Memaparkan catatan dengan label PALESTIN Will Be Free. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PALESTIN Will Be Free. Papar semua catatan

Kisah Saudara SeIslam & SeAkidah

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t. 

Salam ukhuwwah & Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t. Apa khabar sahabat? Moga dalam jagaan-Nya selalu.

Kali ini saya hadir bagi mengingatkan kalian mengenai isu ummah yang "masih" panas dibicarakan ketika ini. Kenapa saya menggunakan perkataan "masih"? Kerana dari pemerhatian saya, hamba yang hina ini, sebenarnya isu berkaitan ummah tidak pernah selesai. Cuma, ianya bergantung pada keprihatinan & kecaknaan kita selaku saudara seIslam. Kebanyakan kita bilamana kedengaran berita mengenai saudara-saudara kita di sana, barulah kita bersuara. Jika tiada berita, maka kita juga sepi tidak bersuara. Jika diikutkan sebenarnya, mereka di sana sentiasa diuji & menjadi bahan mainan/boneka musuh-musuh Islam yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Lihatlah dengan apa yang berlaku di Syria, Gaza, Mesir, Rohingya, Burma, Iraq, Thailand, Kemboja, Afghanistan, Somalia. Saudara-saudara seIslam dan seakidah kita di sana seringkali ditindas, dizalimi, dikecam, dibunuh, dirogol. Pemerhatian kalian pula bagaimana? Bukalah mata hati kalian ! Lihat apa yang berlaku. Fikirkan apa yang boleh diri kita lakukan bagi membantu mereka di sana. Ramai antara kita yang celik luarannya, namun buta hatinya ! Nauzubillah... 

Isu terbaru adalah berkaitan Gaza. Serangan 10 Ramadan oleh Israel ke bumi Gaza, Palestin. Mengakibatkan beratus-ratus syahid dan beribu-ribu rakyatnya cedera. 

Perang '10 Ramadhan' Gaza, mengapa bermula?

Terdapat beberapa punca utama bermulanya Perang 10 Ramadhan di Gaza :

1. Penculikan dan pembunuhan kejam Muhammad Khdeir, pada 2 Julai yang lepas, sehari selepas penemuan mayat tiga pemuda Israel yang hilang selama beberapa hari di Tebing Barat. Muhammad Kdheir dipukul dan dibakar hidup-hidup sehingga mati, dikatakan angkara pelampau Yahudi sebagai tindakan balas dendam ke atas tiga pemuda Israel.

Pembunuhan Muhammad Khdeir mencetuskan tunjuk perasaan di Tebing Barat dan pertembungan penduduk Palestin dan Zionis.

2. Penangkapan beramai-ramai pimpinan khususnya daripada HAMAS, dan orang awam di Tebing Barat dalam operasi mencari tiga pemuda 'Israel' yang diculik menimbulkan kemarahan rakyat.

3. Cubaan Israel menggoncang perjalanan kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH yang sekiranya berjalan dengan baik, akan menggugat kedudukan dan kekuasaan mereka khususnya ke atas Tebing Barat.

4. Tindakan Israel menyerang rumah orang awam menyebabkan Briged Izzuddin Al-Qassam mengisytiharkan permulaan perang dan membalas serangan ke atas Israel.

~ Petikan dari facebook Bazar Ramadhan Gaza

Dan sekarang ini juga Israel sudah mula melakukan serangan melalui darat & pertempuran sengit berlaku antara Israel dan pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam.
#Info --> Astro Awani antara media terawal yang diberi kebenaran utk menemuramah Briged Al-Qassam secara lebih dekat di Gaza. https://www.facebook.com/photo.php?v=693745710692450

Alhamdulillah. Sepanjang saya menuntut ilmu di bumi Kias, telah beberapa kali kami, mahasiswa/wi kias dilawati oleh saudara-saudara kita dari bumi Palestin & Syria. Jadi, sedikit sebanyak kami telah didedahkan dengan apa yang berlaku di sana. Diceritakan kepada kami mengenai serangan yang dilakukan, kemusnahan harta benda, bilangan yang syahid & cedera, bantuan yang diterima, kekuatan mereka, perasaan mereka. Dan pesanan yang seringkali ditinggalkan oleh mereka, "apa yang kami harapkan dari rakyat Malaysia adalah doa. Kami tidak memerlukan anda bersama kami berjuang di sana. Bilangan kami juga sudah ramai. Yang kami perlukan hanyalah doa." Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap pemurah yakni suka menderma. Bantuan sumbangan itulah yang sedikit sebanyak boleh meringankan beban yang dihadapi oleh mereka di sana.

