Memaparkan catatan dengan label Nota Usrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Usrah. Papar semua catatan

Di Mana Suami Solehku? (Notes Live Insta: Ustazah Isfadiah)

Bismillah. Sambungan~

Kali ni Ustazah Isfadiah buka Q&A, jadi Ustazah jawab soalan-soalan yang diajukan semasa sesi live berlangsung.

Antara point-point penting yang sempat fatin catat:

Perbetulkan niat, matlamat & juga sudut pandang kita tentang perkahwinan!
|
Ustazah ulang semula tentang 3 fungsi suami 
yang pernah dikongsikan dalam sesi live sebelum ini.
|
Kita kena ukur baju di badan sendiri bila dah berminat dengan seseorang.
|
Adab meminang Muslimin!

1. Kalau dah pernah berurusan dengan dia 
(dalam persatuan, belajar, jual beli, bermuamalah dengan dia),
terus bagi hint!
Sebagai contoh tanya dia (awak ada perancangan untuk berkahwin tak?)
Kalau kawan, tanya dalam keadaan bersahaja, gurau-gurau sikit buat hilang rasa malu & nervous tu..

2. Boleh berterus terang dengan dia, if malu guna orang tengah 
(pensyarah, kawan baik @ wali kita sendiri)
Ini pun sudah dikira permulaan, merisik tentang dia.

3. Sebelum mula tu, Solat Hajat dulu.
Saidatina Khadijah juga guna orang tengah merisik Nabi Muhammad saw, melalui Maisarah.


***
Ada yang bertanya kepada Ustazah bagaimana kita nak kenal pasangan kita tu?
Jawapan Ustazah "Selama mana kita tak berkahwin, selagi itu kita takkan kenal pasangan kita. 
Dah kahwin baru kenal dia macam mana"

Dan macam mana pulak nak tahu peribadi dia ok ke tidak?
Ustazah bagi tips untuk tengok!
|
Tips 
(tengok macam mana dia layan 3 indivudu penting ini!)

Macam mana dia layan ayah dia,
macam tu jugak cara dia berinteraksi/layan masyarakat. 

Macam mana dia layan ibu dia,
macam tu jugak cara dia layan insan-insan terdekat dengan dia, jaga hati & hormat.

Macam mana dia layan adik/anak-anak buah dia yang kecil,
macam tu jugak cara dia layan anak-anak nanti.
|
Saidina Umar ra juga ada pesan macam mana kita nak tahu peribadi sesorang:

1. Tanya jiran dia @ orang yang bekerja dengan dia, satu team dll..

2. Tanya orang yang pernah bermusafir dengan dia 
(dia pembersih atau tidak, sabar atau tidak dll)

3. Tanya orang yang pernah berurusan kewangan/harta dengan dia
(dia kedekut atau tidak, bagi pinjam wang & mintak bayar semula ke @ 
suka bagi pinjam tapi tak minta semula, macam mana dia urus kewangan)


***
Kalau dah suka, tapi tak tanya, nanti kita angau!
Takut nanti berangan dan syok sendiri, perasan orang suka kita jugak.
Bahaya! Boleh bawak pada zina hati. Kita nak elak semua tu.
Nak jaga hati!
Jangan jugak bercouple, berdating dll..
Itu semua perbuatan-perbuatan yang boleh mendekati zina.


***
Dalam bertunang, buatlah taaruf ambil tahu pasal diri dia. 
Tanya soalan-soalan yang berkaitan, bersesuaian dengan apa yang kita mahu tahu.
Sebagai contoh: soal poligami, family planning dll lagi.
Boleh juga bagitahu tentang situasi kita, 
seperti kita anak bongsu dan menjaga ibu ayah, apa pandangan dia? 
Waktu taauf ini sangat sesuai kita ajukan soalan-soalan yang berkaitan untuk tahu sejauh mana dia punya perancangan dan juga cara dia berfikir.
|
Ustazah kongsikan Doa Nabi Zakaria 
(Doa Untuk Dapat Pasangan Yang Baik)

Added by @makweengineering Instagram post MASIH SINGLE?. Doa ...

