Pelangi Tarbiyah~

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Bila baca tajuk di atas tu, apa yang kalian akan bayangkan???
Pelangi! Ya, sudah semestinya pelangi yang indah berwarna-warni...

nie pelangi yang dilukis...cantikkan n_n

0k...sekarang nie saya nak ajak kalian semua berfikir sejenak. Macam mana pelangi b0leh terbentuk ye? Bila masa pelangi keluar? emmm...fikir2!



subhanallah,indahnye ciptaan Ilahi.
Dah dapat ke tidak jawapan bagi s0alan saya tadi? kalau dah dapat bagus la...0k,sekarang nie cuba renungkan pula apa hikmah yang ada disebalik penciptaan pelangi yang indah nie.
Kenapa saya suruh sahabat2 menggunakan anugerah akal yang Allah beri untuk fikir tentang kejadian pelangi? Sebabnya....Ingat ayat nie, Allah jadikan sesuatu perkara itu bukan sia-sia, macam pelangi kat atas tu...
Ia akan keluar (terbentuk) lepas turunnya hujan...
Tapi kebiasaannya bila hujan turun, mesti ada 'manusia' yang akan mengeluh, "Alamak! Hujan la...habis pakaian aku kat ampaian." Bukan tu je, ada juga yang mengeluh sebab tak dapat nak pergi kerja dengan motor, susah nak berjalan ke sana ke mari dan macam2 lagi la.
Bila hujan dah serik, keluar la pelangi yang indah tu... 'manusia' yang tadi pun berkata, "Eh! Ada pelangi la...cantiknya." Terus hilang segala resah yang ada kat hati dia sebentar tadi.
Jadi, ibrah (pengajaran) yang saya nak sampaikan adalah manusia nie sering menyalah anggap tentang dugaan yang diberikan oleh Allah. Mereka menganggap ianya sebagai bebanan! Mereka lupa bahawa apabila dugaan itu dapat diatasi/hilang, kegembiraan/ketenangan akan menyapa mereka dengan sendirinya...
Kita sebagai hambanya mesti yakin bahwa ada sebab mengapa Allah berikan sesuatu dugaan/ujian pada diri kita. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran kita, menguji sejauh mana kita gunakan akal untuk cari jalan penyelesaian dan sebagainya. Dengan menghadapi dugaan2 yang diberikan, itu akan membuatkan hidup kita lebih bermakna kerna kita mampu mengenal siapa diri kita yang sebenarnya.
Buktinya! Kita nie kadang2 lebih suka bercakap daripada buat. Mesti ada yang pernah cakap, aku penyabar/aku kuat/aku tabah/aku berani/aku ini/aku itu...Tetapi, kita kena ingat bila dugaan datang barulah kuat/tabah/berani itu dapat dibuktikan atau ianya sekadar bualan k0s0ng.

Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Allah menguji kerna Dia sayang pada hambanya,
Dia ingat melihat sejauh mana pengharapan kita padaNya...
Kadang2 kita tak sedar kita makin jauh dari Dia,
Ujian yang hadir itulah yang bawa kita kembali padaNya...

Buktinya di sini!
"Wahai khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali: hukuman adalah bilamana kau diuji, dirimu makin jauh dariNya, sedang ujian pula bilamana kau diuji, dirimu makin dekat rapat padaNya."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam