3# Langkahku Mengenal Sang Penciptaku "Allah"

Bismillahirrahmanirrahim...
Ungkapan maaf meniti dibibir ini buat sahabat2 yg dikasihi sekalian. Kali ini baru berpeluang bagi menyambung c0retanku ini...teruskan bacaannya,sem0ga ianya bermanfaat untk dijadikan pengajaran buat kita semua ^_^

Mesti ada dalam kalangan sahabat2 semua yg berkata,"baguslah terkena culture shock...sekurang2nye berubah jadi lebih baik..." kalau kalian semua  nak tahu,saye pun fikir macam tu jugak...Namun,'ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari'.Saye sangka bahwa saye akan terus dlm 'kesedaran' seperti ini.Tapi,sebagai se0rang insan saye juga tidak terlepas dari diuji oleh Allah...

Saye lupa waktunya bila,namun situasinya masih segar diingatan.Ketika itu saye dan ahli keluarga yg laen tengah bersiap untk keluar makan.Jadi,saye pun berpakaianlah seperti biase,menyarungkan baju kurung dan berjilbab...Mase tengah betulkan jilbab di hadapan cermin,tiba2 papa datang & menghampiri saye."Al0ng...along pakai jilbab nie nampak macam nenek 0rang jee!" dushhhhh.....itulah kata2 yg terbit dr mulut papa yg saye ingat sampailah ke hari ini.Time tuu memang rase d0wn sesangat,rase sedih, malu, rase bercelaru fikiran pun ada...Sebabnye,berlegar2 di fikiran saye mase tu, "ape yg aku pakai nie salah ke? atau papa tak suke aku berpakaian macam nie....?" 

Mungkin bagi kalian it's just a small thing t0 be thinking!
But,seri0usly i'm said, i'm n0t a pers0n dat can easily accept 'anything' dat can make me feel d0wn n d0wn....anything that s0und 'w0rst' really not help me :(

mungkin satu lagi sbbnye,time tu saye still kebudak-budakkan,jadi pemikiran pun masih tak berape matang nk fikirkn 'maksud ayat papa' & ape yg sepatutnye diri saye lakukan...nak bercerita & rujuk pada 0rang laen saye takut/malu.dan tak terfikir juga pada diri saye yg lemah ini bahawa ini adalah salah satu ujian dari Ilahi bagi menguji sejauh mane kefahaman,keikhlasan serta kekuatan saye dalam berpakaian yg menutup aurat sebelum ini.pernah jugak bermain di fikiran,aku berpakaian macam nie,mesti tak cantik,budak lelaki teng0k pun rimas jee...
ehehe...dah namenye perempuankan!

Jadi mase tuu saye buat keputusan sendiri!saye kembali pada diri saye yg 'ASAL'.Jilbab,baju kurung,baju muslimah...itu bukan lagi 'rutin' pakaianku...Baju t-shirt,seluar jeans,tudung bawal/tudung arini itulah yg kembali menjadi rutinku...Bayangkan keadaan saye ketika itu.Terumbang-ambing seorang diri.Ada kengkawan pula tidak banyak yg membantu.Lebih2 lagi ketika itu,g0daan luarannye pun banyak jugak.Trend pemakaian anak2 gadis serta hiburan banyak yg melalaikan...Allahurabbi.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" (surah Al-Ankabut: 2-3)

Bila dikenangkan kembali sedih rasenye,namun inilah sebenarnye yg menjadikan diri saye untuk lebih kuat pada mase kini.Cukuplah saye jatuh sekali,takkan saye biarkan diri ini jatuh buat kali yg kedua.Kesunyian,kesedihan dan kekusutan yg dirasai tika itu hanya Allah yg mengetahui...Seingat saye,saye berkeadaan sebegitu dari f0m 1 sehinggalah awal f0m 3.Sepanjang itu juga banyak kesilapan yg saye lakukan.Kerana rasa malu saye biarkan diri saye terumbang-ambing tanpa mencari penjelasan bagi kekusutan yg bermain di fikiran tentang 'cara pemakaian saye itu'.Saye cepat mengalah tanpa berusaha mencari penyelesaiannya...Saye juga tidak bijak dlm memilih kawan...Saye biarkan ape yg tidak baik mempengaruhi diri saye.Fikiran papa pun saye tidak cube fahami & cuba jelaskan kpdnya tentang perubahan saye ketika itu...mungkin papa sedikit pelik melihat kelakuan saye yg berubah 100%...

Namun,itu semua berakhir apabila Allah s.w.t hadirkan dlm kehidupan saye sahabat2 yg sangat2 membantu membawa saye kembali pd landasan yg betul...Ketika f0m 3 itulah saye berjumpe dgn mereka.Ikatan ukhuwah yg biase saat itu bertukar menjadi 'ser0nok & bahagia' sehinggalah kini walaupun kami berjauhan dek kerana menuntut ilmu."Sahabat sampai Syurga",itulah prinsip persahabatan yg kami pegang dan cuba kecapi,InsyaAllah...Moga Dia reda.


"Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama kita..." Allah sememangnya Maha Pengasih dan Penyayang.Tidak dibiarkan saye berseorangan menempuh kekusutan ini.Alhamdulillah,Dia hadirkan sahabat2 di sisi bagi memahamkan saye ape sebenarnye tujuan 'menutup aurat serta pemakaian yg betul sebagai se0rang muslimah'.Mereka jugalah yg banyak mengajar saye tentang indahnya Islam ini,hebatnya al-Khaliq itu,setiap amalan diterima atau tidak bergantung pada niatnya,bahagianya sesebuah ikatan persaudaraan ataupun ukhuwah itu apabila ianya semata2 kerana Ilahi dan macam2 lagi...Kata2 semangat dan tunjuk ajar dari mereka tidak pernah luntur.Tiap2 hari ada sahaja peringatan yg mereka sampaikan.walaupun kadang2 peringatan itu bukan melalui bibir2 manis mereka,namun peringatan tersebut tetap muncul dalam bentuk "n0te kecil" yg selalu dilekatkan pada tafsir Al-quran saye...sweetkan!Itulah yg masih saye simpan dan cuba sematkan dalam ingatan serta sanubari ini.Moga ianya akan terus kekal dengan izinNya.

Dengan tunjuk ajar dr ustaz & ustazah,itu sememangnya menambahkan lagi pengetahuan serta kefahamanku bagi meleraikan kekusutan sebelum ini...Saye berubah kembali sedikit-demi sedikit untuk mengejar cita-cita saye untuk menjadi seorang wanita solehah.Bukankah impian menjadi 'solehah' itu adalah impian setiap wanita? Selepas ape yg berlaku itu yg saye mula sedar bahawa ape yg perlu saye lakukan sekarang ini & selagi diberi peluang bernafas,semuanya mestilah berdasarkan syariat Islam yg betul & kerana Allah semata-mata...InsyaAllah. (Doakan semoga saye terus istiqamah dlm melakukan semua ini...)

Jubah,jilbab,baju kurung,baju labuh,st0kin...itu semua kembali menjadi sahabat baik saye sehingga kini.Alhamdulillah...Bukan papa sahaja,malah ahli keluarga saye yg laen pun sudah mula mengerti dan boleh menerima saye berpakaian sebegini.Malah adik2 saye yg laen pun turut diajar 0leh papa untuk menutup aurat dgn baik.Pernah satu ketika,kami sekeluarga mendengar ceramah di y0utube.kebetulan tajuk yg dibincangkan oleh panel2 jemputan itu ada berkaitan dgn aurat...lalu ada antara mereka yg memberitahu tentang padahnya apabila tidak menutup aurat serta pemakaian yg betul bagi menutup aurat.Kemudian papa mencelah, "sebab tu papa suruh tutup aurat...tutuplah aurat,tak sanggup papa nak tanggung nanti kat akhirat."

Subhanallah...Siapa sangka,keadaan di sekeliling menjadi lebih baik.Semuanya kerana pertolongan dari Sang Penciptaku, "Allah".Keyakinan terhadap hikmah daripada ujian itu pasti tidak akan disia-siakan oleh Allah. Kita berusaha melepasinya dan usaha kita juga pasti tidak akan disia-siakan Allah. Letakkan pergantungan, pengharapan dan tawakal kepadaNya. Itu jalan sebaik-baiknya buat kita.Betulkan???
Allah menyatakan: "Maka sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan. " Renungi kembali secara mendalam dan penuh berlapang dada. Allah tidak akan berlaku zalim atau tidak adil kepada hambaNya.Wallahua'lam...

#kisah ini bukan untuk menunjuk2,bukan juga untk mengaibkan diri saye sendiri.


Mengertilah duhai insani,
ujian Ilahi hadir bagi membawa diri kembali dekat padaNya,
cukuplah menangguhkan penyesalan bagi dosa-dosamu,
kerna kematian itu hadir tanpa pengetahuanmu...
Bila-bila masa dan dimana sahaja,ajal bakal menjemputmu.
Sedarlah duhai insani,
dirimu adalah insan yang terpilih,
dipilih oleh Sang Pencipta yang hebat untuk agamaNya yang hebat...
Jagalah dan peliharalah nikmat Iman & Islam yang diberikan kepada dirimu,
kerna bukan semua insan mampu merasai kurniaan Ilahi yang tidak ternilai ini.



4 comments:

  1. Allah akan bantu kalu kita ikhlas.. :)

    semoga terus tsabat..

    BalasPadam
  2. subhanallah ukhti . banyak perkongsian yang ana daapat dri prkongsian ukhtiii.. semoga diberikan nikmat keteguhan iman .. doakan ana juga :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...terima kasih atas doanya. insyaAllah,,sama2 kita cari reda Allah :)

    BalasPadam

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..