Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga & mendidik rasa. Siapalah aku, kamu & kita semua.. Kita tetap manusia biasa. Iman ada turun naiknya. Tapi itu bukan alasan buat kita 'merosakkan diri' hanya kerana rasa itu yang sebenarnya belum pasti betul ataupun tidak.

Usahlah mempermainkan hati sendiri. Sudah tibanya masa buat aku, kamu dan kita mendidik rasa agar Tuhan memberkati semuanya.
Kamu wanita yang hebat!
Percaya pada diri. Kemampuanmu lebih daripada apa yang difikirkan. Disinilah bermulanya pengorbanan. Moga di penghujung ceritanya, bahagia menyapa seiring reda-Nya. Ameen...

Jaga diri, In shaa Allah. ^_^

Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah bukan perkara main-main. Dan bagi mereka yang melaksanakan amanah, walaupun dirinya sendiri tersepit di antara keperluan diri dan keperluan amanah, didahulukan keperluan amanah, maka keperluan dirinya Allah s.w.t pasti permudahkan. Percayalah! Ini bukannya omongan kosong. Dan saya percaya, sahabat sahabiah yang pernah memegang kepimpinan (sewaktu belajar) pasti pernah melalui saat-saat genting, yang mana sampai satu masa, itulah masa studynya, masa berpersatuan, masa turun berprogram, masa liqo (meeting), masa makan, masa tidur, masa siapkan esiment/tesis... semuanya bertembung! Sampaikan dah tak tahu nak aulakan yang mana. Keliru antara perkara yang penting dengan perkara yang lebih penting! Astaghfirullah...

Teringat lagi bilamana saya menarik diri dari menyertai misi bantuan banjir dengan alasan ingin menyiapkan tesis dan esiment yang masih berbaki. Jika diikutkan, murabbi kami sangat mengharapkan agar saya dan sahabat-sahabat yang lain boleh turun bersama. Tapi, ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama menghadap laptop dan juga timbunan buku. Selang dua hari, akhirnya sahabat-sahabat yang mengikuti misi bantuan banjir pun balik.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada saya, "ha... camne gan esiment nti? dah siap? cam banyak je tesis yang dah buat. muka tersengih bahagia tu..."
"Taklah... sikit je yang sempat sentuh." Itu je yang mampu saya balas. Tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pun ada sebabnya, sahabat saya pun ada esiment yang nak disiapkan. Ada tesis yang perlu dihantar sama seperti saya. Tapi, disebabkan amanah yang digalas, dia tinggalkan esiment & tesis buat sementara waktu. penuhi kehendak amanah. Dan kini, jujurnya... Esiment & tesis dia yang dah siap dulu. Segan saya dibuatnya. Saya yang ada masa pun tak mampu nak siapkan lagi. Dia yang tak cukup masa dah siap dulu.
Itulah pengajarannya.

Masanya lebih berkat. Kenapa? Dia betul-betul manfaatkan masa yang dia ada. Masa yang ada untuk study, dia manfaatkan untuk study. Focus! Dan bila tiba masa untuk berpersatuan dia berpersatuan. Buat gerak kerja bantu ummah. Bantu agama.

Saya percaya kata-kata ini. Pesan dari murabbi...

Tak pernah ke mengeluh dengan segala penat lelah & karenah manusia yang terpaksa dihadapi sepanjnang berpersatuan ni?
Jujur... kami pun manusia juga. Ada salah silapnya. Kami pun terkadang tak terlepas daripada mengeluh kerana kepenatan. Tapi.. bila ada sahaja di antara kami yang mengeluh, yang lain akan mainkan peranan! Menguatkan tatkala ada yang mula rebah...

Kami selalu diingatkan oleh murabbi.
Ingat... penat itu juga adalah makhluk Allah. Jangan risau, in shaa Allah di akhirat kelak setiap penat lelah itu akan jadi saksi dan akan dihitung oleh Allah s.w.t. 

****
Dan... di sebalik semua kesibukan tu. Ada hikmahnya. 
Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi!
Secara kasar, kita semua tidak nampak! Di mana letaknya nilai tarbawi itu?
Jika dihayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada musuh Islam, membantu mempermudahkan urusan ummat & mendidik ummat mengenal Islam. Setiap inci tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.
Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik gerak kerja yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang yang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.
Cuba check kembali niat kita.
Lillah...
petikan asal dari - asyraf farique (Buku Usrah Ini Poyo)
petikan tambah kurang: Indah_Tarbiyah

Pesan Murabbi sebelum muktamar:
Antum semua masih dalam peringkat belajar. Masih dalam proses latihan. Penyediaan buat masa depan. Setiap apa yang Allah s.w.t. suruh buat akan dihisab sama ada jamai atau fardi (individu). Allah akan tunjuk semula (yakni tayang).

Konsep muktamar juga begitu. Nilai & muhasabah kembali apa yang telah diusahakan.

***
Sekian sahaja perkongsian fatin untuk post kali ini.
Sebenarnya dah lama taip..masa turun pimpinan dulu, sebelum masuk ke Uni lagi. Sekarang baru tergerak hati nak kongsikan semula. Fatin pernah kongsikan kat fb, cuma kat sini je lambat sedikit. Hehe..maaf ye. ^^ Kalau ada yang tertanya-tanya, misi banjir bila tu.. misi tu ketika negeri Kelantan dilanda banjir sebelum ni. Banjir teruk yang pernah mengemparkan satu Malaysia..
Moga apa yang dikongsikan ini akan mendatangkan manfaat buat semua. Maafkan fatin atas salah silap sepanjang berkata-kata ye..Syukran.




Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???


Why they should know???

They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?

Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita? 
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 

Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.

  1. Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. 
  2. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
  3. Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
  4. Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
  5. Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka. 
  6. Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak? 
  7. Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D 
  8. Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah.. 

Terima kasih sudi baca post saya..

#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

  • nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. 
  • nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes, kita akan jumpa kawan yang jenis suka tidur awal pada waktu malam dan bangun study awal pagi. Kita pulak jenis tak boleh bangun awal pagi, dan jenis suka study sampai lewat malam. So, kalau macam tu tak boleh la nak ikut cara kawan kita kan. Bagi Fatin sendiri, tak salah nak stay sampai lewat malam, tapi kita sendiri kena faham otak kita, badan kita pun ada limit jugak, tak boleh nak push & push, sampai satu tahap kita jadi blurrr dan apa yang kita baca tu memang susah nak masuk sebab otak dah penat sangat sebenarnya.. Kalau rasa dah penat tu, berhenti la dulu study. Rehat ataupun tidur sekejap. Lepas tu bangunlah semula study. 
  • doa dan solat hajat. Jangan sesekali tinggalkan. Mak ayah Fatin selalu pesan. Mintaklah dengan Allah s.w.t nak berjaya, dipermudahkan belajar dan dapat jawab exam dengan baik. Dengan siapa lagi kan kita nak bergantung harap selain dari Allah s.w.t. Kita ni jangan sombong sangat!
  • bila nak exam je, even sebelum masuk dewan exam, Fatin suka call mak ayah mintak restu dan doa mereka biar Fatin dipermudahkan untuk jawab exam. Sampai Fatin pun dah boleh hafal dah dialog yang asyik duk ulang kat mak ayah. 
  • minta doa dari orang sekeliling kita. Contohnya, para pensyarah, sahabat-sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Kalau rapat dengan mak cik yang selalu sapu sampah depan asrama pun, minta je doa dari dia. Tak salah pun minta mereka semua doakan. Mana tahu kan dalam ramai-ramai yang doakan kita tu, ada doa yang mustajab.
  • review semula paper exam yang lepas. 
  • cari tempat yang sesuai untuk study. Kalau Fatin, mesti study kat meja, kalau kat katil, jawabnya buka buku, 5 minit pastu tidur. Haha.. lagi satu carilah tempat yang menenangkan. Fatin suka tempat yang tak bising, macam perpustakaan. Walaupun ramai orang, tapi tak bising. Kalau boleh study atas katil, studylah. Mana-mana yang selesa dan boleh hadam apa yang dipelajari. Ok..
  • kenal pasti mana-mana senior yang dalam ranking 'Best Student'! haha.. ini bukan pilih kasih tau.. tapi, inilah salah satu teknik untuk dapatkan nasihat-nasihat yang bernas sepanjang study. Semestinya dyeorang pun ada rahsia-rahsia tersendiri yang boleh kita amalkan. Tak percaya? Hmm.. try la korek rahsia senior-senior awak tu. Fatin dah buat pun. Alhamdulillah.. berkat perkongsian dari senior-senior lah yang banyak bantu Fatin masa study dan juga masa exam. Nak skor exam pun jadi senang tau. 
Cerita 1:
Ada seorang senior pernah pesan, akak dulu tak minat pun kos yang akak ambil sekarang ni. Akak minat bidang lain. Tapi disebabkan mak akak yang suruh akak redah je. Kalau tak ikut, kecik hati pulak. Lagipun, mungkin mak akak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Mula-mula tu memberontak jugak sampai akak pernah terdengar perbualan mak ayah akak. Mak akak sedih tengok akak, memberontak, study pun gitu-gitu je, result exam pun tak ok. Mak salahkan diri dia. Lepas dengar perbualan dyeorang, akak menangis. Akak salahkan diri akak sendiri. Tak sepatutnya akak buat mak ayah camtu. Dyeorang tak salah pun. Akak je yang keras hati, susah nak terima. Lepas tu, akak berubah dik. Akak berubah sebab mak ayah dan akak cuba berlapang dada dengan apa yang Allah berikan pada akak. Akak belajar macam biasa, cuma.. kali ni akak rasa lebih mudah nak belajar dan setiap kali exam akak dapat result yang cemerlang. Akak pun pelik sebab ini kos yang akak tak minat pada awalnya tapi boleh skor. Akak tanamkan hasrat baru. Akak nak bahagiakan dulu mak ayah, berikan apa yang mereka mahu. Kemudian, kalau Allah masih berikan akak kesempatan untuk belajar, akak akan belajar bidang yang akak minat pulak.

Cerita 2:
Ini pun pesan dari senior. Lebih kurang macam cerita kat atas. Kakak tu pesan, dalam semua gerak kerja kita, lagi-lagi bila sedang menuntut ilmu, belajar.. selalu jaga hubungan dengan mak ayah. Jangan kecilkan hati dyeorang. Cari keberkatan mereka. Biar mereka reda akan semua perbuatan kita. Barulah senang hidup kita. Akak dulu ada kawan. Dia malas sikit nak belajar. Enjoy je kerja dia. Last-last akak kata kat dia, kalau nak berkawan dengan akak, kena rajin belajar. Akak taknak kawan dengan orang yang malas berusaha. Saja cari susah. Akak cakap direct je tak berlapik dah. Susah sangat kan. Nasihat taknak dengar. Alhamdulillah.. lepas tu dia berubah sedikit demi sedikit. Kami usaha sama-sama. Sebab tu, dalam belajar ni pun, penting kita pilih kawan yang boleh mendorong kita ke arah kejayaan. Bukan sekadar berkawan. Kita berkawan biar ada sesuatu yang kita dapat. Kalau dia baik akhlaknya, kita contohi akhlak dia. Kalau dia bijak, biar dia ajarkan kita, kongsi ilmu yang ada. Awak percayalah cakap akak. Cuba buat apa yang akak buat ni. jaga hubungan dengan mak ayah, pastu cari kawan yang boleh sama-sama bimbing. In shaa Allah.. dipermudahkan semuanya.

Cerita 3:
Ini cerita Fatin sendiri. Jangan pernah takut untuk berkongsi ilmu. Macam Fatin, Fatin suka study group. Tapi sebelum study ramai-ramai, Fatin akan pastikan diri sendiri dah faham bab ataupun tajuk yang nak dibincangkan. Baru boleh bincang dan kongsikan dengan yang lain. Kalau tak baca apa-apa, dan terus join study group, dengar je penjelasan dari orang lain, Fatin tak boleh. Susah sikit nak hadam.. Itu Fatinlah, tapi Fatin tahu ada sahabat-sahabat di luar sana yang boleh study ramai-ramai walaupun dia tak buat revision. Dia lebih mudah menerima dengan mendengar. Kita punya cara yang berbeza untuk belajar. Manfaatkan kesemuanya.

