. along nak kerja lepas kahwin. Papa.. itu terpulang pada along. Mana yg baik. Jika suami dah mampu menanggung perbelanjaan isi rumah & keperluan si isteri sebaiknya di rumah menjaga & mendidik anak2. Tapi kalau sebaliknya, pun tak mengapa. Asalkan tahu bagaimana membahagikan masa utk keluarga, mendidik anak2 dll... Dari situlah lahirnya keluarga yg sakinah wa mawaddah.

Berbalik kpd apa yg dibincangkn sebelum ini, pengajarannya:
-ringankan tulang & infaklah harta kpd jalan kebaikan.
-bersamalah dlm membantu meringankan beban yg oleh saudara seIslam kita yg lainnya.
-jalankan tanggungjawab sebagai ibu ayah & juga sebagai anak dgn sebaiknya.
-bersatulah & binalah keluarga yg kasihi oleh Allah s.w.t.
Keluarga tercinta!
Moga kita bisa bertemu kelak di syurga Firdausi-Nya.
Ameen...
Dan juga,
walaupun sekecil apa kebaikan yg dilakukan,
hatta bersedekah dengan hanya 10 sen,
moga ianya asbab kita menuju syurga Ilahi.
In shaa Allah...
Yakin.
Rezeki & kebahagiaan itu adalah milik Dia.
Diberi pinjam kepada kita, cuma sementara.
Sampai masanya, diambil kembali.


Wallahua'lam.
Moga bermanfaat. ^^

#Indah_Tarbiyah
#InspiringUmmahbyMuslimah

Minta DOA!

.
Bismillah...
Apa khabar sahabat-sahabat FiLlah?
Yang kuharapkan semoga kalian berada dalam perlindungan serta reda-Nya selalu (^_^) Kali ini saya ingin kongsikan "mutiara berharga" yang saya peroleh dari insan istimewa, nenek saya!!!

Wah... nenek (ummi) pun bagi perkongsian tau! Nasihat dari orang lame, sememangnya banyak ibrah yang boleh diambil. Itulah erti hidup kan? Betul tak...? Kita hidup bukan hanya untuk menerima dari insan di sekeliling, bahkan juga kita hidup untuk memberi kepada mereka. Tak rugi bila memberi. Makin diberi, makin bertambah nikmat yang kita peroleh! Tak percaye ;) Hehehe... Acu cube try teh!!

Contoh paling mudah dalam bersedekah kan. Walaupun apa yang kita berikan itu tak seberapa, tapi rezeki yang kemudiannya Allah berikan kepada kita akan jadi makin banyak. Yang paling penting! kita kena sedar bahwa rezeki itu bukan hanya datang dalam bentuk wang. Tapi rezeki tu juga datang dalam bentuk kesihatan iaitu tubuh badan yang baik, diberikan kemudahan dalam menyiapkan kerja harian, waktu yang lapang, rasa bahagia bersama keluarga dan sebagainya.

Faham tak? Faham tak? Itu cuma leteran manja dari saya sendiri tu... Hehe.. Terima aje yee ^^ 

***
Ini al-kisahnya !
Seperti biase, setiap kali nak exam, mesti akan call ummi kat kampung. Mintak doa dari ummi gan atuk supaya cucu sulung dyeorg nie dipermudahkan untuk jawab soalan exam. Masa nak exam sem 3 yg lepas, perkara yang sama saya lakukan. Ummi kate dye dah selalu doa untuk cucu-cucu dye... Untuk kebahagiaan kami setiap kali solat! Bukan solat wajib je, solat sunat serta solat malam. Biaselah, bila dah meningkat umur nie... ummi selalu habiskan masenye di rumah ataupun surau yang berdekatan. Dah jadi aktiviti harian dah. Untungkan bagi mereka yang diberikan kesempatan & lapangan waktu untk beribadat kepada-Nya. Subhanallah... Macam manelah agaknya diri kita nanti bila dah tua ye? Punya waktu sebegini ataupun tidak... hhmmm.. Kadang-kadang terfikir jugak, saya nie akan tue ke? Mungkin sahaja muda-muda nie Allah ambil nyawa bertemu dengan-Nya. Allahurabbi...

Pesan ummi lagi, "Tuan empunya diri pun kena turut berdoa. Tak b0leh harapkan doa orang jee ! Diri sendiri kena usaha jugak... Banyakkan solat, mohon dengan Allah. Tak boleh malas2. Jangan waktu susah, terdesak baru nak doa. Tak boleh macam tu... Sebenarnye, dalam semua hal kita kena mohon dari Allah. Sebab Dia Pemilik kepada semua yang ada kat atas muka bumi nie. Sama jugak macam nak cari suami nanti. Mesti kena minta dengan Allah jugak. Minta yg soleh, punya akhlak yg baik, boleh jadi imam solat, boleh pimpin diri.. hehehe... (tetiba je nenek gelak !) macam mana, betul tak apa yg ummi bagitahu nie?"

"A'a... betul dah tu. InsyaAllah ummi," balas saya dengan kegusaran di hati. Aik? (sedikit kepelikan dengan gelak tawa tu) Kenapa tetibe berubah t0pik nie...? Tak pernah pulak ummi cakap pasal jodoh. Tetibe jee... Ish ! Lupakan... Lupakan... Ingat exam !! Senyum (^_^)

***
Ha.. Itu pesan dari nenek (ummi). 
Nie perbualan antara saya dengan papa. Juga ada kaitannya dengan doa.

Saya: Pa, doakan along deh...
Papa: Doa s0kmo dh. 
Saya: Selalu bagi ayat gitu! Ayat laen xde ke. Mama gan ummi (nenek) pn bagi ayat yg same jgk...huhu
Papa: La... memang dh. Nak bgithu camne lagi. Mak ayah memang doa sokmo utk anak2 dye... Cume, anak tu ! Doa x kat mak ayah nie...?
Saya: Doa la. tak tinggal pn lpas sembahyang doa kat mak ayah. 
Papa: bagus la. Papa pn msih doa lgi tuk mak ayah wlaupun dyeorg xdok doh. (semua nama atok nenek, hbis papa sebut)
~that's how them teach me! ^^ 

***

Doa bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi untuk semua iaitu ahli keluarga, sahabat, guru & umat islam juga. Tak salah kan kalau mendoakan kebaikan buat yang lainnya ! InsyaAllah moga2 kebaikan itu kembali kepada diri kita jua, amiin...

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.”
(HR. Muslim no. 4912)



Doa jangan lupa yee...
Selalu2lah =)


Wallahua'lam...
Semoga bermanfaat !

# selfreminder...
Hidup ini tidak bersendiri.
Allah anugerahkan keluarga, sahabat & teman2 buat mewarna-warnikan kehidupan.
Bersyukurlah duhai diri yang masih punya insan2 tersayang... 
Bahagiakanlah mereka dengan kelakuanmu serta doamu selagi termampu. (^_^)

Jiwa Syurga!

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam dari kami untukmu para mujahid...
Sambutlah seruan ini kepada para perindu syahid...
Salam dari kami untukmu...
Wahai Para Mujahid yang sejati...
Janganlah kau gentar atau ragu...
Di dalam menapaki jalan ini...
Terus kobarkanlah perjuanganmu...
Untuk meraih kemenangan yang hakiki...
Mujahid sejati yang berjiwa badar...
Kukuhkanlah semangatmu jangan pernah pudar.
Walau musuh Allah menghina dan memakar (menyerang)...
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar...

Tika ini aku cuba bayangkan susuk tubuh mujahid itu. Subhanallah... Jiwanya! Semangatnya! Akhlaknya! Ilmunya! Kekuatan pada dirinya tidak bisa digugat oleh yang lainnya kecuali Allah. Aku doakan moga kalian juga punya 'keinginan' itu! Keinginan menjadi mujahid serta mati syahid... Kenapa? Sama-samalah kita fahami... Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Bila tiba masanya, kita bakal dijemput pulang bertemu Sang pencipta, Allah s.w.t. Itu yang pasti.

Tetapi, pernah atau tidak, kalian memikirkan... Bagaimana keadaan pengakhiran hidupku kelak? Dalam keadaan apa aku kembali pada-Nya? Bisakah aku berjumpa dengan Allah? Allahurabbi... Memang itu semua tidak bisa diberi jawapannya yaang tepat. Kerna kita sendiri tahu kehidupan yang akan datang tidak bisa kita ramalkan keadaan-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Soalan2 itu punya kisahnya. Sewaktu di zaman sekolah menengah, aku selalu diberi peringatan oleh sahabat2 3S "Sahabat Sampai Syurga". Itu antara pesan mereka. Sentiasalah ajukan soalan2 itu pada diri! InsyaAllah, bila memikirkannya kita akan teringat pada Allah. Teringat pada tujuan sebenar kita diciptakan. Teringat pada kematian yang pasti tiba.

Apabila kita melihat pada soalan2 itu, yang pasti terdetik di qalbu kita nawaitu yg sama!! Apa dia? Subhanallah... Sudah pasti kita mahukan pengakhiran yg baik, husnul khatimah. Jadi, bagi memperolehnya tidaklah sesenang menuturkannya. Nawaitu, Usaha, Doa, Tawakkal ! Itu semua mesti dilakukan. Jadi tak salahkan...? Kalau kita menyiapkan diri sebagai mujahid yang berkeinginan utk mati syahid. Syahid itu hidup. Hidup disisi Ilahi.


***
Pesan murabbiku:
"Jika mahukan pengakhiran hidup yang baik, maka semasa kamu hidup ini carilah & pandulah dirimu mengikut susur jalan yang baik. Siapkan dirimu. Itu sebaiknya. Sememangnya kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia. Tapi ingat ! Usaha dari dirimu sendiri mesti ada."

Pesan ayahandaku:
Bila berada di jalan yang lurus, pandulah dirimu sebaiknya. Jangan g0poh, jangan ghairah. Biasalah... anak muda (syabab) itu punya perasaan ghairah. Tak kira dalam buat kebaikan mahupun keburukan. Kalau ghairah kpd kebaikan xmengapa. Namun, kadang2 keghairahan itu juga membawa kpd kecuaian. Cuai hingga diri mereka terkeluar dari jalan yg lurus itu. Nak buat kebaikan pun biarlah bertepatan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam & tidak bercanggah dengan suruhan Allah s.w.t."
***
Aku suka melihat mereka yang bercita-cita untuk mnjadi mujahid dan mati syahid. Kenapa? Kerna aku yakin mereka tidak hanya punya cita2. Bahkan mereka mengerahkan kudrat & jiwa mereka buat merealisasikan cita2 itu. Itulah JIWA SYURGA !!! Kadang2 aku cemburu melihat susuk2 tubuh itu. Bila mereka mulakan langkah buat mengejar misi itu, mereka tidak akan futur di tengah jalan. Mereka tetap teguh. Badai yang hadir tetap dihadapi. Tipu jika mereka tidak merasakan akan keperitahan. Setiap luka pada diri mereka menjadi bukti kesungguhan demi mencapai reda Ilahi. Tipu jika mereka tidak goyah. Mereka juga terumbang-ambing di tengah badai, namun mereka bina tali persaudaraan buat menguatkan dan mengukuhkan barisan.

Allahuakbar! Sesungguhnya segala kekuatan dalam diri mereka hadirnya dari Allah Yang Maha Besar. Dia pemilik kekuatan. Andai goyah, andai rebah, mohonlah dari Dia.

***
"selamatlah berjuang walaupun kat mana2 pun. hidup itu sendiri ujian. kita kembar kan. tapi hidup itu kembar ujian. so, kena jaga-jagalah dengan ujian tu. moga ada lah balasan yang Allah hitung belake (semua). rasa nak lawan nie. Allah hitung belake. Lillahi Taala belake"


***
Dengarlah...
Hayatilah...
Fahamilah...
Moga ada ibrahnya...




Kasih Seorang IBU~

Bismillah...

