Kaifahalukum ya jami'an?
Ana? Alhamdulillah... ana bikh0ir ^_^
Lama tidak menulis ayat-ayat cinta buat kalian... walaupun ianya ayat-ayat biasa tapi bagi hamba Ilahi ini, itulah sahaja saham yang mampu dilaburkan buat bekalan di akhirat kelak. Insha Allah... Sem0ga ianya mampu mengetuk pintu hati kamu-kamu semua serta mampu menjadi penawar yang bisa menyembuhkan! Dan semoga ianya diterima di sisi Kekasihku, Allah Rabbul alamin.
***
Ku k0ngsikan "kisah Bulatan Gembira KAMI" dengan sahabat2 semua... Moga ianya bermanfaat :)
Kalau kalian ada membaca entri2 yg lepas, mesti kalian kenal dgn sahabat2 saya dari DMP iaitu "Demi Masa Production"! Sememangnya kami sering menganjurkan aktiviti2 bersama, namun dari sudut 'usrah' itu sendiri belum sempat kami laksanakn bersama. Namun, perancangan Ilahi itu sungguh indah... Tatkala hati ini mula terasa k0song, tiba2 pesanan ringkas sms singgah di h/f0nku... Pesanan yg membawa sinar harapan yang bakal menerangi hati yang mula kusam ini. Pesanan itu datangnya dari sahabat DMP, mengajak diri buat mengikuti usrah bersama...
Hari ditetapkan, masa dihitung, bilik dicari & akhirnya kami ber'Usrah'... Bulatan gembira kami dimulakan! Sahabat2 yg hadir ketika itu terdiri daripada 4 orang ikhwah & 9 orang akhowat. Sebenarnya ahli kami masih belum cukup (ikhwah), tapi itu sudah memadai bagi mengisi perk0ngsian pada petang itu... Usrah kami dimulakan dengan perkongsian daripada Ustaz Rafiz mengenai kes2 murtad yang berlaku di bumi malaysia nie. Antara kisah yang dikongsikan turut melibatkan 'mereka2' yang telah pun memeluk Islam, tapi ingin kembali kepada agama asal mereka kerana kecewa dengan 'sikap umat Islam' itu sendiri... Mereka tahu apa itu Islam dan mereka tak salahkan agama Islam. Tapi, attitude orang Islam itu yang menyedihkan!
Pernah hari tu (kat stesen bas) on the way balik ke Terengganu, ada mak cik Cina nie nak beli tiket bas. Lepas tu dye tanye dekat pak cik Melayu. Pak cik tu tunjukkn dgn jari dye kaunter yg jual tiket bas, tapi mak cik tu tak nampak @ tak perasan & berjalan melepasinya. Lepas tu, mak cik Cina tu tnye lagi, "Mana tempatnye?" Kakak yang kat kaunter tu dah 'p0t pet' yg tak sepatutnye! Muncul pulak sorang lagi pak cik Melayu laen yang sindir mak cik Cina tu sebab tak nampak kaunter tiket! saye yang teng0k nie terdiam sbb terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh mereka2 di situ terhadap mak cik Cina tu. Kalau diikutkan, apa salah dye? Tersilap kaunter? Semua orang pernah buat silap!!! Nak sindir & kutuk itu ini? Apa hak kita nak sindir mak cik tu? Sebab kita berlainan bangsa? Atau sebab kita Islam dye bukan Islam? Astaghfirullah x 3....
Sedih sangat bila melihat situasi begitu. Kecewa yang teramat dengan sikap orang Islam. Siapa yang mengajar kita supaya berkelakuan sebegitu? Rasulullah mengajar kita supaya berbuat demikian? Islam mengajar kita sebegitu? Tanya dirimu duhai insan yang bergelar hamba Allah. Adakah Islam meletakkan perbezaan darjat, keturunan mahupun bangsa dalam kalangan ummatnya? Firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 13:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Dalam ayat al-Quran pun sudah dijelaskan bahawa kita dijadikan berbagai bangsa dan bersuku puak supaya saling berkenal-kenalan, beramah mesra dan saling hormat menghormati. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka yang bukan beragama Islam. Jangan hanya pandai sebut "Aku orang Islam", tapi perlakuan kita langsung tidak menunjukkan nilai2 Islam yang benar". Nauzubillah.... Islam itu indah bukan. Mengapa kita ummatnya mesti menc0nteng arang padanya? Mengapa kita tidak menjadikan diri kita seindah ajaran Islam yang syumul itu? Allahurabbi...
