Kata-kata Syeikh Abdul Wahab Azam: "Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, necsaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara."
Maka cita-cita tertinggi kita, tidak lain tidak bukan ialah mahukan mati syahid dan menggapai syurga Firdausi.
Diceritakan Dr. Amar Khaled di dalam bukunya mengenai seorang pemuda yang datang berjumpa Saidina Ali lalu berkata: " Aku khuatir yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosa-dosaku." Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat & lenyap kerana taubat. (Saidina Ali r.a)
Ummat sedang lemas, tegarkah pemuda membiarkan nasib mereka begitu?
***
Sedikit petikan daripada buku "Aku Bukan Suparmen" karya Asyraf Farique. Banyak input-input yang bermanfaat buat mereka yang bergelar "pemuda" di dalamnya. Takkanlah saya nak ceritakan semuanya di sini kan. Tak menariklah. Rugi kalau tak baca. Lepas nie, pakat-pakat pergi beli. Nak beli online boleh. Nak ke kedai terus pun boleh.
In shaa Allah...
lepas gali (ilmu) bolehlah hasilkan outputnya (beramal dengan ilmu).
*jangan semangat hangat2 tahi ayam jee ^^
Alhamdulillah...
Sekali lagi Allah beri peluang untuk melihat kebesaran aturan-Nya.
Mase tengah berbincang dengan Bintu Jaafar berkaitan program falak (PCB'14), tiba-tiba datang seorang hamba Allah bertanyakan pada kami, kat mana dia boleh cari seorang kakak yang boleh tolong dia untuk tasmi' Al-Quran. Mula-mula kami memang terkejut dengan soalan tu. Tapi bila melihat kepada kesungguhan dan gelagatnye... Saye tersenyum. Akhirnye, Allah ketemukan dia dengan orang yang tepat. InsyaAllah... Mudah-mudahan.
Dia bukanlah pelajar Kias (tempat saya belajar). Umurnya masih muda. Boleh dikatakan adik kami. Pelajar STAM. Dia tak kenal sesiapa pun di bumi Kias. Tapi dia datang bersama kawannya ke mari dengan niat hanyalah satu ! Mencari seseorang yang boleh menolongnya berkaitan Al-Quran, kitab Allah. Di sekolah, dia tekad nak masuk kelab tahfiz. Nak masuk kelab tu mesti ingat 7 surah. Dia ada sebutkan surah-surah tu. Kalau siapa tak ingat, kena reject dengan ustaz. Dalam masa yang sama, dia juga disuruh untuk fokus pada STAM. Kalau ambil dua-dua, takut tak sempat nak handle. Itu pandangan orang lain. Tapi bagi dia, dia tahu dia boleh, dia minat untuk menghafal Al-quran! Sebab tu dia bersungguh-sungguh cari orang yang boleh tolong dia. Dari rumah ke kias. Kat sekolah, dia tak sempat bertemu dengan guru-gurunya sebab masa untuk tasmi' bertembung dengan masa bas datang (waktu balik).
Jadi, dia usaha sendiri. Bila dah dapat kakak yang boleh tolong dia,, dia kata tak sangka semudah nie boleh jumpa dengan orang yang nak tolong dia. Itulah kan...niat baik Allah akan sentiasa permudahkan. Pasti ! Inikan pula buat menghafal & mengingati ayat-ayat suci Al-Quran. Subhanallah, hebat aturan Allah !
Adik tu ada bertanyakan tentang diploma tahfiz di Kias. Minat betul dia dengan Al-Quran. Kemudian menceritakan perancangannya selepas STAM nanti. Berkongsi-kongsi cerita, kemudian dia menceritakan apa yang berlaku pada temannya. Ini pengajaran buat semua ! Temannya itu sudahpun menghafal lebih kurang 20 juz. Tapi pada suatu hari, Al-Quran tu dipenuhi dengan semut (kalau tak silap, yang pasti ianya binatang). Nak kata ada makanan dalam tu takde pun.. Bila dibuka Al-Quran tu, ayat-ayat suci didalamnya hampir hilang kesemuanya. Lalu dibawa Al-Quran itu bertemu dengan ustazah. Menangis ustazah melihatnya. Ustazah tanya, apa yang dia buat dengan Al-Quran tu? Kenapa tak jaga (maksudnya hafalan)? Allahurabbi.... Kuasa Allah. Dia beri peringatan.
