Bismillahirrahmanirrahim...
Kaifahalukum ya akhi wa ukht? Moga terus kuat & sabar dlm mengharungi liku2 hidup yg mendatang...InsyaAllah =)Teringat saye tentang satu kata2 yg saya petik dr buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa ertinya saya menganut Islam) nukilan Syeikh Fathi Yakan iaitu "Allah s.w.t tlh membersihkn 0rang2 mukmin dari tujuan2 hidup yg salah dgn memberikn tanggungjawab & kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkn kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dgn cahaya Islam.
Subhanallah...Betapa Allah itu bersifat pengasih & penyayang!!! Tidak sia2 apa shj yg ditentukn olehNya bahkan apa yg ditentukanNya itulah yg mendatang manfaat buat hamba2Nya iaitu kita. Mengajak orang di sekeliling kepada dakwah!
Dengan izin-Nya, semalam saya berkesempatan buat mengikuti Siaran Langsung di tv AlHijrah tentang program Pentas Dakwah dari tapak Karnival Hijrah bersama perantara Amin Idris serta Yang Dipertua Yadim, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan penceramah bebas, Ustazah Asni Abi Mansur dengan kupasan tajuk 'Kasih Sayang Itu Dakwah'.
credit : fb tv AlHijrah
Persoalan pertama yang diajukan kepada panel adalah berkaitan "tanggungjawab dakwah", adakah ianya hanya digalas oleh ustaz & ustazah? Mengapa mereka2 dari bidang yg laen seperti doktor, engineer, cikgu dan sebagainya lagi tidak terlibat sama? Persoalan yang menarik... Selalu juga persoalan ini bermain di fikiran saya. Lantas panel mengatakan bahawa tugas itu sebenarnya bukan hanya digalas oleh ustaz & ustazah bahkan ianya adalah tanggungjawab semua manusia. Semua tidak terlepas.
Kemudian dijelaskan oleh ustazah bahawa jika kita semua perasan dalam surah al-Fatihah kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita semua tahu al-Fatihah penghulu kepada surah2 yang laennya dan Allah mula2 mengajak kita kepada kebaikan juga dengan kasih sayang. Kemudian, baru diterangkan tentang hukum hakam dan sebagainya. Sama seperti kita sekarang ini. Dalam konteks sekarang, kita perlu bijak dalam mengajak orang buat kebaikan.
Contohnya apabila berdepan dengan mat2 rempit.. Bicara dengan berhikmah. Jangan pula tiba2 datang jumpa mereka & terus syarah, "bismillahirrahmanirrahim... sesungguhnya merempit itu ibarat menempah maut dan jalan ke neraka." AstaghfirulLah.. jangan begini. Kita kena masuk dan memahami mereka. Tapi jangan sampai kita pula yang merempit & terbabas !
Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki kepada Baginda. Dia dikenali sebagai seorang yang suka mencuri. Dia menyatakan hasratnya untuk berubah dan Rasulullah hanya berpesan satu perkara kepadanya iaitu jangan menipu. Kemudian dia pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, dia mendapati jirannya membawa pulang barang dagangan yang sangat banyak & dia berhasrat utk mencuri. Namun, bila difikirkan kembali. Seandainya dia ditangkap dan dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w pada keesokkannya, apakah yang mesti dia jawab pada Baginda jika Baginda menyoalnya? Dia tidak boleh bercakap bohong dan menipu Rasulullah. Lantas dia membatalkan niatnya utk mencuri itu. Alhamdulillah... Subhanallah... Allahuakbar...
Benarlah pepatah Melayu,
"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lame-lame mencuri."
Benarlah pepatah Melayu,
"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lame-lame mencuri."
Lihatlah bagaimana cara Rasulullah s.a.w mendidik dan berdakwah. Tidak dimarahnya pemuda itu ketika dia menyatakan hasratnya utk berubah. Malah diberikan nasihat dgn caranya yg berhikmah. Tiada maki hamun. Bahkan nasihatnya juga ringkas & padat. Tidak berlanjutan dengan perkara2 yang tidak sepatutnya pula.
Kerana itu... Agama tidak tersebar dengan sepak terajang. Agama tidak tersebar dengan maki hamun., Tetapi agama tersebar dengan pujuk dan rayu. Agama tersebar atas hadiah menghadiahi. Agama tersebar dengan doa dan mendoakan. Agama juga tersebar dengan pemimpin doakan rakyat. Rakyat doakan pemimpin. Ulama doakan orang laen. Dan orang laen mendoakan ulama. Agama ajar kita jangan pandang buruk orang. Tengok buruk kita sendiri.
Dan lagi satu apa yang kita perlu faham, sesungguhnya agama ini adalah nasihat. Lebih baik menasihati daripada memaki. Dan kadang-kadanag orang selalu rasa, kenapa aku cakap anak tak nak dengar, kenapa aku cakap orang tak nak dengar, kenapa aku dakwah orang tak nak ikut. Sebab kita rasa kita yg memberi hidayah. Tapi, kita lupe Allah s.w.t. yg Maha memberi hidayah.
Ini adalah salah satu usaha kita sebarkan agama tersebar dengan kasih sayang. Ini adalah usaha kita di siang hari. Usaha kita sebagai pemmpin dan rakyat usaha yang selebihnya adalah di malam hari. Mohon dan mohon ampun pada Allah, agar wahai Allah Tuhan kami yang Maha pengasih lagi Maha penyayang Allah yang Maha memberi hidayah. Pemimpin doakan, wahai Allah berilah hidayah kepada rakyat kami. Rakyat doakan, Ya Allah bantulah pemimpin-pemimpin kami. Inilah kasih sayang kerana apa? Kerana Allah .s.w.t itu sebarkan nikmat-Nya ke seluruh alam dan kita masuk syurga Allah bukan kerana kulit kita tapi kerana rahmat Allah s.w.t.
Nabi s.a.w tidak pilih sahabat melalui kulit. Kalau pilih kulit pasti Nabi tidak memilih Bilal bin Rabah. Bilal bin Rabah sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. dan azan dari Bilal didengari sampai ke syurga. Atas sebab itu, jangan hina pada orang laen tapi pandang kebaikan orang tengok keburukan diri kita sendiri.
Dr.Asyraf berkata bahwa paling penting kasih saying asas kepada dakwah. Kasih sayang juga asas jalinan dengan Allah. Kita buatlah sebaik banyak mana pun, akhir sekali kita kena pastikan jangan lupe berdoa pada Allah. Doa kepada Allah agar Allah beri hidayah kepada orang laen. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui siapakah di kalangan mereka yang kita dakwah ini sesat daripada ajaran-Nya ataupun memperoleh hidayah daripada-Nya.
Jadi... selepas ini sama ada nak ajak orang buat kebaikan, nak bersembang ataupun nak berfb, nak komen di twitter, instagram & sebagainya, biarlah apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis adalah sesuatu yang bawa kebaikan kepada orang laen dan bukannya menimbulkan kebencian dan permusuhan.
Firman Allah: "Maka berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik ke atas kamu."
Wallahua'lam... semoga bermanfaat ^_^
0 comments:
Catat Ulasan