Pernah terjadi satu peristiwa. Malam sebelum exam. Esoknya exam paper English. So malam tu kami study  soalan-soalan exam yang lepas. Seronok study ramai-ramai sebab sampai satu masa untuk satu soalan je, macam-macam jawapan timbul. Semua bagi 'fatwa' masing-masing. Haha.. riuh-rendah surau sakan dibuatnya. Alhamdulillah.. orang tua pun selalu pesan kalau kita berkongsi in shaa Allah apa yang kita kongsikan tu akan lebih berkat. Keesokannya, masuk je dewan exam, kebetulan seat kami dekat-dekat. So bila buka paper exam, semua terkejut. Pastu, berlakulah adegan aku tengok kau, kau tengok aku. Semua tersenyum. Soalan exam yang kami jawab malam tu, soalan itu jugak yang ada dalam paper exam yang kami pegang tu. Subhanallah.. bayangkan. Allah memang bantu kami masa tu. Cuma kedudukan soalan je yang berubah. Soalannya totally sama. Bahagia betul jawab soalan, sambil jawab sambil tersenyum sebab terbayangkan adegan-adegan yang berlaku masa review soalan tu dengan kawan-kawan. Papa pun selalu pesan, soalan exam tak lari jauh biasanya. Tengok semula paper-paper yang lepas. Study semula soalannya. Kalau lari pun, itu sebab pensyarah bagi subjek tu dah ditukarkan. Hehe.. petua dari orang lama.

Inilah jadinya bila anak sambung belajar dan ayah pun sambung belajar jugak. Seronok. ^^

 Fatin cadangkan buat sahabat-sahabat tersayang, dapatkan buku 
"Aku Budak Dekan".
Buku yang sangat baik untuk mahasiswa/wi, 
sarat dengan tips-tips yang berguna 
sebagai bekalan di medan perjuangan ilmu. In shaa Allah..
4 penulis kesemuanya, kita amik aura positif mereka..

Buku terbitan Humaira Publication, harga RM 25 sahaja.

Alhamdulillah..
Itu sedikit sebanyak apa yang Fatin boleh kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat yee..
Terima kasih kerana sudi baca.
Senang-senang commentlah. Kongsikan pengalaman kalian pulak ^^
Bye.. Bye..

Putaran Hidup Manusia


Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala sosial, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk mengejar dunia kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Allah Rabbul Jalil. Tuhan sekelian Alam. Aamiin.

Itulah putaran hidup manusia...

via: Cg. Mohd Noor - cikgu psikologi


Saya nak jadi macam akak!

Hmmm...
Kenapa nak jadi macam akak dik? Apa yang specialnya akak ni? Akak rasa cam biasa-biasa je.. Kenapalah pilih akak?

Entahlah kak. masa mula-mula saya jumpa akak, terus saya terpikat. nak jadi macam akak. Ayu.. Baik.. Pakai tudung labuh.. Mesti akak dari keluarga baik-baik kan. Suka sangat tengok akak.

Ya Allah.. awak ni. Macam-macamlah.
Nak tahu tak.. sebenarnya akak ni biasa-biasa je. Keluarga akak pun biasa-biasa je. Dalam family akak, kaum kerabat sepupu sepapat takde pun yang pakai tudung labuh a.k.a jilbab ni. Rare la cikit mase mula-mula akak pakai tu. ahaha..^^ rase cam alien pun ada jugak kekadang tu. Mungkin faktor persekitaran, belajar kat sekolah agama yang banyak bantu akak. Habis SPM, sambung kat kolej islam pulak. Biah pun lebih kurang je. Tak jauh beza. Mungkin sebab tu dah biasa kut. Tapi sekarang ni awak pun tengok akak biasa-biasa je kan. Akak takdelah pakai jilbab, tudung labuh selalu. kadang-kadang belit-belit,, shawl jugak.. Hehe.. Sekarang ni, bagi akak selagi mana pemakaian awak tu menutup aurat dengan baik, tak menyalahi syariat, tak timbul fitnah, pakai jelah. Betul tak?

A'ah.. Saya setuju, saya pun perasan jugak kak. Akak tukar-tukar jugak cara pemakaian akak tu.

Terkadang kita kena mengikut persekitaran kita juga. Bagaimana orang di sekeliling kita? Jika kita begini, bagaimana penerimaan mereka? Mungkin sahaja orang lain tak boleh nak move on gan kita disebabkan cara kita. Dyeorang rasa tak selesa. So, kena ubah la cikit cara kita. Dyeorang ada cara dyeorang dan kita ada cara kita. Kena toleransi lah. Sama-sama terima setiap kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kalau orang sekeliling tak faham, cuba fahamkan mereka. Cakap je.. Sebenarnya, saya begini dan begini. In shaa Allah... lame-lame dyeorang pun akan belajar untuk memahami kita. Don't worry.. Dan kita pun kena la hormat dyeorang. 

Akak.. rasenye cerita kita lebih kurang la kak. Saya pun sama cam akak. Dulu-dulu saya pun biasa jugak. Tak sangka pulak akak pun gitu.. Haha ^^

La... ye ke..? Hehe.. Ada chemistry betul kita ni kan.. Time sekolah dulu nakal jugak akak ni. Macam budak-budak yang lain jugak. Pakai jugak seluar jeans tu, tshirt, tudung bidang 45 dll.. Sama je. Tengok orang bercouple, teringin jugak nak bercouple. Haha.. Jiwa remaja kan. Tak menyempat bercouple pun dik. Kejap je. Sebab time tu akak rasa apa lah yang best sangat bercouple ni. Try lah. Sekali try terus menyesal!! Langsung tak best. Menipu je banyak dik.. Malam-malam borak panjang-panjang. Boyfren tanye dah ngantuk lum. Kita pulak mata memang dah kuyu dah, tunggu masa je lelap. Tapi mulut ni, ha.. sanggup cakap tak ngantuk lagi. Layan jugak boyfren tu hah.. Tapi, kan dah belajar sekolah agama. Nak tak nak, akak kenalah sesuaikan diri dengan biah kat sana. Mula-mula tu terkezutlah jugak dik.. Kejutan budaya! haha.. masuk sekolah semua berjilbab, lelaki berkopiah je.. kite pun terus ikut. Kan budak-budak lagi masa tu, orang suruh kita buat jelah. Bila dah besar cikit, mulalah kita faham kenapa kena pakai macam tu.. Kenapa salah bercouple ni.. Islam ajar apa.. Seronok kan bila kehidupan kita ni colourful...! Memang apa yang Allah s.w.t. jadikan untuk kita ni dah cantik sangat dah. 

Akak kadang terfikir.. orang selalu pandang rendah pada mereka-mereka yang nak berubah ni kan. Tapi bagi akak, akak kagum sangat dengan mereka ni. MashaAllah! Tak mudah dik sebenarnya nak berubah ni. Mujahadah dye kena kuat. Nak tinggalkan 'kemanisan tiruan' sebelum ni.. Allah.. ni kirenya fight dengan diri sendiri. Tak kuat, Kecundang dik.. Sakit! Tapi bila dah lawan, dah berubah.. Subhanallah.. indahnya saat tu. Kita lagi istimewa sebenarnya daripada mereka yang tak teruji macam kita. Kita pernah rasa macam mana pahitnya kopi sebelum ni, dan kali ni kita lebih berjaga-jaga untuk minum.. Jadi, bila kita tengok kawan-kawan kita yang berperangai macam kita sebelum ni, kita akan lebih faham mereka. Cara kita nak tegur dan nasihat mereka pun berbeza kan. Sebab kita pernah berada di tempat mereka, dan kita memang tak suka orang datang straight dakwah, tegur macam-macam tapi tak cuba tuk faham diri kita dulu. Betul tak?

Betul la kak.. Saya pun pernah macam akak. tak percaya pulak bila akak pun pernah jadi macam tu. Huhu..

Betullah.. 
Hehe.. kenapa tak percaya? Takpe.. jangan risau. Kita boleh berubah sebenarnya. Nak atau tak je! Kan.. ^^ Ramai je orang yang boleh bantu kita. Sebab tu nak berkawan pun, ha..kenalah pilih kawan-kawan yang boleh bantu kita ke arah kebaikan. Akak dulu pun sahabat-sahabat akaklah yang banyak tolong akak. Nasihat itu ini. Tunjukkan qudwah yang baik-baik. Sampai terkadang akak pun malu dengan dengan dyeorang. 

Kawan tu cerminan diri kita kan kak..? ^^

Hah.. betullah tu dik.. Pandai pun. Akak pelik betul gan awak ni. Camanalah boleh nak jadi cam kak. Haha.. Awak jadi je diri awak sendiri dik. Awak punya kisah kehidupan tu in shaa Allah lebih menarik lagi dari akak. Allah jadikan kita ni sememangnya berbeza. Specialnya awak kat sini, dan specialnya akak kat sini. Balancelah kan.. Sama-sama topup apa yang kurang. Be though! Kuat.. in shaa Allah.. doa yang baik-baik. Minta Allah jaga kita dari perkara-perkara yang tak baik. Dan biar kita ni suka pada kebaikan. 

In shaa Allah kak. Terima kasih sebab sudi bocorkan rahsia akak, ceritakan kat saya. Hehe..^^

Haha.. oh,, takpe. Ini rahsia kita berdue je. Awak jangan risau! Kalau ada apa-apa nak share gan akak, bagithu je yee.. In shaa Allah.. akak akan cuba bantu. Akak nak balik dah ni.. Awak tak nak balik ke..?

Eh.. a'a lah.. jom balik kak. dah lama kita kat sini kan. Jom2..

^_^

Pondok Tok Selehor!

#throwback

Sebaik sahaja kaki melangkah di bumi mrsm, rasa cam tak percaye. Alhamdulillah x 3... akhirnye sampai jgak kat snie. Macam2 hal yg mnghalang sblum nie. Sampaikn dh tak snggup nk reply sms adik2 maktab. Kalau reply, msti akan lukakan hati dyeorg. Tak reply, lagi2lah menambah kelukaan tu
Bila mana dpt bertentang mata dgn mereka, hanya senyuman & air mata shj yg bisa menggantikn kata2. Akhirnye rindu itu terubat. Ditambah lgi, dpt adik2 baru.

Itulah perancang Allah ! sangat2 hebat. Bila di sne, sebenarnye diri sendiri yg banyak belajar dr adik2. Walaupun mereka kadang2 takut nk bertanya, nk berubah, nk kekalkan perubahan... tapi disebabkan semangat & keinginan lebih kuat dr ketakutan, mereka akhirnye berjaya mengatasi masalah2 itu dlm diri mereka. Kenapa begitu? Sebab kekuatan itu sebenarnye dari Allah.

Petang kemarin saat mendengar luahan dr adik2, selalu aku ucapkan ayat ini, "jangan risau adik2, apa yg kalian buat skrang nie adalah utk mjaga diri kamu & juga agama Allah. bagaimana kamu mjaga agama Allah? kamu mjaga dgn mentaati suruhan Allah & juga meninggalkan apa yg Dia larang. ingat adik2, siapa yg menjaga agama Allah, nescaya Allah akan menjaga dirinya."

sebelum berkata begitu, awal2 lgi aku katekn pd dyeorg, "akak mnjawab brdasarkn apa yg akak faham & tahu, kalaulah akak xmnjawab soalan2 kamu, akak mntak maaf." mereka mngangguk, tapi aku mngerti. jauh di sudut hati mereka... mereka inginkan jawapan yg tepat ! yg benar2 bisa mbantu mereka mnyelesaikn masalah yg dihadapi.

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Bila mana sesi muhasabah dilakukan, aku bersama adik2 mndengar apa yg disampaikn oleh fasi2 yg laennye. Tapi, bila tiba dipertengahan & akhir sesi itu, baru aku sedar. "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih & Penyayang. Engkau mendengar rintihan dari adik2ku. Engkau menjawab segala persoalan2 mereka. Engkau memberikan jawapan-Mu kpd mereka. Terima kasih Ya Allah."

Sebaik shj selesai sesi muhasabah, terus ke tepi musolla mncari permata2 Islam itu. Mereka datang dgn raut wajah itu ! Aku faham maksudnya. Lalu, aku peluk erat tubuh2 itu smbil ku katakan pd mereka, "Benarkan, siapa yg menjaga agama Allah, nescaya Allah akan menjaganya juga. Allah dh memberikan jawapan buat segala persoalan2 adik sebelum nie. Setiap kata2 tadi, memang datangnya dari kakak dan abang2 fasi. Tapi, mereka itu hanya perantaraan. Sebenarnya, semua itu datang dari Allah. Allah sedang menjaga kamu smua. Kuatkan semangat adik2. Teruskn dgn mujahadah itu. Jangan mengalah. Kamu semua kuat. Andai terasa lemah, kakak2 & abang2 fasi sentiasa bersama kamu. Jangan bimbang...

