Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah bukan perkara main-main. Dan bagi mereka yang melaksanakan amanah, walaupun dirinya sendiri tersepit di antara keperluan diri dan keperluan amanah, didahulukan keperluan amanah, maka keperluan dirinya Allah s.w.t pasti permudahkan. Percayalah! Ini bukannya omongan kosong. Dan saya percaya, sahabat sahabiah yang pernah memegang kepimpinan (sewaktu belajar) pasti pernah melalui saat-saat genting, yang mana sampai satu masa, itulah masa studynya, masa berpersatuan, masa turun berprogram, masa liqo (meeting), masa makan, masa tidur, masa siapkan esiment/tesis... semuanya bertembung! Sampaikan dah tak tahu nak aulakan yang mana. Keliru antara perkara yang penting dengan perkara yang lebih penting! Astaghfirullah...

Teringat lagi bilamana saya menarik diri dari menyertai misi bantuan banjir dengan alasan ingin menyiapkan tesis dan esiment yang masih berbaki. Jika diikutkan, murabbi kami sangat mengharapkan agar saya dan sahabat-sahabat yang lain boleh turun bersama. Tapi, ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama menghadap laptop dan juga timbunan buku. Selang dua hari, akhirnya sahabat-sahabat yang mengikuti misi bantuan banjir pun balik.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada saya, "ha... camne gan esiment nti? dah siap? cam banyak je tesis yang dah buat. muka tersengih bahagia tu..."
"Taklah... sikit je yang sempat sentuh." Itu je yang mampu saya balas. Tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pun ada sebabnya, sahabat saya pun ada esiment yang nak disiapkan. Ada tesis yang perlu dihantar sama seperti saya. Tapi, disebabkan amanah yang digalas, dia tinggalkan esiment & tesis buat sementara waktu. penuhi kehendak amanah. Dan kini, jujurnya... Esiment & tesis dia yang dah siap dulu. Segan saya dibuatnya. Saya yang ada masa pun tak mampu nak siapkan lagi. Dia yang tak cukup masa dah siap dulu.
Itulah pengajarannya.

Masanya lebih berkat. Kenapa? Dia betul-betul manfaatkan masa yang dia ada. Masa yang ada untuk study, dia manfaatkan untuk study. Focus! Dan bila tiba masa untuk berpersatuan dia berpersatuan. Buat gerak kerja bantu ummah. Bantu agama.

Saya percaya kata-kata ini. Pesan dari murabbi...

Tak pernah ke mengeluh dengan segala penat lelah & karenah manusia yang terpaksa dihadapi sepanjnang berpersatuan ni?
Jujur... kami pun manusia juga. Ada salah silapnya. Kami pun terkadang tak terlepas daripada mengeluh kerana kepenatan. Tapi.. bila ada sahaja di antara kami yang mengeluh, yang lain akan mainkan peranan! Menguatkan tatkala ada yang mula rebah...

Kami selalu diingatkan oleh murabbi.
Ingat... penat itu juga adalah makhluk Allah. Jangan risau, in shaa Allah di akhirat kelak setiap penat lelah itu akan jadi saksi dan akan dihitung oleh Allah s.w.t. 

****
Dan... di sebalik semua kesibukan tu. Ada hikmahnya. 
Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi!
Secara kasar, kita semua tidak nampak! Di mana letaknya nilai tarbawi itu?
Jika dihayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada musuh Islam, membantu mempermudahkan urusan ummat & mendidik ummat mengenal Islam. Setiap inci tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.
Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik gerak kerja yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang yang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.
Cuba check kembali niat kita.
Lillah...
petikan asal dari - asyraf farique (Buku Usrah Ini Poyo)
petikan tambah kurang: Indah_Tarbiyah

Pesan Murabbi sebelum muktamar:
Antum semua masih dalam peringkat belajar. Masih dalam proses latihan. Penyediaan buat masa depan. Setiap apa yang Allah s.w.t. suruh buat akan dihisab sama ada jamai atau fardi (individu). Allah akan tunjuk semula (yakni tayang).

Konsep muktamar juga begitu. Nilai & muhasabah kembali apa yang telah diusahakan.

***
Sekian sahaja perkongsian fatin untuk post kali ini.
Sebenarnya dah lama taip..masa turun pimpinan dulu, sebelum masuk ke Uni lagi. Sekarang baru tergerak hati nak kongsikan semula. Fatin pernah kongsikan kat fb, cuma kat sini je lambat sedikit. Hehe..maaf ye. ^^ Kalau ada yang tertanya-tanya, misi banjir bila tu.. misi tu ketika negeri Kelantan dilanda banjir sebelum ni. Banjir teruk yang pernah mengemparkan satu Malaysia..
Moga apa yang dikongsikan ini akan mendatangkan manfaat buat semua. Maafkan fatin atas salah silap sepanjang berkata-kata ye..Syukran.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam