Apa khabar? Sihat? ^_^
Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???
Why they should know???
They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?
Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita?
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan.
Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.
- Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain.
- Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
- Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
- Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
- Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka.
- Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak?
- Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D
- Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah..
Terima kasih sudi baca post saya..
0 comments:
Catat Ulasan