Saya juga sempat bersua dengan pemuda-pemuda dari Palestin. Subhanallah... Kata-kata mereka sudah pun mengambarkan hamasah (semangat) yang dimiliki oleh diri mereka. Walaupun mereka tidak berada di sana, berjuang bersama pemuda-pemuda yang lain, tapi mereka juga sebenarnya turut berjuang menuntut ilmu. Itu jihad mereka. Semoga segala kepakaran & ilmu yang mereka miliki itu boleh dibawa pulang ke bumi Gaza bagi membantu umat Islam di sana. In shaa Allah.

Tambahan pula, baru-baru ini kami telah menerima seorang pensyarah baru dari bumi Palestin. Saya & sahabat-sahabat dari kos Syariah dikira bertuah kerana ketua jabatan kami telah menjemput pensyarah dari Palestin itu untuk bersama-sama kami dalam majlis iftor yang diadakan. Sebelum berbuka, kami diberi sedikit perkongsian oleh beliau. Diceritakan kepada kami bahawa rumahnya berhampiran dengan Masjidil Aqsa. Dan sekarang ini beliau sedang menyambung pengajian PHD yang kedua. Subhanallah... Lihatlah semangatnya dalam menuntut ilmu. Tidak sesekali rasa jemu. Sedikit sebanyak kesungguhannya itu turut mempengaruhi kami yang jauh lebih muda darinya untuk terus menuntut ilmu.

Sebenarnya, jika diikutkan ramai lagi masyarakat di luar sana yang masih belum mengetahui & memahami dengan jelas apa yang berlaku di bumi Gaza, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Berdasarkan pengalaman saya sekali dua sebelum ini turun ke lapangan bagi mengedarkan risalah & juga pamplet berkaitan isu ummah, feedback dari masyarakat sekeliling sedikit sebanyak mengejutkan saya serta sahabat-sahabat seperjuangan. Jika diikutkan, anak-anak muda zaman sekarang semuanya mempunyai facebook ! Tapi ke mana sebenarnya mereka menggunakan teknologi yang ada sekarang ini? Masih ada dalam kalangan anak-anak muda yang tidak ambil cakna mengenai isu yang berlaku. Ini sebenarnya lebih memalukan jika dibandingkan dengan feedback yang kami peroleh dari warga tua. Walaupun pak cik-pak cik & mak cik- mak cik tidak mempunyai facebook, mereka masih mengetahui apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya mereka boleh ceritakan pada kami maklumat yang mereka ada. Jadi, sedarlah wahai pemuda-pemudi Islam ! Ketahuilah bahawa peranan kalian sememangnya besar dalam menegakkan agama Islam, menyebarkan Islam, mempertahankan Islam. Andai kata kalian tidak mengetahui apa yang menimpa saudara-saudara seIslam kalian di sana, bagaimana caranya kalian ingin membantu mereka??? Tepuk dada, tanya iman !

Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mengikuti perkembangan di Gaza dengan menyaksikan video temubual bersama saudara Muhamad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, satu-satunya pelajar Malaysia di Universiti Gaza, Mantan Timbalan Presiden PSS.

Video i
Video ii

Kata-kata dari Madam yang mengajar saya, "mereka kat sana Allah uji dgn hujan peluru & sebagainya. Kita di sini Allah uji dgn hujan air. Dia menguji mengikut kemampuan kita. Dia tahu kita bisa tempuhi."

2:286
Surah al-Baqarah: 286

Di sini saya kongsikan  pengalaman saat dipertemukan dengan As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria - pengarang kitab Sofwatut Tafaasir. Buat pertama kalinya bergetar rasa hati bila diseru untk berjihad dengan gelaran 'rijal wa nisa' yang diberikan oleh sheikh buat saya & sahabat-sahabat ikhwah wa akhowat yang lain. Pesanan dari syeikh kepada kami & juga buat remaja-remaja Islam :"Aku seronok dapat bersama-sama orang muda. Aku datang kepadamu untuk menyampaikan amanah. Berjihad itu tidak semestinya kalian perlu berperang, menyelamatkan nyawa manusia juga dikira berjihad. Walaupun mereka di sana, kamu disini. Negara-negara dipisahkan dengan sempadan geografi. Tapi ingatlah bahawa setiap tanah yang didiami oleh umat Islam. Itulah tanah kita. Pertahankanlah! Kalau aku ini muda, aku tentu akan pergi berjuang di Syria. Buat kalian yg masih muda, contohilah kepimpinan Rasulullah s.a.w. Amanah ini bukan sahaja buat ikhwah, juga buat akhowat. Akhowat ada kekuatan mereka dalam perjuangan Islam & kemuliaan mereka diangkat oleh Baginda s.a.w... Kamu bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu. Aktifkan diri dengan gerak kerja ISLAM.


