UkhWah FiLlah

Ahad, 15 Januari 2017

Cuba perkara baru..

Assalamualaikum semua. 😊

Bila bercakap pasal cuba perkara baru ni, kalian berani ke? Apa perkara baru yang kalian dah cuba? 

Mungkin bagi seorang gadis, dari tak tahu masak, dah boleh memasak sekarang ni. Dah cuba-cuba masuk dapur, kenal bahan-bahan utama masakan, dah hafal resipi, dah kenal periuk kuali semua.. KanπŸ˜„

Mungkin jugak ada abang kakak kita yang dah pandai berdikari cari duit sendiri. Tak nak susahkan mak ayah. Walaupun masih belajar, tetap gigih cari side income kan. Sekurang-kurang ada jugaklah yang masuk poket tiap-tiap bulan. Sekarang ni Fatin perasan ramai sangat anak-anak remaja mulakan bisnes. Takyah cakap orang lainlah kan, sebab sebenarnya Fatin sendiri pun dah mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes ni. Hujung tahun lepas, kiranya awal semester 3 hari tu.. Fatin dengan kawan-kawan ada la mulakan bisnes tudung secara kecil-kecilan. Alhamdulillah.. bergeraklah jugak. Ada la untungnya walaupun cikit. Yelah.. fatin pun masih baru so masih tak pandai lagi nak bahagikan masa untuk jual tudung dan dalam masa yang sama nak focus study. Ada ruang barulah fikir pasal tudung tu. Sekarang ni fatin tengah cuti sem, 2 minggu. Bosan jugak sebenarnya kat rumah ni. HeheπŸ˜… Takda kerja sangat, so fatin decide untuk jadi dropship tudung Hijabmanis. Alhamdulillah.. Banyak ilmu-ilmu baru pasal bisnes yang fatin dapat belajar bila jadi dropship ni. Yelah.. kita bukan sekadar iklankan barang, tolong cari customer, tolong jual barang.. nak buat semua tu kena ada skill dan ilmu jugak kan. Betul tak? Sebab tu sesiapa sahaja yang jadi agent ataupun dropship sesuatu produk ataupun barang pasti hq akan guide dari awal sampai akhir. Barulah jalan bisnes dyeorg kan. Kita pun takdalah terkapai-kapai blur sahaja. 😊
Fatin perhatikan, kawan-kawan universiti pun banyak yang jalankan bisnes. Ada bisnes tudung, ada bisnes topup, ada bisnes makanan dan ada jugak bisnes produk kecantikan. Seronok sebenarnya. Saling support member kan. Aku beli barang kau, kau beli barang aku. Ataupun aku promote barang kau, kau pulak promote barang aku. Semua merasa kan. Barulah happy, senang hati sebab sama-sama success. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Mungkin jugak ada antara kita yang cuba penuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti baru.. Kalau sebelum ni jenis suka indoor game je, kali ni cubalah outdoor game pulak. Yang lasak-lasak cikit. Panjang bukit/gunung, pergi diving, camping.. Mencabar bagi mereka yang baru berjinak-jinak ni.. Tapi seronok. Tak salah cuba perkara baru kan. 

Actually, banyak perkara baru yang kita boleh cuba. Just like be someone new. Haha.. πŸ˜… camna tu fatin? 

Maksud fatin, andai kata kita jenis cepat marah, baran, tak kena cikit terus melatah, say something bad, act like others takda perasaan.. You can try be 'a new person'. 😁 
Fatin pun cuba perbaiki kelemahan yang ada. Cuba perkara baru, jadi lebib tenang. Tak cepat marah. Think before act and also talk. Create suasana yang mana orang boleh dekat dengan kita, seronok berkawan dengan kita, tak takut dengan kita. Hehe.. Itu semua pengalaman tau. πŸ˜„

Oklah.. Kita sama-sama cuba perkara baru. In shaa Allah. Kita cuba perkara yang mampu menambah kualiti diri kita. Mudah-mudahan kelebihan kita, boleh mendatangkan manfaat pada yang lainnya. 

Tq sudi baca.
Nah bunga🌹

Selasa, 20 Disember 2016

Abang & 'kisah cintanya'

Terimbau kembali kenangan tatkala bersama Ika & Umaira semasa minggu akhir final exam baru-baru nie. Mereka berdua adik-adik semester 1. Mengambil jurusan usuluddin. Masa tengah study dalam bilik dengan Ika, tiba-tiba Umaira datang, menceriakan suasana bilik yang dari tadi senyap je, sebab masing-masing tengah fokus study. Datang je Umaira, tak boleh nak fokus dah. ehehe... Ana ingatkan Umaira nie jenis pendiam. Tak banyak cakap. Rupa-rupanya, tak. Macam-macam diceritakannya.

Mula-mula kami saling ceritakan background masing-masing. Dari kisah keluarga, sekolah & seterusnya sehinggalah macam mana kami boleh berada di sini. Kebanyakan cerita Umaira, pasti terselit perihal abang sulungnya. Semangat dia menceritakan tentang abangnya. Macam-macam diceritakan. Dan masa tu juga, ana tertarik dengan apa yang dilakukan oleh abangnya. Nak tahu apa? hmm... ikuti perbualan kami ^^

"Umaira, abang umur berapa?"

"Abang tua setahun je dari Umaira."

"Ooo... Dia belajar kat mana sekarang?"

"Abang belajar kat Mesir sekarang. Dia dah tunang. Itulah.. sebenarnya Kak Ucu (gelaran buat ana), Umaira nak ikut abang. Masa SPM yang lepas, Umaira dah target dah subjek apa yang mesti cemerlang untuk ke sana. Tapi, rezeki takde. Tahun nie sistem kelayakan ke Mesir dah diubah suai. Subjek B.Inggeris pun kena strong. Keputusan B.Inggeris Umaira tak ok. Jadi, tak dapat nak ikut abang belajar kat Mesir."

"Takpelah Umaira. Ada sebab kenapa Umaira berada kat sini. Kita tak tahu kan. In shaa Allah.. ada hikmahnya."

"Ibu pun sebenarnya tak bagi Umaira ikut abang kat sana, takut susahkan abang."

"Kenapa?"

"Umaira sakit. Nanti ibu takut Umaira ganggu abang. Takut dia takleh fokus study. Kena jaga Umaira pulak. Abang tak kisah. Dia sanggup jaga Umaira. Tapi, itulah.. kesian kat abang. Umaira datang sini pun sebab abang. Kalau ikutkan hati, Umaira dah tak nak belajar sebab kecewa tak boleh ke Mesir. Tapi abanglah yang banyak pujuk Umaira. Dia kata Umaira tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena fikirkan ibu ayah jugak. Sekurang-kurangnya abang nak suruh Umaira ambil diploma. Lepas tu, abang akan usahakan supaya Umaira dapat ke Mesir. Sebab tu bila kak Ucu tanya ape perancangan Umaira lepas nie, Umaira kata nak sambung kat luar, Mesir. Kak Ucu nak tahu tak? Sebelum SPM, Umaira takde semangat nak study. Sampaikan ibu selalu tegur Umaira, kenapa tak study. Dia tak nampak pun Umaira study. Pelajaran Umaira pun merosot sampaikan kena panggil dengan cikgu-cikgu kat sekolah. Pernah cikgu tanya pada Umaira, kenapa boleh jadi teruk macam nie. Sedangkan sebelum nie pelajaran Umaira ok. Cikgu kata Umaira mungkin takde semangat dan terganggu dengan apa yang menimpa Umaira. Tapi, Umaira tak rasa macam tu. Lepas tu, cikgu-cikgu banyak sangat bantu Umaira. Tekan Umaira supaya study. Cikgu call ibu sendiri. Ibu lagilah suka, dia tak kisah asalkan ada yang jagakan Umaira kat sekolah. Pukul 4 pagi dah kena ada kat sekolah. Buat latihan dulu sebelum masuk kelas. Balik rumah pukul 7 malam. Sebab habiskan experiment kat makmal sebelum SPM. Umaira nie jenis tak suka masuk makmal. Sebelum nie, orang lain buat experiment, Umaira tak. Keluar makmal. Sebab tu kena tahan macam tu. Cuba kak Ucu bayangkan, Umaira kena buat experiment sorang-sorang. Dah la arahan dalam b.Inggeris. Umaira memang lemah yang tu. Cikgu tak tolong. Dia suruh Umaira cari maksud sendiri. Bukak kamus. Cari satu-satu. Sampaikan hari exam SPM pun, kawan-kawan yang lain duk beratur baca doa nak masuk dewan, Umaira duk depan cikgu lagi. Habiskan latihan yang cikgu bagi. Memang betul-betul kena tekan. Disebabkan itu jugak, Umaira jadi semangat semula nak study. Malam-malam, Umaira akan study dalam bilik sorang-sorang. Buka lampu study kat meja. Macam study sorok-sorok. Umaira tak suka orang tengok Umaira study. Tak nak mereka tahu. Mase nak SPM, bilik Umaira memang sangat-sangat bersepah. Nota & kertas-kerta soalan atas katil, atas lantai. Sebab tu kalau nak gi sekolah Umaira kunci pintu bilik. Orang lain takleh masuk. Tapi, satu malam tu. Abang intai Umaira buat ape. Dia tahu Umaira tengah study & yang kelakarnya dia baru tahu, nota-nota dan kertas-kertas SPM dia yang hilang sebelum nie Umaira yang ambil. Dia sokong apa yang Umaira buat. Dia yang bagi kata-kata semangat. Sampaikan abang nak bagitahu kat ibu pasal Umaira nie jenis yang study senyap-senyap. Tapi, Umaira tak bagi. Biarlah ibu tak tahu. Asalkan nanti Umaira dapat buat yang terbaik masa SPM. Dapat result yang cemerlang."

"Oh, macam tu. Baguslah. Jadi, macam mana dengan result exam?"

"Alhamdulillah...Umaira dapat tandingi abang. Result Umaira lagi cemerlang."

"Alhamdulillah... Tapi, Umaira sakit ape?"

"Umaira sakit saraf. Sebelum nie Umaira pernah jatuh, pernah accident sampai tak boleh bangun."

"Allah.. sekarang macam mana?"

"Sekarang nie beginilah. Umaira takleh buat kerja-kerja berat. Kat rumah pun, Umaira tak buat kerja rumah. Abang yang buat. Dia memang rajin. Kalau Umaira buat kerja rumah, pasti kena tegur dengan abang. Umaira tak pandai. Dia yang ajarkan. Masa dapat adik bongsu, abanglah yang jagakan. Walaupun dia nak SPM masa tu, dia tetap jaga adik yang kecik tu. Sebab tu abang rapat dengan adik bongsu. Lagi satu, abang cucu kesayangan tok. Tok selalu tanyakan pasal abang. Kadang-kadang geram juga kami adik-beradik yang lain nie kak Ucu, cuba bayangkan.. bila balik kampung, tok tak ingat pun kat kami nie. Abang jugak yang dia cari. Dah cakap abang takde. Tak boleh. Nak jugak jumpa abang. Nak buka skype tak nak. Nak jumpa depan-depan. Sampaikan abang sanggup balik dari Mesir sebab tok rindukan sangat abang."

"Untunglah abang Umaira kan."

"Itulah.. Umaira pernah cakap kat abang. Abang nie bertuah. Semua sayangkan dia. Abang cakap kat Umaira, Umaira pun bertuah jugak sebab Umaira nie cucu kesayangan jugak. Cuma cucu kesayangan sebelah ibu. Tapi tok sebelah ibu dah takde."

"Oooo.. dua-dua cucu kesayangan. Baguslah. Umaira, macam mana abang boleh pergi Mesir?"

"Dia ambil STAM, tapi tak habis pun. Rezeki dia. Dapat pergi sana. Kena ambil kursus bahasa dulu kat sana. Tapi abang dah lulus. Suka sangat dia tu. Hari tu balik rumah bagitahu kat kami."

"Alhamdulillah... abang dah tunang kan. Bila dia tunang?"

"Abang tunang sebelum dia berangkat ke Mesir. Dekat airport!"

"Ha??? Airport...?"

