Allah Is Calling !!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pena solehah mulakan bicara ^_^

Kenapa mulakan dengan bismillah? Kenapa tak mulakan dengan "sesuatu" yang lain seperti salam sejahtera, salam 1 Malaysia, selamat petang dan sebagainya? Pernah ajukan soalan begitu...? Hmmm... mungkin pernah ! Atau mungkin kita sendiri dah terbiasa dengan permulaan sebegitu. Biaselah, orang Islam. Sememangnya begitu. Mulakan sesuatu dengan membaca bismillah terlebih dahulu. Tapi... sedar atau tidak ! Berapa kali hari ini kita mulakan gerak kerja kita dengan lafaz bismillah? Sekali, dua kali atau tidak terucap langsung di bibir manis kita ungkapan bismillah...?
*tepuk dada,tanye iman...

Sebab itu pernah saya membaca tulisan seseorang yang dahulunya Non-Muslim tapi sekarang ini Alhamdulillah... He is a Muslim, and he say that, "I feel very grateful because I knew Islam before I recognize Islam Muslims." Get it?

Dia rasa bersyukur sebab dia kenal Islam sebelum dia mengenal orang Islam. Kenapa dia katakan begitu? *cubalah jawab sendiri... kongsikan pandangan kalian.

Saya rasa ada betulnya apa yang dikatakan oleh saudara seIslam kita itu. Lihatlah sekarang ini, bagaimana keadaan Muslim di zaman serba moden ini. Kalau tak nak lihat jauh, lihat sahaja orang di sekeliling kita. Dan lebih bagus lagi kalau lihat diri kita sendiri ! Right?
*bagaimana keadaan diri kita?

Yeahhh... diri kita !!! Kita sememangnya Muslim, tetapi adakah kita mengamalkan gaya hidup Islam? Jika Muslim sendiri tidak ber'akhlak', tidak menunjukkan teladan atau qudwah yang baik, bagaimana mereka yang Non-Muslim boleh jatuh hati dengan Islam? Bayangkan... kita nak ajak mereka kepada Islam & kita juga katakan kepada mereka bahwa Islam itu baik, tapi secara hakikatnya kita sudahpun memberikan gambaran yang tidak baik kepada mereka ! Adakah mereka akan terima kata-kata kita yang jahat ini?

Bukankah Islam itu cara hidup? "Islam is the way of life..." Jadi, sudah pasti gerak kerja kita mestilah berlandaskan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak lari daripada syariat Allah s.w.t. Apabila kita mengikut apa yang diajarkan & dilakukan oleh Baginda s.a.w. maka kita dikira melakukan sunnahnya. Tak rugi ! Malah menguntungkan... Subhanallah.

Kerna itu, bilamana seorang Muslim mengamalkan cara hidup Islam maka keindahan akhlaknya akan terpancar. Dan dengan izin Allah s.w.t.,ianya juga mungkin bisa menyentuh hati-hati mereka yang Non-Muslim untuk bersama-sama amalkan ajaran Islam yang syumul (sempurna).


How will you live without ISLAM ?
Beruntung bagi diri kita yang sememangnya dilahirkan oleh seorang ibu yang beragama Islam, ayah kita beragama Islam, keluarga kita beragama Islam & mereka di sekeliling kita juga beragama Islam. Tapi, pernah atau tidak kita bayangkan kehidupan mereka yang Non-Muslim kepada Muslim? Macam mana mereka boleh mengenal Islam? Apa yang menarik mereka buat menerima Islam? Mengapa mereka juga lebih bagus dari kita apabila mengenal Islam? Apa yang mereka lakukan?
Sebenarnya, sahabat-sahabat yang dikasihi... saya ingin mengajak kalian untuk 'menghayati' kisah-kisah saudara Islam kita yang dahulunya mereka hidup tanpa Islam dan kini Alhamdulillah... Islam itu pegangan mereka hingga ke akhir hayat. Banyak buku yang memaparkan kisah-kisah mengenai mereka. Salah satunya adalah buku "Allah is Calling" nukilan Zainudin Hashim. Bab pertama buku ini mengisahkan tentang insan-insan hebat seperti Hamzah Yusof, Isa Carlos Alberto, Dr Murad Wilfried Hofmann, Maryam Jameelah, Syeikh Yusuf Estes, Muhammad Asad, Maurice Bucaille, Dr Bilal Philips, Yvonne Ridley, Malcolm X (El-Hajj Malik el-Shabazz), Ismatin Hajji Toher, Tatiana Fatima, Amelia Rehman, Jamilah Kolocotronis, Dr Roger Garaudy, Aminah as-Silmi, Susan Carland, Luna Cohen, Jacques Yves Costeau, Tali Fahima, Laurent Booth dan Marwah asy-Syarbini.
Petikan buku : Paparan dalam buku ini menjawab segala persoalan yang timbul dengan memaparkan bagaimana cabaran yang dihadapi oleh mereka yang memeluk Islam; ada yang diceraikan suami, dibuang keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan kaum kerabat yang jauh dan dekat. Ia menunjukkan setiap daripada kita mesti melalui ujian tribulasi yang menjadi 'Sunnatullah' atau peraturan Allah di muka bumi kerana Allah berfirman:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" (Al-Mukminun: 115)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah: 214)
Ujian yang kita tempuh pada hari ini tidaklah sehebat atau sedahsyat apa yang dilalui oleh para sahabat, tabi'in dan mereka yang mengikuti jalan mereka. Tugas kita hari ini adalah mempraktikkan ajaran Islam yang pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Semoga usaha memperkenal dan memperkasakan minda serta jati diri dalam kalangan individu Islam menjadi keutamaan kerana kita cemburu bagaimana mereka yang suatu ketika dahulu bukan penganut agama Islam, tetapi apabila dibukakan hati untuk menerima Islam, mereka menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat daripada kita yang memang berasal daripada keluarga Islam.
"Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya)." (Al-Qasas: 56)
Quotes~
"Saya amat gembira kerana berjaya menjadi seorang muslimah. Islam adalah hidup saya. Islam juga adalah nadi jantung saya. Islam adalah darah yg mengalir melalui pembuluh darah saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam adalah segala-galanya. Hidup saya begitu indah. Tanpa Islam, saya tidak dapat berbuat apa-apa, saya tidak boleh bertahan hidup tanpa Islam."

~Aminah as-Silmi, daripada Penganut Kristian Radikal kpd Pendakwah yg Aktif~

Antara video ceramahnya:
- http://www.youtube.com/watch?v=moaVChR_E5M
- http://www.youtube.com/watch?v=O7MyxpmMfHc
"Islam terhijab dengan karenah umat Islam"
(Maryam Jameelah, tokoh intelektual Islam)

* sedar atau tidak "diri ini" & "kita" juga adalah punca kepada "kesukaran dakwah kepada orang di sekeliling" ! Banyak sangat karenah... Aku begini ! Kau begitu ! Kesudahannya....?

#PeringatanBuatDiriSendiri
#AndaiTerasaITUBAGUSsebabALLAHpilihDiriUtkSedarAkanKesalahanDanPerbaikinya
Photo
Wassalam ^_^


'Kasih Sayang Itu Dakwah'

Bismillahirrahmanirrahim...
Kaifahalukum ya akhi wa ukht? Moga terus kuat & sabar dlm mengharungi liku2 hidup yg mendatang...InsyaAllah =)

Teringat saye tentang satu kata2 yg saya petik dr buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa ertinya saya menganut Islam) nukilan Syeikh Fathi Yakan iaitu "Allah s.w.t tlh membersihkn 0rang2 mukmin dari tujuan2 hidup yg salah dgn memberikn tanggungjawab & kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkn kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dgn cahaya Islam.

Subhanallah...Betapa Allah itu bersifat pengasih & penyayang!!! Tidak sia2 apa shj yg ditentukn olehNya bahkan apa yg ditentukanNya itulah yg mendatang manfaat buat hamba2Nya iaitu kita. Mengajak orang di sekeliling kepada dakwah!

Dengan izin-Nya, semalam saya berkesempatan buat mengikuti Siaran Langsung di tv AlHijrah tentang program Pentas Dakwah dari tapak Karnival Hijrah bersama perantara Amin Idris serta Yang Dipertua Yadim, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan penceramah bebas, Ustazah Asni Abi Mansur dengan kupasan tajuk 'Kasih Sayang Itu Dakwah'.


credit : fb tv AlHijrah
Persoalan pertama yang diajukan kepada panel adalah berkaitan "tanggungjawab dakwah", adakah ianya hanya digalas oleh ustaz & ustazah? Mengapa mereka2 dari bidang yg laen seperti doktor, engineer, cikgu dan sebagainya lagi tidak terlibat sama? Persoalan yang menarik... Selalu juga persoalan ini bermain di fikiran saya. Lantas panel mengatakan bahawa tugas itu sebenarnya bukan hanya digalas oleh ustaz & ustazah bahkan ianya adalah tanggungjawab semua manusia. Semua tidak terlepas.
Kemudian dijelaskan oleh ustazah bahawa jika kita semua perasan dalam surah al-Fatihah kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita semua tahu al-Fatihah penghulu kepada surah2 yang laennya dan Allah mula2 mengajak kita kepada kebaikan juga dengan kasih sayang. Kemudian, baru diterangkan tentang hukum hakam dan sebagainya. Sama seperti kita sekarang ini. Dalam konteks sekarang, kita perlu bijak dalam mengajak orang buat kebaikan.
Contohnya apabila berdepan dengan mat2 rempit.. Bicara dengan berhikmah. Jangan pula tiba2 datang jumpa mereka & terus syarah, "bismillahirrahmanirrahim... sesungguhnya merempit itu ibarat menempah maut dan jalan ke neraka." AstaghfirulLah.. jangan begini. Kita kena masuk dan memahami mereka. Tapi jangan sampai kita pula yang merempit & terbabas !
Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki kepada Baginda. Dia dikenali sebagai seorang yang suka mencuri. Dia menyatakan hasratnya untuk berubah dan Rasulullah hanya berpesan satu perkara kepadanya iaitu jangan menipu. Kemudian dia pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, dia mendapati jirannya membawa pulang barang dagangan yang sangat banyak & dia berhasrat utk mencuri. Namun, bila difikirkan kembali. Seandainya dia ditangkap dan dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w pada keesokkannya, apakah yang mesti dia jawab pada Baginda jika Baginda menyoalnya? Dia tidak boleh bercakap bohong dan menipu Rasulullah. Lantas dia membatalkan niatnya utk mencuri itu. Alhamdulillah... Subhanallah... Allahuakbar...

Benarlah pepatah Melayu,
"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lame-lame mencuri."
Lihatlah bagaimana cara Rasulullah s.a.w mendidik dan berdakwah. Tidak dimarahnya pemuda itu ketika dia menyatakan hasratnya utk berubah. Malah diberikan nasihat dgn caranya yg berhikmah. Tiada maki hamun. Bahkan nasihatnya juga ringkas & padat. Tidak berlanjutan dengan perkara2 yang tidak sepatutnya pula.
Kerana itu... Agama tidak tersebar dengan sepak terajang. Agama tidak tersebar dengan maki hamun., Tetapi agama tersebar dengan pujuk dan rayu. Agama tersebar atas hadiah menghadiahi. Agama tersebar dengan doa dan mendoakan. Agama juga tersebar dengan pemimpin doakan rakyat. Rakyat doakan pemimpin. Ulama doakan orang laen. Dan orang laen mendoakan ulama. Agama ajar kita jangan pandang buruk orang. Tengok buruk kita sendiri.
Dan lagi satu apa yang kita perlu faham, sesungguhnya agama ini adalah nasihat. Lebih baik menasihati daripada memaki. Dan kadang-kadanag orang selalu rasa, kenapa aku cakap anak tak nak dengar, kenapa aku cakap orang tak nak dengar, kenapa aku dakwah orang tak nak ikut. Sebab kita rasa kita yg memberi hidayah. Tapi, kita lupe Allah s.w.t. yg Maha memberi hidayah.
Ini adalah salah satu usaha kita sebarkan agama tersebar dengan kasih sayang. Ini adalah usaha kita di siang hari. Usaha kita sebagai pemmpin dan rakyat usaha yang selebihnya adalah di malam hari. Mohon dan mohon ampun pada Allah, agar wahai Allah Tuhan kami yang Maha pengasih lagi Maha penyayang Allah yang Maha memberi hidayah. Pemimpin doakan, wahai Allah berilah hidayah kepada rakyat kami. Rakyat doakan, Ya Allah bantulah pemimpin-pemimpin kami. Inilah kasih sayang kerana apa? Kerana Allah .s.w.t itu sebarkan nikmat-Nya ke seluruh alam dan kita masuk syurga Allah bukan kerana kulit kita tapi kerana rahmat Allah s.w.t.
Nabi s.a.w tidak pilih sahabat melalui kulit. Kalau pilih kulit pasti Nabi tidak memilih Bilal bin Rabah. Bilal bin Rabah sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. dan azan dari Bilal didengari sampai ke syurga. Atas sebab itu, jangan hina pada orang laen tapi pandang kebaikan orang tengok keburukan diri kita sendiri.
Dr.Asyraf berkata bahwa paling penting kasih saying asas kepada dakwah. Kasih sayang juga asas jalinan dengan Allah. Kita buatlah sebaik banyak mana pun, akhir sekali kita kena pastikan jangan lupe berdoa pada Allah. Doa kepada Allah agar Allah beri hidayah kepada orang laen. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui siapakah di kalangan mereka yang kita dakwah ini sesat daripada ajaran-Nya ataupun memperoleh hidayah daripada-Nya.
Jadi... selepas ini sama ada nak ajak orang buat kebaikan, nak bersembang ataupun nak berfb, nak komen di twitter, instagram & sebagainya, biarlah apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis adalah sesuatu yang bawa kebaikan kepada orang laen dan bukannya menimbulkan kebencian dan permusuhan.
Firman Allah: "Maka berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik ke atas kamu."

Wallahua'lam... semoga bermanfaat ^_^


Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Bismillah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Langkah kaki ini makin lama makin laju di hadapan. Terkadang membuatkan aku menjadi alpa. Alpa dengan amanah dunia ini sehinggakan amanah akhiratku tergadai sedikit demi sedikit. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Itu silap aku.

Kehidupan sebagai pelajar. Punya jadualnya. Ditambah dengan gerak kerja persatuan. Makin mengisi kekosongan pada jadual itu. Namun, aku masih tewas dengan waktu ! Ruang bicaraku dengan al-Khaliq, Sang Pencipta semakin berkurang. Satu demi satu ku tinggalkan. Jika dulu, dhuhanya terjaga. Kini dhuhanya tergadai. Jika dulu, solatnya disaluti alunan zikir. Kini solatnya suram. Jika dulu solat sunat itu peneman setia. Kini solat sunat itu kejap ada kejap tiada. Astaghfirullah...

Tanpa disedari, sifat & perilaku diriku juga berubah sedikit demi sedikit. Aku masih dengan kesibukan itu. Sibuk memenuhi kehendak dunia, hingga kehendak Dia aku tinggalkan. Hubungan dengan sahabat sahabiah di sekeliling juga jadi dingin. Aku sedar. Cuma keegoan itu mengaburiku. Aku biarkan rasa rindu pada dakapan ukhuwwah. Pagi-pagi aku keluar ke kelas. Kemudian kerja berpersatuan diteruskan. Kadang-kadang tengah malam baru aku kembali ke sakan. Sahabat-sahabat semuanya dah tidur. Hari minggu juga aku hilang dari pandangan mata sahabat sahabiah. Jujur aku katakan. Aku rindu pada gelak ketawa mereka. Aku rindu saat berborak dengan mereka. Namun, aku katakan pada diri..." Takpe, dyeorang faham kau sibuk. Habis kerja nanti boraklah..."

Ego ! Aku biarkan sahabat sahabiah yang memahami diriku. Sedangkan aku sendiri lupa buat memahami diri mereka. Mereka juga insan yang punya hati dan perasaan sepertiku. Sudah tentu mereka rasakan apa yang aku rasakan. Sampaikan satu ketika, aku ditinggalkan di sakan seorang diri pada hari minggu. Sahabat-sahabat yang lain kembali ke rumah masing-masing. Lalu aku bersuara, "tinggal alang (gelaran bagiku) sorang2? huhu... sampai hati." Sahabat menjawab, "ala... kalau kami ada pun, alang takde dengan kami." Astaghfirullah... benar katanya ! Aku terdiam. Malu dengan diri sendiri. Kadang-kadang ada yang bertanya, "ha...baru balik. gi mana tadi?" Sambil tersenyum aku menjawab, "baru jumpa jalan balik...huhu." Cuba berseloroh, tapi hakikatnya aku malu...

Makin lama kesunyian makin dirasa. Saat aku jauh dari Tuhanku, saat itu juga sahabat-sahabat disekelilingku menjauhiku. Itu balasan buat diri yang alpa. Bila mana hati tidak tenang, gerak kerja berpersatuan juga terganggu. Amanah itu turut tidak terjaga. Tidak bisa dilaksanakan sebaiknya. Sehinggakan aku tidak membantu sahabat-sahabiah dari jurusan yang sama denganku dalam melaksanakan program yang dirancang. Aku lari dari melaksanakan tugasan yang diberi. Saat itu fikiranku bercelaru. Aku tahu aku bersalah. Tapi dalam masa yang sama aku biarkan egoku yang tinggi menguasai diri. Ah.. bukan salah aku seorang. Mereka pun salah, tak cuba faham aku. Bila berjumpa dengan sahabat sahabiah, aku cuba mengelak. Bila bertemu, aku menjadi sebak. Tak tertahan air mata. Di hadapan mereka aku menangis. Tapi ungkapan maaf dariku masih belum diucapkan pada mereka. Kerasnya duhai hati ! Astaghfirullah...

Aku tewas dalam menjaga hubunganku dengan Allah. Dan aku tewas dalam menjaga hubunganku dengan sahabat sahabiah disekelilingku.  Benarlah... Jika kamu menjaga hubunganmu dengan Allah s.w.t., maka Dia akan menjaga hubunganmu dengan manusia yang laennya. Jika tidak, maka sebaliknya juga yang berlaku. Pengajaran buat diri.

Leburkan ego itu !!! Bila mana hatimu tidak diisi dengan cinta pada Sang Rabbi, maka cinta pada manusia juga berkurang. Hati bisa jadi keras dek kerana tiada curahan keimanan padanya. Solat itu penghubung keimanan. Maka laksanakanlah ia. Pesan ummi, "didik diri kamu. pujuk hati. memang kalau diikutkan kerja-kerja itu takkan pernah habis. tapi, solat itu bukannya lama. sekejap sahaja. kalau kamu boleh habiskan masa berjam2 dengan kerja-kerja kamu, takkan 5 minit untuk solat, berjumpa dengan Allah kamu tidak boleh?" Allahurabbi...

Sesibuk mana pun kamu dengan amanah dunia, amanah akhirat mesti dilaksanakan bersama. Amanah itu bakal dipersoalkan.  Kedua-duanya sekali. Jika bukan di dunia, di akhirat kelak pasti dipersoalkan oleh Dia.

Allah s.w.t benar-benar sayang pada hamba-Nya. Saat aku alpa, dia hadirkan rasa sunyi dalam hatiku. Mula-mula aku tidak memahami maksud kesunyian itu ! Namun, bila mana Dia hadirkan insan-insan istimewa buat menasihatiku, aku tersedar. Kesunyian itu tarbiyah buat diri sebenarnya. Dia sedang menegurku. Dia sedang mendidikku. Jadi, semuanya terpulang pada diriku sekarang. Memperbaiki kesilapanku atau sebaliknya...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Segala Puji Bagi Allah...
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang <3


Ya Allah, Engkau Tuhanku
 Tiada Tuhan selain Engkau
Engkau ciptakan aku
Dan aku hamba-Mu
Dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan
Aku sedari nikmat-Mu kepadaku 
Dan ku sedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku...
Ampuni aku...
Ampuni Aku...
kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
kecuali Engkau...

Minta DOA!

.
Bismillah...
Apa khabar sahabat-sahabat FiLlah?
Yang kuharapkan semoga kalian berada dalam perlindungan serta reda-Nya selalu (^_^) Kali ini saya ingin kongsikan "mutiara berharga" yang saya peroleh dari insan istimewa, nenek saya!!!

Wah... nenek (ummi) pun bagi perkongsian tau! Nasihat dari orang lame, sememangnya banyak ibrah yang boleh diambil. Itulah erti hidup kan? Betul tak...? Kita hidup bukan hanya untuk menerima dari insan di sekeliling, bahkan juga kita hidup untuk memberi kepada mereka. Tak rugi bila memberi. Makin diberi, makin bertambah nikmat yang kita peroleh! Tak percaye ;) Hehehe... Acu cube try teh!!

Contoh paling mudah dalam bersedekah kan. Walaupun apa yang kita berikan itu tak seberapa, tapi rezeki yang kemudiannya Allah berikan kepada kita akan jadi makin banyak. Yang paling penting! kita kena sedar bahwa rezeki itu bukan hanya datang dalam bentuk wang. Tapi rezeki tu juga datang dalam bentuk kesihatan iaitu tubuh badan yang baik, diberikan kemudahan dalam menyiapkan kerja harian, waktu yang lapang, rasa bahagia bersama keluarga dan sebagainya.

Faham tak? Faham tak? Itu cuma leteran manja dari saya sendiri tu... Hehe.. Terima aje yee ^^ 

***
Ini al-kisahnya !
Seperti biase, setiap kali nak exam, mesti akan call ummi kat kampung. Mintak doa dari ummi gan atuk supaya cucu sulung dyeorg nie dipermudahkan untuk jawab soalan exam. Masa nak exam sem 3 yg lepas, perkara yang sama saya lakukan. Ummi kate dye dah selalu doa untuk cucu-cucu dye... Untuk kebahagiaan kami setiap kali solat! Bukan solat wajib je, solat sunat serta solat malam. Biaselah, bila dah meningkat umur nie... ummi selalu habiskan masenye di rumah ataupun surau yang berdekatan. Dah jadi aktiviti harian dah. Untungkan bagi mereka yang diberikan kesempatan & lapangan waktu untk beribadat kepada-Nya. Subhanallah... Macam manelah agaknya diri kita nanti bila dah tua ye? Punya waktu sebegini ataupun tidak... hhmmm.. Kadang-kadang terfikir jugak, saya nie akan tue ke? Mungkin sahaja muda-muda nie Allah ambil nyawa bertemu dengan-Nya. Allahurabbi...

Pesan ummi lagi, "Tuan empunya diri pun kena turut berdoa. Tak b0leh harapkan doa orang jee ! Diri sendiri kena usaha jugak... Banyakkan solat, mohon dengan Allah. Tak boleh malas2. Jangan waktu susah, terdesak baru nak doa. Tak boleh macam tu... Sebenarnye, dalam semua hal kita kena mohon dari Allah. Sebab Dia Pemilik kepada semua yang ada kat atas muka bumi nie. Sama jugak macam nak cari suami nanti. Mesti kena minta dengan Allah jugak. Minta yg soleh, punya akhlak yg baik, boleh jadi imam solat, boleh pimpin diri.. hehehe... (tetiba je nenek gelak !) macam mana, betul tak apa yg ummi bagitahu nie?"

"A'a... betul dah tu. InsyaAllah ummi," balas saya dengan kegusaran di hati. Aik? (sedikit kepelikan dengan gelak tawa tu) Kenapa tetibe berubah t0pik nie...? Tak pernah pulak ummi cakap pasal jodoh. Tetibe jee... Ish ! Lupakan... Lupakan... Ingat exam !! Senyum (^_^)

***
Ha.. Itu pesan dari nenek (ummi). 
Nie perbualan antara saya dengan papa. Juga ada kaitannya dengan doa.

Saya: Pa, doakan along deh...
Papa: Doa s0kmo dh. 
Saya: Selalu bagi ayat gitu! Ayat laen xde ke. Mama gan ummi (nenek) pn bagi ayat yg same jgk...huhu
Papa: La... memang dh. Nak bgithu camne lagi. Mak ayah memang doa sokmo utk anak2 dye... Cume, anak tu ! Doa x kat mak ayah nie...?
Saya: Doa la. tak tinggal pn lpas sembahyang doa kat mak ayah. 
Papa: bagus la. Papa pn msih doa lgi tuk mak ayah wlaupun dyeorg xdok doh. (semua nama atok nenek, hbis papa sebut)
~that's how them teach me! ^^ 

***

Doa bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi untuk semua iaitu ahli keluarga, sahabat, guru & umat islam juga. Tak salah kan kalau mendoakan kebaikan buat yang lainnya ! InsyaAllah moga2 kebaikan itu kembali kepada diri kita jua, amiin...

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.”
(HR. Muslim no. 4912)



Doa jangan lupa yee...
Selalu2lah =)


Wallahua'lam...
Semoga bermanfaat !

# selfreminder...
Hidup ini tidak bersendiri.
Allah anugerahkan keluarga, sahabat & teman2 buat mewarna-warnikan kehidupan.
Bersyukurlah duhai diri yang masih punya insan2 tersayang... 
Bahagiakanlah mereka dengan kelakuanmu serta doamu selagi termampu. (^_^)

Jiwa Syurga!

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam dari kami untukmu para mujahid...
Sambutlah seruan ini kepada para perindu syahid...
Salam dari kami untukmu...
Wahai Para Mujahid yang sejati...
Janganlah kau gentar atau ragu...
Di dalam menapaki jalan ini...
Terus kobarkanlah perjuanganmu...
Untuk meraih kemenangan yang hakiki...
Mujahid sejati yang berjiwa badar...
Kukuhkanlah semangatmu jangan pernah pudar.
Walau musuh Allah menghina dan memakar (menyerang)...
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar...

Tika ini aku cuba bayangkan susuk tubuh mujahid itu. Subhanallah... Jiwanya! Semangatnya! Akhlaknya! Ilmunya! Kekuatan pada dirinya tidak bisa digugat oleh yang lainnya kecuali Allah. Aku doakan moga kalian juga punya 'keinginan' itu! Keinginan menjadi mujahid serta mati syahid... Kenapa? Sama-samalah kita fahami... Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Bila tiba masanya, kita bakal dijemput pulang bertemu Sang pencipta, Allah s.w.t. Itu yang pasti.

Tetapi, pernah atau tidak, kalian memikirkan... Bagaimana keadaan pengakhiran hidupku kelak? Dalam keadaan apa aku kembali pada-Nya? Bisakah aku berjumpa dengan Allah? Allahurabbi... Memang itu semua tidak bisa diberi jawapannya yaang tepat. Kerna kita sendiri tahu kehidupan yang akan datang tidak bisa kita ramalkan keadaan-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Soalan2 itu punya kisahnya. Sewaktu di zaman sekolah menengah, aku selalu diberi peringatan oleh sahabat2 3S "Sahabat Sampai Syurga". Itu antara pesan mereka. Sentiasalah ajukan soalan2 itu pada diri! InsyaAllah, bila memikirkannya kita akan teringat pada Allah. Teringat pada tujuan sebenar kita diciptakan. Teringat pada kematian yang pasti tiba.

Apabila kita melihat pada soalan2 itu, yang pasti terdetik di qalbu kita nawaitu yg sama!! Apa dia? Subhanallah... Sudah pasti kita mahukan pengakhiran yg baik, husnul khatimah. Jadi, bagi memperolehnya tidaklah sesenang menuturkannya. Nawaitu, Usaha, Doa, Tawakkal ! Itu semua mesti dilakukan. Jadi tak salahkan...? Kalau kita menyiapkan diri sebagai mujahid yang berkeinginan utk mati syahid. Syahid itu hidup. Hidup disisi Ilahi.


***
Pesan murabbiku:
"Jika mahukan pengakhiran hidup yang baik, maka semasa kamu hidup ini carilah & pandulah dirimu mengikut susur jalan yang baik. Siapkan dirimu. Itu sebaiknya. Sememangnya kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia. Tapi ingat ! Usaha dari dirimu sendiri mesti ada."

Pesan ayahandaku:
Bila berada di jalan yang lurus, pandulah dirimu sebaiknya. Jangan g0poh, jangan ghairah. Biasalah... anak muda (syabab) itu punya perasaan ghairah. Tak kira dalam buat kebaikan mahupun keburukan. Kalau ghairah kpd kebaikan xmengapa. Namun, kadang2 keghairahan itu juga membawa kpd kecuaian. Cuai hingga diri mereka terkeluar dari jalan yg lurus itu. Nak buat kebaikan pun biarlah bertepatan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam & tidak bercanggah dengan suruhan Allah s.w.t."
***
Aku suka melihat mereka yang bercita-cita untuk mnjadi mujahid dan mati syahid. Kenapa? Kerna aku yakin mereka tidak hanya punya cita2. Bahkan mereka mengerahkan kudrat & jiwa mereka buat merealisasikan cita2 itu. Itulah JIWA SYURGA !!! Kadang2 aku cemburu melihat susuk2 tubuh itu. Bila mereka mulakan langkah buat mengejar misi itu, mereka tidak akan futur di tengah jalan. Mereka tetap teguh. Badai yang hadir tetap dihadapi. Tipu jika mereka tidak merasakan akan keperitahan. Setiap luka pada diri mereka menjadi bukti kesungguhan demi mencapai reda Ilahi. Tipu jika mereka tidak goyah. Mereka juga terumbang-ambing di tengah badai, namun mereka bina tali persaudaraan buat menguatkan dan mengukuhkan barisan.

Allahuakbar! Sesungguhnya segala kekuatan dalam diri mereka hadirnya dari Allah Yang Maha Besar. Dia pemilik kekuatan. Andai goyah, andai rebah, mohonlah dari Dia.

***
"selamatlah berjuang walaupun kat mana2 pun. hidup itu sendiri ujian. kita kembar kan. tapi hidup itu kembar ujian. so, kena jaga-jagalah dengan ujian tu. moga ada lah balasan yang Allah hitung belake (semua). rasa nak lawan nie. Allah hitung belake. Lillahi Taala belake"


***
Dengarlah...
Hayatilah...
Fahamilah...
Moga ada ibrahnya...




Tarbiyah Darul Hanan!

Bismillah...

Alhamdulillah... Masih basah kenangan indah! Bersama adik2 tingkatan 3 dari MRSM Tumpat, Kelantan. Peluang 3 hari 2 malam bersama mereka membuatkan saya turut terkenangkan kenangan lalu bersama adik2 di SHAMS, K.Terengganu. cuma,, pr0ses pentarbiyahan di sini sedikit berbeza dengan di sane. Paling saya suka, sebelum program diteruskan dan dijalankan ke atas adik2 itu, pr0ses penyerahan mereka kepada kami, pihak fasilitat0r yg terlibat telahpun dilakukan. Cikgu2 mereka serahkan 100% penjagaan mereka kepada kami. Terpulang pada kami bagaimana cara nak mendidik mereka. Ini sedikit sebanyak telah pun membantu mempermudahkan gerak kerja kami. Kepercayaan cikgu2 itu kami pegang dengan sebaiknya.

