Ini juga perkongsian yang fatin dapat daripada sesi live BORAK ECE di instagram. Fatin huraikan point-point penting yang fatin sempat catat dalam bentuk penjelasan agar mudah kalian fahami. Moga bermanfaat.
Sebagai ibu bapa, kita kena faham anak-anak sentiasa nak explore!
Jadi bagaimana kita nak guide anak-anak biar ianya jadi satu proses yang tidak menekankan, tidak pressure both side? Sebagai contoh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita kena hadap gelagat anak-anak setiap hari. Dan tempoh 2 minggu yang dah pun berlalu adalah tempoh yang mencabar buat kita.
So parents kena try buat 4 perkara ini:
- Yang basic: Parents perlu kontrol emosi sendiri, bagi stabil dan barulah handle emosi anak-anak. Bila anak-anak panggil, parents kena bagi perhatian dulu. Kalau anak-anak ramai, bergantung pada siapa yang panggil dulu. Anak-anak perlukan perhatian, so kita kena pay attention. Tapi timbul pula persoalan, sanggup ke tinggal kerja untuk layan anak-anak?
|
Cuba bagi ruang pada anak-anak, lead mereka
(bagi aktiviti, game untuk dyeorang explore, kita yang bagi peluang sebab parents sebenarnya perlu attach dengan anak-anak mereka)
|
Dan kebiasaannya anak-anak ini sudah terbiasa di taska mahupun tadika buat aktiviti, bermain dan sebagainya..jadi bila di rumah, mereka perlukan aktiviti yang sama untuk mereka meneroka.
Tapi bilamana kat rumah mereka kena explore sendiri, bermain sendiri, thats why mereka buat sepah dan sebagainya..
|
Dan anak-anak akan mengamuk bilamana tak dapat apa yang mereka nak seperti gajet.
Dari situ juga mereka akan buat sepah dan sebagainya, tantrum.
|
Ibu ayah kena bersedia, sebolehnya buat jadual, tak semestinya perlu bertulis, tapi kita tetapkan dan anak-anak ikut
(ibaratnya seperti rutin harian seperti mana rutin yang anak-anak follow di taska dan juga tadika)
Dengan cara ni kita dapat bantu anak-anak stanby mental & fizikal dia apa nak buat.
Ianya tak perlu formal, dan rutin ini boleh dilakukan dengan anak-anak bermula usia 1,2 tahun.
Anak-anak kecil di taska juga ada rutin harian mereka kan.
|
Sebab tu kalau kita perasan, bila mana kembali ke taska/tadika selepas cuti panjang anak-anak mula memberontak, menangis, buat perangai itu ini..
Ini kerana mereka di rumah, dah keluar dari rutin harian sewaktu di taska/tadika sebelum ini.
Kat rumah main je kerjanya, tapi kat school ada waktu belajar, waktu main, dan sebagainya..
They have to follow.
|
Sebetulnya bila ada rutin, jadual harian..kids jadi sentiasa bersedia untuk follow. Dan apabila komunikasi kita dengan anak-anak ini kurang berjaya, cuba ketahui apa kehendak mereka sebenarnya. Itu penting. Proses ini tidak sukar bila kita tahu rutin dan juga kehendak anak-anak.
|
Sebagai contoh sepanjang pkp ini:
minggu 1 anak-anak masih happy, berhari raya dengan waktu cuti mereka.
minggu ke-2 mereka dah mula tunjuk tantrum sebab dah lama berubah rutin mereka
(rutin sebelum ni di taska/tadika)
kat rumah pula tiada aktiviti dan mereka dah mula boring
(aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti khusus yang mana mereka bermain, explore dengan andanya kita as parents yang create aktiviti tu, bukan biar mereka explore/bermain sendirian, mereka akan bosan)
|
Kalau boleh, jangan ubah rutin anak-anak kerana itulah yang sebenarnya membantu mendisiplinkan diri mereka.
- Respect, hargai & aware dengan perasaan anak-anak! Bila anak-anak luahkan perasaan mereka, jangan sekat. Biar mereka luahkan apa yang mereka rasa. Apabila parents stress, anak-anak juga akan stress sama. Lagi-lagi dengan anak-anak kita tak boleh nak berpura-pura, mereka tahu dan boleh rasa aura yang kita bawa.
|
1 hari 1 aktiviti! Itu pun sudah memadai. It is good bila parents join aktiviti sama dengan anak-anak.
Rutin harian juga penting bagi ibu ayah untuk ambil hati anak-anak.
Parents selalu ingat aktiviti kena ambil masa lama. Tak perlu.
Ambil masa 15-20 minit sahaja untuk 1 aktiviti, 1 kali pagi dan petang.
Bagi anak-anak lepas kehendak keinginan mereka dan juga biar mereka attach dengan parents.
Dan andai kata belum cukup 15 minit itu, anak-anak dah tak boleh teruskan, let them go.
As parents kita pun kena tolerate dengan anak-anak, tak perlu paksa.
|
Anak-anak ini kalau kita tak bagi perhatian langsung pun akan bermasalah.
Bila kita overprotective pun tak boleh jugak.
- Parents kena tahu label perasaan anak-anak, kids akan aware dengan perasaan dia.
Parents tak boleh terus decide perasaan anak, biar dia bagitahu apa dia rasa dan kita akan guide dia dengan betul how to handle that emotion, feeling.
Parents jangan sembunyikan perasaan anak-anak.
Sebagai contoh: anak kita sedih, dan kita kata yang sebaliknya dia tak sedih,
atas sebab nak bagi dia berhenti nangis. NO!
Sepatutnya tanya dia, kenapa sedih & kita ajar camna dia nak handle emosi sedih tu.
Lagi anak-anak kenal emosi dia, lagi cepat dia belajar kontrol emosi especially anak-anak yang berumur 4,5,6 tahun.
|
Tips bagi ibu ayah lebih mudah handle anak-anak.
Tengok keupayaan & kesediaan anak-anak, baru tengok aktiviti yang sesuai dengan mereka.
Ikut level anak-anak, kemahiran yang mereka ada.
Seperti kat rumah sekarang ni, more to practical aktiviti, pengurusan diri di rumah.
Walaupun kognitif anak-anak masih tak capai lagi, tapi dari sudut fizikal mereka, aktiviti seperti sidai baju, angkat baju, lipat baju dah boleh diajar dan mereka dah boleh buat. Its okay.
- Lagi satu, parents jarang tunai kehendak anak-anak secara imaginasi. Sebagai contoh anak nak milo, tapi milo dah habis, dah lewat malam, kedai dah tutup. So how? Anak pun nak mengamuk dah..kita cuba penuhi kehendak mereka secara imaginasi, visualisation technique.
Bagitahu anak elok-elok..
"sekarang ni kedai dah tutup, dah lewat dah ni.
Kalau kedai buka, mesti ayah dah pergi beli. Mesti best kan kalau dapat minum milo.."
Kita ajar dia dapat kehendak dia secara imaginasi bayangkan kalau dapat minum milo mesti best.
kalau tak dapat ajar secara imaginasi barulah kita ajak anak minum tea dll selepas tu.
(meaning we don't give them instant gratification!)
Konklusinya, ambil masa yang ada sepanjang PKP ini untuk kenal anak-anak kita, early childhood.
Parents juga perlu standby mentally and physically!
***
Ini sahaja perkongsiannya. Moga bermanfaat!
Apapun, berbalik kepada ibu ayah itu sendiri..
lagi pula mereka lebih mengenal bagaimana anak-anak mereka.
0 comments:
Catat Ulasan