Kisah Saudara SeIslam & SeAkidah

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t. 

Salam ukhuwwah & Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t. Apa khabar sahabat? Moga dalam jagaan-Nya selalu.

Kali ini saya hadir bagi mengingatkan kalian mengenai isu ummah yang "masih" panas dibicarakan ketika ini. Kenapa saya menggunakan perkataan "masih"? Kerana dari pemerhatian saya, hamba yang hina ini, sebenarnya isu berkaitan ummah tidak pernah selesai. Cuma, ianya bergantung pada keprihatinan & kecaknaan kita selaku saudara seIslam. Kebanyakan kita bilamana kedengaran berita mengenai saudara-saudara kita di sana, barulah kita bersuara. Jika tiada berita, maka kita juga sepi tidak bersuara. Jika diikutkan sebenarnya, mereka di sana sentiasa diuji & menjadi bahan mainan/boneka musuh-musuh Islam yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Lihatlah dengan apa yang berlaku di Syria, Gaza, Mesir, Rohingya, Burma, Iraq, Thailand, Kemboja, Afghanistan, Somalia. Saudara-saudara seIslam dan seakidah kita di sana seringkali ditindas, dizalimi, dikecam, dibunuh, dirogol. Pemerhatian kalian pula bagaimana? Bukalah mata hati kalian ! Lihat apa yang berlaku. Fikirkan apa yang boleh diri kita lakukan bagi membantu mereka di sana. Ramai antara kita yang celik luarannya, namun buta hatinya ! Nauzubillah... 

Isu terbaru adalah berkaitan Gaza. Serangan 10 Ramadan oleh Israel ke bumi Gaza, Palestin. Mengakibatkan beratus-ratus syahid dan beribu-ribu rakyatnya cedera. 

Perang '10 Ramadhan' Gaza, mengapa bermula?

Terdapat beberapa punca utama bermulanya Perang 10 Ramadhan di Gaza :

1. Penculikan dan pembunuhan kejam Muhammad Khdeir, pada 2 Julai yang lepas, sehari selepas penemuan mayat tiga pemuda Israel yang hilang selama beberapa hari di Tebing Barat. Muhammad Kdheir dipukul dan dibakar hidup-hidup sehingga mati, dikatakan angkara pelampau Yahudi sebagai tindakan balas dendam ke atas tiga pemuda Israel.

Pembunuhan Muhammad Khdeir mencetuskan tunjuk perasaan di Tebing Barat dan pertembungan penduduk Palestin dan Zionis.

2. Penangkapan beramai-ramai pimpinan khususnya daripada HAMAS, dan orang awam di Tebing Barat dalam operasi mencari tiga pemuda 'Israel' yang diculik menimbulkan kemarahan rakyat.

3. Cubaan Israel menggoncang perjalanan kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH yang sekiranya berjalan dengan baik, akan menggugat kedudukan dan kekuasaan mereka khususnya ke atas Tebing Barat.

4. Tindakan Israel menyerang rumah orang awam menyebabkan Briged Izzuddin Al-Qassam mengisytiharkan permulaan perang dan membalas serangan ke atas Israel.

~ Petikan dari facebook Bazar Ramadhan Gaza

Dan sekarang ini juga Israel sudah mula melakukan serangan melalui darat & pertempuran sengit berlaku antara Israel dan pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam.
#Info --> Astro Awani antara media terawal yang diberi kebenaran utk menemuramah Briged Al-Qassam secara lebih dekat di Gaza. https://www.facebook.com/photo.php?v=693745710692450

Alhamdulillah. Sepanjang saya menuntut ilmu di bumi Kias, telah beberapa kali kami, mahasiswa/wi kias dilawati oleh saudara-saudara kita dari bumi Palestin & Syria. Jadi, sedikit sebanyak kami telah didedahkan dengan apa yang berlaku di sana. Diceritakan kepada kami mengenai serangan yang dilakukan, kemusnahan harta benda, bilangan yang syahid & cedera, bantuan yang diterima, kekuatan mereka, perasaan mereka. Dan pesanan yang seringkali ditinggalkan oleh mereka, "apa yang kami harapkan dari rakyat Malaysia adalah doa. Kami tidak memerlukan anda bersama kami berjuang di sana. Bilangan kami juga sudah ramai. Yang kami perlukan hanyalah doa." Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap pemurah yakni suka menderma. Bantuan sumbangan itulah yang sedikit sebanyak boleh meringankan beban yang dihadapi oleh mereka di sana.

Saya juga sempat bersua dengan pemuda-pemuda dari Palestin. Subhanallah... Kata-kata mereka sudah pun mengambarkan hamasah (semangat) yang dimiliki oleh diri mereka. Walaupun mereka tidak berada di sana, berjuang bersama pemuda-pemuda yang lain, tapi mereka juga sebenarnya turut berjuang menuntut ilmu. Itu jihad mereka. Semoga segala kepakaran & ilmu yang mereka miliki itu boleh dibawa pulang ke bumi Gaza bagi membantu umat Islam di sana. In shaa Allah.