"Betul kak Ucu. Sebenarnya macam nie, sebelum abang bertunang tu, dia pernah dah suka kat gadis lain masa sekolah. Tapi, gadis tu tinggalkan dia. Abang nie jenis bila dah suka, memang dia betul-betul suka. Tak maen-maen dah. Lepas tu frust la dia. Kali kedua, dia berkawan dengan seorang gadis nie. Dan dia berjaya ubah gadis tu dari biase-biase kepada yang lebih baik. Tapi itulah.. bila dah baik, pasti nak cari yang lebih baik kan. Gadis tu tinggalkan abang jugak. Sampaikan yang kali kedua nie, dia betul-betul frust. Ibu dah cakap awal-awal ibu tak suka anak-anak dia couple. Lepas tu, Umaira dah tak sanggup tengok abang asyik frust camtu, sampaikan Umaira pesan kat abang lepas nie jangan bagi peluang kat mana-mana perempuan dah. Jangan nak layan. Layan adik-adik abang je. Nak senyum pun kat kami jugak. Kat luar tak boleh! Kalau suka pun, simpan perasaan tu. Dengar cakap ibu. Umaira pun tak sangka, abang buat betul-betul. Kat sekolah, abang pegang jawatan pengawas disiplin. Memang tegas, pernah dia marah sampai satu bangunan tu boleh dengar. Umaira pun tak sangka. Tapi, walaupun dia macam tu, peminat dia tetap ramai. Umaira pun pelik kenapa ramai sangat minat kat abang. Selalu je dia dapat coklat. Lepas tu bagi kat Umaira. Ehehe..."

"Lepas tu?"

"Lepas tu, sebelum dia berangkat ke Mesir, ada satu malam tu dia masuk bilik Umaira. Nak minta tolong. Dia kata dia ada minat seorang gadis nie. Kali ini memang tak main-main dah. Sebab abang betul-betul nak melamar dia jadi isteri abang. Terkejut Umaira. Sebab dalam diam, abang jatuh cinta lagi sekali. Tapi kali ni, Umaira memang nampak kelainan pada diri abang, nampak kesungguhan dia."

"Allahurabbi..lagi sekali? Ibu ayah Umaira tahu tak?"

"Tak kak..abang tak bagi Umaira bagitahu ibu ayah. Cuma, abang mintak tolong Umaira, nanti bila kat airport, sebelum dia berangkat tolong alihkan perhatian ibu ayah sebab abang ada hal yang nak disettlekan. Akak tahu tak apa yang abang Umaira buat?"

"Abang Umaira buat apa? Pergi lamar gadis tu ke?"

"Betul kak. Abang pergi jumpa ayah gadis tu. Kebetulan gadis tu pun akan ke Mesir jugak, sama-sama sambung belajar kat sana. Tapi, gadis tu tak tahu yang abang sukakan dia. Hehe ^^ Lucu kan. Tapi abang Umaira memang berani. Terus bawak cincin sebagai tanda. Umaira pun tak tahu macam mana abang boleh buat semua tu."

"Lepas tu apa jadi? Teruja pulak akak..Hehe"

"Apa lagi kak..memang rezeki abang. Pak cik tu terima lamaran abang untuk anak dia. Terus bertunang kat situ. Mudah kan.. Mungkin disebabkan kesungguhan abang dan sifat-sifat lain yang ada pada diri abang membuatkan pak cik tu lembut hati terima dia."

"Ibu ayah macam mana pulak? Tak marah ke?"

"Ini paling best. Terkejut ibu ayah.. Hilang sekejap tahu-tahu dah tunang. Haha.. Nak buat camna, dah jadi kan. Lagipun, gadis tu pun memang budak baik kak. Sejuk mata bila lihat dia. Pandai abang pilih. Ibu pun tak menolak. Cuma ibu ingatkan abang pasal tanggungjawab dia, dan batasan-batasan yang perlu dijaga."

"Mashallah.. mudahnya urusan abang Umaira kan. Dapat jugak akhirnya bakal pasangan yang baik. Moga keduanya selamat disatukan. In shaa Allah. Seronok dengar cerita Umaira. Ha..Umaira tu bila lagi? Hehe.."

"Eh akak ni..ke situ pulak. Umaira taknak la potong line akak. Haha.. Silalah kak. Umaira pun tak sabar nak tunggu hari bahagia akak ni."

"Yelah.. In shaa Allah. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Moga dipermudahkan urusan kita semua dan ketemu dengan jodoh yang baik budi pekertinya. Moga Allah s.w.t. reda akan semuanya. Ameen.."

"Ameen.."

Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga & mendidik rasa. Siapalah aku, kamu & kita semua.. Kita tetap manusia biasa. Iman ada turun naiknya. Tapi itu bukan alasan buat kita 'merosakkan diri' hanya kerana rasa itu yang sebenarnya belum pasti betul ataupun tidak.

Usahlah mempermainkan hati sendiri. Sudah tibanya masa buat aku, kamu dan kita mendidik rasa agar Tuhan memberkati semuanya.
Kamu wanita yang hebat!
Percaya pada diri. Kemampuanmu lebih daripada apa yang difikirkan. Disinilah bermulanya pengorbanan. Moga di penghujung ceritanya, bahagia menyapa seiring reda-Nya. Ameen...

Jaga diri, In shaa Allah. ^_^

Saya Sayang Awak!

Bismillah..

Saya sayang awak.
Saya sayang sahabat-sahabat akhowat saya. Saya sayang mereka yang pernah bersama dengan saya, pernah menjalani kisah kehidupan bersama saya. Saya sayang mereka walaupun ada antara mereka ibaratnya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya sayang mereka yang sentiasa ada, susah payah bersama saya. Saya sayang mereka yang mengisi ruangan hati saya, walaupun pada mereka saya hanyalah kawan biasa. Saya sayang semuanya. Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka, melindungi mereka daripada tipu helah dunia & membawa mereka pada jalan yang diredaiNya. Lillah. Rindu semuanya..^^

Sahabat akhowat yang disayangi...
Diri yang menulis ini juga sungguh banyak kekurangannya. Diri kalian jauh lebih baik. Banyak yang Fatin belajar dari sahabat-sahabat semua, tak kiralah sahabat-sahabat seperjuangan mahupun teman-teman sepermainan. Mana yang terkurang, kalianlah yang melengkapinya. Terima kasih untuk semuanya.

Fatin ada sedikit perkongsian yang nak disampaikan. Moga-moga kalian sudi membacanya. Mana yang baik, ambillah sebagai pengajaran bersama, mana yang terkurang atau yang menyakiti hati kalian, tegurlah Fatin, bantu Fatin untuk memperbaikinya.

Kalian...
Dalam kita memperjuangkan 'cinta' kita, jangan pernah tersalah langkah.
Dalam kita melafazkannya, jangan sampai meleburkan diri.
Kealpaan kita, keasyikan kita dengan 'cinta'... jangan sampai membinasakan diri.

Tak salah memperjuangkan cinta. Tak salah melafazkannya. Tapi ada caranya, ada syariat yang perlu dipatuhi dan dijaga. Ada maruah diri yang perlu dilindungi.

Semua berhak merasa cinta.. Tiada siapa yang melarang. Lagi-lagi, umur kita, sememangnya jiwa sentiasa tertarik.

Andai benar cinta, jagalah perasaan itu sebaiknya.
Mohon pada Allah s.w.t agar sentiasa memandu perasaan kita itu pada jalan kebaikan.
Semoga apa yang kita rasakan itu tidak membawa kita pada jalan keburukan, lalai, alpa serta tak sedar apa yang kita buat.
Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t.
Dan semoga jiwa kita juga sentiasa dipandu oleh-Nya.
Ameen..




Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah bukan perkara main-main. Dan bagi mereka yang melaksanakan amanah, walaupun dirinya sendiri tersepit di antara keperluan diri dan keperluan amanah, didahulukan keperluan amanah, maka keperluan dirinya Allah s.w.t pasti permudahkan. Percayalah! Ini bukannya omongan kosong. Dan saya percaya, sahabat sahabiah yang pernah memegang kepimpinan (sewaktu belajar) pasti pernah melalui saat-saat genting, yang mana sampai satu masa, itulah masa studynya, masa berpersatuan, masa turun berprogram, masa liqo (meeting), masa makan, masa tidur, masa siapkan esiment/tesis... semuanya bertembung! Sampaikan dah tak tahu nak aulakan yang mana. Keliru antara perkara yang penting dengan perkara yang lebih penting! Astaghfirullah...

Teringat lagi bilamana saya menarik diri dari menyertai misi bantuan banjir dengan alasan ingin menyiapkan tesis dan esiment yang masih berbaki. Jika diikutkan, murabbi kami sangat mengharapkan agar saya dan sahabat-sahabat yang lain boleh turun bersama. Tapi, ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama menghadap laptop dan juga timbunan buku. Selang dua hari, akhirnya sahabat-sahabat yang mengikuti misi bantuan banjir pun balik.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada saya, "ha... camne gan esiment nti? dah siap? cam banyak je tesis yang dah buat. muka tersengih bahagia tu..."
"Taklah... sikit je yang sempat sentuh." Itu je yang mampu saya balas. Tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pun ada sebabnya, sahabat saya pun ada esiment yang nak disiapkan. Ada tesis yang perlu dihantar sama seperti saya. Tapi, disebabkan amanah yang digalas, dia tinggalkan esiment & tesis buat sementara waktu. penuhi kehendak amanah. Dan kini, jujurnya... Esiment & tesis dia yang dah siap dulu. Segan saya dibuatnya. Saya yang ada masa pun tak mampu nak siapkan lagi. Dia yang tak cukup masa dah siap dulu.
Itulah pengajarannya.

Masanya lebih berkat. Kenapa? Dia betul-betul manfaatkan masa yang dia ada. Masa yang ada untuk study, dia manfaatkan untuk study. Focus! Dan bila tiba masa untuk berpersatuan dia berpersatuan. Buat gerak kerja bantu ummah. Bantu agama.

Saya percaya kata-kata ini. Pesan dari murabbi...

Tak pernah ke mengeluh dengan segala penat lelah & karenah manusia yang terpaksa dihadapi sepanjnang berpersatuan ni?
Jujur... kami pun manusia juga. Ada salah silapnya. Kami pun terkadang tak terlepas daripada mengeluh kerana kepenatan. Tapi.. bila ada sahaja di antara kami yang mengeluh, yang lain akan mainkan peranan! Menguatkan tatkala ada yang mula rebah...

Kami selalu diingatkan oleh murabbi.
Ingat... penat itu juga adalah makhluk Allah. Jangan risau, in shaa Allah di akhirat kelak setiap penat lelah itu akan jadi saksi dan akan dihitung oleh Allah s.w.t. 

****
Dan... di sebalik semua kesibukan tu. Ada hikmahnya. 
Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi!
Secara kasar, kita semua tidak nampak! Di mana letaknya nilai tarbawi itu?
Jika dihayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada musuh Islam, membantu mempermudahkan urusan ummat & mendidik ummat mengenal Islam. Setiap inci tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.
Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik gerak kerja yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang yang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.
Cuba check kembali niat kita.
Lillah...
petikan asal dari - asyraf farique (Buku Usrah Ini Poyo)
petikan tambah kurang: Indah_Tarbiyah

Pesan Murabbi sebelum muktamar:
Antum semua masih dalam peringkat belajar. Masih dalam proses latihan. Penyediaan buat masa depan. Setiap apa yang Allah s.w.t. suruh buat akan dihisab sama ada jamai atau fardi (individu). Allah akan tunjuk semula (yakni tayang).

Konsep muktamar juga begitu. Nilai & muhasabah kembali apa yang telah diusahakan.

***
Sekian sahaja perkongsian fatin untuk post kali ini.
Sebenarnya dah lama taip..masa turun pimpinan dulu, sebelum masuk ke Uni lagi. Sekarang baru tergerak hati nak kongsikan semula. Fatin pernah kongsikan kat fb, cuma kat sini je lambat sedikit. Hehe..maaf ye. ^^ Kalau ada yang tertanya-tanya, misi banjir bila tu.. misi tu ketika negeri Kelantan dilanda banjir sebelum ni. Banjir teruk yang pernah mengemparkan satu Malaysia..
Moga apa yang dikongsikan ini akan mendatangkan manfaat buat semua. Maafkan fatin atas salah silap sepanjang berkata-kata ye..Syukran.




Jumaat, 2 Disember 2016

Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???

Why they should know???

They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?

Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita? 
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 

Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.

  1. Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. 
  2. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
  3. Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
  4. Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
  5. Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka. 
  6. Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak? 
  7. Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D 
  8. Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah.. 

Terima kasih sudi baca post saya..

Isnin, 22 Ogos 2016

#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

  • nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. 
  • nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes, kita akan jumpa kawan yang jenis suka tidur awal pada waktu malam dan bangun study awal pagi. Kita pulak jenis tak boleh bangun awal pagi, dan jenis suka study sampai lewat malam. So, kalau macam tu tak boleh la nak ikut cara kawan kita kan. Bagi Fatin sendiri, tak salah nak stay sampai lewat malam, tapi kita sendiri kena faham otak kita, badan kita pun ada limit jugak, tak boleh nak push & push, sampai satu tahap kita jadi blurrr dan apa yang kita baca tu memang susah nak masuk sebab otak dah penat sangat sebenarnya.. Kalau rasa dah penat tu, berhenti la dulu study. Rehat ataupun tidur sekejap. Lepas tu bangunlah semula study. 
  • doa dan solat hajat. Jangan sesekali tinggalkan. Mak ayah Fatin selalu pesan. Mintaklah dengan Allah s.w.t nak berjaya, dipermudahkan belajar dan dapat jawab exam dengan baik. Dengan siapa lagi kan kita nak bergantung harap selain dari Allah s.w.t. Kita ni jangan sombong sangat!
  • bila nak exam je, even sebelum masuk dewan exam, Fatin suka call mak ayah mintak restu dan doa mereka biar Fatin dipermudahkan untuk jawab exam. Sampai Fatin pun dah boleh hafal dah dialog yang asyik duk ulang kat mak ayah. 
  • minta doa dari orang sekeliling kita. Contohnya, para pensyarah, sahabat-sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Kalau rapat dengan mak cik yang selalu sapu sampah depan asrama pun, minta je doa dari dia. Tak salah pun minta mereka semua doakan. Mana tahu kan dalam ramai-ramai yang doakan kita tu, ada doa yang mustajab.
  • review semula paper exam yang lepas. 
  • cari tempat yang sesuai untuk study. Kalau Fatin, mesti study kat meja, kalau kat katil, jawabnya buka buku, 5 minit pastu tidur. Haha.. lagi satu carilah tempat yang menenangkan. Fatin suka tempat yang tak bising, macam perpustakaan. Walaupun ramai orang, tapi tak bising. Kalau boleh study atas katil, studylah. Mana-mana yang selesa dan boleh hadam apa yang dipelajari. Ok..
  • kenal pasti mana-mana senior yang dalam ranking 'Best Student'! haha.. ini bukan pilih kasih tau.. tapi, inilah salah satu teknik untuk dapatkan nasihat-nasihat yang bernas sepanjang study. Semestinya dyeorang pun ada rahsia-rahsia tersendiri yang boleh kita amalkan. Tak percaya? Hmm.. try la korek rahsia senior-senior awak tu. Fatin dah buat pun. Alhamdulillah.. berkat perkongsian dari senior-senior lah yang banyak bantu Fatin masa study dan juga masa exam. Nak skor exam pun jadi senang tau. 
Cerita 1:
Ada seorang senior pernah pesan, akak dulu tak minat pun kos yang akak ambil sekarang ni. Akak minat bidang lain. Tapi disebabkan mak akak yang suruh akak redah je. Kalau tak ikut, kecik hati pulak. Lagipun, mungkin mak akak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Mula-mula tu memberontak jugak sampai akak pernah terdengar perbualan mak ayah akak. Mak akak sedih tengok akak, memberontak, study pun gitu-gitu je, result exam pun tak ok. Mak salahkan diri dia. Lepas dengar perbualan dyeorang, akak menangis. Akak salahkan diri akak sendiri. Tak sepatutnya akak buat mak ayah camtu. Dyeorang tak salah pun. Akak je yang keras hati, susah nak terima. Lepas tu, akak berubah dik. Akak berubah sebab mak ayah dan akak cuba berlapang dada dengan apa yang Allah berikan pada akak. Akak belajar macam biasa, cuma.. kali ni akak rasa lebih mudah nak belajar dan setiap kali exam akak dapat result yang cemerlang. Akak pun pelik sebab ini kos yang akak tak minat pada awalnya tapi boleh skor. Akak tanamkan hasrat baru. Akak nak bahagiakan dulu mak ayah, berikan apa yang mereka mahu. Kemudian, kalau Allah masih berikan akak kesempatan untuk belajar, akak akan belajar bidang yang akak minat pulak.

Cerita 2:
Ini pun pesan dari senior. Lebih kurang macam cerita kat atas. Kakak tu pesan, dalam semua gerak kerja kita, lagi-lagi bila sedang menuntut ilmu, belajar.. selalu jaga hubungan dengan mak ayah. Jangan kecilkan hati dyeorang. Cari keberkatan mereka. Biar mereka reda akan semua perbuatan kita. Barulah senang hidup kita. Akak dulu ada kawan. Dia malas sikit nak belajar. Enjoy je kerja dia. Last-last akak kata kat dia, kalau nak berkawan dengan akak, kena rajin belajar. Akak taknak kawan dengan orang yang malas berusaha. Saja cari susah. Akak cakap direct je tak berlapik dah. Susah sangat kan. Nasihat taknak dengar. Alhamdulillah.. lepas tu dia berubah sedikit demi sedikit. Kami usaha sama-sama. Sebab tu, dalam belajar ni pun, penting kita pilih kawan yang boleh mendorong kita ke arah kejayaan. Bukan sekadar berkawan. Kita berkawan biar ada sesuatu yang kita dapat. Kalau dia baik akhlaknya, kita contohi akhlak dia. Kalau dia bijak, biar dia ajarkan kita, kongsi ilmu yang ada. Awak percayalah cakap akak. Cuba buat apa yang akak buat ni. jaga hubungan dengan mak ayah, pastu cari kawan yang boleh sama-sama bimbing. In shaa Allah.. dipermudahkan semuanya.

Cerita 3:
Ini cerita Fatin sendiri. Jangan pernah takut untuk berkongsi ilmu. Macam Fatin, Fatin suka study group. Tapi sebelum study ramai-ramai, Fatin akan pastikan diri sendiri dah faham bab ataupun tajuk yang nak dibincangkan. Baru boleh bincang dan kongsikan dengan yang lain. Kalau tak baca apa-apa, dan terus join study group, dengar je penjelasan dari orang lain, Fatin tak boleh. Susah sikit nak hadam.. Itu Fatinlah, tapi Fatin tahu ada sahabat-sahabat di luar sana yang boleh study ramai-ramai walaupun dia tak buat revision. Dia lebih mudah menerima dengan mendengar. Kita punya cara yang berbeza untuk belajar. Manfaatkan kesemuanya.

Pernah terjadi satu peristiwa. Malam sebelum exam. Esoknya exam paper English. So malam tu kami study  soalan-soalan exam yang lepas. Seronok study ramai-ramai sebab sampai satu masa untuk satu soalan je, macam-macam jawapan timbul. Semua bagi 'fatwa' masing-masing. Haha.. riuh-rendah surau sakan dibuatnya. Alhamdulillah.. orang tua pun selalu pesan kalau kita berkongsi in shaa Allah apa yang kita kongsikan tu akan lebih berkat. Keesokannya, masuk je dewan exam, kebetulan seat kami dekat-dekat. So bila buka paper exam, semua terkejut. Pastu, berlakulah adegan aku tengok kau, kau tengok aku. Semua tersenyum. Soalan exam yang kami jawab malam tu, soalan itu jugak yang ada dalam paper exam yang kami pegang tu. Subhanallah.. bayangkan. Allah memang bantu kami masa tu. Cuma kedudukan soalan je yang berubah. Soalannya totally sama. Bahagia betul jawab soalan, sambil jawab sambil tersenyum sebab terbayangkan adegan-adegan yang berlaku masa review soalan tu dengan kawan-kawan. Papa pun selalu pesan, soalan exam tak lari jauh biasanya. Tengok semula paper-paper yang lepas. Study semula soalannya. Kalau lari pun, itu sebab pensyarah bagi subjek tu dah ditukarkan. Hehe.. petua dari orang lama.

Inilah jadinya bila anak sambung belajar dan ayah pun sambung belajar jugak. Seronok. ^^

 Fatin cadangkan buat sahabat-sahabat tersayang, dapatkan buku 
"Aku Budak Dekan".
Buku yang sangat baik untuk mahasiswa/wi, 
sarat dengan tips-tips yang berguna 
sebagai bekalan di medan perjuangan ilmu. In shaa Allah..
4 penulis kesemuanya, kita amik aura positif mereka..

Buku terbitan Humaira Publication, harga RM 25 sahaja.

Alhamdulillah..
Itu sedikit sebanyak apa yang Fatin boleh kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat yee..
Terima kasih kerana sudi baca.
Senang-senang commentlah. Kongsikan pengalaman kalian pulak ^^
Bye.. Bye..

Episod 5 ~ Khabar darinya...

Perjumpaan Aisyah dengan sahabat-sahabat lamanya, cukup membahagiakan di saat dia sendiri begitu merindukan mereka. Berjaya juga mereka mengadakan kejutan ini buat Aisyah. Aisyah merasakan dirinya sungguh bertuah kerana mempunyai teman-teman seperjuangan yang senantiasa mengingatinya dan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menziarahinya. Inilah nama ukhuwwah kerana Allah. Pengorbanan. Inilah sumber kekuatan sesuatu persahabatan. Alhamdulillah...

Banyak yang dikongsikan sepanjang Aisyah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Kisah kehidupan barunya sebagai seorang pelajar di tempat baru dan juga mengenang kembali kisah-kisah mereka terdahulu. Perempuan. Ada sahaja yang diceritakannya. Sampailah mereka bicarakan soal hati. Tak mampu untuk diselindungkan lagi. Aisyah akhirnya mengalah.

Aisyah memandang sahabat-sahabatnya. Dia memulakan bicara.
Sebenarnya, Aisyah tak tahu nak cakap apa bilamana orang tanya Aisyah dah berpunya ke belum. Aisyah..
Aisyah apa? Cakaplah adik oiiii...! buat kami risau je.
Aisyah memang belum terikat dengan sesiapapun. Tapi, jauh di lubuk hati Aisyah, Aisyah dah jatuh hati kat seseorang. Itulah masalah Aisyah. Serba salah dibuatnya bila ada yang bertanya. Huhu..
Seseorang? Siapa tu Aisyah? Cakaplah..
Wah! Dah ada orang rupanya. Cakaplah yank siapa.
Alah akak ni, sabarlah. Aisyah sebenarnya suka pada ....
.....! Dia ke?
Orang dekat kita juga akak. Betullah tu.
Ya Rabbi.. dah lama ke?
A'ah.. lamalah jugak. Sejak Aisyah berkecimpung dalam dunia pimpinan.
Dah lama rupanya. Aisyah.. Aisyah.. Kalau orang tanya, jawab je dah ada ^^
Akak ni.. senang pulak jawapannya.
Ini perkara biasa Aisyah. Jangan risau.
Macam mana sekarang ni kak? Dari dulu lagi Aisyah dinasihatkan untuk bertanya khabar dari dia melalui orang tengah, ustaz ataupun ustazah di sana. Tapi Aisyah takut. Aisyah ada halangan akak.
Allah.. apa halangannya dik?
Halangan ibu ayah,, lagipun Aisyah masih belajar.
Betullah tu. Mesti ada sebab kenapa ibu ayah tak bagi Aisyah berkahwin buat masa sekarang. Mungkin dyeorang nak tengok Aisyah habis belajar dulu, kerja elok-elok dan boleh berdikari sepenuhnya.
Aisyah setuju tu kak. Aisyah faham. Masanya belum sesuai lagi.
Macam ni, cubalah bertanya khabar dahulu. Sama ada dia dah berpunya ke belum. Lagipun, dah lama Aisyah memendam rasa. Sekurang-kurangnya, kalau dia dah berpunya, Aisyah tak perlu berharap lagi.
Sampai bila nak begini? Cubalah sayang.. Aisyah pun dah usaha doa semuanya. Kali ni, kita cuba ya..
Baiklah kak. Kita cuba. Tapi sejujurnya Aisyah takut.
Kuat! Bersedia dengan segala apa khabar darinya..
In shaa Allah kak..

