Kali ni Ustazah Isfadiah buka Q&A, jadi Ustazah jawab soalan-soalan yang diajukan semasa sesi live berlangsung.
Antara point-point penting yang sempat fatin catat:
Perbetulkan niat, matlamat & juga sudut pandang kita tentang perkahwinan!
|
Ustazah ulang semula tentang 3 fungsi suami
yang pernah dikongsikan dalam sesi live sebelum ini.
|
Kita kena ukur baju di badan sendiri bila dah berminat dengan seseorang.
|
Adab meminang Muslimin!
1. Kalau dah pernah berurusan dengan dia
(dalam persatuan, belajar, jual beli, bermuamalah dengan dia),
terus bagi hint!
Sebagai contoh tanya dia (awak ada perancangan untuk berkahwin tak?)
Kalau kawan, tanya dalam keadaan bersahaja, gurau-gurau sikit buat hilang rasa malu & nervous tu..
2. Boleh berterus terang dengan dia, if malu guna orang tengah
(pensyarah, kawan baik @ wali kita sendiri)
Ini pun sudah dikira permulaan, merisik tentang dia.
3. Sebelum mula tu, Solat Hajat dulu.
Saidatina Khadijah juga guna orang tengah merisik Nabi Muhammad saw, melalui Maisarah.
***
Ada yang bertanya kepada Ustazah bagaimana kita nak kenal pasangan kita tu?
Jawapan Ustazah "Selama mana kita tak berkahwin, selagi itu kita takkan kenal pasangan kita.
Dah kahwin baru kenal dia macam mana"
Dan macam mana pulak nak tahu peribadi dia ok ke tidak?
Ustazah bagi tips untuk tengok!
|
Tips
(tengok macam mana dia layan 3 indivudu penting ini!)
Macam mana dia layan ayah dia,
macam tu jugak cara dia berinteraksi/layan masyarakat.
macam tu jugak cara dia berinteraksi/layan masyarakat.
Macam mana dia layan ibu dia,
macam tu jugak cara dia layan insan-insan terdekat dengan dia, jaga hati & hormat.
macam tu jugak cara dia layan insan-insan terdekat dengan dia, jaga hati & hormat.
Macam mana dia layan adik/anak-anak buah dia yang kecil,
macam tu jugak cara dia layan anak-anak nanti.
macam tu jugak cara dia layan anak-anak nanti.
|
Saidina Umar ra juga ada pesan macam mana kita nak tahu peribadi sesorang:
1. Tanya jiran dia @ orang yang bekerja dengan dia, satu team dll..
2. Tanya orang yang pernah bermusafir dengan dia
(dia pembersih atau tidak, sabar atau tidak dll)
3. Tanya orang yang pernah berurusan kewangan/harta dengan dia
(dia kedekut atau tidak, bagi pinjam wang & mintak bayar semula ke @
suka bagi pinjam tapi tak minta semula, macam mana dia urus kewangan)
***
Kalau dah suka, tapi tak tanya, nanti kita angau!
Takut nanti berangan dan syok sendiri, perasan orang suka kita jugak.
Bahaya! Boleh bawak pada zina hati. Kita nak elak semua tu.
Nak jaga hati!
Jangan jugak bercouple, berdating dll..
Itu semua perbuatan-perbuatan yang boleh mendekati zina.
Jangan jugak bercouple, berdating dll..
Itu semua perbuatan-perbuatan yang boleh mendekati zina.
***
Dalam bertunang, buatlah taaruf ambil tahu pasal diri dia.
Tanya soalan-soalan yang berkaitan, bersesuaian dengan apa yang kita mahu tahu.
Sebagai contoh: soal poligami, family planning dll lagi.
Boleh juga bagitahu tentang situasi kita,
seperti kita anak bongsu dan menjaga ibu ayah, apa pandangan dia?
Waktu taauf ini sangat sesuai kita ajukan soalan-soalan yang berkaitan untuk tahu sejauh mana dia punya perancangan dan juga cara dia berfikir.
|
Ustazah kongsikan Doa Nabi Zakaria
(Doa Untuk Dapat Pasangan Yang Baik)
Kalau dah usaha, tapi masih belum ada rezeki jodoh dengan dia..
berdoalah moga Allah swt gantikan dengan pasangan yang lebih baik buat kita.
|
Doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada Ummu Salamah, doa ketika ditimpa musibah
(untuk dapat pengganti lebih baik)
Lebah itu ibarat lelaki soleh, yang mana lebah sentiasa mencari yang elok.
Sebaliknya langau/lalat pula sentiasa mencari yang busuk.
Apabila kita sentiasa perbaiki diri ke arah kebaikan, jaga diri..
In shaa Allah Allah swt hantar lebah yang baik untuk cari kita!
***
Boleh atau tidak sebut nama dia dalam doa kita?
|
Ustazah Isfadiah jawab seeloknya kita berdoa sebut kriteria-kriteria yang soleh,
yang kita mahukan sebab sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui siapa yang terbaik buat diri kita.
***
Macam mana pulak kalau yang suka kita tu bukan Islam, non Muslim?
|
Ustazah jawab dengan ayat 221: Surah Al-Baqarah
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). http://www.alquran.my/2/221
Ustazah pesan ajak dia kenal Islam, walaupun dia kenal Islam atas sebab sukakan kita..
Biar dia dalami Islam dan seterusnya barulah...
Biar dia dalami Islam dan seterusnya barulah...
Wallahua'lam.
Setakat itu sahaja perkongsian yang dapat fatin catat sepanjang sesi live tersebut.
Moga bermanfaat.
Mana-mana point yang kurang jelas, boleh rujuk semula sesi live Ustazah Isfadiah kat insta..
Dengar penjelasan lanjut dari Ustazah sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan