Kasih Seorang IBU~

Bismillah...

Entah kenapa rasenye ingin benar saya kongsikan dengan sahabat-sahabat fillah semua tentang 'pengorbanan insan mulia yang bergelar IBU' ini... Dalam keluarga saya, kami memanggilnya dengan gelaran 'MAMA'. Mungkin kalian memanggilnya dengan gelaran UMI, EMAK, MUMMY dan sebagainya. Panggillah dengan apa jua gelaran yang bisa mengembirakan serta memuliakan mereka. Hadis turut hadir bagi memuliakan insan yang banyak berjasa ini. Dari Abu Hurairah r.a., "Seseorang datang berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya, 'Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berhubungan dengan baik?' Rasulullah SAW menjawab, 'Ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah SAW menjawab, 'Kemudian ayahmu.'" (Riwayat Muslim)

Subhanallah...Maha Suci Allah. Syukur kepada Allah SWT atas anugerah yang diberikan kepada diri ini iaitu seorang 'Mama' yang mengandungkan, melahirkan dan sentiasa mendidik saya dan adik-adik hinggalah ke hari ini. Sungguh...Jasanya tidak mampu saya balas. Teramat besar pengorbanan dirinya! Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik. Dan kesemuanya dibesarkan oleh mama sendiri siang dan malam kerana mama saya merupakan suri rumah sepenuhnya. Mungkin sahabat-sahabat saya punya bilangan adik-beradik yang lebih ramai lagi kan...? Mungkin ada yang sampai berbelas-belas bilangan adik-beradiknya. Beruntung sebenarnya siapa yang punya adik-beradik ramai nie! Rumah kalian akan sentiasa 'ceria dan meriah dek kenakalan dan telatah' mereka... Kalau bising tu perkara biase sebenarnye. Rileks la...hehe :)

Teringat pesanan papa! Katanya, "Seorang ibu boleh saja membesarkan dan menjaga bilangan anak yang ramai. Namun, belum tentu anak-anaknya yang ramai itu mampu menjaga seorang ibu apabila dia tua kelak." Allahu Allah... Dalam sebenarnya maksud papa tu! Tapi, bila dilihat situasi pada hari, memang ramai anak-anak pada zaman kini yang membiarkan ibu mereka dan tidak menjaganya bila mereka tua. Bahkan ada di antara mereka yang menghantar ibu mereka ke rumah orang-orang tua. Astaghfirullah...Nauzubillah.
Tidak sanggup rasanya melihat wajah ibu-ibu tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka itu. Sedih dan pedih hati ini.

Bila mengenangkan mama, teringin saya jadi sepertinya! Wanita yang penuh tabah, kuat dan sentiasa cuba membantu dan menceriakan yang lain selagi termampu. Penuh sopan santun lagaknya. Kelincahannya di dapur dan dalam melaksanakan kerja-kerja rumah memang membuatkan saya sangat cemburu dengannya. Walaupun dah masuk lingkungan 40-an, orang kat luar memang tak percaya bila tengok mama dengan umurnya tuu. Kalau cakap dah ada tujuh orang anak, lagilah orang tak percaya. ehehe... Bukan apa, mama saya nampak cam orang muda! Jangan jelouss yee. Saya yakin mama awak-awak semua pun masih muda dan cantik macam mama saya... ^^

Bila tiba time masak, saya kena tolong mama dalam keadaan 'lincah @ bergerak aktif' cam mama. Kalau tak, alamatnya mama yang take over tugas masak tuu. Pernah satu ketika saya dengan adik-adik perempuan yang lain nak tolong mama masak, tapi biaselahkan... Bila lama tak jumpa adik-adik, sambil masak sambil borak la! Tiba-tiba tengah borak mama datang and take over semua kerja-kerja kiteorang... Apalagi,, kami pun bising laa... 'Haa...tu la. mama tak suka la kerja lambat-lambat camnie, nak cepat-cepat, 'pesan mama sambil senyum. Itulah mama saya. Memang cekap. Always express... Tapi, express itu juga yang membuatkan papa sayang sangat kat mama!!! Hari tu masa kumpul kat meja makan nak makan tengah hari (mama ada kat dapur), papa cakap, 'nak tahu kenapa papa selalu balik rumah makan tengah hari?' haa...sebabnya, mama kamu la yang pandai sangat masak! memang sedap...sebab tu papa sanggup balik makan selalu. rugi kalau kamu tak pandai masak. belajarlah dari mama' Wah....seri0uslyyyy! saya tak sangka papa akan buat pengakuan cam tu....sweetnye! i'm really proud with u, Mom. u make us happy alwayssss....

Papa pernah usik saya, along belajar la masak. Takkan pandai buat kek dan kuih jee...nak bagi suami makan tu hari-hari ke? 0h! memang saya sentap dengan ayat tu... Ape2pun, apa yang dikatakan papa itu ada benarnya. Selama nie saya hanya buat apa yang saya suka iaitu berkaitan 'baking'. Dan alhamdulillah, sekarang sudah tidak lagi. Saya dah boleh masak walaupun masih 'tak cekap'. huhuhu...tapi takpe, don't wori 'imamku'! 'Zaujahmu' ini akan berusaha belajar masak demi menceriakan dirimu dengan masakanku... sama seperti papa rasa ceria dan bahagia dengan masakan mama! Sabar yee... =)

Kisah yang paling tidak mampu saya lupakan adalah saat dimana saya bakal menjejakkan kaki ke kolej. Mamalah insan yang paling teruja walaupun dia tidak menujukkan keterujaannya. Saya boleh nampak dari setiap tindak-tanduknya... Sebenarnya, dia ingin hadiahkan saya sepasang 'telekung solat' untuk dibawa bersama untuk digunakan di kolej nanti. Specialnya telekung nie adalah, mama tidak beli yang dah siap! Tapi dia pesan pada sahabatnya yang bercuti ke Indonesia untuk belikan kain dan rendanya sekali di sana. Lagipun kain disana lebih elok dan selesa dipakai. Bila dah dapat, mama upah orang untuk jahitkan kain itu menjadi telekung solat beserta hiasan renda yang sememangnya cantik pada pandangan mataku ini. Kain itu telah dipesan oleh mama beberapa bulan sebelum saya pergi. Dia selalu sebutkan pasal telekung itu sampaikan papa kata, 'eh...anak awak nie lambat lagi nak pergi.' 'biarlah...'balas mama sambil tersenyum. Kesungguhan mama dalam menyiapkan dan menyediakan telekung solat buatku sememangnya membuatkan diri ini sangat terharu! Dan... sampailah ke hari ini (dah masuk setahun lebih), telekung itulah yang saya gunakan bagi menemui cinta hati saya, Sang Pencipta yang sentiasa menyaksikan kasih sayang mama terhadap saya! Saya berdoa agar Dia juga sentiasa menyayangi dan melindungi mama semasa ketiadaan saya. Allah SWT adalah saksi cinta dan kasih antara kami...

Setiap permintaanku cuba dipenuhinya. Kadang-kadang tanpa perlu diminta, mama sendiri yang menawarkan. Allahuakbar... Malu rasanya. Saya sendiri pun kadang-kadang tidak mampu memenuhi permintaan mama. Kadang-kadang terlewat buat dan kadang-kadang perlu disuruh terlebih dahulu. Tapi, mama memang penyabar orangnya. Dia akan berlembut selagi termampu dalam melayan karenah saya dan adik-adik. Dalam bab memujuk mama memang pandai! Bila kami merajuk, mama akan cuba dekati kami buat menghiburkan kami. Tapi, bila dah lama sangat merajuk, mama biarkan sahaja dan dia pula yang merajuk! hehehe.... kami pula yang pening nak fikirkan cara untuk pujuk mama semula.

Mama adalah 'Teman Setia' buat kongsi cerita suka dan duka. Dia merupakan pendengar yang baik. Segalanya akan saya kongsikan dengan mama termasuklah hal-hal peribadi. Tak kisah dimana-mana pun, kadang-kadang melalui telefon pun mama masih setia mendengar luahan hati puteri sulungnya ini. Kadang-kadang, saya pernah pesan pada mama, 'ma...nanti bile along balik rumah, ada sesuatu nak ceritakan kat mama nie.' mama jawab, 'oklah...' kalau tidak pun mama jawab, 'cerita je terus...mama dengar!' Baikkan mama...Dia mengerti jiwa remaja puterinya ini! Biaselah anak-anak remaja, terutamanya perempuan. Mereka sememangnya memerlukan 'pendengar' bagi luahan isi hati mereka. Mereka perlukan tempat buat mengadu dan ambil nasihat. Kalau tak sempat habiskan cerita, mama terus pesan, 'ok, kita sambung lain kali yee...' itulah yang membuatkan saya kagum dengannya...sentiasa memahami dan cuba meraikan. Hebatkan seorang ibu! Semua tanggungjawab dilaksanakan olehnya dengan sebaik mungkin... Langsung tiada keluhan timbul dari dirinya dalam menjaga amanah yang diberikan.

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...
Besarnya peranan seorang ibu!!! Tidak mampu terbalas sampai bila-bila. Sama juga dengan peranan si ayah! Jasa ibu bapa buat anak-anak mereka tersangatlah besar!

Ustaz pernah cakap, dengan hanya memandang wajah kedua-dua ibu bapa kita dengan pandangan kasih sayang pun sudah membuatkan kita memperoleh ganjaran pahala dariNya. Alhamdulillah... Senangkan nak dapat pahala! Kalau kita buat baik dengan ibu bapa lagilah kita dapat pahala....

Sentiasa panjatkan doa buat mereka!
Kerna doa anak-anak yang soleh akan sentiasa sampai
pada kedua ibu bapa
walaupun mereka telah tiada...


#Jom jadi anak yang baik! Make them pr0ud wif us!
  L0ve m0m & dad ^_^

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH


Analogi Harimau Dan Nyamuk

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.Nggg!!!Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai? Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya. Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

Istimewanya Dirimu ♥♥♥

Bismillahirrahmanirrahim...
Duhai akh0wat2 tersayang, pernahkah terlintas di fikiran kalian bahawa diri kalian itu teramat istimewa sebenarnya. Bahkan kalian bukan sahaja teristimewa pada pandangan manusia, dari pandangan Sang Ilahi juga kalian tidak terlepas. Beruntung kalian duhai 'Mawar Berduri'...
Mengapa saya memanggil kalian dengan gelaran mawar berduri? Mengapa tidak saya panggil dengan hanya gelaran mawar? Sebenarnya, diri kalian itu umpama mawar, namun yang membezakan kalian antara satu sama lain adalah duri itu. Duri itu bukan sebarang duri. Duri itulah yang melindungi kalian 'si mawar' daripada dipetik dan juga diganggu secara sesuka hati 0leh mana-mana kumbang yang hadir...Duri itu adalah pelindung kalian!

Jadi, bagaimana ingin jadi mawar berduri itu? Hanya dengan berdoa sahaja lalu Allah jadikan diri kita sehebat mawar berduri itu? Allahu Allah...Tidak sama sekali. 'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum , melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri' (surah ar-ra'ad 13:11). Maksudnya di sini Allah ingin lihat pada usaha kita terlebih dahulu. Seterusnya, sejauh mana pula tawakal serta pengharapan kita kepadaNya untuk merubah menjadi wanita yang s0lehah seperti mawar berduri...

Ingin berubah ini bukan mudah! Perlukan mujahadah serta kekuatan dalam serta luaran yang tinggi. Teringat lagi pesan kakak-kakak seni0r saya sewaktu di sek0lah menengah, kata mereka "ada sesetengah orang,kalau dia nak berubah,dia akan t0tally berubah seratus peratus,a t0 z...tapi ada juga yang sesetengahnya berubah sedikit demi sedikit.walaupun perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit,tapi ianya tetap berjalan dan capai target untuk berubah jadi lebih baik. Jadi terpulanglah kepada mereka yang ingin berubah, sama ada untuk pilih berubah secara terus ataupun secara beransur-ansur. Semuanya bergantung pada ketabahan mereka dalam menghadapi 'suasana baru yang hadir' semasa mereka dalam pr0ses perubahan itu. Kalau rasa tidak kuat,berubahlah secara sedikit demi sedikit. InsyaAllah usaha itu juga akan membuahkan hasilnya...Percayalah.

Dalam melakukan perubahan juga ada satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan! Iaitu tentang NIAT kita ingin berubah.

Kisah "ASHABUL UKHDUD"


Bismillahirrahmanirrahim...

~Kisah ini diambil dari surah Al-Buruj~

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"
Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.
Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.

3# Langkahku Mengenal Sang Penciptaku "Allah"

Bismillahirrahmanirrahim...
Ungkapan maaf meniti dibibir ini buat sahabat2 yg dikasihi sekalian. Kali ini baru berpeluang bagi menyambung c0retanku ini...teruskan bacaannya,sem0ga ianya bermanfaat untk dijadikan pengajaran buat kita semua ^_^

Mesti ada dalam kalangan sahabat2 semua yg berkata,"baguslah terkena culture shock...sekurang2nye berubah jadi lebih baik..." kalau kalian semua  nak tahu,saye pun fikir macam tu jugak...Namun,'ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari'.Saye sangka bahwa saye akan terus dlm 'kesedaran' seperti ini.Tapi,sebagai se0rang insan saye juga tidak terlepas dari diuji oleh Allah...

Saye lupa waktunya bila,namun situasinya masih segar diingatan.Ketika itu saye dan ahli keluarga yg laen tengah bersiap untk keluar makan.Jadi,saye pun berpakaianlah seperti biase,menyarungkan baju kurung dan berjilbab...Mase tengah betulkan jilbab di hadapan cermin,tiba2 papa datang & menghampiri saye."Al0ng...along pakai jilbab nie nampak macam nenek 0rang jee!" dushhhhh.....itulah kata2 yg terbit dr mulut papa yg saye ingat sampailah ke hari ini.Time tuu memang rase d0wn sesangat,rase sedih, malu, rase bercelaru fikiran pun ada...Sebabnye,berlegar2 di fikiran saye mase tu, "ape yg aku pakai nie salah ke? atau papa tak suke aku berpakaian macam nie....?" 

Mungkin bagi kalian it's just a small thing t0 be thinking!
But,seri0usly i'm said, i'm n0t a pers0n dat can easily accept 'anything' dat can make me feel d0wn n d0wn....anything that s0und 'w0rst' really not help me :(

mungkin satu lagi sbbnye,time tu saye still kebudak-budakkan,jadi pemikiran pun masih tak berape matang nk fikirkn 'maksud ayat papa' & ape yg sepatutnye diri saye lakukan...nak bercerita & rujuk pada 0rang laen saye takut/malu.dan tak terfikir juga pada diri saye yg lemah ini bahawa ini adalah salah satu ujian dari Ilahi bagi menguji sejauh mane kefahaman,keikhlasan serta kekuatan saye dalam berpakaian yg menutup aurat sebelum ini.pernah jugak bermain di fikiran,aku berpakaian macam nie,mesti tak cantik,budak lelaki teng0k pun rimas jee...
ehehe...dah namenye perempuankan!

Jadi mase tuu saye buat keputusan sendiri!saye kembali pada diri saye yg 'ASAL'.Jilbab,baju kurung,baju muslimah...itu bukan lagi 'rutin' pakaianku...Baju t-shirt,seluar jeans,tudung bawal/tudung arini itulah yg kembali menjadi rutinku...Bayangkan keadaan saye ketika itu.Terumbang-ambing seorang diri.Ada kengkawan pula tidak banyak yg membantu.Lebih2 lagi ketika itu,g0daan luarannye pun banyak jugak.Trend pemakaian anak2 gadis serta hiburan banyak yg melalaikan...Allahurabbi.

2# Langkahku Mengenal Sang Pencipta "Allah"

Bismillahirrahmanirrahim...
Selepas itu,bermulalah kisah kehidupan saye di 'SHAMS' sebagai se0rang pelajar.Sememangnye suasana di sana merupakan suasana yg 'tersangat' baru bagi saye ketika itu...Dan!buat pengetahuan kalian juga saye dah terkena 'culture sh0ck'....Betul2 sh0ck!!!Bukan maen2.'Diri' saye berubah 100% tau...Jika di sek0lah saye berpakaian uniform sekolah dgn jilbab/tudung labuh,di rumah pun saye berkeadaan sebegitu.Maksudnye, setiap kali nak keluar rumah,jilbablah yg saye akan pakai.Time tuu dah tak maen dah gan seluar jeans 0r anything else yg seumpama dgnnye.Kalau tak pakai baju kurung pun saye pasti akan cari baju muslimah/baju labuh.Berubah kn...

Mesti sahabat2 semua nk tahu macam mane saye boleh berubah seperti itukn!
Sebabnye cume satu iaitu 'tarbiyah'.Kakak2 & abang2 di SHAMS sememangnya mengambil berat dgn kami semua yg pelajar juni0r nie...Gerak-geri kami sentiasa diperhatikan termasuklah akaun Facebo0k kami!Anything yg tak el0k @ kurang manis dipandang pada kami as a student 'sekolah agama' pasti akan diberi teguran serta nasihat2 yg berhikmah oleh mereka.Dyeorg semua sangat2 menjage kami ketika itu.
Suasana di SHAMS...pada setiap pagi,bermula dr pukul 7.30 pg,pelajar2nye dikehendaki beratur di luar kelas bagi mengalunkan bacaan Asma ul-Husna (99 nama Allah).Kemudian,mulalah kedengaran alunan ayat2 suci Al-quran yg dibaca oleh para pengawas sek0lah (dr kalangan muslimin).Mereka diberi tugasan secara bergilir-gilir & kami (pelajar2 yg laen) dikehendaki mengikuti bacaan itu di dalam kelas.Sebab tu jugak kami smua mesti memiliki senaskah Al-quran @ tafsirnya s0rang satu.

1# Langkahku Mengenal Sang Pencipta "Allah"

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi sekalian =)
Bagi entri kali ini saye akan k0ngsikan dgn kalian semua tentang pengalaman saye dlm 'belajar' mengenal tarbiyyah ke arah Mahabbatullah...

Semuanye bermula ketika saye berumur 12 tahun & ketika itu saye telah memper0leh keputusan 5A bagi peperiksaan Upsr.Bagi pengetahuan kalian,saye berasal dr Kelantan & belajar di Terengganu.Pada ketika itu,kebanyakan sek0lah2 yg 'elit' mahupun yg hebat di Terengganu hanya boleh dimasuki oleh pelajar2 yg sememangnya anak kelahiran terengganu sahaja. emm...disebabkn itu juga saye mempunyai sedikit masalah untk menyambung pelajaran saye di peringkat sek0lah menengah.perm0honan saye ke sek0lah asrama penuh juga telah dit0lak & akhirnya saye diterima masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.Singkatannye adalah SHAMS (Sheikh Abdul Malek School) yg bermaksud "matahari" dalam bahasa Arab. Kalimah ini melambangkan harapan warganya untuk melihat anak didiknya menjadi sinar yang bakal menerangi seluruh pelusuk alam dengan ilmu penuh di dada.

Sejarah sek0lah ini~Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.
Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. SHAMS sememangnye terkenal dari dulu & sehinggalah sekarang disebabkan kejayaan para pelajar yg dalam bidang akademik,sukan bahkan juga dari segi sahsiah pelajar-pelajarnye....

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..