Niat baik, Allah s.w.t Pasti Permudahkan !

#throwback

Alhamdulillah...
Sekali lagi Allah beri peluang untuk melihat kebesaran aturan-Nya.
Mase tengah berbincang dengan Bintu Jaafar berkaitan program falak (PCB'14), tiba-tiba datang seorang hamba Allah bertanyakan pada kami, kat mana dia boleh cari seorang kakak yang boleh tolong dia untuk tasmi' Al-Quran. Mula-mula kami memang terkejut dengan soalan tu. Tapi bila melihat kepada kesungguhan dan gelagatnye... Saye tersenyum. Akhirnye, Allah ketemukan dia dengan orang yang tepat. InsyaAllah... Mudah-mudahan.

Dia bukanlah pelajar Kias (tempat saya belajar). Umurnya masih muda. Boleh dikatakan adik kami. Pelajar STAM. Dia tak kenal sesiapa pun di bumi Kias. Tapi dia datang bersama kawannya ke mari dengan niat hanyalah satu ! Mencari seseorang yang boleh menolongnya berkaitan Al-Quran, kitab Allah. Di sekolah, dia tekad nak masuk kelab tahfiz. Nak masuk kelab tu mesti ingat 7 surah. Dia ada sebutkan surah-surah tu. Kalau siapa tak ingat, kena reject dengan ustaz. Dalam masa yang sama, dia juga disuruh untuk fokus pada STAM. Kalau ambil dua-dua, takut tak sempat nak handle. Itu pandangan orang lain. Tapi bagi dia, dia tahu dia boleh, dia minat untuk menghafal Al-quran! Sebab tu dia bersungguh-sungguh cari orang yang boleh tolong dia. Dari rumah ke kias. Kat sekolah, dia  tak sempat bertemu dengan guru-gurunya sebab masa untuk tasmi' bertembung dengan masa bas datang (waktu balik).

Jadi, dia usaha sendiri. Bila dah dapat kakak yang boleh tolong dia,, dia kata tak sangka semudah nie boleh jumpa dengan orang yang nak tolong dia. Itulah kan...niat baik Allah akan sentiasa permudahkan. Pasti ! Inikan pula buat menghafal & mengingati ayat-ayat suci Al-Quran. Subhanallah, hebat aturan Allah !


Adik tu ada bertanyakan tentang diploma tahfiz di Kias. Minat betul dia dengan Al-Quran. Kemudian menceritakan perancangannya selepas STAM nanti. Berkongsi-kongsi cerita, kemudian dia menceritakan apa yang berlaku pada temannya. Ini pengajaran buat semua ! Temannya itu sudahpun menghafal lebih kurang 20 juz. Tapi pada suatu hari, Al-Quran tu dipenuhi dengan semut (kalau tak silap, yang pasti ianya binatang). Nak kata ada makanan dalam tu takde pun.. Bila dibuka Al-Quran tu, ayat-ayat suci didalamnya hampir hilang kesemuanya. Lalu dibawa Al-Quran itu bertemu dengan ustazah. Menangis ustazah melihatnya. Ustazah tanya, apa yang dia buat dengan Al-Quran tu? Kenapa tak jaga (maksudnya hafalan)? Allahurabbi.... Kuasa Allah. Dia beri peringatan.

Sebab tu bila tanya dengan dia, adik sorang je ke yang tekad macam nie. Dia angguk. Kenapa kawan-kawan yang lain tak ikut sekali? Mereka takut kak. Takut tak boleh jaga hafalan...
Betullah apa yang adik tu katakan. Ramai yang takut jika tak mampu nak jaga hafalan Al-Quran. Macam diri saya juga. Tapi, nikmat bila dah menghafal Al-Quran nie. Mula-mula sukar, tapi bila dah ingat ayat-ayat tu, memang akan rasa seronok sangat. Lega... Sebab dah berjaya kan. Saya masih ingat kata-kata murabbi, "Bila kamu dah cuba hafal benda yang susah, contohnya ayat-ayat Al-Quran, jadi bila nak hafal ilmu-ilmu lain yang kamu belajar tu akan jadi lebih mudah." Ada benarnya kata-kata itu. Tak percaya? Cubalah...

Dan bila bersama dengan adik tu, diri sendiri yang terasa malu sebenarnye. Semangat dia kuat. Saya yakin. Sahabat-sahabat juga ada yang bergelar hafiz ataupun hafizah. Mesti kalian lebih jelas akan situasi ini. Ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak mengambil bidang agama, ada yang bakal bergelar doktor, tapi.. Subhanallah. Mereka juga turut berusaha untuk menghafal Al-Quran. Mereka faham akan kelebihannya. Ada di antara kita yang dari kecil lagi sudahpun diasah untuk menghafal Al-Quran oleh ibu bapa mereka. Kita punya kisah tersendiri.

Jujur saya katakan. Berdasarkan pengalaman yang baru setahun dua cuba untuk menghafal, ianya bukanlah mudah. Tapi, ianya juga tidak mustahil. Awal-awal nak menghafal tu memang sukar cikit, kena terus baca dan baca. Bila bacaan Al-Quran tu dah lancar, baru mula menghafal. Hafal satu ayat satu ayat. Mula-mula hafal ayat pertama. Dah ingat, hafal ayat yang seterusnya pula. Kemudian, ulang semula hafalan ayat pertama dan kedua tu. Bila betul-betul lancar & ingat, baru sambung hafal ayat ketiga. Itu cara yang saya gunakan. Tapi, sebenarnya cara nak menghafal nie ada banyak. Sahabat saya pun ada yang mula menghafal dari ayat yang paling bawah. Hafal dari bawah ke atas. Bak kata Ustaz Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al-Quran) dan juga merangkap murabbi saya di Kias, cari cara yang benar-benar sesuai dengan diri untuk menghafal. Tak semestinya kena ikut cara orang.


Pesan Ustaz Abdullah Fahmi lagi:

Nak menghafal ayat suci Al-Quran mesti:-
1)Punya azam yang kuat ! Tak boleh biasa-biasa, tambah pula main-main... Azam nak menghafal.
2)Doa. Sentiasa dalam sujud mohon pada Allah supaya pilih diri kita untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Mohon diberikan kekuatan. Ingatan yang baik. Nak menghafal bukan senang, godaan selalu ada! Kalau bukan syaitan, manusia pun ikut mengoda sekali. Contoh: sembang dengan kawan 2 3 jam boleh, nak hafal setengah jam pun tak boleh. Outing sana sini boleh, nak baca Al-Quran tak boleh.
3)Wuduk. Sentiasa berwuduk. Ikut adab-adab nak baca Al-Quran. Kalau nak berwuduk pun susah, apatah lagi baca Al-Quran. Rasa malas, ambil wuduk. Baru rasa segar dan tambah kekuatan untuk menghafal.

# ini nasihat di hari pertama saya masuk kelas.

 Moga kisah di atas & nasihat dari Ustaz Abdullah Fahmi itu bermanfaat buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Ayuh, lepas nie pakat-pakat simpan niat & cuba berusaha untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Bukan setakat hafal je, maksud ayat pun kena telaah juga :D Selamat mencuba.

Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..