***
Beberapa hari kemudian..

Sedang sibuk berbual dengan kak Leeya, tiba-tiba masuk pesanan ringkas.
"Akak dah dapat khabar dari dia."
"Akak minta orang tengah tanyakan."

Aisyah terdiam. Betul ke apa yang dia lihat? Baru beberapa hari berbicara soal ini, akhirnya Aisyah peroleh jawapan yang ditunggu-tunggu selama ini. Bertahun lamanya.

"Dia dah berpunya."
"Aisyah sabar ya.."
"Aisyah terus doa mohon pada Allah. Jangan putus asa. xpe.."

Allah.. betul ke ni? Bukan ini jawapan yang Aisyah nantikan selama ini. Jika dulu, Aisyah yang memilih untuk menjauhkan diri saat digandingkan bersama dalam pimpinan, memilih untuk berada jauh bila berhadapan, kini dia pula yang membawa diri jauh dari Aisyah. Beginikah pengakhirannya???

"xpelah akak."
"bukan jodoh Aisyah."
"Terima kasih banyak akak."

Tak tahu apa yang dirasanya tika ini. Aisyah hanya mendiamkan diri. Tangisan juga tiada.

Kenapa aku tak menangis? Kerasnya hati ni? Atau aku yang masih belum menerima hakikat yang sebenar? Aisyah.. sedarlah! Jawapan yang dinantikan selama ni, dah pun kau peroleh. Tak.. itu bukan jawapan yang aku mahukan. Allah.. kuatkanlah diriku ini.

Aisyah bermonolog sendirian..
Akhirnya, Aisyah terlelap dengan seribu kekecewaan di hatinya..

#TarbiyahCintaAisyah
Aku tetap manusia biasa, menyimpan rasa.
Aku cuba menjadi yang luar biasa, menjaga rasa ini agar tidak dicemari noda.
Dan aku, menerima ketentuan dari-Nya.
Tetap yakin dengan segala aturan-Nya.
Aku mahukan kebahagiaan dalam pengakhiran kisahku.
Ya Allah, permudahkanlah...


22 Ogos 2016
#Indah_Tarbiyah




Rabu, 15 Jun 2016

Episod 4 - Betul ke dia untuk kita?

Aisyah...
Awak dah dengar berita tergempar pasal Kak Yana? 

Berita tergempar? Berita apa Ika? Awak ni cepat betul bab-bab macam ni. Dah macam radio! Ada je berita nak disampaikan. Hehe ^^

Amboi! Awak ni kalau tak mengata Ika tak boleh ke?

Eh..! Ke situ pulak budak ni. Saya tak mengata awak pun. Betul apa! Awak kan radio kami. Hehe.. Dah la.. Cepat bagitahu saya. Apa berita tergempar tu?

Alah.. Tak best la kalau saya yang bagitahu. Aisyah pergilah jumpa Kak Yana. Biar dia sendiri yang bagithu Aisyah. Ok! :)

Macam tu pulak. Yelah.. Nanti petang ni saya jumpa Kak Yana.

***
Assalamualaikum akak Manis ^^

Waalaikumussalam Aisyah... buat apa kat sini?

Hehe.. saja! Nak jumpa akak. Dah lama kita tak berusrah kan kak. Rindu...

Ye ke dah lama? Kan minggu lepas kita dah jumpa masa usrah. Ada apa ni Aisyah? 

Ye ke? Lupelah Kak Yana. Hehe.. alah akak. Aisyah gurau je.. Makin manis Aisyah tengok akak sekarang ni. Ada ape-ape ke? Ehem3..

Eh.. ke situ pulak. Puji lebih-lebih ni.. Nak upah ape? Haha..^^

Pandai betul Mak Usrah Aisyah ni. Haha.. Upah? Hmm.. Ika suruh Aisyah jumpa Kak Yana. Katanya ada berita tergempar pasal akak. Berita ape kak? Kenapa Aisyah lambat tahu ni? Yang lain dah tahu ke kak?

Ohh.. itu ke tujuannya datang jumpa akak. Ingatkan betul-betul rindukan akak. Aisyah.. Aisyah..

Hehe.. janganlah marah Kak Yana, nanti tak cantik dah! Ngee... :D

Macam-macam adik akak sorang ni. ^^
Sebenarnya, akak nak kahwin!

Kahwin...??? 
Betul ke ni? Dengan siapa kak? Kenapa baru bagitahu? Sampai hati Kak Yana rahsiakan dari Aisyah. 

Ya Allah.. jangalah sedih sayang. Akak bagitahulah ni. Takde niat pun nak rahsiakan dari adik kesayangan akak ni. Tapi, sebelum ni belum diputuskan lagi tarikhnya. Tapi, sekarang tarikh pun dah ada. Tak lama dah. Aisyah Wajib datang tau! 

Siapa orangnya kak? 

Alhamdulillah... orang dekat-dekat kita juga Aisyah. ^^

Maksud akak, sama pimpinan dengan kita?

Iye..

Subhanallah.. 
Tahniah Kak Yana!
Barakallahu...

Terima kasih atas doanya.. ^^ 

Tapi, macam mana akak boleh disatukan dengan dia? Aisyah kenal ke orangnya kak?

Inilah aturan-Nya sayang. Nanti Aisyah tunggu harinya yee.. 

Akak.. berahsia lagi!
Takpelah, Aisyah tunggu. Suspen cikit kan!
Seronoknya! Tak sabar nak tengok akak kahwin. 

Comellah adik akak ni. Nanti, awak pun akan ada di tempat akak. Biiznillah... Akak sentiasa doakan yang terbaik saja buat adik-adik akak ni. Moga kita sama-sama bergerak, beramal kerana-Nya. 

In shaa Allah. Ameen.. Moga Allah berikan yang terbaik untuk kita!

***
Beberapa minggu sudah berlalu. 
Kak Yana telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Cepat betul masa berlalu. Sebelum ini, Kak Yana lah tempat Aisyah dan rakan-rakan seusrahnya berkongsi masalah, meminta nasihat dan sebagainya. Kini, peranannya masih sama, tetap Mak usrah! Namun, amanah Kak yana kian bertambah. Amanah sebagai seorang isteri. Aisyah sendiri tidak sekuat Kak Yana. Seringkali Aisyah memikirkan perihal akhowat yang berkahwin awal ni. 

Bagaimana mereka membahagikan masa mereka sebagai seorang pelajar, anak dan juga isteri? Lagi-lagi, akhowat yang sememangnya mewakafkan diri mereka pada gerak kerja lapangan seperti Kak Yana. Jadual seharian mereka sudah pasti padat! Masa yang ada dibahagikan untuk belajar, berkeluarga dan juga buat ummah. Tapi, sepanjang perkenalan Aisyah dengan Kak Yana dan juga akhowat lain yang telah pun berkahwin di usia muda, kebanyakan mereka berjaya menguruskan masa mereka dengan sebaiknya. Pelajaran, keluarga dan ummah tetap terjaga. Hebat! Merekalah yang menjadi sumber inspirasi buat Aisyah.

Aisyah betul-betul berminat untuk dapatkan nasihat daripada mereka. Kak Yana adalah tempat yang paling sesuai untuk Aisyah bertanya. 

***
Lama betul kita tak jumpa kan kak? ^^

Aisyah.. Lepas majlis hari tu, akak kena uruskan beberapa perkara sebelum balik semula ke sini. Masa di kampung tu lama sikit. Akak betul-betul minta maaf. Usrah kita pun dah tertangguh beberapa kali kan. Allah.. Maafkan akak ye Aisyah. 

Eh! Takpe-takpe.. Aisyah faham kak. Orang baru kahwin kan. Hehe ^^ Faham sangat!

Awak ni.. jangan fikir bukan-bukan. Siapa yang ajar ni?

Haha.. takde apelah kak. Aisyah gurau je! Garang betul akak Aisyah ni.
Hmm.. Kak Yana! Aisyah nak tanya sesuatu boleh tak?

Ha.. tanyalah! Apa dia?

Tapi akak jangan marah tau. 

Iye.. tak marah. Tanyalah.

Sebenarnya, macam mana akak tahu yang suami akak tu jodoh akak? 
Macam mana nak tahu seseorang tu sememangnya ditakdirkan untuk kita? 
Betul ke dia untuk kita? 
Akak tak risau ke sebelum kahwin dulu?

Maaf kak sebab bertanya. Aisyah keliru sebenarnya. Bila fikirkan pasal kahwin ni, terus jadi takut. 

Ohh.. pasal perkara ni rupanya. Akak ingatkan apa tadi. Takpe. Baguslah Aisyah tanya. In shaa Allah akak cuba jawab. 

Sebelum ni, akak sendiri pun takut juga. Tapi, bila kita bersangka baik dengan Tuhan, in shaa Allah semuanya yang baik-baik saja sampai pada kita. Yang penting, kita pun kena jaga diri. Nak yang baik, kita usahakan dulu diri sendiri ni. Biar baik juga. 
Hubungan kami pun melalui orang tengah. Alhamdulillah, semuanya lancar. 
Bila sudah jadi suami isteri, setiap baik buruk pasangan kita, kita kena belajar untuk terima dengan reda. Kekurangan dia, mungkin kelebihan kita. Kekurangan kita, mungkin kelebihan dia. Bila dah kahwin, baru kita akan lebih mengenali perihal diri pasangan. Dari situlah wujudnya kebersamaan kita. 

Apa yang akak cuba sampaikan ni tak banyak pun. Lagipun, akak sendiri baru kahwin dik. Jauh lagi perjalanan kami sebagai suami isteri. Moga apa yang akak sampaikan ni ada ibranya buat Aisyah. Maaf andai penjelasan akak tu tak menjawab soalan-soalan Aisyah. 

Alhamdulillah.. ini pun dah membantu Aisyah. Takpe kak. Terima kasih atas semua nasihatnya. In shaa Allah ada manfaatnya. ^^

Alang-alang dah ada kat masjid ni, jom kita solat sama-sama. Dah lama tak solat berjemaah sekali kan.

A'ah.. dah lama kan. Sejak orang tu ada imam sendiri. Lupe dah kat kita ni. ahaha.. 

Amboi.. cik Aisyah kita, kalau menyakat orang laju je dia kan. Iyelah.. kita ada imam sendiri dah. Orang tu takde. Apa cerita?

Eh.. akak ni. Takde rezeki lagilah. Belum sampai jodohnya. Akak doakan ye..

In shaa Allah.. akak doakan! 
Dahlah.. jom ambil wuduk. Ini kalau tak berhenti borak, sampai habis waktu pun tak solat-solat lagi. Sibuk menyembang... 

Hehe.. ^^ 
Maaf akak. Jom-jom..


15 Jun 2016
#Indah_Tarbiyah



UNIC - Kita Da'i ft Hazamin Inteam, Hafiz Hamidun, Suhaimi Saad & Razin ...





(Lirik Kita Da'i)
Dari mata turun ke hati,
Dari niat menjadi bakti,
Walau sekecil mana,
Walau sebesar mana,
Terus berbudi keranaNya.

Kehidupan mengajar kita erti memberi,
Mewakafkan diri apa yang dimiliki,
Sebagai ciptaan Allah yang terindah,
Kita terdidik dengan amanah.

Kita Da'i penyebar inspirasi,
Dengan akhlak terpuji,
Dengan fikrah yang suci,
Kita Da'i bukan ntuk dihargai,
Dengan ikhlas di hati,
Semaraklah kalam Ilahi..

Selagi mana di garis yang benar,
Dakwah akan terus bersinar,
Perjuangan takkan tercalar pudar,
Jasad dan kalbu sentiasa berkobar.

(Rap)
Setiap nafas ia ibadah,
Takkan mudah tak mungkin menyerah,
Perjuangan takkan tercalar pudar,
Jasad dan kalbu sentiasa berkobar,
Kita khalifah pembela agama,
Tak kira siapa walau di mana,
Kitalah Da'i, kitalah da'i,
Ayuh semua kitalah da'i..