(As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria duduk di atas kerusi)

Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mendapatkan maklumat mengenai apa yang menimpa saudara-saudara kita melalui facebook NGO-NGO seperti Aqsa Syarif, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Syria Care, Cakna Palestin, Muslim Care, Green Project dan orang-orang persendirian yang arif mengenai isu di sana iaitu Dr Zainur Rashid Zainuddin & Nadir Al-Nuri . Mereka akan sentiasa menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai apa yang berlaku di sana.


Petikan dari facebook Dr Zainur Rashid Zainuddin pada 13 & 14 Julai mengenai situasi terkini yang berlaku di bumi Gaza:

Bagai dedaun kering yang hancur....

Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.

Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan kali ini tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.

Hamas telah menamakan siri peperangan ini sebagai :

1- Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)

2- Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)

-3 Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).

Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Mereka akan terus mengajar keangkuhan rejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang hakikatnya perit untuk diterima dan gerun untuk mereka berhadapan dengannya.

Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.

***
Wallahua'lam. In shaa Allah, moga bertemu kembali =)

Bulatan Gembira "KAMI"

Assalamualaikum sahabat-sahabat akh0wat wa ikhwah...
Kaifahalukum ya jami'an?
Ana? Alhamdulillah... ana bikh0ir ^_^

Lama tidak menulis ayat-ayat cinta buat kalian... walaupun ianya ayat-ayat biasa tapi bagi hamba Ilahi ini, itulah sahaja saham yang mampu dilaburkan buat bekalan di akhirat kelak. Insha Allah... Sem0ga ianya mampu mengetuk pintu hati kamu-kamu semua serta mampu menjadi penawar yang bisa menyembuhkan! Dan semoga ianya diterima di sisi Kekasihku, Allah Rabbul alamin.
***

Ku k0ngsikan "kisah Bulatan Gembira KAMI" dengan sahabat2 semua... Moga ianya bermanfaat :)

Kalau kalian ada membaca entri2 yg lepas, mesti kalian kenal dgn sahabat2 saya dari DMP iaitu "Demi Masa Production"! Sememangnya kami sering menganjurkan aktiviti2 bersama, namun dari sudut 'usrah' itu sendiri belum sempat kami laksanakn bersama. Namun, perancangan Ilahi itu sungguh indah... Tatkala hati ini mula terasa k0song, tiba2 pesanan ringkas sms singgah di h/f0nku... Pesanan yg membawa sinar harapan yang bakal menerangi hati yang mula kusam ini. Pesanan itu datangnya dari sahabat DMP, mengajak diri buat mengikuti usrah bersama...

Hari ditetapkan, masa dihitung, bilik dicari & akhirnya kami ber'Usrah'... Bulatan gembira kami dimulakan! Sahabat2 yg hadir ketika itu terdiri daripada 4 orang ikhwah & 9 orang akhowat. Sebenarnya ahli kami masih belum cukup (ikhwah), tapi itu sudah memadai bagi mengisi perk0ngsian pada petang itu... Usrah kami dimulakan dengan perkongsian daripada Ustaz Rafiz mengenai kes2 murtad yang berlaku di bumi malaysia nie. Antara kisah yang dikongsikan turut melibatkan 'mereka2' yang telah pun memeluk Islam, tapi ingin kembali kepada agama asal mereka kerana kecewa dengan 'sikap umat Islam' itu sendiri... Mereka tahu apa itu Islam dan mereka tak salahkan agama Islam. Tapi, attitude orang Islam itu yang menyedihkan!

Pernah hari tu (kat stesen bas) on the way balik ke Terengganu, ada mak cik Cina nie nak beli tiket bas. Lepas tu dye tanye dekat pak cik Melayu. Pak cik tu tunjukkn dgn jari dye kaunter yg jual tiket bas, tapi mak cik tu tak nampak @ tak perasan & berjalan melepasinya. Lepas tu, mak cik Cina tu tnye lagi, "Mana tempatnye?" Kakak yang kat kaunter tu dah 'p0t pet' yg tak sepatutnye! Muncul pulak sorang lagi pak cik Melayu laen yang sindir mak cik Cina tu sebab tak nampak kaunter tiket! saye yang teng0k nie terdiam sbb terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh mereka2 di situ terhadap mak cik Cina tu. Kalau diikutkan, apa salah dye? Tersilap kaunter? Semua orang pernah buat silap!!! Nak sindir & kutuk itu ini? Apa hak kita nak sindir mak cik tu? Sebab kita berlainan bangsa? Atau sebab kita Islam dye bukan Islam? Astaghfirullah x 3....

Sedih sangat bila melihat situasi begitu. Kecewa yang teramat dengan sikap orang Islam. Siapa yang mengajar kita supaya berkelakuan sebegitu? Rasulullah mengajar kita supaya berbuat demikian? Islam mengajar kita sebegitu? Tanya dirimu duhai insan yang bergelar hamba Allah. Adakah Islam meletakkan perbezaan darjat, keturunan mahupun bangsa dalam kalangan ummatnya? Firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Dalam ayat al-Quran pun sudah dijelaskan bahawa kita dijadikan berbagai bangsa dan bersuku puak supaya saling berkenal-kenalan, beramah mesra dan saling hormat menghormati. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jangan hanya pandai sebut "Aku orang Islam", tapi perlakuan kita langsung tidak menunjukkan nilai2 Islam yang benar". Nauzubillah.... Islam itu indah bukan. Mengapa kita ummatnya mesti menc0nteng arang padanya? Mengapa kita tidak menjadikan diri kita seindah ajaran Islam yang syumul itu? Allahurabbi...

 Astaghfirullah...
 ***

Mereka di SANA...

Bismillah...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan pulang kepadanya"
Dari an-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, saling berkasih sayang dan saling kasihan-mengasihani adalah seperti satu tubuh.

Yang mana apabila ada salah satu anggota tubuh mengaduh kesakitan, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakannya iaitu tidak dapat tidur dan demam.”

(HR al-Bukhari & Muslim)
***

mereka di sana...
siang & malam dalam medan peperangan...
mempertahankan diri, keluarga, agama serta tanah air...
dari ditindas & dirampas oleh musuh-musuh Islam...

mereka di sana...
tidak mengharapkan kita sampai pada mereka...
hanya doa dari kita yang mereka harapkan...
hanya simpati dari kita yang mereka pinta...

mereka di sana...
kebergantungan mereka hanya pada Ilahi...
meneruskan perjuangan walaupun nyawa menjadi taruhan...

mereka di sana...
yakin dengan janjiNya...
syahid itu bukan mati...
syahid itu ertinya hidup disisi Ilahi...

mereka di sana...
tidak kenal erti futur...
berjuang selagi mampu...
meneruskan perjuangan Lillahi taala...

mereka di sana... 
sudah kembali bertemu Sang Pencipta...
senyuman di wajah...
menggambarkan kemanisan 'janjiNya'...
subhanallah...
***

saudaraku...
aku tidak punya apa-apa untuk dihulurkan kepadamu...
hanya ku mampu,
mendoakan dirimu disana dalam setiap sujud solatku...
semoga dirimu terus gagah disana...
semoga Allah melindungi dan merahmati perjuanganmu...
ameen...
 # pray for syria, gaza, palestin and for all muslims in dis world... we're same. 


Ummu Nidhal (Khansa' Palestin)

Dikebumikan dengan penghormatan seorang panglima
Innalillahi wa innailaihi raajiun..pemergian Ummul Nidal (Maryam Farhat) seorang wanita contoh dizaman ini di dalam pengorbanan dan keteguhannya berhadapan dengan kezaliman zionis ke atas bumi dan rakyat Palestin milik ummah. Seorang wanita hebat di mana 3 anaknya telah syahid, suaminya juga telah meninggal dunia setelah lama dipenjara. Anaknya yg masih tinggal masih di penjara Israel. Arwah terlalu rindukan mati syahid dan pernah berkata 3 anak2nya telah mati syahid dan beliau yakin akan mendapat kebaikan dgn kesyahidan anak2nya. Sekiranya kamu menyayangi anak2 kamu, berilah mereka sesuatu yg berharga dan yg paling berharga itu adalah syurga. 

Majlis pengebumiannya di bumi Gaza dilakukan sebagai panglima dan negarawan terbilang. Kerana akhlak dan amalannya yang mulia membesarkan anak-anaknya dan menyerahkan anak-anak yang dipinjamkan oleh Allah untuk berjuang menantang kezaliman zionis sehingga menjadi Syuhada'.

Ramai para peserta misi kemanusiaan serata dunia yang berkesempatan menziarahi beliau ketika beliau masih hidup. Dan pemergiannya menemui Allah sudah tentu menjadi inspirasi kepada perjuangan ummah yang ditinggalkan untuk meneruskan perjuangan membela rakyat dan bumi Palestin dari terus dinodai oleh rejim zionis laknatullah.

Selamat kembali kpd penciptaMu wahai Ummul Nidal. Semoga digolongkan di kalangan hamba2Nya yg terpilih dan semoga dipertemukan dgn anak2 dan suami di syurga sana..aamin.

Kenali Supermom Palestin: Ummu Nidhal

Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..