Astaghfirullah...
Perbincangan kami bertambah menarik apabila masing2 mula mengeluarkan pendapat masing2. Dalam perbincangan tersebut, apa yang boleh dirumuskan: kita sebagai umat islam mesti sedar bahawa apa yang berlaku dibumi Syams, Syria, Mesir, Gaza (palestin), Rohingnya & tempat2 laen itu turut melibatkan kita kerana itu isu akidah yang melibatkan penentangan terhadap ummat Islam. Saye teringat lagi kata2 Ustaz Abdul Malik ketika penerangan oleh beliau mengenai isu yang berlaku di Mesir, "Nyawa ummat Islam pada masa kini tiada nilainya. Kalau masa raya korban, kita nak sembelih lembu pun kena bayar harga seekor lembu tu, tapi nyawa ummat Islam? Senang2 sahaja ummat Islam disembelih, dibunuh, ditembak, dirogol & sebagainya...Mereka ditendang ke sana sini ibarat bola 0leh negara2 yang bersubahat yang ingin menjatuhkan Islam!"
Kita mesti mainkan peranan dalam membantu saudara2 seIslam kita di sana. Hulurkan wang ringgit andai itu yang kita mampu. Jika tiada wang ringgit, maka panjatkan doa kepada Ilahi moga saudara2 seIslam kita di sana sentiasa diberi perlindungan olehNya dan kemenangan berpihak kepada para mujahidin di sana yang sentiasa bersedia & berkorban demi mempertahankan tanah air mereka serta menegakkan yang hak!
Bagi anak2 remaja yang mungkin sebaya dengan diri ini,
cukuplah 'bersenang2' di ruangan fb mu... Manfaatkan ruangan fb mu itu dengan perkara2 yang bermanfaat seperti menghebahkan tentang apa yang berlaku terhadap saudara2 seIslam kita disana. Mungkin itu juga boleh dijadikan sebagai saham akhiratmu kelak. Biiznillah...
***
Ustaz Rafiz kemudiaannya menambah: dalam kita sibuk memikirkan isu2 yang berlaku terhadap saudara2 seIslam kita di sana...kita jangan pernah lupa terhadap isu2 yang sedang rancak berlaku di bumi Malaysia ini! Isu anak luar nikah, pergaulan bebas, tembak-menembak, rogol, murtad, hiburan yg melampau & sebagainya. Anak2 remaja makin parah dengan dunia mereka! Kenapa isu2 di luar sana kita sangat2 ambil cakna & kenapa isu2 yg berlaku di sini kita kurang cakna? K0nklusinya, kita mesti cakna akan isu ummah! Macam mana Islam itu akan naik sekiranya ummah r0sak?
Think ab0ut it!!! Find the s0lution... Work f0r Islam & ummah. Rise Islam.
***
***
Begitulah kisah bulatan gembira "KAMI". Moga perbincangan di dalamnya bermanfaat buat semua. Itu salah satu cara berusrah. Mungkin kalian ada cara yang tersendiri ketika berusrah. Itu terpulang kepada kalian... Kadang2 sesetengah orang juga kurang gemar menggunakan istilah "Usrah" itu sendiri. Mungkin ada juga yang dah jemu mendengarnya, jadi ada juga yang telah mengubahnya menjadi "Bulatan Gembira" @ "Simpuh2 Akhowat" @ "Bulatan Syurgawi" & sebagainya =)
Ape2pun, manfaatkan ia dengan sebaiknya. Segala input yg diperoleh dari usrah itu, moga boleh dikeluarkan pula sebagai output kepada sahabat2 yang lainnya. Sharing is caring...
M0ga saya & sahabat2 yang disayangi bisa bertemu di lain entri... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca perk0ngsian yang tak seberapa ini. Barakallahu fikum...
Alhamdulillah...
Segala Puji bagi Allah...
"USRAH"
=
UNTUK SEMUA RASA ALLAH HEBAT
0 comments:
Catat Ulasan