Belia Permata Sinar Islam

~Datuk Mohd Zawawi Yusoh

Golongan remaja yang mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia,
kelak Allah memasukkan mereka dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar.
Perkara itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Harapan Islam kepada generasi muda,remaja atau belia amat tinggi.Justeru,pengiktirafan itu mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti,bukan sekadar retorik atau omong kosong.

Benar,
kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah,
tetapi Allah lebih cinta genersi muda yang bersedekah.
Allah juga mencintai mereka yang beramal,
tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal.
Allah mengasihi orang beribadat,
tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadat.

Wahai adik-adik remaja,anda adalah PERMATA KEPADA SINAR ISLAM.
Di hadapan anda ada seribu harapan buat Ummah...
maka jangan sia-siakannya kerana anda generasi pewaris yang ingin kita lahirkan.

Nasihat kami cubalah penuhi dengan sifat-sifat berikut:
  1. Memiliki pandangan luas dan jauh (ru'yatul waadhih) sehingga mampu merancang dan merangka kerja sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang serta mengetahui pula halangan dan cabaran yang bakal ditempuhi.
  2. Memiliki akal fikiran yang tajam dan kritis hingga dapat melihat segala permasalahan dari setiap sudut serta menentukan penyelesaian yang menyeluruh tanpa mengabaikan atau terlepas pandang segala perkara yang berkaitan.
  3. Memiliki kehalusan jiwa sehingga melahirkan kepekaan tehadap tanggungjawab dan peka dengan kesan serta akibat dari setiap tindakan.
  4. Memiliki himmah yang tinggi atau jiwa yang besar hingga tidak mengenal erti kelemahan jiwa dan putus asa.
  5. Memiliki prinsip dan keyakinan diri untuk membuat keputusan serta mengambl tindakan dengan tepat dan bijaksana.
  6. Memiliki keimanan yang mendalam sehingga mampu patuh kepada keputusan pimpinan walaupun bertentangan dengan pendapatnya sendiri.
  7. Memiliki daya fokus yang tinggi hingga tidak mudah tertarik dengan tarikan duniawi dan menyimpang dari matlamat.
  8. Memiliki keluasan ilmu hingga mampu membuat pertimbangan secara menyeluruh di dalam menentukan kepentingan dan keutamaan.
  9. Menguasai kaedah dan prinsip di dalam membuat keputusan yang betul dan berkesan.
  10. Menguasai dan memahami pergolakan jiwa dan perasaannya hingga dapat istiqamah  dengan kerja yang besar dan menuntut kesabaran serta  pengorbanan tinggi.
*Bangkitlah PEMUDA_PEMUDI ISLAM...Tegakkan agamamu...

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..