Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Kelas Tafsir Bicara Soal Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. ^^

Kali ini Fatin teringin nak kongsikan tentang perkongsian yang Fatin dapat semasa kelas Tafsir. Fatin pun tak sangka pembelajaran yang berjalan seperti biasa kemudiannya bertukar menjadi luar biasa! Titipan-titipan dari ustaz pada ketika itu benar-benar menyedarkan kami. Dan jugak dalam masa yang sama menjawab segala persoalan Fatin selama ini. Perihal hati!

Biasalah, lagi-lagi bila kita berada pada 'umur' yang mana diri kita sering saja keliru, terburu-buru, mudah memberontak, cepat emosi, marah tak bertempat dll.. Fatin lupa camna ustaz boleh masuk bab hati perasaan ni.

Tapi pada awal perbincangan kami, semua macam malu nak bertanya pada ustaz. Ustaz je yang rancak bercerita. Ustaz kata, time umur remaja, meningkat dewasa ni la ramai anak-anak muda kalau tersalah pilih jalan, lain jadinya. Mula-mula ustaz pesan suruh jaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ikhtilat yakni pergaulan antara keduanya. Ada batas-batas yang perlu dijaga. Usta…