Aku sendiri sebak melihat adik2 di sekelilingku. Rintihan & tangisan2 mereka itu ikhlas dari hati mereka. Tiada istilah tipu !Mereka sudah menyalakan lilin perubahan. Diterangi pula dgn lilin cinta. Cuma, mereka masih perlukan kekuatan buat menyalakan lilin keimanan. Angin luar kerap mnganggu. Mengoyahkn nyalaan itu. Tapi aku yakin, adik2 itu bisa mengekalkan nyalaan keimanan kerna nyalaan harapan sentiasa ada buat mereka.

‪#‎thr0wbackKisahAkudanAdik2MRSMTumpat‬

aku K0ngsikan cerita Ini supaya KAMU2 mengerti bahwa anak2 Muda itu Jiwanya masih Lembut bisa Disentuh bisa Diasuh. jangan cepat mengalah dlm Mendidik Mereka. Gilaplah Mutiara2 Islami Ini agar Mereka bisa dijadikan Anak2 Panah Islam Yg bisa BERJASA & BERGUNA

Batu yg keras pun bisa berubah dek air yg sering menitis di atasnya. Inikan pula hati-hati anak-anak kecil ini. Memang! Hidayah itu milik Allah. Tapi dlm mperolehnya kita mestilah berusaha mencari. Alhamdulillah... Apa yg trmampu tlh pun kami curahkan buat kalian, adik-adik yg disayangi Lillah. Kami bisa rasa perubahan yg kalian inginkan & impikan. Dan kami berharap, kalian bisa trus qawiyy dlm meneruskn langkah mencari reda Allah. Keep moving! Berubah Lillah moga2 hidup yg ditempuhi itu punya arah tujunya. ‪#‎sayangkamuLillah‬ ‪#‎permata2Islam‬ ‪#‎fom3‬ ‪#‎MRSMtumpat‬












#3 Muhasabah Diri

Bismillah...

Allah s.w.t perintahkan kita untuk muhasabah diri bukan pada hari-hari tertentu, program-program tertentu, waktu-waktu tertentu tapi S E N T I A S A pada setiap individu Muslim.

Muhasabah ada 2 jenis:
- Muhasabah apa yang telah berlaku
- Muhasabah apa yang akan berlaku

Saidina Umar sentiasa ada pertemuan dengan para sahabat yang lain untuk muhasabah diri.

Manusia juga ada 3 jenis perangai:
- Manusia yang suka bila orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang tak suka orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang lebih suka & selesa diri sendiri yang muhasabah (paling afdal)

moga bermanfaat :D

***
Kunci kebahagiaan diri ! 
Nak perbaiki diri?
Ayuh !
Muhasabah... 
Yang salah diperbetulkan, Yang baik diteruskan. 

Family #Usukians

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? 
Lama betul Fatin tak menulis.. Coretan yang terakhir adalah pada bulan Disember. Hmm... Ini coretan pertama untuk tahun 2016. Fuhhh... Lama kan.. 
Ada yang cari Fatin tak? ehehe...^^ perasan jugak kan! 
Apapun.. Fatin harapkan agar semua sahabat-sahabat di luar sana sentiasa sihat, bahagia selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan kalian, dunia dan juga akhirat.. ameen.

Untuk coretan kali ni, agak-agak apa yang Fatin nak kongsikan dengan kalian semua?
Hahaha..acu cube teka! 

In shaa Allah untuk kali ni, Fatin akan kongsikan perihal sahabat-sahabat baru. Hmmm... Baru ke? Dah masuk semester 2 dah ni. Baru ada coretan pasal mereka. Masih berbaki 5 semester untuk kami semua bersuka ria, berjuang bersama-sama menuntut ilmu, cipta kenangan bersma-sama.. Nampak je 5 semester tu macam lama kan, tapi kejap je sebenarnya. Ini pun dah masuk semester 2. Dah nak final pun dik oiii.. Nak masuk sem 3 dah. Tup tap tup tap.. habis belajar kan! 

