Duhai akh0wat2 tersayang, pernahkah terlintas di fikiran kalian bahawa diri kalian itu teramat istimewa sebenarnya. Bahkan kalian bukan sahaja teristimewa pada pandangan manusia, dari pandangan Sang Ilahi juga kalian tidak terlepas. Beruntung kalian duhai 'Mawar Berduri'...
Mengapa saya memanggil kalian dengan gelaran mawar berduri? Mengapa tidak saya panggil dengan hanya gelaran mawar? Sebenarnya, diri kalian itu umpama mawar, namun yang membezakan kalian antara satu sama lain adalah duri itu. Duri itu bukan sebarang duri. Duri itulah yang melindungi kalian 'si mawar' daripada dipetik dan juga diganggu secara sesuka hati 0leh mana-mana kumbang yang hadir...Duri itu adalah pelindung kalian!
Jadi, bagaimana ingin jadi mawar berduri itu? Hanya dengan berdoa sahaja lalu Allah jadikan diri kita sehebat mawar berduri itu? Allahu Allah...Tidak sama sekali. 'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum , melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri' (surah ar-ra'ad 13:11). Maksudnya di sini Allah ingin lihat pada usaha kita terlebih dahulu. Seterusnya, sejauh mana pula tawakal serta pengharapan kita kepadaNya untuk merubah menjadi wanita yang s0lehah seperti mawar berduri...
Ingin berubah ini bukan mudah! Perlukan mujahadah serta kekuatan dalam serta luaran yang tinggi. Teringat lagi pesan kakak-kakak seni0r saya sewaktu di sek0lah menengah, kata mereka "ada sesetengah orang,kalau dia nak berubah,dia akan t0tally berubah seratus peratus,a t0 z...tapi ada juga yang sesetengahnya berubah sedikit demi sedikit.walaupun perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit,tapi ianya tetap berjalan dan capai target untuk berubah jadi lebih baik. Jadi terpulanglah kepada mereka yang ingin berubah, sama ada untuk pilih berubah secara terus ataupun secara beransur-ansur. Semuanya bergantung pada ketabahan mereka dalam menghadapi 'suasana baru yang hadir' semasa mereka dalam pr0ses perubahan itu. Kalau rasa tidak kuat,berubahlah secara sedikit demi sedikit. InsyaAllah usaha itu juga akan membuahkan hasilnya...Percayalah.
Dalam melakukan perubahan juga ada satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan! Iaitu tentang NIAT kita ingin berubah.
Pastikan niat kita ingin berubah menjadi mawar berduri itu hanya kerana Allah s.w.t semata-mata...Jangan sesekali niat itu melenc0ng ke lain. Waspadalah duhai mawar berduri, hati kita setiap insani ini cepat sangat b0lak-balik! Kadang-kadang hanya dalam satu saat sahaja kita masih ragu-ragu sama ada buat untuk manusia pandang atau hanya kerana pandangan Ilahi...Pernah sahabat baik saya pesan, "kita ini muslimat, kalau nak berubah, berubahlah kerana dan untuk Pencipta si S0leh...bukannya berubah untuk si S0leh! Ingatlah...si S0leh itu juga milik Pencipta, Ilahi. sama seperti kita." InsyaAllah, kalau kita ini berubah menjadi solehah kerana ingin kembali dan dekatkan diri pada Ilahi, Dia akan datangkan si soleh juga buat peneman kita.
Mawar berduri...Tanggungjawab kita bukan hanya untuk diri sendiri. Tanggungjawab kita juga pada bangsa agama dan juga negara! Jangan sesekali melupakan tanggungjawab yang berat ini. Sebab itulah pentingnya kita berubah menjadi yang lebih baik dengan ilmu di dada yang dijadikan sebagai bekalan buat mendidik anak-anak bangsa pada masa akan datang. Siapa kata mawar berduri tidak punya peranan! Siapa kata mawar berduri tidak berdaya! Siapa kata mawar berduri tidak mampu turut berjuang! Lupakah kita pada kisah Sumayyah beserta keluarganya yang dibunuh dan diseksa kejam oleh bani Makhzum demi mempertahankan keIslaman mereka. Sumayyah adalah orang yang pertama syahid di dalam pangkuan Islam. Lupakah kita pada peng0rbanan yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah demi membantu menyebarkan syiar Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga dapat dikecapi sehingga ke hari ini. Segala hartanya dikorbankan pada jalan Ilahi. Allahuakbar...Banyak lagi 'kisah-kisah serikandi Islam' yang mampu kita jadikan ped0man serta teladan. Bahkan haruman daripada kisah-kisah tersebut banyak menebarkan ar0ma segar yang membangkitkan rasa insaf dan kagum kita pada keagungan Kudrat Maha Pencipta. Subhanallah...
Di samping itu, dalam mencari ilmu agama untuk mekar sebagai mawar yang lebih indah, kita haruslah merujuk pada 0rang-orang yang arif tentang ilmu-ilmu tersebut. Ustaz dan ustazah b0leh jadi tempat rujukan kita. Bahkan sekarang ini di televisyen, radio dan media massa yang lain banyak memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama yang amat bermanfaat buat kita yang bergelar umat Islam. Jangan malu untuk bertanya tentang hal-hal berkaitan agama...Rugi!
Di samping itu, dalam mencari ilmu agama untuk mekar sebagai mawar yang lebih indah, kita haruslah merujuk pada 0rang-orang yang arif tentang ilmu-ilmu tersebut. Ustaz dan ustazah b0leh jadi tempat rujukan kita. Bahkan sekarang ini di televisyen, radio dan media massa yang lain banyak memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama yang amat bermanfaat buat kita yang bergelar umat Islam. Jangan malu untuk bertanya tentang hal-hal berkaitan agama...Rugi!
Ingatlah duhai mawar berduri....
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian juga mampu meng0ncang dunia...
Letakkan pengharapan pada Sang Pencipta, Ilahi...
kerana itulah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung...
Letakkanlah juga cita-citamu yang tinggi menggunung
untuk menjadi Bidadari-bidadari Syurga Ilahi...
Moga-moga niat murnimu beserta usahamu itu
diredai oleh Allah s.w.t...
Saya juga insan yang lemah dan masih belajar untuk mekar sebagai 'mawar berduri...Saya ingin kalau kita semua berpimpin tangan sama-sama menuju cinta Ilahi. Biar sama-sama kejar reda Ilahi. UhibbukumFilLah... InsyaAllah. Wallahua'lam...
Good luck.. =)
BalasPadam