Sebab tu bila tanya dengan dia, adik sorang je ke yang tekad macam nie. Dia angguk. Kenapa kawan-kawan yang lain tak ikut sekali? Mereka takut kak. Takut tak boleh jaga hafalan...
Betullah apa yang adik tu katakan. Ramai yang takut jika tak mampu nak jaga hafalan Al-Quran. Macam diri saya juga. Tapi, nikmat bila dah menghafal Al-Quran nie. Mula-mula sukar, tapi bila dah ingat ayat-ayat tu, memang akan rasa seronok sangat. Lega... Sebab dah berjaya kan. Saya masih ingat kata-kata murabbi, "Bila kamu dah cuba hafal benda yang susah, contohnya ayat-ayat Al-Quran, jadi bila nak hafal ilmu-ilmu lain yang kamu belajar tu akan jadi lebih mudah." Ada benarnya kata-kata itu. Tak percaya? Cubalah...
Dan bila bersama dengan adik tu, diri sendiri yang terasa malu sebenarnye. Semangat dia kuat. Saya yakin. Sahabat-sahabat juga ada yang bergelar hafiz ataupun hafizah. Mesti kalian lebih jelas akan situasi ini. Ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak mengambil bidang agama, ada yang bakal bergelar doktor, tapi.. Subhanallah. Mereka juga turut berusaha untuk menghafal Al-Quran. Mereka faham akan kelebihannya. Ada di antara kita yang dari kecil lagi sudahpun diasah untuk menghafal Al-Quran oleh ibu bapa mereka. Kita punya kisah tersendiri.
Jujur saya katakan. Berdasarkan pengalaman yang baru setahun dua cuba untuk menghafal, ianya bukanlah mudah. Tapi, ianya juga tidak mustahil. Awal-awal nak menghafal tu memang sukar cikit, kena terus baca dan baca. Bila bacaan Al-Quran tu dah lancar, baru mula menghafal. Hafal satu ayat satu ayat. Mula-mula hafal ayat pertama. Dah ingat, hafal ayat yang seterusnya pula. Kemudian, ulang semula hafalan ayat pertama dan kedua tu. Bila betul-betul lancar & ingat, baru sambung hafal ayat ketiga. Itu cara yang saya gunakan. Tapi, sebenarnya cara nak menghafal nie ada banyak. Sahabat saya pun ada yang mula menghafal dari ayat yang paling bawah. Hafal dari bawah ke atas. Bak kata Ustaz Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al-Quran) dan juga merangkap murabbi saya di Kias, cari cara yang benar-benar sesuai dengan diri untuk menghafal. Tak semestinya kena ikut cara orang.
Pesan Ustaz Abdullah Fahmi lagi:
Nak menghafal ayat suci Al-Quran mesti:-
1)Punya azam yang kuat ! Tak boleh biasa-biasa, tambah pula main-main... Azam nak menghafal.
2)Doa. Sentiasa dalam sujud mohon pada Allah supaya pilih diri kita untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Mohon diberikan kekuatan. Ingatan yang baik. Nak menghafal bukan senang, godaan selalu ada! Kalau bukan syaitan, manusia pun ikut mengoda sekali. Contoh: sembang dengan kawan 2 3 jam boleh, nak hafal setengah jam pun tak boleh. Outing sana sini boleh, nak baca Al-Quran tak boleh.
3)Wuduk. Sentiasa berwuduk. Ikut adab-adab nak baca Al-Quran. Kalau nak berwuduk pun susah, apatah lagi baca Al-Quran. Rasa malas, ambil wuduk. Baru rasa segar dan tambah kekuatan untuk menghafal.
# ini nasihat di hari pertama saya masuk kelas.
Moga kisah di atas & nasihat dari Ustaz Abdullah Fahmi itu bermanfaat buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Ayuh, lepas nie pakat-pakat simpan niat & cuba berusaha untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Bukan setakat hafal je, maksud ayat pun kena telaah juga :D Selamat mencuba.
Hari ini, dengan rasminya, kami dari team Tarbiah Sentap mengumumkan, Kempen “Saya Mahu Sentuh Alquran” bermula dari 21 oktober 2014 sehinggalah 30 november 2014!!
Objektif??
1) Menghidupkan suasana CINTA alquran di kalangan masyarakat Malaysia.
2) Memberi semangat kepada masyarakat islam Malaysia yang tidak pandai membaca Alquran untuk segera belajar Alquran tanpa rasa malu.
3) Mengembalikan cara hidup dan cara fikir islam berlandaskan Alquran.
4) Mendekatkan masyarakat non muslim dengan Alquran.
Ingin menjadi sukarelawan dan team program, dan masuk dalam group telegram Tarbiah Sentap? Isi di sini!:
Bagi menghidupkan kempen ini, kami akan mengadakan beberap program:
PERTANDINGAN
Kami akan menganjurkan pertandingan DESIGN POSTER bertemakan “sayamahusentuhalquran" !!
Pemenang akan di ambil kira berdasarkan sejauh mana poster peserta yang paling ramai share, viral, seterusnya cantik, kreatif dan penuh mesej. Pihak tarbiah sentap akan sharekan design peserta di page kami.
Juara, naib juara dan tempat ketiga akan di berikan hadiah yang lumayan!!
Juara = RM300
Naib Juara = RM200
Ketiga = RM100
Saguhati juga akan di berikan hadiah insyallah.
Syarat-syarat pertandingan poster:
1)Tema “sayamahusentuhalquran”.
2)Terbuka kepada semua
3)letak hashtag #sayamahusentuhalquran”, dan #TarbiahSentap pada poster.
4)Hantar ke emel berikut:
tarbiahsentap@gmail.com
Tarikh buka pertandingan ialah pada 21 Oktober 2014, sehingga 21 November 2014! Jom masuk ramai-ramai bagi menghidupkan kempen ni, seterusnya, menyampaikan mesej keindahan Alquran kepada ramai orang melalui poster anda!
2) Kempan upload gambar masing-masing di media sosial (FB, twitter, instagram) dengan Alquran, dan quote di dalam gambar tersebut PERASAAN bila bersama alquran. Contoh:
“Bagi saya, alquran adalah teman hidup saya. Bila saya resah, dengan alquran, saya kembali tenang...”
“Alquran adalah pedoman hidup saya. Tanpa alquran, saya akan jauh dari Allah….”
“Ketika saya baru berubah, saya rasa tak kuat. Tapi, semenjak saya dekat dengan alquran, saya rasa sangat kuat!!”
Kemudian hashtag:
#sayamahusentuhAlquran
#TarbiahSentap
#Indahnyaislam
Viralkan hashtag tersebut di media sosial tak kira FB, twitter, instagram!!
3) Kempen “Al Akh Alwahid” (Seorang satu), sebagai insiatif untuk setiap orang, sekurang-kurangnya mengajak seorang kawannya yang lain untuk membaca Alquran.
4) Tukar profile picture dan cover photo anda dengan design yang kami sediakan, untuk lebih menghidupkannya program ini!!!
*** KEMPEN DI IPTA/IPTS DAN SEKOLAH
1) TARBIAH SENTAP akan mengadakan JELAJAH IPTA/IPTS Malaysia!
a) Menganjurkan program talk/santai/forum bersama Tarbiah Sentap bersama figure-figure yang lain. Mensasarkan 100 hadirin setiap universiti.
b) Menerima jemputan dari persatuan-persatuan di IPTA/IPTS, juga sekolah!
c) Kami sasarkan, sepanjang kempen ni, sekurang-kurangnya dapat menjelajah ke 10 universiti.
d) Seusai program, mengambil gambar ramai-ramai dengan semua peserta dengan kemudian hashtag #sayamahusentuhalquran.
2) Kempen upload gambar ramai-ramai dalam bulatan/atau barisan, dengan muka happy memegang alquran, dan quote di dalam gambar tersebut PERASAAN gembira bila bersama alquran. Contohnya:
“Dengan Alquranlah, ukhwah kami mekar dan subur!!”
“Alquran menyatukan kami, dan dengan Alquran, kami sentiasa bahagia!”
“Kembali pada Alquran, Malaysia aman!”