Objektif utama kem ini adalah bagi pembaikan sahsiah adik2 ini. Mula2... kami dedahkan mereka dengan solat2 sunat seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat hajat, solat sunat taubat. Kemudian, kami biasakan diri mereka dengan adab-adab dalam kehidupan. Adab memasuki kawasan perkuburan, adab makan, adab tidur dan juga adab sewaktu mendengar kuliah. Alhamdulillah... Awal2 mungkin mereka kurang faham. Tapi bila dah kerap buat, mereka semakin ser0nok! contohnya waktu makan. Kami didik mereka supaya suapan pertama mereka adalah untuk kawan ataupun sahabat. Mula2 segan jugak mereka nak buat. Yelah... tak pernah buat. Tambah2 yang lelaki. Hehe...Tapi bila setiap kali nak makan, kami suruh buat. Sampaikan ada adik2 yang sanggup kongsi satu pinggan dan suapkan kawan dye makan sampai licin nasi dalam pinggan tu. Seronok sangat bila melihat ukhuwwah dyeorang. ^_^

Tapi.... ada jugak mase2 yang mereka nie tak dengar cakap. Biaselah budak2! salah tetap salah... Denda tetap kami jalankan. 

Pada petang rabu, kami adakan aktiviti2 yang menggunakan serta menguji kekuatan fizikal mereka. Pelbagai telatah. Jatuh bangun mereka tetap bersama. itu yang makin membuatkan mereka lebih erat dan lebih berukhuwwah =)



Pada pagi khamis, lebih kurang 3.30 pagi, kami jalankan sesi muhasabah diri di sekitar kawasan perkuburan yang berdekatan dengan Darul Hanan. Subhanallah... bukan adik2 sahaja yang terkesan dengan sesi muhasabah tu, saya sendiri merasakan tarbiyah yang cuba dicurahkan buat kami semua. Berkenaan ibubapa, dosa-dosa silam, diri sendiri dan sebagainya... Bunyi k0kokan ayam pagi tu bersahut-sahutan. Itulah ketentuan Ilahi. Bunyi yang memecah kesunyian pagi.


Pukul 11 pagi, aktiviti "Taksin Solat"pun bermula... Kali ini, kami sebagai fasilitator memainkan peranan dengan memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan solat dengan sebaik mungkin buat adik2. Mula-mula dengan menambil air sembahyang. Kemudian, bacaan dalam solat mula diperkukuhkan. Dari takbiratul ihram hinggalah kepada beri salam.



Pada sebelah petang, kami dedahkan adik2 dengan aktiviti melawat ke pondok2 di sekitar Darul Hanan. Di sana, pondok2 tersebut didiami oleh kaum ibu. Pelbagai karenah boleh dilihat. Layanan yang pelbagai dari adik2 yg kami sayangi. Alhamdulillah... banyak nasihat2 yang berguna bisa kami ambil dari emak2 di sane. Kasih seorang ibu memang jelas terpancar. Nasihat mereka buat kami yang sedang meniti alam remaja ini sangatlah ikhlas dari hati. Saya merasakan seperti itu...




Dalam pukul 12 malam, kami mula berangkat menuju ke "Suluk". Di sana, sebelum adik2 diberi kebenaran masuk sedikit demi sedikit, mereka terlebih dahulu berkumpul mengikut kumpulan masing2. Mereka diletakkan di kawasan perkuburan secara berkelompok dengan ditemani oleh seorang fasilitator bagi setiap satu kumpulan. Sekali lagi bermaen di kawasan perkuburan. Alhamdulillah... Inilah kem yang paling manis dan sangat berharga buat dikenang! Sentiasa menyedarkan dan mengingatkan saya akan kematian yang Pasti!!! Sebelum adik2 masuk ke suluk, saya sendiri telah diberi peluang buat merasainya bersama seorang sahabat! Allahurabbi... Langkah yang diatur dengan penuh debar akhirnya berakhir dengan penemuan "ibrah" yang sungguh bermakna!

Segala Puji bagi Allah ats segalanya...
Menjadi insan yg trpilih itu bukan senang. Allah pilih tanda cinta! Buat cari "ibrah kehidupan". Saat kaki melangkah masuk, hati penuh debar. Apa yg bakal berlaku?? Apa yg bakal dirasa? Apa hikmahnya? Lillahi... Saat pintu ditutup, pintu hati mula terbuka! Minda mula bangkit dari sedar. Liang lahad ini tmpt pengakhiranku. Kegelapan masih mnyelubungi diri wlaupun mata dibuka. Gelap yg amat. Hanya kedengaran bacaan talkin dan derapan kaki mereka yg mula meninggalkan diri. Ma Rabbuka? Siapa Tuhanmu? Allah... Saat ini mungkin sahaja bibir bisa menuturkan kalimah Allah. Tapi, jika Benar nyawa diambil, adakah bisa bibir menuturkan kembali kalimah Allah??? Tika itu, hanya satu yg difikirkan. Aku mahukan kehidupanku kembali!!! Kehidupan di dunia. Aku belum bersedia menghadapi alam ini. Aku masih dipenuhi dosa. Aku mahu bertaubat! Aku mahu jadi hambaNya yang taat & patuh. Aku mahu kembali... Kembali menginsafi diri...

# alhamdulillah... Saat pintu dibuka, hanya kebesaran-Nya yang mampu disaksikan dan dirasa. Bila kembali menghirup udara-Nya di luar, ibaratnya seperti mati hidup semula. Allah beri aku peluang kedua. Rasa kehidupan ini lebih berharga. Punya tujuan. Punya hala tuju...
[mati itu psti! Tiada yg bisa terlepas drnya...]
 
 ***

Itulah yang saya rasakan. Mula2 keluar dari suluk, memang tak boleh kate ape. Terdiam... Berjalan pun rase macam tak seimbang. Saya masuk ke dalamnya bersama seorang lagi sahabat. Katanya, "Duduk dalam tu rasa macam nak bagi tahu semua dosa-dosa diri sebelum nie..." Allah! Segala perasaan itu datang dari-Nya. Dia yang telah menimbulkan dalam hati rasa keinsafan. Alhamdulillah...


Dan akhirnya pada pagi Jumaat, adik2 fom 3 ini  telah melakukan aktiviti expl0race di dalam hutan yang berdekatan. Mereka bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebelum bert0lak, mereka dikehendaki membina stretcher daripada buluh dan juga kain pelikat bagi mengusung sahabat mereka. Dan bagi setiap c.p0int yang dijaga oleh para fasi, mereka mestilah mendapatkan & menjawab soalan2 yang diberikan kepada mereka. Dalam pukul 10 pagi, aktiviti ini pun berakhir dan mereka diberi keizinan bagi makan sarapan pagi. Tujuan kami bagi mereka maen dulu supaya mereka merasakan kesusaha, kepenatan sebelum memperoleh kesenangan. Zaman Rasulullah s.a.w. dahulu pun berperang dalam bulan Ramadan. :)


Setelah itu, bermulalah sesi penutupan bagi kem tersebut. Ianya dihadiri oleh guru2 mereka yang sangat2 membantu menjayakan pr0gram2 kami ^^ 


Kenangan Terakhir Bersama Mereka!















Lagu tema bagi kem Kepimpinan Bina Sahsiah Remaja~


Rintihan Anak Soleh-Umam


Jasa Bonda- Warisan


Adakah Kau Lupa


# saya bisa merasa perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri adik-adik yang dikasihi ini. moga mereka terus thabat dalam mencari keredaan Allah. moga mereka terus qawiyy dalam menangkis ujian2 yang hadir tika usia remaja ini! saya selalu pesan pada mereka! Adik-adik sebenarnya insan yang bertuah. Allah pilih datang ke mari buat memperbaiki akhlak/sahsiah diri. Jadi... manfaatkanlah setiap mutiara-mutiara berharga yang kalian peroleh di sini. Hidayah Allah itu selalu hadir buat diri kita, supaya menjadi baik. Cuma,, kadang-kadang kita yang tak ambil hidayah yang Allah cuba berikan. Kita tangguhkan langkah kita untuk jadi baik. Sibuk sangat fikirkan apa yang orang akan kata. Sampaikan kita lupa! Yang memberi ganjaran pahala dosa serta memberi rahmat di akhirat kelak adalah Allah s.w.t. Bukannya manusia di sekeliling kita...

Fadhilat Azan




Bismillah...
Ini adalah perkongsian saya buat sahabat-sahabat FilLah yang dikasihi.
perkongsian saya ini merupakan sebahagian daripada assignment yang saya siapkan bagi madah Fiqh Ibadat. Murabbi saya adalah Ustaz Basit ataupun lebih dikenali sebagai Dr. Abu Anas Madani.




   Dari Muawiyah berkata, “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya para muazin, adalah orang yang paling ‘panjang lehernya’ pada Hari Kiamat.”

   Ada beberapa penafsiran dari para ulama mengenai maksud kalimah ‘panjang lehernya’. Antaranya ialah  orang yang paling banyak pahalanya atau orang yang paling banyak mengharapkan ampunan dari Allah dan paling bagus balasan amalnya atau orang yang paling dekat dengan Allah.

   Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata kepada seorang lelaki, “Saya memperhatikan bahawa kamu adalah orang yang gemar menggembala kambing dan suka bermusafir, maka apabila kamu dalam keadaan sedang menggembala atau sedang dalam bermusafir, kumandangkanlah azan untuk menunaikan solat dengan suara yang lantang, kerana setiap apa pun yang mendengar suara azan dari muazin, baik manusia ataupun jin, nescaya ia akan menjadi saksi bagi dirinya pada Hari Kiamat.” Dari Abu Said Al-Khudri, saya mendengar hal itu dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Riwayat Malik dan Bukhari)

   Dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Orang yang azan akan diampuni kesalahannya oleh Allah Ta’ala, sepanjang suaranya. Dan akan menjadi saksi baginya segala apa yang di bumi, baik yang kering mahupun yang basah. Dan orang yang menjadi saksi solat akan dicatat baginya pahala dua puluh lima solat, dan akan diampuni darinya dosa-dosa antara keduanya.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i)

   Al-Khattabi berkata, “Ungkapan tersebut merupakan bentuk tamtsil dan tasybih, maksudnya, bahawa seandainya sepanjang suara yang ia keluarkan itu dipenuhi dengan dosa, maka nescaya dosa itu akan diampuni.

   Dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam suatu ketika mendengar seorang dalam perjalanan, berkata, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.” Maka Nabi pun berkata lagi kepadanya, “Semoga dikeluarkan dari api neraka.” Maka pada bersegeralah manusia untuk mendatangi orang tersebut. Begitu pula seseorang yang sedang menggembala kambing, kemudian datang waktu solat, maka berazanlah. (HR. Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan dalam riwayat Muslim)

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..