Bermulanya @nurfatinplanner

Bismillah..



Memandangkan fatin dah "OPEN" semula kedai @nurfatinplanner so fatin nak perkenalkan diri dulu la..risau kalau-kalau ada yang curiga ka, tak percaya ka, betul ke orang yang jual planner ni??? 😆😆😆 biasa laa zaman sekarang banyak jaa isu-isu yang timbul dengan seller online kan. Don't wori! i'm trusted. Dekat highlight instagram @nurfatinplanner korang boleh tengok feedback-ii dari customer yang sebelum ni pernah submit order dengan fatin, content pasal planner, bts factory dll lagi. 

Bagi hilangkan kebimbangan korang jugak, fatin officially JOIN #hajarbooksteam masa bulan November 2018!🙌 Yeah..dah setahun lebih dah AlhamduliLlah😊 as a dropship la! Bukan agent tau so fatin tak pegang stok planner! Korang kena faham la, jangan la mintak Cod bagai..hehe😅 fatin start masa belajar lagi, sem akhir kalau xsilap. Sebelum tu fatin ada buat dropship tudung dll. Fatin ❤ berniaga ni tau. Pengalaman-pengalaman berniaga sebelum ni pun fatin ada share dekat blog ni. Rajin-rajin la cari posting tu if korang nak baca tau! Fatin suka share apa yang fatin buat even benda tu simple ja macam belajar berniaga as dropship sebab dari situ mungkin ada something yang korang boleh dapat, manfaat maybe? 

Fatin buat special post ni sebab tak sempat lagi nak record video khas buat korang yang mana follow fatin kat instagram🙏 hopefully nanti sempatlah kan. Dari dulu sampai sekarang tak buat-buat videonya, segan nak oiii..hahahaha..Btw, fatin stay kat Terengganu, alumni UniSZA, baru grad bulan 10 tahun lepas & sekarang Alhamdulillah bekerja sebagai cikgu kat tadika swasta. Jual planner ni as kerja sampingan la, cari duit poket lebih. Haaa gitew😁 income geli-geli jaa..

Even jadi guru tadika & berniaga as dropship ni bukanlah bidang @ apa yang fatin belajar dekat U, itu bukanlah alasannya! Lepas habis belajar, totally kita perlu belajar untuk survive, cari duit, bayar duit pinjaman belajar, planning untuk masa akan datang, buat saving untuk sambung belajar, saving kawen, saving beli kereta, rumah dll..tak boleh nak memilih kerja sangat adik-adik tau! Ni akak bagi nasihat😄 seeloknya dari zaman sekolah @ zaman kolej, universiti lagi kita dah kena belajar cari duit sambil belajar. Zaman sekarang ramai je anak2 muda buat bisnes online kan. Duit pun masyuk💰 tapi semuanya bergantung atas kesungguhan dan usaha kita. Rezeki dari Dia. Allah swt Maha Mengetahui sejauh mana usaha kita. Usahakan yang terbaik. In shaaa Allah ada bahagian kita nanti💪💪💪

Btw, kedai online fatin beroperasi macam biasa walaupun sekarang musim penularan virus covid-19, alhamdulillah. Stay at home, stay safe & work from home! Jaga diri semua, please ikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni tau! 

Walaupun kedai online ni menyepi sekejap dari awal tahun hari tu, sekarang dah buat comeback & beroperasi semula! Specialnya comeback kali ni sekali dengan launch buku baru, SALAM & juga E-Ramadan Planner tau.. so korang boleh tengok kat instagram @nurfatinplanner 😉 

Stay tune! Nanti fatin update..
Dan akhir sekali, jangan lupa support & follow @nurfatinplanner kat instagram tau🙌 tQ..

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..