Kemudian hashtag:
#sayamahusentuhAlquran
#TarbiahSentap
#Indahnyaislam
Dan viralkan di media sosial masing-masing tak kira FB, twitter, dan instagram.
3) Mengadakan program JOM IQRA’ di IPT dan sekolah, dengan mengajar mereka-mereka yang masih merangkak dalam membaca alquran dan hilangkan rasa malu mereka untuk belajar alquran, dan tanam rasa izzah dengan Alquran.
Bagi menjayakan program JOM IQRA’:
a)Mencari sukarelawan dari aktivis di setiap IPTA/IPTS untuk mengajar iqra’ di universiti masing-masing.
4) Page Tarbiah Sentap juga akan menghidangkan untuk setiap followers BEDTIME STORY SENTAP berdasarkan kisah dan ibrah yang kita boleh ambil dari Alquran, sebagai perkongsian ilmu untuk semua orang!
5) Buat group terbuka di telegram di bawah payung Tarbiah Sentap, dan pisahkan group antara ikhwah dan akhwat, seterusnya menjadikan group tersebut tempat untuk membahaskan dan menghidupkan alquran.
Bagi mereka yang nak join group telegram seterusnya ingn membantu menjayakan KEMPEN “saya mahu sentuh Alquran, isi form:
1) Event penutup (seterusnya pencetus untuk sepanjang hidup) besar-besaran, yang akan di set oleh team TARBIAH SENTAP.
Kami akan setkan tempat, yang mana, dalam program tersebut, kita menagajak masyarakat bersama-sama berkumpul “menghidupkan alquran” di tengah-tengah masyarakat. Antara aktiviti yang di lakukan sepanjang program penutup ini ialah:
1) Street dakwah
-edar flyers “sayamahusentuhalquran” kepada masyarakat muslim dan non muslim.
-hadiahkan alquran terjemahan kepada non muslim serta explain pada mereka keindahan alquran.
-Baca Alquran kuat-kuat di tengah Mall, pasar, dan tempat-tempat awam.
-Interview pandangan masyarakat tentang “bagaimana Alquran dalam hidupnya?”
2) Rakam video “sayamahusentuhalquran” dengan Footage streetdakwah kat non muslim bagi quran dan dakwah, footage baca quran kat tengah-tengah mall dan pasar, footage edar flyer jom sentuh quran, footage baca quran di ktm dan bas, dan footage program sepanjang kempen. Kemudian release video tersebut melalui page TarbiahSentap.
3) Kami akan menghadiahkan LAGU TEMA kempen ini! Nantikan official video dari kami insyallah!
Apa tunggu lagi, viralkan kempen ni! Jom sama-sama tukar profile pic dan cover photo media sosial masing-masing dengan gambar yang kami sediakan! : D
Why hijab can makes you look so beautiful? Do you have the answers?
Dear akhowat...
Surah An-Noor, Verse 31:
“And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments except to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; and let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; and turn to Allah all of you, O believers! so that you may be successful. “
Jutaan tahniah diucapkan kepada MrTheAllShared &HamasahAs-Syabab atas segala penat lelah mereka dalam menyiapkan video #hijabmakesyoubeautiful ! Memang terbaek... Macam mana mereka boleh terfikir nak buat video macam tu? Hmmm... Yang pasti, semua aturan Allah s.w.t itu penuh cita-cita dan juga cinta. Dia tahu mereka boleh lakukan. Jadi.. inilah hasilnya.
Hijab Makes You Beautiful (Official Music Video) is Released!!
Spread this beautiful messages to all over the world!
Let show to the world the true meaning of “HIJAB”
Parody of What Makes You Beautiful - One Direction
Artist : Voice of Men
Lyric : MrTheAllshared, Aisyah Shakirah, Azfar Ibn Hamzah
Cinematographers : Mr The All Shared & Hamasah As-Syabab
"Tidak semua akhowat itu diasuh & dididik dari kecil mengenai aurat.
Tidak semua akhowat yang memakai tudung kerana memahami pemakaiannya yang sebenar.
Ada akhowat yang memakai tudung kerana terpaksa.
Ada akhowat yang memakai tudung kerana melihat kepada persekitaran sekelilingnya.
Ada akhowat yang memakai tudung kerana pengaruh kawan.
Ada akhowat yang memakai tudung kerana dari sekolah tadika lagi telah dididik supaya pakai.
Ada akhowat yang memakai tudung kerana faham akan hukum pemakaiannya serta suruhan itu dari Allah s.w.t."
***
"Duhai bidadari dunia, tidak terlintaskah dihatimu untuk menjadi bidadari syurga?
Tingginya cita-cita enti!
Syurga Ilahi juga tinggi !
Syurga Tertinggi syurga Firdausi !
Dan didiklah diri supaya sentiasa berdoa kepada Ilahi diberikan syurga Firdausi.
Salah ke???
Untuk memperoleh syurga itu bukan mudah enti...
Ana tahu.
Tapi...
Ana yakin.
Siapa yang taat pada suruhan Ilahi, Dia akan membantunya untuk memperoleh syurga!
Ustaz kata akhowat nie mudah nak masuk syurga.
Betul ke enti?
Betullah. Takkan ana nak tipu.
Berdosa!
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Subhanallah..
Mudahkan !
Jadi...
Duhai bidadari dunia, pasakkan niat & tanam betul-betul dalam hati bahawa
"Berhijablah Kerana Ilahi"
Tajdid (perbetulkan) niat selalu.
"Ada akhowat yang cakap, enti.. ana tak boleh berhijab lagi.
kenapa? belum masanya lagi ! tak sampai seru lagi !
Astaghfirullah...
Masa apa lagi yang enti tunggu? Masa kematian @ masa dikafankan?
Dan satu lagi, seruan apa lagi yang enti duk tunggu tu?
Berhijabkan seruan dari Ilahi, al-Khaliq (Sang Pencipta) enti !
Bukan suruhan dari pak-pak ustaz mahupun ustazah !! Mereka itu cuma menyampaikan.
Dalam al-Quran pun dah disebut.
Rasulullah s.a.w. pun mengangkat martabat wanita & menyuruh wanita melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Enti mahukan apa lagi?
Ana takut mereka mengata ana !
Lagipun ana begini.. ana begitu..
Enti !
Sampai bila mahu beralasan???
Ana sayangkan enti ♥♥♥
"Ciptaan Allah s.w.t itu cantik !
Dan akhowat itu ciptaan-Nya. Sudah tentu cantik !
Tapi...
Jika akhowat "BERHIJAB", sudah pasti "TERSANGAT CANTIK".
^_^
Other Version of Hijab Makes You Beautiful Music Video:
Ini juga dari #MrAllTheShared
Sambutan yg SANGAT menggalakkan mnyebabkan " baju THORNY ROSES PRE-ORDER ROUND 3 " telah dibuka !
Kali ini order akan dibuka sehingga 15 SEPT 2014 !
Jangan lepaskan peluang !
terus
Nak order sila rujuk link berikut, http://on.fb.me/1nJLENA
"Thorny Rosses"
*_* Pakat2 beli yee..
Wallahua'lam...
Semoga perkogsian ini bermanfaat buat semua ^_^
"Duhai bidadari dunia,
bila tertutup, hatimu akan lebih terbuka melihat indahnya aturan Dia"
Suatu teghahari, sorg sahabat yg sdg brpuasa sunat masuk ke bilik kmi n kmudian mlihat kmi sdg mkn meggi beramai2. bila dh tgok tu, apa lg kmi yg tgh mkn ni....
"Ateh! hang puasa, jgn la tgok kmi mkn, pegi duk jauh ckit".
- "Wah sdapnya korang mkn meggi, aku nk jgk".
"ehh, puasa kan?"
- "takpelah sunat je pun, aku nk buka puasa lah".
"biaq btul hang ni ateh?"
- "hehe, bagi la aku makan meggi, terliuq nih".
"Erghhh, ap la hang nih. sbb meggi hang nk buka puasa dh. tahap meggi betullah iman hang!"
- "hehe".. (buat sengih kambing)
Ceritera Dua..
Sorang kawan bru balik dari majlis jamuan raya, kmuadian masuk bilik kami dgn bwk bbrp jenis mknn trmasuk tapai. Sahabat ni (org yg sama) mmg feveret dia lah tapai.
"Ateh, nah tapai utk hang".
- "wah, terima kasih uda! ni ateh syg nih".
Kami, "Owhh, syg uda sorang je. mana acii".
- "yelah, dh uda bgi mknn, ateh syg laa".
Kami, "gtu ke? kna bg mknn bru bleh syg deh?"
- "yuup, nk ateh syg, bgi mknn dulu. hehe.."
Kami, "oww gitu deh. mmg lah hang ni. Ukhuwah tahap tapai jah!"
- "well..." (buat sengih kambing)
:3
Ceritera Tiga..
Masing2 khusyuk mgadap laptop n buku, siapkan assignment. Tiba2...
"Ateh, nak krts kajang 1".
- "Nah, ambk lahh"
"Mekaseh teh, ni baru ukhuwah namanya"
- bukan ukhuwah tau tak, tapi martabatul ithar. sbnrnya krts kajang ateh tinggal yg tu je. last ateh bg kt along. ateh lebihkan along lg tau. tu namanya ithar".
"eleh, krts kajang je pun. apalah hang ni, takkan martabatul ithar tahap krtas kajang je."
- "oke lah tu, ada ithar jgk kn. hehe..". (buat sengih kambing)
:)
adehh, macam2 lah sahabat ni. kata n perbuatan dia xtrjangka. ada2 je buat kami smua keras perut sbb x tahan nk gelakk.
InshaaAllah Ukhuwah lillah wa fillah <3
p/s jgn lupa bilik 106 deh. dtg lah lg ;)
***
Begitulah cerita sahabat-sahabat saya.
Dalam keseronokkan itu, pasti terselit pengajaran buat kami.
AlhamduliLlah...
Semoga dalam apa jua tindakan mahupun gerak kerja kita,
pastikan tidak lari dari hadaf kita sebagai hamba-Nya.
Salam ukhuwwah & Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t. Apa khabar sahabat? Moga dalam jagaan-Nya selalu.
Kali ini saya hadir bagi mengingatkan kalian mengenai isu ummah yang "masih" panas dibicarakan ketika ini. Kenapa saya menggunakan perkataan "masih"? Kerana dari pemerhatian saya, hamba yang hina ini, sebenarnya isu berkaitan ummah tidak pernah selesai. Cuma, ianya bergantung pada keprihatinan & kecaknaan kita selaku saudara seIslam. Kebanyakan kita bilamana kedengaran berita mengenai saudara-saudara kita di sana, barulah kita bersuara. Jika tiada berita, maka kita juga sepi tidak bersuara. Jika diikutkan sebenarnya, mereka di sana sentiasa diuji & menjadi bahan mainan/boneka musuh-musuh Islam yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Lihatlah dengan apa yang berlaku di Syria, Gaza, Mesir, Rohingya, Burma, Iraq, Thailand, Kemboja, Afghanistan, Somalia. Saudara-saudara seIslam dan seakidah kita di sana seringkali ditindas, dizalimi, dikecam, dibunuh, dirogol. Pemerhatian kalian pula bagaimana? Bukalah mata hati kalian ! Lihat apa yang berlaku. Fikirkan apa yang boleh diri kita lakukan bagi membantu mereka di sana. Ramai antara kita yang celik luarannya, namun buta hatinya ! Nauzubillah...
Isu terbaru adalah berkaitan Gaza. Serangan 10 Ramadan oleh Israel ke bumi Gaza, Palestin. Mengakibatkan beratus-ratus syahid dan beribu-ribu rakyatnya cedera.
Perang '10 Ramadhan' Gaza, mengapa bermula?
Terdapat beberapa punca utama bermulanya Perang 10 Ramadhan di Gaza :
1. Penculikan dan pembunuhan kejam Muhammad Khdeir, pada 2 Julai yang lepas, sehari selepas penemuan mayat tiga pemuda Israel yang hilang selama beberapa hari di Tebing Barat. Muhammad Kdheir dipukul dan dibakar hidup-hidup sehingga mati, dikatakan angkara pelampau Yahudi sebagai tindakan balas dendam ke atas tiga pemuda Israel.
Pembunuhan Muhammad Khdeir mencetuskan tunjuk perasaan di Tebing Barat dan pertembungan penduduk Palestin dan Zionis.
2. Penangkapan beramai-ramai pimpinan khususnya daripada HAMAS, dan orang awam di Tebing Barat dalam operasi mencari tiga pemuda 'Israel' yang diculik menimbulkan kemarahan rakyat.
3. Cubaan Israel menggoncang perjalanan kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH yang sekiranya berjalan dengan baik, akan menggugat kedudukan dan kekuasaan mereka khususnya ke atas Tebing Barat.
4. Tindakan Israel menyerang rumah orang awam menyebabkan Briged Izzuddin Al-Qassam mengisytiharkan permulaan perang dan membalas serangan ke atas Israel.
~ Petikan dari facebook Bazar Ramadhan Gaza
Dan sekarang ini juga Israel sudah mula melakukan serangan melalui darat & pertempuran sengit berlaku antara Israel dan pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam.
#Info --> Astro Awani antara media terawal yang diberi kebenaran utk menemuramah Briged Al-Qassam secara lebih dekat di Gaza. https://www.facebook.com/photo.php?v=693745710692450
Alhamdulillah. Sepanjang saya menuntut ilmu di bumi Kias, telah beberapa kali kami, mahasiswa/wi kias dilawati oleh saudara-saudara kita dari bumi Palestin & Syria. Jadi, sedikit sebanyak kami telah didedahkan dengan apa yang berlaku di sana. Diceritakan kepada kami mengenai serangan yang dilakukan, kemusnahan harta benda, bilangan yang syahid & cedera, bantuan yang diterima, kekuatan mereka, perasaan mereka. Dan pesanan yang seringkali ditinggalkan oleh mereka, "apa yang kami harapkan dari rakyat Malaysia adalah doa. Kami tidak memerlukan anda bersama kami berjuang di sana. Bilangan kami juga sudah ramai. Yang kami perlukan hanyalah doa." Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap pemurah yakni suka menderma. Bantuan sumbangan itulah yang sedikit sebanyak boleh meringankan beban yang dihadapi oleh mereka di sana.
Saya juga sempat bersua dengan pemuda-pemuda dari Palestin. Subhanallah... Kata-kata mereka sudah pun mengambarkan hamasah (semangat) yang dimiliki oleh diri mereka. Walaupun mereka tidak berada di sana, berjuang bersama pemuda-pemuda yang lain, tapi mereka juga sebenarnya turut berjuang menuntut ilmu. Itu jihad mereka. Semoga segala kepakaran & ilmu yang mereka miliki itu boleh dibawa pulang ke bumi Gaza bagi membantu umat Islam di sana. In shaa Allah.
Tambahan pula, baru-baru ini kami telah menerima seorang pensyarah baru dari bumi Palestin. Saya & sahabat-sahabat dari kos Syariah dikira bertuah kerana ketua jabatan kami telah menjemput pensyarah dari Palestin itu untuk bersama-sama kami dalam majlis iftor yang diadakan. Sebelum berbuka, kami diberi sedikit perkongsian oleh beliau. Diceritakan kepada kami bahawa rumahnya berhampiran dengan Masjidil Aqsa. Dan sekarang ini beliau sedang menyambung pengajian PHD yang kedua. Subhanallah... Lihatlah semangatnya dalam menuntut ilmu. Tidak sesekali rasa jemu. Sedikit sebanyak kesungguhannya itu turut mempengaruhi kami yang jauh lebih muda darinya untuk terus menuntut ilmu.
Sebenarnya, jika diikutkan ramai lagi masyarakat di luar sana yang masih belum mengetahui & memahami dengan jelas apa yang berlaku di bumi Gaza, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Berdasarkan pengalaman saya sekali dua sebelum ini turun ke lapangan bagi mengedarkan risalah & juga pamplet berkaitan isu ummah, feedback dari masyarakat sekeliling sedikit sebanyak mengejutkan saya serta sahabat-sahabat seperjuangan. Jika diikutkan, anak-anak muda zaman sekarang semuanya mempunyai facebook ! Tapi ke mana sebenarnya mereka menggunakan teknologi yang ada sekarang ini? Masih ada dalam kalangan anak-anak muda yang tidak ambil cakna mengenai isu yang berlaku. Ini sebenarnya lebih memalukan jika dibandingkan dengan feedback yang kami peroleh dari warga tua. Walaupun pak cik-pak cik & mak cik- mak cik tidak mempunyai facebook, mereka masih mengetahui apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya mereka boleh ceritakan pada kami maklumat yang mereka ada. Jadi, sedarlah wahai pemuda-pemudi Islam ! Ketahuilah bahawa peranan kalian sememangnya besar dalam menegakkan agama Islam, menyebarkan Islam, mempertahankan Islam. Andai kata kalian tidak mengetahui apa yang menimpa saudara-saudara seIslam kalian di sana, bagaimana caranya kalian ingin membantu mereka??? Tepuk dada, tanya iman !
Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mengikuti perkembangan di Gaza dengan menyaksikan video temubual bersama saudara Muhamad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, satu-satunya pelajar Malaysia di Universiti Gaza, Mantan Timbalan Presiden PSS.
Kata-kata dari Madam yang mengajar saya, "mereka kat sana Allah uji dgn hujan peluru & sebagainya. Kita di sini Allah uji dgn hujan air. Dia menguji mengikut kemampuan kita. Dia tahu kita bisa tempuhi."
Surah al-Baqarah: 286
Di sini saya kongsikan pengalaman saat dipertemukan dengan As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria - pengarang kitab Sofwatut Tafaasir. Buat pertama kalinya bergetar rasa hati bila diseru untk berjihad dengan gelaran 'rijal wa nisa' yang diberikan oleh sheikh buat saya & sahabat-sahabat ikhwah wa akhowat yang lain. Pesanan dari syeikh kepada kami & juga buat remaja-remaja Islam :"Aku seronok dapat bersama-sama orang muda. Aku datang kepadamu untuk menyampaikan amanah. Berjihad itu tidak semestinya kalian perlu berperang, menyelamatkan nyawa manusia juga dikira berjihad. Walaupun mereka di sana, kamu disini. Negara-negara dipisahkan dengan sempadan geografi. Tapi ingatlah bahawa setiap tanah yang didiami oleh umat Islam. Itulah tanah kita. Pertahankanlah! Kalau aku ini muda, aku tentu akan pergi berjuang di Syria. Buat kalian yg masih muda, contohilah kepimpinan Rasulullah s.a.w. Amanah ini bukan sahaja buat ikhwah, juga buat akhowat. Akhowat ada kekuatan mereka dalam perjuangan Islam & kemuliaan mereka diangkat oleh Baginda s.a.w... Kamu bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu. Aktifkan diri dengan gerak kerja ISLAM.
(As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria duduk di atas kerusi)
Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mendapatkan maklumat mengenai apa yang menimpa saudara-saudara kita melalui facebook NGO-NGO seperti Aqsa Syarif, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Syria Care, Cakna Palestin, Muslim Care, Green Project dan orang-orang persendirian yang arif mengenai isu di sana iaitu Dr Zainur Rashid Zainuddin & Nadir Al-Nuri . Mereka akan sentiasa menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai apa yang berlaku di sana.
Petikan dari facebook Dr Zainur Rashid Zainuddin pada 13 & 14 Julai mengenai situasi terkini yang berlaku di bumi Gaza:
Bagai dedaun kering yang hancur....
Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.
Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan kali ini tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.
Hamas telah menamakan siri peperangan ini sebagai :
1- Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)
2- Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)
-3 Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).
Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Mereka akan terus mengajar keangkuhan rejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang hakikatnya perit untuk diterima dan gerun untuk mereka berhadapan dengannya.
Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.
***
Wallahua'lam. In shaa Allah, moga bertemu kembali =)
Sedarlah wahai anakku, Tiada bunga yang tidak akan layu, Tiada ombak yang tidak akan berundur, Tiada cahaya yang tidak akan malap, Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?
Wahai anakku, Tiada parut yang tidak akan pudar, Tiada luka yang tidak akan sembuh, Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti, Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?
Wahai anakku, Jangan tunggu dalam kebimbangan, Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.
Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.
Dunia adalah tempat ujian. Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.
Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Warkah Perjuangan!
"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
[Imam Hassan Al Basri]
Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”
Segala apa yang Fatin kongsikan, semoga ianya bermanfaat & terselit pengajaran kehidupan buat kalian yang membacanya! I love sharing my 'life story' with all of u. tQ sudi baca ^^