Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

SIRI 1 : TO GET THE RAINBOW

Bismillah..

Setelah sekian lama, fatin putuskan untuk sambung kembali kisah seorang gadis berjiwa besar yang diuji di awal usia mudanya dengan rasa cinta !

Bagaimana dia mengharungi ujian yang hadir, menjadi lebih cekal di kemudian harinya ?

Bagaimana hatinya terubat ?

Mengapa dia memilih untuk memaafkan & meneruskan kehidupan seperti tiada apa yang terjadi sebelumnya ?

Banyak persoalan yang perlu dijawab.

Siapa yang pernah ikut 3 SIRI CERITA yang sebelum ini, pasti korang ternanti-nanti sambungannya kan.

Fatin putuskan untuk "DELETE" cerita-cerita yang sebelum ini. 

Kita lupakan apa yang jadi, kita sama-sama "MOVE FORWARD" dengan cerita yang baru okey !

Fatin usahakan untuk penyampaian yang lebih bermakna & bermanfaat buat semua.

SELAMAT MEMBACA :)

***

-TITIK PERMULAAN-

Selesai sahaja kuliah petang, Aisyah bergegas mendapatkan pensyarahnya.

Kuliah terakhir buat semester ini sudah cukup membuatkan semua mahasiswa/i terasa bahang peperiksaan akhir yang kian hampir.

Peluang yang ada buat bergambar kenangan bersama pensyarah masing-masing juga dimanfaatkan sebaiknya !

Begitu juga dengan Aisyah dan rakan-rakannya.

Sejak dari tadi ada saja yang memanggil pensyarah manis itu untuk bergambar.

"Puan, kami nak bergambar dengan puan boleh?"

"Ohh..boleh. Jom la ! "

Susuk tubuh itu sangat disenangi oleh semua orang. Mudah diajak berbincang dan sentiasa membantu Aisyah dan rakan-rakan sekuliahnya dalam memahami pelajaran mereka.

Aisyah sebenarnya dah lama memendam rasa nak berkongsi isi hatinya dengan pensyarah kesayangannya ini.

Kuliah terakhir ini ibaratnya peluang terakhir yang dia ada buat berbicara dengan pensyarahnya.

Tak senang duduk Aisyah dibuatnya, ke sana ke mari mencari idea macam mana nak berterus terang dengan penyarahnya.

Rakan-rakan sekuliah Aisyah dah beransur pulang.

Tiba-tiba..

"Siapa boleh tumpangkan saya ke pejabat saya di bangunan belakang sana ?"

Kedengaran suara pensyarahnya !

Terus saja Aisyah membalas "Saya Puan ! Saya boleh hantarkan."

Gembira sungguh hatinya.

Ini peluang buat dia berkogsi cerita dengan pensyarahnya. 

Baiknya Allah swt hadirkan peluang ni buat Aisyah. 

Aisyah sengaja memandu dengan perlahan, dia perlukan kekuatan untuk berterus terang perihal masalahnya.

Mujur sahaja pensyarahnya itu peramah orangnya dan terus memulakan perbualan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Aisyah memanfaatkan sebaiknya peluang itu.

Satu persatu isi hatinya diluahkan.

***

"Sebenarnya, saya yakin sahabat awak tu baik orangnya.."

Terkesan betul Aisyah dengan kata-kata pensyarahnya itu. 
Buat pertama kalinya, dia menerima kata-kata sebegitu. Positif !

Bila dingat kembali, inilah hikmah terbesar hasil perkongsian dari hati ke hati yang diluahkan kepada pensyarahnya. Siapa sangka, hampir setengah jam masa yang diluangkan berjaya mengubah sudut pandang Aisyah terhadap ujian yang menimpanya. Ibaratnya terlepas segala beban besar yang dipikul selama ini.

"Cuma silap dia bilamana tak berterus terang dengan awak tentang apa yang jadi ni. Itu sahaja..awak sendiri kata sahabat awak tak berputus-asa nak perbaiki hubungan. Walaupun awak tak hiraukannya dia masih saja berusaha whatsapp awak, wish yang baik-baik dan sebagainya. Sayang kalau hubungan persahabatan yang dah lama dipupuk selama ni berakhir begini. Awak dah kenal dia lama, saya yakin awak lebih tahu sahabat awak kan. "

Nasihat inilah yang berjaya membuatkan Aisyah berfikir panjang.

Hampir setahun jugak Aisyah mengubat hatinya, mencari jawapan terbaik buat meredakan kekusutan jiwanya. Sebelum ini, sering sahaja Aisyah meminta pandangan dari sahabat-sahabatnya yang lain. Tapi, tetap juga dia resah. Masih belum mampu meredakan kesakitan yang dirasainya. Tetap juga dia usaha fikirkan cara. Mana mungkin dibiarkan dirinya kusut sebegitu. Dia masih rasional dalam melawan kelemahan dirinya. Alhamdulillah, Allah swt bukakan pintu hatinya dalam pertemuan ini. Jentik kesedaran itu.

Siapa kata kita akan tenang kalau tidak memaafkan orang?
Makin kusut jiwa sebab kita pupuk amarah dalam diri, kita pupuk kebencian dalam diri. Macam mana nak tenang?

Apa yang sering menghantui Aisyah adalah..
"aku takut kalau aku tak maafkan dia, reda dengan apa yang jadi, urusan jodohku pula menjadi sukar"

Demi Allah, itu yang seringkali menghantui diri Aisyah.
Aisyah tak nak tindakannya itu membuatkan sahabatnya hidup dalam keadaan serba salah, sahabatnya pun tak tenang.

Sehinggalah Aisyah mengambil keputusan berjumpa dengan pensyarahnya, juga merupakan seorang kaunselor. Lain benar sudut pandang beliau selaku seorang kaunselor, cukup membuatkan Aisyah menyedari kesilapannya, dan berusaha bertindak memperbaiki keadaan. Setahun itu lama kan. Masih jelas dalam ingatannya, saat dirinya diuji, seringkali dia mengingatkan dirinya sendiri..

"Mungkin aku boleh berbaik semula dengan dia, tapi aku tak boleh nak bersahabat seperti dulu. Aku putuskan persahabatan ataupun hanya berkawan biasa sahaja. Aku takkan letak kepercayaan sepenuhnya kepada dia seperti dulu."

Sampai begitu sekali. Aisyah seakan-akan trauma dengan apa yang jadi. Dia takut nak berkawan, bina persahabatan, takut nak letakkan kepercayaan, takut ditipu, takut diambil kesempatan, takut dipergunakan. Dengan sahabat-sahabat yang ada pun, susah dia nak bercerita masalah yang dihadapinya. Benar-benar ambil masa kuatkan diri, pupuk kepercayaan kembali.

"Takpa..take your time. Slowly maafkan dia. Saya yakin awak boleh."
Tak tertahan sebak di hadapan pensyarahnya. Lantas bahunya diusap lembut. Pensyarahnya cuba menenangkan Aisyah.

"In shaa Allah Aisyah..saya yakin awak akan dapat yang lebih baik. Teruskan berdoa dan usaha lagi. Lagipun dalam urusan jodoh ni, Aisyah kena fikir masak masak. Bukan senang memilih pendamping hidup kita. Apa yang jadi jelas tertulis dia bukanlah jodoh Aisyah."

Lantas, pensyarahnya berikan amanat-amanat yang berharga buat Aisyah. Moga-moga Aisyah terus kuat buat mencari imam terbaik yang boleh memimpin dirinya kelak.

Pertemuan yang akhirnya membuahkan hasil !

Muncul sinar baru buat Aisyah. Dia yakin inilah titik permulaan buat dia mulakan langkah. Tiada guna diikutkan egonya. Lantas, dia kembali membalas pesanan ringkas sahabatnya. Kembali berborak, seperti sedia kala. Dan alhamdulillah sampai sekarang dia happy. Dan dia juga yakin sahabatnya pun happy. Sudah pasti sahabatnya boleh merasakan perubahan diri Aisyah. Moga-moga ukhuwwah persahabatan di antara mereka kembali mekar seperti dulu.

Seronok rasanya bilamana hubungan kembali jernih. 

Moga kelak semuanya terubat dengan izinNya !

Parut yang masih berbekas ini moga jadi asbab untuk Aisyah terus kuat ! 

Masih banyak rahsia yang disimpannya !

Bagaimana dia menghadapi hari-harinya saat diuji.

Memandu dalam keadaan hilang arah, dengan tangisan yang tidak henti-henti.

Berserah membawa diri !

Mujur sahaja ada adiknya di samping yang tidak henti-henti cuba menenangkan Aisyah.

Begitu terkesan. 

Jatuh dalam pelukan ibunya saat meluahkan apa yang terbuku di hati cukup membuatkan ibunya juga kecewa dengan apa yang berlaku.

Aisyah berdiam diri. Tidak menceritakan apa yang terjadi kepada ayahnya.

Namun, mana mungkin si ibu melihat anaknya kesedihan, terkapai-kapai perlukan sokongan.

Sudah pasti ayahnya juga tahu !

Lantas si ayah mengingatkan "Aisyah sendiri yang pilih untuk berikan hati, seharusnya Aisyah juga persiapkan diri, bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi."

Jika diimbau kembali, dirinya sendiri tidak menyangka berjaya harungi ujian tersebut.

Tamparan yang begitu hebat dalam hidup Aisyah.

Di usianya yang masih muda, belum mengerti sepenuhnya bagaimana cara mengawal hati & diri.

Begitulah kehidupan kita kan. Hakikatnya ada jatuh dan bangun !

Hanya kepada-Nya saja kita berserah, mengadu segala kelemahan diri, kesilapan diri kita dan seterusnya memohon ampun.





-BERSAMBUNG-

Di Mana Suami Solehku? (Notes Live Insta: Ustazah Isfadiah)

Bismillah. Sambungan~

Kali ni Ustazah Isfadiah buka Q&A, jadi Ustazah jawab soalan-soalan yang diajukan semasa sesi live berlangsung.

Antara point-point penting yang sempat fatin catat:

Perbetulkan niat, matlamat & juga sudut pandang kita tentang perkahwinan!
|
Ustazah ulang semula tentang 3 fungsi suami 
yang pernah dikongsikan dalam sesi live sebelum ini.
|
Kita kena ukur baju di badan sendiri bila dah berminat dengan seseorang.
|
Adab meminang Muslimin!

1. Kalau dah pernah berurusan dengan dia 
(dalam persatuan, belajar, jual beli, bermuamalah dengan dia),
terus bagi hint!
Sebagai contoh tanya dia (awak ada perancangan untuk berkahwin tak?)
Kalau kawan, tanya dalam keadaan bersahaja, gurau-gurau sikit buat hilang rasa malu & nervous tu..

2. Boleh berterus terang dengan dia, if malu guna orang tengah 
(pensyarah, kawan baik @ wali kita sendiri)
Ini pun sudah dikira permulaan, merisik tentang dia.

3. Sebelum mula tu, Solat Hajat dulu.
Saidatina Khadijah juga guna orang tengah merisik Nabi Muhammad saw, melalui Maisarah.


***
Ada yang bertanya kepada Ustazah bagaimana kita nak kenal pasangan kita tu?
Jawapan Ustazah "Selama mana kita tak berkahwin, selagi itu kita takkan kenal pasangan kita. 
Dah kahwin baru kenal dia macam mana"

Dan macam mana pulak nak tahu peribadi dia ok ke tidak?
Ustazah bagi tips untuk tengok!
|
Tips 
(tengok macam mana dia layan 3 indivudu penting ini!)

Macam mana dia layan ayah dia,
macam tu jugak cara dia berinteraksi/layan masyarakat. 

Macam mana dia layan ibu dia,
macam tu jugak cara dia layan insan-insan terdekat dengan dia, jaga hati & hormat.

Macam mana dia layan adik/anak-anak buah dia yang kecil,
macam tu jugak cara dia layan anak-anak nanti.
|
Saidina Umar ra juga ada pesan macam mana kita nak tahu peribadi sesorang:

1. Tanya jiran dia @ orang yang bekerja dengan dia, satu team dll..

2. Tanya orang yang pernah bermusafir dengan dia 
(dia pembersih atau tidak, sabar atau tidak dll)

3. Tanya orang yang pernah berurusan kewangan/harta dengan dia
(dia kedekut atau tidak, bagi pinjam wang & mintak bayar semula ke @ 
suka bagi pinjam tapi tak minta semula, macam mana dia urus kewangan)


***
Kalau dah suka, tapi tak tanya, nanti kita angau!
Takut nanti berangan dan syok sendiri, perasan orang suka kita jugak.
Bahaya! Boleh bawak pada zina hati. Kita nak elak semua tu.
Nak jaga hati!
Jangan jugak bercouple, berdating dll..
Itu semua perbuatan-perbuatan yang boleh mendekati zina.


***
Dalam bertunang, buatlah taaruf ambil tahu pasal diri dia. 
Tanya soalan-soalan yang berkaitan, bersesuaian dengan apa yang kita mahu tahu.
Sebagai contoh: soal poligami, family planning dll lagi.
Boleh juga bagitahu tentang situasi kita, 
seperti kita anak bongsu dan menjaga ibu ayah, apa pandangan dia? 
Waktu taauf ini sangat sesuai kita ajukan soalan-soalan yang berkaitan untuk tahu sejauh mana dia punya perancangan dan juga cara dia berfikir.
|
Ustazah kongsikan Doa Nabi Zakaria 
(Doa Untuk Dapat Pasangan Yang Baik)

Added by @makweengineering Instagram post MASIH SINGLE?. Doa ...

Kalau dah usaha, tapi masih belum ada rezeki jodoh dengan dia..
berdoalah moga Allah swt gantikan dengan pasangan yang lebih baik buat kita. 
|
Doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada Ummu Salamah, doa ketika ditimpa musibah
(untuk dapat pengganti lebih baik)

Doa Ditimpa Musibah - TamanSyurga

Lebah itu ibarat lelaki soleh, yang mana lebah sentiasa mencari yang elok.
Sebaliknya langau/lalat pula sentiasa mencari yang busuk.
Apabila kita sentiasa perbaiki diri ke arah kebaikan, jaga diri..
In shaa Allah Allah swt hantar lebah yang baik untuk cari kita!


***
Boleh atau tidak sebut nama dia dalam doa kita?
|
Ustazah Isfadiah jawab seeloknya kita berdoa sebut kriteria-kriteria yang soleh,
 yang kita mahukan sebab sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui siapa yang terbaik buat diri kita.


***
Macam mana pulak kalau yang suka kita tu bukan Islam, non Muslim?
|
Ustazah jawab dengan ayat 221: Surah Al-Baqarah
2_221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). http://www.alquran.my/2/221

Ustazah pesan ajak dia kenal Islam, walaupun dia kenal Islam atas sebab sukakan kita..
Biar dia dalami Islam dan seterusnya barulah...


Wallahua'lam.
Setakat itu sahaja perkongsian yang dapat fatin catat sepanjang sesi live tersebut.
Moga bermanfaat.
Mana-mana point yang kurang jelas, boleh rujuk semula sesi live Ustazah Isfadiah kat insta..
Dengar penjelasan lanjut dari Ustazah sendiri.

Mencari Suami Yang Soleh (Notes Live Insta: Ustazah Isfadiah)

Bismillah.
Fatin akan share dalam bentuk point-point penting & jugak sedikit huraian.
Moga bermanfaat💕

1. Tengok diri kita sendiri!

Tiada suami yang betul-betul gred 'A'.
|
Kenapa kita nak dapat suami soleh? 
|
Sebab perkahwinan itu sendiri ibarat 'dunia baru' bagi kita.
|
Untuk berdepan dengan dunia baru, kita perlukan sokongan daripada suami kita.
|
1. Suami bantu kita kukuhkan iman! 
Bina iman & juga ketakwaan.

2. Suami memudahkan kita ke Syurga! 
Suami ibarat 'Door To Jannah'

3. Berganding bahu dengan suami didik anak-anak jadi baik, 
matlamat kita bina generasi yang berkualiti, yang baik.
Persiapkan anak-anak kenal Allah swt, jadi khalifah. 

2. Betulkan sudut pandang kita!

Allah swt hantar pasangan yang sekufu dengan kita.
|
Ingat! Semua orang boleh jadi soleh.
|
Dan maksud sekufu kat sini, tak semestinya kita dan pasangan punya 
hobi yang sama, minat yang sama dll
|
Jangan tertipu! Tak semestinya semua sama.
Sebagai contoh sudu & garfu.
Rupanya saja sudah berbeza,
apatah lagi fungsinya, turut bebeza. 
|
Suami isteri itu saling melengkapi: kena berbeza.
Dan bersedialah kita untuk hadapi perbezaan itu.
Bila dah bersedia, kita jadi lebih lapang terima perbezaan yang datang. 

3. Tips mencari! (6 Tips)

  • Doa sebagai permulaan! (Soal jodoh ini takdir yang boleh berubah)
Doa kalau kita hafal tapi tak hayatinya, tak umpphhh..biar doa itu dari hati!
|
Belajar kriteria-kriteria orang soleh! 
Sebagai contoh Nabi Muhammad saw, Nabi Yusuf, Imam Syafie dll..
Cari top 10 yang terbaik!
|
Listkan kriteria-kriterianya sebagai contoh: 
punya kesabaran, kasih pada ibu ayah, kasih pada anak-anak, cinta Allah swt tanpa syarat dll..
|
Lepas tulis tengok kriteria-kriteria mana yang boleh bantu tambah momentum,
mengukuhkan keimanan diri kita! (Ingat tujuan asal fungsi suami☝)
|
Seterusnya, berdoalah! 

  • Bila dah ada kriteria-kriteria yang kita mahu, fokus pada diri sendiri pula!
Memperbaiki diri itu sangat penting. 
Saat kita perbaiki diri, mohon Allah swt jaga diri pasangan kita. Biar sama-sama perbaiki diri. 
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri sendiri sahaja. 
Be flexible ke arah kebaikan. 
|
Dan berhati-hatilah dengan perangkap 'ego & sombong'.
Bila dah jadi baik, mula pandang orang tak baik. Nauzubillah..
Hati-hati!
|
Fokus pada ilmu-ilmu yang perlu dicari!

1. Ilmu parenting 
(Ilmu ini bantu diri kita jadi lebih matang, 
mata kita juga lebih matang dalam menilai & melihat orang)
Boleh rujuk link yang Ustazah Isfadiah bagi https://bijakparenting.com/

2. Ilmu pengurusan silaturrahim 
(belajar macam mana nak rapatkan hubungan kekeluargaan, jaga hubungan dll)

3. Ilmu kewangan 
(belajar pengurusan wang, menabung dll..belajar dengan orang yang betul)

4. Ilmu, skill komunikasi 
(belajar handle komunikasi antara dua pihak dll)
|
Tahan diri, perasaan teruja @ terpikat dengan melihat lelaki-lelaki yang belum jadi pasangan kita!
Kalau nampak kelibat lelaki-lelaki soleh camna?
Caranya adalah dengan berdoa! Baca ayat 191: Surah Ali-Imran. Bermula ayat Rabbana ma..

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. http://www.surah.my/3


Jaga diri kita, in shaa Allah pasangan kita Allah swt jaga. TRUST HIM!

  • Dapat sokongan dari ibu/ayah
Ada 4 kriteria yang ada pada ibu/ayah kita (berbanding dengan kawan-kawan kita)
|
1. Mereka punya hubungan lebih akrab dengan bakal pasangan kita, suami kita berbanding kita.

2. Mata ibu/ayah lebih nampak pasangan kita sesuai @ tidak dengan diri kita.
Mereka yang membesarkan kita sudah pasti tahu baik buruk anak mereka.

3. Ibu/ayah ikhlas dengan kita, tidak berkepentingan dalam membantu kita 
melainkan hanya mahukan yang terbaik buat diri kita.

4. Doa ibu/ayah mustajab. 

  • Bila datang calon (Nak buat camna?)
Lihat kelebihan & kekurangan dia, merisik dia (siasat pasal diri dia dengan cara yang betul)
|
Bila ada kekurangan, lihat sama ada kita boleh bantu @ tidak
|
Kalau tidak, kita undur diri (bukan lari sebab sombong tapi kita punya alasan kukuh kenapa)
Kalau boleh bantu, ahlan!

  • Jangan jual mahal, Jangan pulak jual murah!
Kalau tak bersedia, beri jawapan jangan buat orang tertunggu-tunggu, 
tergantung sepi pertanyaan orang.
|
Jangan beri harapan, jangan buang masa.
|
Bagi hint kat dia kalau kita dah suka. Kalau dah suka, Solat Hajat minta Allah swt bukakan pintu hati dia. Kalau dah nampak bayang-bayang dia pun macam tahu, terus bagitahu direct pada dia, tanpa memalukan diri dia. Orang soleh dia tak suka main-main, dia akan bagi keputusan tapi lambat sikit atas sebab dia fikir betul-betul.
|
Kalau kita terganggu, terbayang-bayang wajah..
Baca ayat 39: Surah, Ar-Rad & sapu pada mata kita.

A039
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". http://www.surah.my/13

  • Iringi kelima-lima usaha kita dengan Solat Hajat & Solat Istikharah.

***
Kehidupan berumah tangga boleh jadi 'lubuk bala' @ 'lubuk pahala'! Bergantung pada diri kita bagaimana pandunya..Salah satu cara bina pendinding keluarga kita, baca Al-Mathurat sama-sama. Tiada istilah cari suami soleh, kita yang perlu gilap diri kita jadi solehah! Ingat..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 

Sekian saja perkongsian kali ni. Ini yang fatin sempat catat daripada perkongsian Ustazah Isfadiah. Moga bermanfaat.

Kalau ada yang pertikaikan kenapa fatin kena share benda-benda macam ni? 
Simple je jawapannya. Fatin anggap ini juga ilmu buat mereka yang sedang dalam proses mencari, terpulanglah atas kehendak & juga keperluan masing-masing. Nama lagi ilmu kan, tak rugi pun berkongsi. Wallahua'lam.

Noted ! Akhwatifillah... . Suami yang soleh adalah yang ba… | Flickr

Allah tahu jodoh yang kita perlukan

Bismillah.

Semua kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini termasuklah soal jodoh kita sudah diaturkan Allah swt. Allah swt telah mengatur si fulan hidup sekian sekian sekian, meninggal sekian sekian, rezekinya sekian dan jodohnya akan mendapatkan sekian sekian. Sebahagian tak dapat diikhtiarkan seperti ajal, kita tak boleh ikhtiar untuk menunda ajal atau mempercepatkannya. Sebahagian ada yang harus diikhtiarkan, hukumnya sudah ada. Cuma kita tidak tahu bagaimana dengan takdir yang Allah swt telah tetapkannya. Untuk mendapatkannya perlu kepada ikhtiar untuk meraihnya. Ada sesuatu yang perlu ditempuhi dengan cara ikhtiar. Di antaranya adalah jodoh. Allah swt telah menetapkan jodoh kita, dah diatur oleh Allah swt. Ini yang terbaik untuk kehidupan kamu, tapi Allah swt merahsiakan kepada kita siapa jodoh yang dimaksudkan. Maka kita berikhtiar dan dengan ikhtiar itu ada pahala yang didapatkan.

Ada pahala yang diperoleh, ada kenikmatan dalam mencarinya. Bayangkan nikah kemudiannya tanpa ada pencarian, kita tidak akan merasa nikmatnya taaruf, bagaimana nikmatnya mengenal, bagaimana mencari, bagaimana pahalanya bersabar, bagaimana nikmat berdoa, bagaimana istikharah dalam menentukan jodoh kita, itu semua menghasilkan pahala dalam kehidupan kita. Maka lihat ketentuan Allah swt yang pertama, apapun ikhtiar yang telah kita tempuhi maka semua ikhtiar ini tidak akan keluar dari aturan Allah swt. Kalau sudah menunggu selama 4 tahun tanpa komunikasi, mashaAllah sudah siap melamar, tiba-tiba diambil orang lain. Fokus. Bagaimana cara memahaminya? Perhatikan, ikhtiar yang Allah tetapkan dalam aturan yang dibuat tadi, boleh jadi tidak menyampaikan kepada tujuan yang kita inginkan. Kerana aturan Allah swt ketika ditetapkan, akan bertemu dengan maslahat bagi kehidupan yang kita inginkan.

***
Kadang jalan kehidupan yang telah Allah swt tetapkan, bukan harus menentukan hasil sesuai dengan yang kita inginkan. Tetapi Allah swt tetapkan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Allah swt mengabulkan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Ada 3 jenis cara pengabulannya. Satu, jika keperluan sesuai dengan maslahat kehidupan, kita mohon. Maka jika keinginan kita dalam permintaa sesuai dengan keperluan maka segera dikabulkan. Dua, ada yang ketika kita memohon kita belum sanggup mendapatkannya. Boleh jadi bukan Allah swt belum mengabulkan tetapi kita belum sedia buat menerimanya. Contohnya Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt agar dipindahkan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, bila berdoanya? Sejak di Mekah. Saat ke Madinah, dikabulkan. Lebih kurang tiga tahun kemudiannya dikabulkan. Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 144. Kerana pengalihan kiblat baru sesuai dengan keperluan umat Islam pada ketika itu setelah tiga tahun.

***
Surah ke-24, ayat 26.
Yang baik, berjumpa dengan yang baik lagi. Yang kurang baik, bertemu dengan yang kurang baik lagi. Menurut kita dia yang terbaik untuk kita, menurut Allah swt dia bukan yang terbaik untuk kita. Untuk kita ada yang lebih baik lagi. Kalau 4 tahun belum menjadikan kita mendapatkan yang terbaik, tunggu. Kerana yang terbaik itu lebih dari yang mulia akan mendapatkan masa yang cukup panjang. Ketika kita diminta menunggu dalam masa yang cukup lama, sebetulnya bukan masa yang ditunggu. Di sebalik penungguan itu bukankah di situ ada pahala. Kita rajin berdoa, bukankah di doa itu pahalanya. Rajin tahajud, bersabar, kita mohon, kita istighfar, jadi yang diinginkan Allah swt dalam penantian 4 tahun itu, bukan menikah calon yang sekarang. Tapi, mendapatkan pahala yang berlimpah, dan dengan pahala itu kita siapkan diri untuk bimbing pasangan kita berikutnya. Faham? Alhamdulillah..

Tak usah kecewa. Yang keduanya, supaya kita boleh sabar rujuk Al-Quran surah ke-2, ayat 286. Tidak mungkin Allah swt menguji seorang hamba kecuali dia sanggup untuk mengatasinya. Kalau kita hadapi masalah, seberat apapun, yakin kata Al-Quran. Tidak mungkin masalah ini diuji kepada kita, melainkan kita sanggup mengatasinya. Yang lain tidak sanggup sebab itu tidak diuji kepada yang lainnya. Kita sahaja yang mampu, orang lain tidak. Yang ketiga, tetap ikhtiar. Rujuk Al-Quran surah 49, ayat  13. Jangan sampai, tak dapatkan yang tadi yang kita harapkan menjadikan kita putus asa dalam berikhtiar. Cari! Masih banyak perempuan/lelaki atas muka bumi ini. Mustahil tidak ada yang sesuai untuk kita.

Moga bermanfaat. In shaa Allah..
Rujukan : 


Jangan perasan, Jaga perasaan!


Wahai Wanita
.
Bila ada lelaki yang bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa. Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tidak ada yang special. Jangan perasan. Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan kewajipannya sebagai seorang muslim.
.
Bila di antara kawan kawanmu hanya kamu yang disapa, jangan perasan. Itu biasa biasa sahaja bila dia menyebut namamu.
Hanya sapa, jadi? Tiada apa apa pun. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan. Jangan perasan.
.
Bila sampai satu tahap dia berjumpa dengan ibu bapa kamu sekalipun belum tentu dia mahu menjadikan kamu sebagai yang halal kerana mungkin kamu adalah pilihan kedua. Ketiga, keempat atau entah sudah yang keberapa. Dia mahu tengok tengok sahaja dahulu. Jangan perasan.
.
Kadang rasa kecewa itu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
.
Oleh itu, wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan. Tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan.
.
Jangan bergurau dengannya tentang soal hati, bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu.
.
Jangan biarkan dia perasan.
.
Jaga kehormatan seorang wanita dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan yang boleh menyebabkan mereka perasan.
.
dan wanita, jangan mudah jatuh hati atas kebaikan seseorang lelaki terhadapmu.
barangkali itu memang sikapnya berbuat baik pada semua.
.
Perkongsian buatmu Wanita.

(Perkongsian ni fatin kopipasta dari instagram @syeraanasir_)

Kelas Tafsir Bicara Soal Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. ^^

Kali ini Fatin teringin nak kongsikan tentang perkongsian yang Fatin dapat semasa kelas Tafsir. Fatin pun tak sangka pembelajaran yang berjalan seperti biasa kemudiannya bertukar menjadi luar biasa! Titipan-titipan dari ustaz pada ketika itu benar-benar menyedarkan kami. Dan jugak dalam masa yang sama menjawab segala persoalan Fatin selama ini. Perihal hati!

Biasalah, lagi-lagi bila kita berada pada 'umur' yang mana diri kita sering saja keliru, terburu-buru, mudah memberontak, cepat emosi, marah tak bertempat dll.. Fatin lupa camna ustaz boleh masuk bab hati perasaan ni.

Tapi pada awal perbincangan kami, semua macam malu nak bertanya pada ustaz. Ustaz je yang rancak bercerita. Ustaz kata, time umur remaja, meningkat dewasa ni la ramai anak-anak muda kalau tersalah pilih jalan, lain jadinya. Mula-mula ustaz pesan suruh jaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ikhtilat yakni pergaulan antara keduanya. Ada batas-batas yang perlu dijaga. Ustaz tanya, kenapa budak-budak zaman sekarang macam takda rasa malu dah duduk berdua-duan, time belajar, time makan @ apa jua keadaan. Duduk berdua? Kenapa perlu berdua? Dekat pulak tu.. Ustaz pernah nampak kat library pun ada yang duduk macam tu. Yang perempuan takda dah ke rasa malu? Mana pergi malunya? Terdiam kami sekelas. Ustaz suruh kami jawab kenapa jadi macam tu.. laenlah kalau study group. Ini soal berdua. Ada antara kami yang memberikan jawapan. Tapi masih tak tepat. Ustaz terangkan lagi.. Sepatutnya tak boleh begitu. Orang perempuan kena jaga diri dia. Mahalkan diri dia. Yang lelaki pun sama. Kena jaga.

Lepas tu perbincangan kami jadi lebih serius. Masuk soal hati dan perasaan. Ustaz cakap kalau nak dapat yang baik, kena jaga diri, jadi yang baik jugak. Masa ni, dah ramai yang berani bertanya. Masing-masing keluarkan persoalan yang bermain di minda mereka. Antara soalannya:

-ustaz..camna nak tahu dia tu jodoh kita?
-ustaz..camna nak fahamkan ex-couple kita yang kita tak nak bercouple?
-ustaz.. boleh ke kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa kita? tak mengganggu hati kita ke ustaz?

Sebenarnya banyak lagi..Fatin lupe! ehehe.. jangan marah.
Ustaz jawab satu-satu persoalan kami.

Ustaz kata kalau nak dapat yang baik, tengok diri kita. Kita berada pada landasan yang mana. Landasan yang sama, tempat dia berada ataupun tidak. Kalau landasan kita dengan landasan dia pun dah berbeza, camna nak dapatkan dia. Betul tak? Tengok dia, orangnya camna. Begitu jugaklah kita. Berusahalah ke arah itu. Nawaitunya Lillah. Bukan sebab dia je. Fatin sendiri tak pernah terfikir pasal landasan tu semua. Fatin selalu dengar orang kata kalau nak dapat jodoh yang baik, diri sendiri pun kena baik jugak. Itu je.. Tapi bila ustaz beri gambaran pasal landasan tu, lagi terkesan sebenarnya. Sentap sorang-sorang!!

Ustaz kata jangan risau kalau kita mintak dengan Allah s.w.t. nak dijodohkan dengan si fulan, dan Allah s.w.t. tak makbulkan doa kita. Ada sebabnya. Kalau kita rasa kita dah kenal dia, tapi kenapa Allah tak satukan diri dia dengan kita. Jawabnya, Allah lebih kenal diri dia daripada kita. Allah s.w.t. tahu dia tu tak sesuai untuk kita. Jangan risau. Allah s.w.t. pasti beri yang lebih baik dari si fulan tu. Sentiasalah bersangka baik dengan Dia.

Ustaz kata, boleh kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa. Berdoa macam doa istikharah tu. Tak ganggu hati kita pun. Kalau ganggu hati, itu salah kita. Sebab duk asyik teringatkan dia. Kalau teringatkan dia, terus istighfar. Ingat Allah s.w.t. Jaga hati. Lagi satu, ustaz kata anak muda ni jangan duduk sendiri-sendiri. Sebab bila duduk bersendirian, boleh bawa kepada kemaksiatan, buat benda yang tak elok, lagho. Kalau awak tahu awak tak boleh duduk sorang-sorang, pergi cari kawan-kawan. Sibukkan diri awak. Barulah tak teringatkan si dia. Bila sibuk, tak sempat pun nak fikir soal hati ni.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada ustaz..

***
Apapun perkongsian ni dah lama Fatin simpan. Cuma belum dikongsikan sahaja. Dah nak masuk sem baru dah pun, baru perasaan ada yang tak sempat sharing dengan sahabat-sahabat semua😃😃😃 Moga bermanfaat yaa.. tQ.