Entah kenapa rasenye ingin benar saya kongsikan dengan sahabat-sahabat fillah semua tentang 'pengorbanan insan mulia yang bergelar IBU' ini... Dalam keluarga saya, kami memanggilnya dengan gelaran 'MAMA'. Mungkin kalian memanggilnya dengan gelaran UMI, EMAK, MUMMY dan sebagainya. Panggillah dengan apa jua gelaran yang bisa mengembirakan serta memuliakan mereka. Hadis turut hadir bagi memuliakan insan yang banyak berjasa ini. Dari Abu Hurairah r.a., "Seseorang datang berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya, 'Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berhubungan dengan baik?' Rasulullah SAW menjawab, 'Ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ayahmu.'" (Riwayat Muslim)

Subhanallah...Maha Suci Allah. Syukur kepada Allah SWT atas anugerah yang diberikan kepada diri ini iaitu seorang 'Mama' yang mengandungkan, melahirkan dan sentiasa mendidik saya dan adik-adik hinggalah ke hari ini. Sungguh...Jasanya tidak mampu saya balas. Teramat besar pengorbanan dirinya! Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik. Dan kesemuanya dibesarkan oleh mama sendiri siang dan malam kerana mama saya merupakan suri rumah sepenuhnya. Mungkin sahabat-sahabat saya punya bilangan adik-beradik yang lebih ramai lagi kan...? Mungkin ada yang sampai berbelas-belas bilangan adik-beradiknya. Beruntung sebenarnya siapa yang punya adik-beradik ramai nie! Rumah kalian akan sentiasa 'ceria dan meriah dek kenakalan dan telatah' mereka... Kalau bising tu perkara biase sebenarnye. Rileks la...hehe :)

Teringat pesanan papa! Katanya, "Seorang ibu boleh saja membesarkan dan menjaga bilangan anak yang ramai. Namun, belum tentu anak-anaknya yang ramai itu mampu menjaga seorang ibu apabila dia tua kelak." Allahu Allah... Dalam sebenarnya maksud papa tu! Tapi, bila dilihat situasi pada hari, memang ramai anak-anak pada zaman kini yang membiarkan ibu mereka dan tidak menjaganya bila mereka tua. Bahkan ada di antara mereka yang menghantar ibu mereka ke rumah orang-orang tua. Astaghfirullah...Nauzubillah.
Tidak sanggup rasanya melihat wajah ibu-ibu tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka itu. Sedih dan pedih hati ini.

Bila mengenangkan mama, teringin saya jadi sepertinya! Wanita yang penuh tabah, kuat dan sentiasa cuba membantu dan menceriakan yang lain selagi termampu. Penuh sopan santun lagaknya. Kelincahannya di dapur dan dalam melaksanakan kerja-kerja rumah memang membuatkan saya sangat cemburu dengannya. Walaupun dah masuk lingkungan 40-an, orang kat luar memang tak percaya bila tengok mama dengan umurnya tuu. Kalau cakap dah ada tujuh orang anak, lagilah orang tak percaya. ehehe... Bukan apa, mama saya nampak cam orang muda! Jangan jelouss yee. Saya yakin mama awak-awak semua pun masih muda dan cantik macam mama saya... ^^

Bila tiba time masak, saya kena tolong mama dalam keadaan 'lincah @ bergerak aktif' cam mama. Kalau tak, alamatnya mama yang take over tugas masak tuu. Pernah satu ketika saya dengan adik-adik perempuan yang lain nak tolong mama masak, tapi biaselahkan... Bila lama tak jumpa adik-adik, sambil masak sambil borak la! Tiba-tiba tengah borak mama datang and take over semua kerja-kerja kiteorang... Apalagi,, kami pun bising laa... 'Haa...tu la. mama tak suka la kerja lambat-lambat camnie, nak cepat-cepat, 'pesan mama sambil senyum. Itulah mama saya. Memang cekap. Always express... Tapi, express itu juga yang membuatkan papa sayang sangat kat mama!!! Hari tu masa kumpul kat meja makan nak makan tengah hari (mama ada kat dapur), papa cakap, 'nak tahu kenapa papa selalu balik rumah makan tengah hari?' haa...sebabnya, mama kamu la yang pandai sangat masak! memang sedap...sebab tu papa sanggup balik makan selalu. rugi kalau kamu tak pandai masak. belajarlah dari mama' Wah....seri0uslyyyy! saya tak sangka papa akan buat pengakuan cam tu....sweetnye! i'm really proud with u, Mom. u make us happy alwayssss....

Papa pernah usik saya, along belajar la masak. Takkan pandai buat kek dan kuih jee...nak bagi suami makan tu hari-hari ke? 0h! memang saya sentap dengan ayat tu... Ape2pun, apa yang dikatakan papa itu ada benarnya. Selama nie saya hanya buat apa yang saya suka iaitu berkaitan 'baking'. Dan alhamdulillah, sekarang sudah tidak lagi. Saya dah boleh masak walaupun masih 'tak cekap'. huhuhu...tapi takpe, don't wori 'imamku'! 'Zaujahmu' ini akan berusaha belajar masak demi menceriakan dirimu dengan masakanku... sama seperti papa rasa ceria dan bahagia dengan masakan mama! Sabar yee... =)

Kisah yang paling tidak mampu saya lupakan adalah saat dimana saya bakal menjejakkan kaki ke kolej. Mamalah insan yang paling teruja walaupun dia tidak menujukkan keterujaannya. Saya boleh nampak dari setiap tindak-tanduknya... Sebenarnya, dia ingin hadiahkan saya sepasang 'telekung solat' untuk dibawa bersama untuk digunakan di kolej nanti. Specialnya telekung nie adalah, mama tidak beli yang dah siap! Tapi dia pesan pada sahabatnya yang bercuti ke Indonesia untuk belikan kain dan rendanya sekali di sana. Lagipun kain disana lebih elok dan selesa dipakai. Bila dah dapat, mama upah orang untuk jahitkan kain itu menjadi telekung solat beserta hiasan renda yang sememangnya cantik pada pandangan mataku ini. Kain itu telah dipesan oleh mama beberapa bulan sebelum saya pergi. Dia selalu sebutkan pasal telekung itu sampaikan papa kata, 'eh...anak awak nie lambat lagi nak pergi.' 'biarlah...'balas mama sambil tersenyum. Kesungguhan mama dalam menyiapkan dan menyediakan telekung solat buatku sememangnya membuatkan diri ini sangat terharu! Dan... sampailah ke hari ini (dah masuk setahun lebih), telekung itulah yang saya gunakan bagi menemui cinta hati saya, Sang Pencipta yang sentiasa menyaksikan kasih sayang mama terhadap saya! Saya berdoa agar Dia juga sentiasa menyayangi dan melindungi mama semasa ketiadaan saya. Allah SWT adalah saksi cinta dan kasih antara kami...

Setiap permintaanku cuba dipenuhinya. Kadang-kadang tanpa perlu diminta, mama sendiri yang menawarkan. Allahuakbar... Malu rasanya. Saya sendiri pun kadang-kadang tidak mampu memenuhi permintaan mama. Kadang-kadang terlewat buat dan kadang-kadang perlu disuruh terlebih dahulu. Tapi, mama memang penyabar orangnya. Dia akan berlembut selagi termampu dalam melayan karenah saya dan adik-adik. Dalam bab memujuk mama memang pandai! Bila kami merajuk, mama akan cuba dekati kami buat menghiburkan kami. Tapi, bila dah lama sangat merajuk, mama biarkan sahaja dan dia pula yang merajuk! hehehe.... kami pula yang pening nak fikirkan cara untuk pujuk mama semula.

Mama adalah 'Teman Setia' buat kongsi cerita suka dan duka. Dia merupakan pendengar yang baik. Segalanya akan saya kongsikan dengan mama termasuklah hal-hal peribadi. Tak kisah dimana-mana pun, kadang-kadang melalui telefon pun mama masih setia mendengar luahan hati puteri sulungnya ini. Kadang-kadang, saya pernah pesan pada mama, 'ma...nanti bile along balik rumah, ada sesuatu nak ceritakan kat mama nie.' mama jawab, 'oklah...' kalau tidak pun mama jawab, 'cerita je terus...mama dengar!' Baikkan mama...Dia mengerti jiwa remaja puterinya ini! Biaselah anak-anak remaja, terutamanya perempuan. Mereka sememangnya memerlukan 'pendengar' bagi luahan isi hati mereka. Mereka perlukan tempat buat mengadu dan ambil nasihat. Kalau tak sempat habiskan cerita, mama terus pesan, 'ok, kita sambung lain kali yee...' itulah yang membuatkan saya kagum dengannya...sentiasa memahami dan cuba meraikan. Hebatkan seorang ibu! Semua tanggungjawab dilaksanakan olehnya dengan sebaik mungkin... Langsung tiada keluhan timbul dari dirinya dalam menjaga amanah yang diberikan.

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...
Besarnya peranan seorang ibu!!! Tidak mampu terbalas sampai bila-bila. Sama juga dengan peranan si ayah! Jasa ibu bapa buat anak-anak mereka tersangatlah besar!

Ustaz pernah cakap, dengan hanya memandang wajah kedua-dua ibu bapa kita dengan pandangan kasih sayang pun sudah membuatkan kita memperoleh ganjaran pahala dariNya. Alhamdulillah... Senangkan nak dapat pahala! Kalau kita buat baik dengan ibu bapa lagilah kita dapat pahala....

Sentiasa panjatkan doa buat mereka!
Kerna doa anak-anak yang soleh akan sentiasa sampai
pada kedua ibu bapa
walaupun mereka telah tiada...


#Jom jadi anak yang baik! Make them pr0ud wif us!
  L0ve m0m & dad ^_^

Ibarat tiada Kematian!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar sahabat2 yang dikasihi oleh Allah sekalian? Sem0ga semuanya dalam perlindungan & rahmatNya selalu... Saya ingin k0ngsikan sedikit titipan yang telah diberikan 0leh insan2 yang sangat saya sayangi,my parents =)
Kebiasaannya jika saya pulang ke rumah masa cuti,semestinya akan ada cerita2 yang akan dik0ngsikan oleh mama @ papa. Dan kebanyakan cerita yang mereka ceritakan itu punya ibrah (pengajaran) yang b0leh saya & adik-beradik yang lain jadikan sebagai iktibar dalam kehidupan kami. Selain teguran2 yang diberikan saat kami lakukan kesalahan, itu juga merupakan cara yang mereka gunakan untuk mendidik kami. That's 0ur family...
Malam semalam (selesai sahaja kami sekeluarga makan malam), tiba2 mama bersuara & menyuruh papa menceritakan sesuatu pada saya & adik-beradik yang lain. Saya dapat rasakan bahwa cerita yang bakal saya dengar itu mungkin sahaja cerita yang kurang enak kerna berlaku perubahan pada nada suara serta air muka mama. Namun,,,saya biarkan sahaja. Tidak sampai hati rasanya ingin mencelah kerna papa telah memulakan ceritanya : "Kawan papa bagitahu, beberapa hari lepas saudaranya telah kembali ke rahmatullah selepas waktu maghrib. Jadi,malam itu juga dia pergi ke rumah saudaranya. Sebaik sahaja dia sampai,keadaan di rumah itu langsung tidak menggambarkan ada berlakunya kematian dengan suasana yang bising ; anak2 arwah bersembang seperti biasa & anak2 kecil (cucu arwah) berlari kesana kemari sehinggakan hampir terjatuh ke atas jenazah arwah...Dia berasa sangat marah dan sedih melihat kepada keadaan tersebut kerna setahunya arwah mempunyai ramai anak (kesemuanya berjaya ke menara gading),,,namun tidak ada yang boleh menguruskan jenazah arwah. Lalu dia menyuruh anak2 arwah membuang segala gambar2 kejayaan mereka yang ada di dinding rumah dan terus memanggil menantu arwah untuk bersama-sama dengannya membacakan yassin buat arwah. Setelah selesai semuanya,dia terus balik ke rumah & dalam perjalanan balik itu dia menangis kerana sedih terbayangkan peristiwa yang berlaku itu. Dia membayangkan jika peristiwa itu terjadi kepada dirinya..."
Cuba along (saya) dan adik2 bayangkan...Petang sebelum arwah meninggal,dia masih sempat membawa botol susu cucunya yang tertinggal di rumah kepada anaknya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Lihatlah peng0rbanan seorang ayah...sanggup bersusah-payah sebab sayangkan anak & cucunya. Tapi,bila dah meninggal...tiada seorang pun yang mampu berbakti kepadanya semula...sambung mama lagi."
Allahurabbi...tersentap & sebak sangat2 bila dengar cerita dari papa dan mama! Adik2 saya pun terdiam...tiada siapa pun yang bersuara lepas dengar cerita tu...
Kemudian papa kembali bersuara : "Sebab tu jugak kawan papa pesan,anak nie kita tak b0leh sayang,kita hanya b0leh kasih mereka. Sebabnya jika kita sayang,rosaklah budak tu nanti (segala kemahuannya dituruti,sama ada baik mahupun buruk), jika kita kasih,insyaAllah berjaya jadi 'manusia' budak tu nanti (kemahuan yang baik sahaja dituruti,yang salah kita betulkan & tegur mereka)!!! Sebab tu juga papa selalu pesan kat anak2 papa,cari ilmu tu memang penting,tapi beramal dengan itu itu Lebih Penting...Sekarang nie ramai yang berilmu,namun,,,sikit dikalangan mereka yang mengamalkan ilmu yang mereka ada. Jadi papa tak nak anak2 papa macam tu. Papa tak nak kamu semua nie jadi lar0 (lalai). Amalkan ilmu2 yang kamu ada. Nanti kalau papa takde, papa nak azhim (adik lelaki saya) yang mandikan,kafankan & imamkan jenazah papa. Awak kena belajar semua tu..." pesan papa pada adik saya.
Bertambah sebak rasanya bila mendengar ungkapan tersebut dari mulut papa. Tentu sahabat2 semua b0leh bayangkan rasanya jika yang berkata itu adalah ayah kalian sendiri...Kata2nya sememangnya ibarat amanah buat saya dan adik-beradik yang lain!
Apabila bercakap tentang kematian,kebanyakan antara kita pasti akan mengelakkan...Kenapa???
Sebabnya adalah kita rasa takut& belum bersedia. Namun, itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana Allah telah utuskan Rasul buat kita sebagai pembimbing yang menunjukkan jalan mana yang harus kita ikut...Jika kita ikut jalan yang benar,mengapa perlu kita rasa takut? Jika jalan yang salah kita ikut,itu sepatutnya yang kita perlu takut. Tetapi kita kena ingat Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Dia sentiasa menerima taubat hamba2nya.Jadi,kita leraikanlah ketakutan kita itu dengan sentiasa bertaubat kepadaNya...Dia juga telah janjikan bahwa kematian itu pasti dan tidak boleh ditangguhkan walaupun sesaat. Bila Allah katakan jadi,maka jadilah ia...


Sahabat2 sekalian,
saya k0ngsikan cerita ini bukan untuk membuka aib sesiapapun. Tujuan saya,,,sem0ga dari cerita ini mampu kita ambil ibrah2 yang berguna agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mampu menjadi insan yang sentiasa hidup mencari keberkatan dari Allah...amin.





Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..