Tambahan pula, baru-baru ini kami telah menerima seorang pensyarah baru dari bumi Palestin. Saya & sahabat-sahabat dari kos Syariah dikira bertuah kerana ketua jabatan kami telah menjemput pensyarah dari Palestin itu untuk bersama-sama kami dalam majlis iftor yang diadakan. Sebelum berbuka, kami diberi sedikit perkongsian oleh beliau. Diceritakan kepada kami bahawa rumahnya berhampiran dengan Masjidil Aqsa. Dan sekarang ini beliau sedang menyambung pengajian PHD yang kedua. Subhanallah... Lihatlah semangatnya dalam menuntut ilmu. Tidak sesekali rasa jemu. Sedikit sebanyak kesungguhannya itu turut mempengaruhi kami yang jauh lebih muda darinya untuk terus menuntut ilmu.

Sebenarnya, jika diikutkan ramai lagi masyarakat di luar sana yang masih belum mengetahui & memahami dengan jelas apa yang berlaku di bumi Gaza, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Berdasarkan pengalaman saya sekali dua sebelum ini turun ke lapangan bagi mengedarkan risalah & juga pamplet berkaitan isu ummah, feedback dari masyarakat sekeliling sedikit sebanyak mengejutkan saya serta sahabat-sahabat seperjuangan. Jika diikutkan, anak-anak muda zaman sekarang semuanya mempunyai facebook ! Tapi ke mana sebenarnya mereka menggunakan teknologi yang ada sekarang ini? Masih ada dalam kalangan anak-anak muda yang tidak ambil cakna mengenai isu yang berlaku. Ini sebenarnya lebih memalukan jika dibandingkan dengan feedback yang kami peroleh dari warga tua. Walaupun pak cik-pak cik & mak cik- mak cik tidak mempunyai facebook, mereka masih mengetahui apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya mereka boleh ceritakan pada kami maklumat yang mereka ada. Jadi, sedarlah wahai pemuda-pemudi Islam ! Ketahuilah bahawa peranan kalian sememangnya besar dalam menegakkan agama Islam, menyebarkan Islam, mempertahankan Islam. Andai kata kalian tidak mengetahui apa yang menimpa saudara-saudara seIslam kalian di sana, bagaimana caranya kalian ingin membantu mereka??? Tepuk dada, tanya iman !

Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mengikuti perkembangan di Gaza dengan menyaksikan video temubual bersama saudara Muhamad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, satu-satunya pelajar Malaysia di Universiti Gaza, Mantan Timbalan Presiden PSS.

Video i
Video ii

Kata-kata dari Madam yang mengajar saya, "mereka kat sana Allah uji dgn hujan peluru & sebagainya. Kita di sini Allah uji dgn hujan air. Dia menguji mengikut kemampuan kita. Dia tahu kita bisa tempuhi."

2:286
Surah al-Baqarah: 286

Di sini saya kongsikan  pengalaman saat dipertemukan dengan As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria - pengarang kitab Sofwatut Tafaasir. Buat pertama kalinya bergetar rasa hati bila diseru untk berjihad dengan gelaran 'rijal wa nisa' yang diberikan oleh sheikh buat saya & sahabat-sahabat ikhwah wa akhowat yang lain. Pesanan dari syeikh kepada kami & juga buat remaja-remaja Islam :"Aku seronok dapat bersama-sama orang muda. Aku datang kepadamu untuk menyampaikan amanah. Berjihad itu tidak semestinya kalian perlu berperang, menyelamatkan nyawa manusia juga dikira berjihad. Walaupun mereka di sana, kamu disini. Negara-negara dipisahkan dengan sempadan geografi. Tapi ingatlah bahawa setiap tanah yang didiami oleh umat Islam. Itulah tanah kita. Pertahankanlah! Kalau aku ini muda, aku tentu akan pergi berjuang di Syria. Buat kalian yg masih muda, contohilah kepimpinan Rasulullah s.a.w. Amanah ini bukan sahaja buat ikhwah, juga buat akhowat. Akhowat ada kekuatan mereka dalam perjuangan Islam & kemuliaan mereka diangkat oleh Baginda s.a.w... Kamu bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu. Aktifkan diri dengan gerak kerja ISLAM.


(As-Syeikh Muhammad Ali Sobuni, Ulama Besar Syria duduk di atas kerusi)

Sahabat-sahabat yang dikasihi boleh mendapatkan maklumat mengenai apa yang menimpa saudara-saudara kita melalui facebook NGO-NGO seperti Aqsa Syarif, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Syria Care, Cakna Palestin, Muslim Care, Green Project dan orang-orang persendirian yang arif mengenai isu di sana iaitu Dr Zainur Rashid Zainuddin & Nadir Al-Nuri . Mereka akan sentiasa menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai apa yang berlaku di sana.


Petikan dari facebook Dr Zainur Rashid Zainuddin pada 13 & 14 Julai mengenai situasi terkini yang berlaku di bumi Gaza:

Bagai dedaun kering yang hancur....

Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.

Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan kali ini tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.

Hamas telah menamakan siri peperangan ini sebagai :

1- Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)

2- Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)

-3 Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).

Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Mereka akan terus mengajar keangkuhan rejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang hakikatnya perit untuk diterima dan gerun untuk mereka berhadapan dengannya.

Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.

***
Wallahua'lam. In shaa Allah, moga bertemu kembali =)

1 comments:

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..