Jadi gadis itu..

Bismillah.


Jadi gadis itu..
hatinya perlu kuat!
Kenapa?

Kamu tahu persis apa hatimu, rapuh! Bila-bila masa saja bisa terluka. "kak..aku sudah pun menjaganya. Lantas aku juga yang memulakan langkahnya. Dia itu yang aku mahukan. Dia punya ciri-ciri yang aku mahukan. Aku titipkan doa pada Allah, aku ikhtiar menjaga diriku, aku khabarkan perasaanku agar sampai kepadanya melalui perantara. Sehabisnya aku usaha kak. Tapi kenapa? Tetap juga aku yang kecewa. Di mana salahku? Aku hanya mahukan dia yang bisa menjagaku, membimbingku. Kenapa dia menolakku?"

Duhai adik.. Sudahku pesan berkali-kali. Jadi gadis itu hatinya perlu kuat sayang. Apa yang kamu rasakan itu, perasaan itu semuanya adalah lumrah. Pantas jika kamu menyukai dirinya kerana dia ada ciri-ciri yang kamu impikan. Tapi sayang.. kamu lupa apa? Kamu sendiri titipkan doa pada Allah. Mana mungkin Allah sia-siakan doamu. Boleh jadi Allah punya rencana itu lebih baik untukmu. Allah tahu dia itu bukanlah yang terbaik untukmu.

Kamu pantas untuk dapatkan yang lebih baik sayang. Sabar! Sabar itukan indah. Jangan ikutkan kemahuanmu, sampai lupa pada kemuliaan dirimu. Jangan biar nafsu menguasai diri. Teruskan meminta dengan Allah, biar kamu terus kuat. Kuat dalam menjaga hatimu sayang. Biarkan dia yang menolak cintamu. Usah meratapi apa yang sudahpun terjadi. Pasti ada yang lain jauh lebih layak buat menjaga dirimu. Yakin duhai adikku. Pasti tidak akan ada yang sia-sia. Usaha sama doamu itu, semuanya jadi saksi kamu cuba menjaga diri menjadi wanita solehah di sisi Tuhanmu.
Aku nukilkan ini 'special' buat kamu🌹

Aku sayang sama kamu Lillah. Semoga Allah sentiasa menjaga kita, jadi hamba yang taat serta patuh akan perintahNya.

Maaf atas kekurangan diriku juga.😘 #Indah_Tarbiyah❤❤❤

Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga & mendidik rasa. Siapalah aku, kamu & kita semua.. Kita tetap manusia biasa. Iman ada turun naiknya. Tapi itu bukan alasan buat kita 'merosakkan diri' hanya kerana rasa itu yang sebenarnya belum pasti betul ataupun tidak.

Usahlah mempermainkan hati sendiri. Sudah tibanya masa buat aku, kamu dan kita mendidik rasa agar Tuhan memberkati semuanya.
Kamu wanita yang hebat!
Percaya pada diri. Kemampuanmu lebih daripada apa yang difikirkan. Disinilah bermulanya pengorbanan. Moga di penghujung ceritanya, bahagia menyapa seiring reda-Nya. Ameen...

Jaga diri, In shaa Allah. ^_^

'Pengemudi Bahtera Cinta'

Bismillahirrahmanirrahim.


Duhai Mujahidah...
Jagalah rasa,
Tanam, baja dan semailah ia dengan izin-Nya,
Bukan mudah memandu rasa,
Ikutilah manual cinta-Nya,
Pasti dirimu kuat, tabah,
Menanti saatnya tiba.

Jika benar rasa itu,
Jangan risau,
Biar masa berlalu pergi,
Biar hari silih berganti,
Biar jarak memisahkan diri,
Dia kan pemilik hati,
Panjatkan doa pada-Nya,
Pasti terusik jua hatinya di sana.

Usah difikir,
Bila saatnya kunjung tiba,
Didiklah rasa,
Ini masanya buat bersedia,
Kelak saat bersama itu,
Bukan hanya perlukan rasa,
Bahkan ilmu sebagai panduan,
Cukupkan bekalan,
Itulah senjata ampuh bahtera.

Duhai Mujahidah...
Dirimu mengerti beratnya akan penantian,
Dek rasa yang terpendam,
Namun, percayalah...
Bahagia yang diimpikan,
Bukanlah sementara,
Hakikatnya bahagia hingga ke syurga,
Kerana itu,
Biar pengorbanan ini jadi saksi,
Kau telah pun berusaha,
Memimpin rasa demi reda-Nya.

Senyumlah :)
Walaupun belum pasti,
Apakah takdir yang bakal kau miliki,
Dirimu telah pun menang,
Tiada istilah kalah,
Kerana kaulah,
'Pengemudi Bahtera Cinta'.

Puisi: 'Pengemudi Bahtera Cinta'
Nukilan: Indah_Tarbiyah

"When you call yourself a Muslimah, it's important to 'look' and 'act' and be 'seen' as one."

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..