Kalau dah usaha, tapi masih belum ada rezeki jodoh dengan dia..
berdoalah moga Allah swt gantikan dengan pasangan yang lebih baik buat kita. 
|
Doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada Ummu Salamah, doa ketika ditimpa musibah
(untuk dapat pengganti lebih baik)

Doa Ditimpa Musibah - TamanSyurga

Lebah itu ibarat lelaki soleh, yang mana lebah sentiasa mencari yang elok.
Sebaliknya langau/lalat pula sentiasa mencari yang busuk.
Apabila kita sentiasa perbaiki diri ke arah kebaikan, jaga diri..
In shaa Allah Allah swt hantar lebah yang baik untuk cari kita!


***
Boleh atau tidak sebut nama dia dalam doa kita?
|
Ustazah Isfadiah jawab seeloknya kita berdoa sebut kriteria-kriteria yang soleh,
 yang kita mahukan sebab sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui siapa yang terbaik buat diri kita.


***
Macam mana pulak kalau yang suka kita tu bukan Islam, non Muslim?
|
Ustazah jawab dengan ayat 221: Surah Al-Baqarah
2_221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). http://www.alquran.my/2/221

Ustazah pesan ajak dia kenal Islam, walaupun dia kenal Islam atas sebab sukakan kita..
Biar dia dalami Islam dan seterusnya barulah...


Wallahua'lam.
Setakat itu sahaja perkongsian yang dapat fatin catat sepanjang sesi live tersebut.
Moga bermanfaat.
Mana-mana point yang kurang jelas, boleh rujuk semula sesi live Ustazah Isfadiah kat insta..
Dengar penjelasan lanjut dari Ustazah sendiri.

Mencari Suami Yang Soleh (Notes Live Insta: Ustazah Isfadiah)

Bismillah.
Fatin akan share dalam bentuk point-point penting & jugak sedikit huraian.
Moga bermanfaat💕

1. Tengok diri kita sendiri!

Tiada suami yang betul-betul gred 'A'.
|
Kenapa kita nak dapat suami soleh? 
|
Sebab perkahwinan itu sendiri ibarat 'dunia baru' bagi kita.
|
Untuk berdepan dengan dunia baru, kita perlukan sokongan daripada suami kita.
|
1. Suami bantu kita kukuhkan iman! 
Bina iman & juga ketakwaan.

2. Suami memudahkan kita ke Syurga! 
Suami ibarat 'Door To Jannah'

3. Berganding bahu dengan suami didik anak-anak jadi baik, 
matlamat kita bina generasi yang berkualiti, yang baik.
Persiapkan anak-anak kenal Allah swt, jadi khalifah. 

2. Betulkan sudut pandang kita!

Allah swt hantar pasangan yang sekufu dengan kita.
|
Ingat! Semua orang boleh jadi soleh.
|
Dan maksud sekufu kat sini, tak semestinya kita dan pasangan punya 
hobi yang sama, minat yang sama dll
|
Jangan tertipu! Tak semestinya semua sama.
Sebagai contoh sudu & garfu.
Rupanya saja sudah berbeza,
apatah lagi fungsinya, turut bebeza. 
|
Suami isteri itu saling melengkapi: kena berbeza.
Dan bersedialah kita untuk hadapi perbezaan itu.
Bila dah bersedia, kita jadi lebih lapang terima perbezaan yang datang. 

3. Tips mencari! (6 Tips)

  • Doa sebagai permulaan! (Soal jodoh ini takdir yang boleh berubah)
Doa kalau kita hafal tapi tak hayatinya, tak umpphhh..biar doa itu dari hati!
|
Belajar kriteria-kriteria orang soleh! 
Sebagai contoh Nabi Muhammad saw, Nabi Yusuf, Imam Syafie dll..
Cari top 10 yang terbaik!
|
Listkan kriteria-kriterianya sebagai contoh: 
punya kesabaran, kasih pada ibu ayah, kasih pada anak-anak, cinta Allah swt tanpa syarat dll..
|
Lepas tulis tengok kriteria-kriteria mana yang boleh bantu tambah momentum,
mengukuhkan keimanan diri kita! (Ingat tujuan asal fungsi suami☝)
|
Seterusnya, berdoalah! 

  • Bila dah ada kriteria-kriteria yang kita mahu, fokus pada diri sendiri pula!
Memperbaiki diri itu sangat penting. 
Saat kita perbaiki diri, mohon Allah swt jaga diri pasangan kita. Biar sama-sama perbaiki diri. 
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri sendiri sahaja. 
Be flexible ke arah kebaikan. 
|
Dan berhati-hatilah dengan perangkap 'ego & sombong'.
Bila dah jadi baik, mula pandang orang tak baik. Nauzubillah..
Hati-hati!
|
Fokus pada ilmu-ilmu yang perlu dicari!

1. Ilmu parenting 
(Ilmu ini bantu diri kita jadi lebih matang, 
mata kita juga lebih matang dalam menilai & melihat orang)
Boleh rujuk link yang Ustazah Isfadiah bagi https://bijakparenting.com/

2. Ilmu pengurusan silaturrahim 
(belajar macam mana nak rapatkan hubungan kekeluargaan, jaga hubungan dll)

3. Ilmu kewangan 
(belajar pengurusan wang, menabung dll..belajar dengan orang yang betul)

4. Ilmu, skill komunikasi 
(belajar handle komunikasi antara dua pihak dll)
|
Tahan diri, perasaan teruja @ terpikat dengan melihat lelaki-lelaki yang belum jadi pasangan kita!
Kalau nampak kelibat lelaki-lelaki soleh camna?
Caranya adalah dengan berdoa! Baca ayat 191: Surah Ali-Imran. Bermula ayat Rabbana ma..

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. http://www.surah.my/3


Jaga diri kita, in shaa Allah pasangan kita Allah swt jaga. TRUST HIM!

  • Dapat sokongan dari ibu/ayah
Ada 4 kriteria yang ada pada ibu/ayah kita (berbanding dengan kawan-kawan kita)
|
1. Mereka punya hubungan lebih akrab dengan bakal pasangan kita, suami kita berbanding kita.

2. Mata ibu/ayah lebih nampak pasangan kita sesuai @ tidak dengan diri kita.
Mereka yang membesarkan kita sudah pasti tahu baik buruk anak mereka.

3. Ibu/ayah ikhlas dengan kita, tidak berkepentingan dalam membantu kita 
melainkan hanya mahukan yang terbaik buat diri kita.

4. Doa ibu/ayah mustajab. 

  • Bila datang calon (Nak buat camna?)
Lihat kelebihan & kekurangan dia, merisik dia (siasat pasal diri dia dengan cara yang betul)
|
Bila ada kekurangan, lihat sama ada kita boleh bantu @ tidak
|
Kalau tidak, kita undur diri (bukan lari sebab sombong tapi kita punya alasan kukuh kenapa)
Kalau boleh bantu, ahlan!

  • Jangan jual mahal, Jangan pulak jual murah!
Kalau tak bersedia, beri jawapan jangan buat orang tertunggu-tunggu, 
tergantung sepi pertanyaan orang.
|
Jangan beri harapan, jangan buang masa.
|
Bagi hint kat dia kalau kita dah suka. Kalau dah suka, Solat Hajat minta Allah swt bukakan pintu hati dia. Kalau dah nampak bayang-bayang dia pun macam tahu, terus bagitahu direct pada dia, tanpa memalukan diri dia. Orang soleh dia tak suka main-main, dia akan bagi keputusan tapi lambat sikit atas sebab dia fikir betul-betul.
|
Kalau kita terganggu, terbayang-bayang wajah..
Baca ayat 39: Surah, Ar-Rad & sapu pada mata kita.

A039
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". http://www.surah.my/13

  • Iringi kelima-lima usaha kita dengan Solat Hajat & Solat Istikharah.

***
Kehidupan berumah tangga boleh jadi 'lubuk bala' @ 'lubuk pahala'! Bergantung pada diri kita bagaimana pandunya..Salah satu cara bina pendinding keluarga kita, baca Al-Mathurat sama-sama. Tiada istilah cari suami soleh, kita yang perlu gilap diri kita jadi solehah! Ingat..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 

Sekian saja perkongsian kali ni. Ini yang fatin sempat catat daripada perkongsian Ustazah Isfadiah. Moga bermanfaat.

Kalau ada yang pertikaikan kenapa fatin kena share benda-benda macam ni? 
Simple je jawapannya. Fatin anggap ini juga ilmu buat mereka yang sedang dalam proses mencari, terpulanglah atas kehendak & juga keperluan masing-masing. Nama lagi ilmu kan, tak rugi pun berkongsi. Wallahua'lam.

Noted ! Akhwatifillah... . Suami yang soleh adalah yang ba… | Flickr

#3 Muhasabah Diri

Bismillah...

Allah s.w.t perintahkan kita untuk muhasabah diri bukan pada hari-hari tertentu, program-program tertentu, waktu-waktu tertentu tapi S E N T I A S A pada setiap individu Muslim.

Muhasabah ada 2 jenis:
- Muhasabah apa yang telah berlaku
- Muhasabah apa yang akan berlaku

Saidina Umar sentiasa ada pertemuan dengan para sahabat yang lain untuk muhasabah diri.

Manusia juga ada 3 jenis perangai:
- Manusia yang suka bila orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang tak suka orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang lebih suka & selesa diri sendiri yang muhasabah (paling afdal)

moga bermanfaat :D

***
Kunci kebahagiaan diri ! 
Nak perbaiki diri?
Ayuh !
Muhasabah... 
Yang salah diperbetulkan, Yang baik diteruskan. 

#1 Ukhuwwah Islamiyyah

Bismillah.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ingin hadiahkan kepada sahabat-sahabat fillah #NotaUsrahIndah_Tarbiyah. Alhamdulillah.. akhirnya saya berkesempatan melakukannya dengan izin Allah s.w.t. Dan ini merupakan perkongsian pertama saya  ^_^

Semoga santapan yang disediakan ini boleh mengisi rohani kalian yang sedang kelaparan. Jangan lupa ! Baca bismillah terlebih dahulu. Pastikan setiap suapan yang masuk itu disertai dengan keberkatan dari-Nya. Selamat menjamu selera.


Soalan yang diajukan kepada ustaz:
Macam mana nak bersahabat dengan berlandaskan takwa?

Jawab ustaz:
1) Apabila menyayangi sahabatnya, dia mesti beritahu bahawa sayang dia itu kerana Allah s.w.t.
2) Apabila berpisah, minta kepada sahabat untuk didoakan kebaikan ke atasnya (ingat dalam doa).

Ingin doa mustajab: Dahulukan doa dengan menyebut nama rakan (dahulukn doa buat sahabat) & in shaa Allah malaikat akan membalas kembali doa itu kepada kita.

3) Apabila berjumpa dua saudara, tunjukkan senyuman beserta wajah yang berseri-seri (senyuman kamu kepada saudara kamu adalah sedekah).
4) Apabila berjumpa dua saudara, bersalaman dengan kemas.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Mana-mana muslim tatkala berjumpa bersalam, Allah s.w.t akan ampunkan dosa sehingga tangan mereka jatuh/dilepaskan."

5) Hendaklah sentiasa menziarahi sahabat dari masa ke masa kerana Allah s.w.t.
6) Hendaklah dia menyebut tahniah kepada sahabat di atas kejayaan mereka.
7) Beri hadiah kepada sahabat.

Berilah hadiah / saling beri hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang.

8) Merealisasikan hak-hak ukhuwwah secara betul:
- beri salam.
- apabila dijemput ke kenduri, rumah, penuhkan undangan (pergi).
- apabila diminta beri nasihat, beri sekadar yang kita mampu.
- apabila sahabat bersin, jawab bersin (yarhamkallah) kalau dia sebut (Alhamdulillah).
- apabila sahabat sakit, ziarahi dan doakan kesembuhan bagi dirinya.
- apabila sahabat meninggal, iringi jenazahnya hingga ke kubur.

Apabila menziarahi sahabat, Allah s.w.t. akan bukakan pintu rezeki.

 Pesan Ustaz Rahmat Abdullah kepada adik-adik~

Dalam bersahabat perlu diingat 2 perkara:
1- Kesalahan & dosa diri kita kepada sahabat serta bila masa kita minta maaf kepada sahabat tersebut.
2- Kebaikan yang sahabat buat kepada diri kita & doa dari kita untuk sahabat.

Dalam bersahabat perlu dilupakan 2 perkara:
1- Kesalahan sahabat yang dilakukan kepada diri kita.
2- Kebaikan yang diri kita lakukan kepada sahabat.

Kisah teladan~
Abdullah bin Umar sanggup berjaga malam untuk melihat amalan yang dilakukan oleh seorang sahabat yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa dia merupakan ahli syurga ketika di dalam majlis ilmu. Kemudian, Abdullah bin Umar bertanya kepada sahabat tersebut: "Apakah amalan yang dilakukan oleh engkau?" Sahabat menjawab, "Aku melakukan amalan (melupakan segala kesalahan yang dilakukan oleh orang lain kepada diriku sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja)."

Peringkat ukhuwwah~
1- Melebihkan orang lain daripada diri sendiri (paling tinggi).
2- Melebihkan diri sendiri daripada orang lain (paling rendah).

"Ukhuwwah asas kepada Kesatuan, Perbalahan asas kepada Kekufuran"
Binalah ukhuwwah bagi mengejar mardotiLlah.
Kerana Syurga tujuan kita !!!

Saya selalu diingatkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan tentang ayat dalam surah Ali-Imran ini~

A103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


A110
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

 * sedikit perkongsian dari hamba yg dhoif kepada sahabat-sahabat FilLah.. Moga bermanfaat buat semua. In shaa Allah, perkongsian bagi tajuk yang seterusnya akan diupdate. Maaf atas kelewatan.
Jemput singgah ke fb:blogkeindahantarbiyah.blogspot ^_^ Mohon teguran dari sahabat-sahabat yang dikasihi andai punya kesilapan pada nota usrah ini. Syukran...

Sesuatu yang Istimewa...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum sahabat-sahabat FiLlah ^_^ Moga sihat & ceria selalu dengan izin-Nya. Ok ! Kali ini saya ingin berikan sesuatu yang istimewa buat antum semua. Hadiah ini tidaklah seberapa. Cuma diharapkan ianya boleh memberikan manfaat buat kalian yang sudi menerima & juga kepada diri saya juga. Tidak adil rasanya jika hanya saya seorang sahaja yang merasai nikmat daripada hadiah ini. Sharing is caring kan... Jadi biarlah saya kongsikan hadiah ini dengan sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah s.w.t.

Cubalah teka apa hadiahnya!! Tatkala saya menyebutkan hadiah, apa yang kalian bayangkan...? Adakah ianya bersifat material? Mahal ke? Hmmm...
Begini, hadiah itu bukanlah material, tapi ianya tersangatlah mahal ! Tiada di pasaran ! Gerenti terbaek sebab datangnya dari insan-insan yang juga terbaek, In shaa Allah.

Hadiahnya adalah....
Jeng3...
Inilah hadiahnya!!!
Tak faham ea..? Macam nie. Murabbi saya selalu pesan, "Tiap-tiap kali nti masuk usrah @ ceramah agama, nti kena bawa sebuah buku & pen/pensil bersama-sama nti. Lagipun nti ke sana buat menuntut ilmu. Bukan hanya mendengar sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri !" Jadi, bermula dari situ segala ilmu yang diperoleh ketika usrah mahupun kuliah agama akan saya catat isinya. Sebab itu saya katakan bahawa hadiah ini dari insan-insan yang terbaek. Memang benar.. Daripada isinya hanya diam di sebalik helaian-helaian kertas, lebih baek saya kongsikan ianya dengan sahabat-sahabat filLah. Jika buku-buku catatan itu hilang @ terbuang @ dimakan anai-anai, sekurang-kurangnya saya tidak akan kesal sedikitpun kerana saya telah kongsikan dengan kalian di teratak ini & kalian juga akan mengingatinya. In shaa Allah :)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sebelum mengundur diri, ini saya kongsikan lagi dengan kalian~
Pesan Murabbi lagi, "Jadilah seperti padi ! Makin berisi makin tunduk." Maksudnya, bagi insan yang menuntut ilmu, makin kamu belajar, makin banyak ilmu yang kamu peroleh. Tapi, jangan jadi insan yang bongkak dengan ilmu. Makin pandai, makin sombong & lupa diri ! Astaghfirullah... Maka jadilah insan yang makin merendah diri dengan ilmu yang diperoleh !
***
Pengumuman x 3...
Nantikan kemunculan "Nota Usrah Indah_Tarbiyah!"
Jika sahabat-sahabat fiLlah juga mempunyai nota-nota usrah
&
ingin kongsikannya di teratak ini, ianya amatlah Dialu-alukan ^_^
nota-nota usrah itu bolehlah diemailkan kepada saya ~
Wallahua'lam...

Bulatan Gembira "KAMI"

Assalamualaikum sahabat-sahabat akh0wat wa ikhwah...
Kaifahalukum ya jami'an?
Ana? Alhamdulillah... ana bikh0ir ^_^

Lama tidak menulis ayat-ayat cinta buat kalian... walaupun ianya ayat-ayat biasa tapi bagi hamba Ilahi ini, itulah sahaja saham yang mampu dilaburkan buat bekalan di akhirat kelak. Insha Allah... Sem0ga ianya mampu mengetuk pintu hati kamu-kamu semua serta mampu menjadi penawar yang bisa menyembuhkan! Dan semoga ianya diterima di sisi Kekasihku, Allah Rabbul alamin.
***

Ku k0ngsikan "kisah Bulatan Gembira KAMI" dengan sahabat2 semua... Moga ianya bermanfaat :)

Kalau kalian ada membaca entri2 yg lepas, mesti kalian kenal dgn sahabat2 saya dari DMP iaitu "Demi Masa Production"! Sememangnya kami sering menganjurkan aktiviti2 bersama, namun dari sudut 'usrah' itu sendiri belum sempat kami laksanakn bersama. Namun, perancangan Ilahi itu sungguh indah... Tatkala hati ini mula terasa k0song, tiba2 pesanan ringkas sms singgah di h/f0nku... Pesanan yg membawa sinar harapan yang bakal menerangi hati yang mula kusam ini. Pesanan itu datangnya dari sahabat DMP, mengajak diri buat mengikuti usrah bersama...

Hari ditetapkan, masa dihitung, bilik dicari & akhirnya kami ber'Usrah'... Bulatan gembira kami dimulakan! Sahabat2 yg hadir ketika itu terdiri daripada 4 orang ikhwah & 9 orang akhowat. Sebenarnya ahli kami masih belum cukup (ikhwah), tapi itu sudah memadai bagi mengisi perk0ngsian pada petang itu... Usrah kami dimulakan dengan perkongsian daripada Ustaz Rafiz mengenai kes2 murtad yang berlaku di bumi malaysia nie. Antara kisah yang dikongsikan turut melibatkan 'mereka2' yang telah pun memeluk Islam, tapi ingin kembali kepada agama asal mereka kerana kecewa dengan 'sikap umat Islam' itu sendiri... Mereka tahu apa itu Islam dan mereka tak salahkan agama Islam. Tapi, attitude orang Islam itu yang menyedihkan!

Pernah hari tu (kat stesen bas) on the way balik ke Terengganu, ada mak cik Cina nie nak beli tiket bas. Lepas tu dye tanye dekat pak cik Melayu. Pak cik tu tunjukkn dgn jari dye kaunter yg jual tiket bas, tapi mak cik tu tak nampak @ tak perasan & berjalan melepasinya. Lepas tu, mak cik Cina tu tnye lagi, "Mana tempatnye?" Kakak yang kat kaunter tu dah 'p0t pet' yg tak sepatutnye! Muncul pulak sorang lagi pak cik Melayu laen yang sindir mak cik Cina tu sebab tak nampak kaunter tiket! saye yang teng0k nie terdiam sbb terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh mereka2 di situ terhadap mak cik Cina tu. Kalau diikutkan, apa salah dye? Tersilap kaunter? Semua orang pernah buat silap!!! Nak sindir & kutuk itu ini? Apa hak kita nak sindir mak cik tu? Sebab kita berlainan bangsa? Atau sebab kita Islam dye bukan Islam? Astaghfirullah x 3....

Sedih sangat bila melihat situasi begitu. Kecewa yang teramat dengan sikap orang Islam. Siapa yang mengajar kita supaya berkelakuan sebegitu? Rasulullah mengajar kita supaya berbuat demikian? Islam mengajar kita sebegitu? Tanya dirimu duhai insan yang bergelar hamba Allah. Adakah Islam meletakkan perbezaan darjat, keturunan mahupun bangsa dalam kalangan ummatnya? Firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Dalam ayat al-Quran pun sudah dijelaskan bahawa kita dijadikan berbagai bangsa dan bersuku puak supaya saling berkenal-kenalan, beramah mesra dan saling hormat menghormati. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jangan hanya pandai sebut "Aku orang Islam", tapi perlakuan kita langsung tidak menunjukkan nilai2 Islam yang benar". Nauzubillah.... Islam itu indah bukan. Mengapa kita ummatnya mesti menc0nteng arang padanya? Mengapa kita tidak menjadikan diri kita seindah ajaran Islam yang syumul itu? Allahurabbi...

 Astaghfirullah...
 ***

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..