Tapi sahabat-sahabat baru ni 'special' sikit. Haha.. Sikit ke? Banyak sangat keistimewaan dyeorang ni. Semua boleh buat. Semua jenis aktif. Yang pasif pun boleh bertukar aktif bila ada dyeorang ni. Tak percaya..? Hmm.. Tengok akak jelah dik. Akak pun boleh jadi cam dyeorang. Haha :D

Mesti nak kenal kan sape dyeorang tu.. Kejap-kejap.. nanti akak bagitahu. Sambung lagi.. Kami semua adalah mahasiswa jurusan Usuluddin dengan Kaunseling. Usul (major) dan kaunseling (minor). So, kami belajar dua-dua. Sebab tu perangai lain dari yang lain. 

video Family Day #usukhebat #usukians (Sem 1)


ini gambar (Sem 2)
lawatan kami ke SUK Selangor | bersama pihak kaunseling Selangor & EPRD

oK.. Akak belanja gambar jelah ye..

Family Day #usukhebat #usukians (Sem 2)

#usukB

#usukB | Mentor-Mentee


MT & Exco Usuk 


Cukuplah kan gambar-gambar tu.. Video pun ada. Akak seronok dapat jadi sebahagian daripada dyeorang semua. Seriusss.. Tak tipu. Eh! Akak pulak.. Haha.. Biaselah.. Tersasul. Lagipun, kebanyakan dyeorang adik akak kan.. hahaha ^^ umur tak jauh beza pun. Lagak cam tue kan akak kite nih. Okk..

Apa pentingnya bila kita mampu 'bersama-sama' dan jadi sebuah keluarga? Walaupun pada hakikatnya, kita memang punya latar belakang yang berbeza, perangai pun pelbagai.. Mungkin saat kita tak susah, tak perlukan pertolongan dari sesiapa,, kita takkan rasa kan. tapi bila dah susah, perlukan bantuan, time jatuh dan nak bangun semula.. kita perlukan sahabat-sahabat kita disisi kita. Betul tak? Dan bilamana satu kos dapat bergabung, bersatu padu jayakan sesuatu program yang dianjurkan, manis sangat saat-saat sebegitu. Saat di mana ukhuwah diangkat, tali persaudaraan tersimpul erat, susah senang semua merasa. Takda yang berpeluk tubuh hanya memerhati semata-mata. Semua tahu apa peranan mereka. Semua berjasa. Itulah kekuatan sesebuah persahabatan. Nilainya bukan pada wang ringgit yang kita laburkan, tapi nilainya pada kemanisan persaudaraan, senyuman yang diberikan saat semua gembira menikmati makanan bersama-sama, bermain bersama-sama. Setiap dari kita, ada keistimewaan yang tersendiri pada diri mereka. Bilamana semua digabungkan, cuba bayangkan.. betapa istimewanya kita semua kerana kita semua dapat merasa keistimewaan yang juga dimiliki oleh orang lain. Dan sememangnya hidup kita ini adalah untuk memberi manfaat pada yang lain, bukan hanya pada diri kita semata-mata. Allah s.w.t. menciptakan kita pelbagai rupa, pelbagai ragam agar kita saling kenal-mengenali dan saling memerlukan. 

Perjalanan kita masih jauh di hadapan. Masih banyak waktu buat kita bersama. Semoga perjalanan kita dan waktu kita yang dikorbankan buat menuntut ilmu itu diberkati oleh Allah s.w.t. Ayuh sahabat.. pasakkan niat di hati. Kita ini penuntut ilmu, semoga kita diberi akan kefahaman mengenai ilmu yang kita pelajari dan segala ilmu yang tersebut boleh memberi manfaat buat diri kita dan seterusnya kepada mereka di luar sana yang juga dahagakan ilmu pengetahuan. Berkongsi itukan rahmat! jangan pernah bimbang untuk berkongsi. makin dikongi makin berkat. makin bertambah nikmat dari tuhan. In shaa Allah..

#roadtofinal
Bittaufiq wannajah fil imtihan sahabat-sahabat dunia akhirat..^^

Tagline kami
#usukhebat

Semoga kita jadi insan yang hebat, 
dunia dan akhirat.
Ukhuwwah erat.
Hidup berkat.


Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..