Langkau ke kandungan utama

Fadhilat Azan




Bismillah...
Ini adalah perkongsian saya buat sahabat-sahabat FilLah yang dikasihi.
perkongsian saya ini merupakan sebahagian daripada assignment yang saya siapkan bagi madah Fiqh Ibadat. Murabbi saya adalah Ustaz Basit ataupun lebih dikenali sebagai Dr. Abu Anas Madani.




   Dari Muawiyah berkata, “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya para muazin, adalah orang yang paling ‘panjang lehernya’ pada Hari Kiamat.”
   Ada beberapa penafsiran dari para ulama mengenai maksud kalimah ‘panjang lehernya’. Antaranya ialah  orang yang paling banyak pahalanya atau orang yang paling banyak mengharapkan ampunan dari Allah dan paling bagus balasan amalnya atau orang yang paling dekat dengan Allah.
   Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata kepada seorang lelaki, “Saya memperhatikan bahawa kamu adalah orang yang gemar menggembala kambing dan suka bermusafir, maka apabila kamu dalam keadaan sedang menggembala atau sedang dalam bermusafir, kumandangkanlah azan untuk menunaikan solat dengan suara yang lantang, kerana setiap apa pun yang mendengar suara azan dari muazin, baik manusia ataupun jin, nescaya ia akan menjadi saksi bagi dirinya pada Hari Kiamat.” Dari Abu Said Al-Khudri, saya mendengar hal itu dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Riwayat Malik dan Bukhari)
   Dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“Orang yang azan akan diampuni kesalahannya oleh Allah Ta’ala, sepanjang suaranya. Dan akan menjadi saksi baginya segala apa yang di bumi, baik yang kering mahupun yang basah. Dan orang yang menjadi saksi solat akan dicatat baginya pahala dua puluh lima solat, dan akan diampuni darinya dosa-dosa antara keduanya.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i)
   Al-Khattabi berkata, “Ungkapan tersebut merupakan bentuk tamtsil dan tasybih, maksudnya, bahawa seandainya sepanjang suara yang ia keluarkan itu dipenuhi dengan dosa, maka nescaya dosa itu akan diampuni.
   Dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam suatu ketika mendengar seorang dalam perjalanan, berkata, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.” Maka Nabi pun berkata lagi kepadanya, “Semoga dikeluarkan dari api neraka.” Maka pada bersegeralah manusia untuk mendatangi orang tersebut. Begitu pula seseorang yang sedang menggembala kambing, kemudian datang waktu solat, maka berazanlah. (HR. Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan dalam riwayat Muslim)

   Dari Abu Hurairah berkata, “Bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“Seorang imam itu bertanggungjawab, dan seorang muazin itu pembawa amanah. Maka, wahai Allah, berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah para muazin.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi)
   Yang dimaksudkan dengan seorang ‘imam itu bertanggungjawab’ adalah dia akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengenai pelaksanaan solat yang telah dilakukan, apakah sudah sesuai dengan syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, sunat-sunat yang dianjurkannya, sebagaimana yang disyariatkan atau tidak. Maka dari itulah disyaratkan bagi seseorang imam harus benar-benar orang yang mengetahui secara mendalam tentang persoalan solat. Sehingga ia tidak mengelirukan orang yang solat jemaah bersamanya. Kemudian yang dimaksudkan dengan seorang muazin itu ‘pembawa amanah’ adalah dia merupakan orang yang diharuskan untuk mengetahui tentang waktu solat dan untuk mengerjakan azan di awal setiap waktu solat. Itu semuanya merupakan amanah yang dibebankan di atas bahunya secara syar’i.
   Dari Uqbah bin Amir berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Tuhanmu kagum dengan seorang penggembala kambing di puncak gunung yang mahu mengumandangkan azan dan
menunaikankan solat, maka Allah berfirman,’ Lihatlah hambaku ini, dia berazam dan melakukan solat, dia takut kepada-Ku. Maka Aku diampuni dosanya dan Aku masukkan ia ke dalam syurga.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i)
   Dari Abu Hurairah berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“Seandainya para manusia mengetahui kelebihan yang terkandung pada seruan azan dan saf pertama, nescaya mereka akan berebut meraihnya, meskipun dengan cara mengundinya, dan seandainya mereka mengetahui rahsia keutamaan yang ada pada waktu panasnya saat zuhur, nescaya mereka akan berebut mengerjakan solat pada saat itu, dan seandainya mereka mengetahui rahsia keutamaan yang ada pada waktu isya’ dan subuh, nescaya mereka akan datang untuk melakukan solat keduanya, walaupun harus dengan merangkak.” (HR. Muslim)
   Juga dari Abu Hurairah, ia berkata, “Suatu ketika, tatkala kami sedang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam kami melihat Bilal mengumandangkan azan, kemudian setelah selesai, Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa yang mengatakan seperti ini dengan penuh keyakinan, maka dia dijamin masuk syurga.” (HR. An-Nasa’i, Hasan)
   Dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhu berkata,
   “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang azan selama dua belas tahun, maka wajib baginya mendapatkan syurga. Dengan azannya ia dicatat mendapatkan enam puluh kebaikan. Dan dengan istiqamahnya ia dicatat mendapatkan tiga puluh kebaikan.” (HR. Ibnu Majah dan yang lainnya, dan disahihkan Al-Albani)


Wallahua'lam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…