Assalamualaikum sahabat-sahabat FiLlah ^_^ Moga sihat & ceria selalu dengan izin-Nya. Ok ! Kali ini saya ingin berikan sesuatu yang istimewa buat antum semua. Hadiah ini tidaklah seberapa. Cuma diharapkan ianya boleh memberikan manfaat buat kalian yang sudi menerima & juga kepada diri saya juga. Tidak adil rasanya jika hanya saya seorang sahaja yang merasai nikmat daripada hadiah ini. Sharing is caring kan... Jadi biarlah saya kongsikan hadiah ini dengan sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah s.w.t.
Cubalah teka apa hadiahnya!! Tatkala saya menyebutkan hadiah, apa yang kalian bayangkan...? Adakah ianya bersifat material? Mahal ke? Hmmm...
Begini, hadiah itu bukanlah material, tapi ianya tersangatlah mahal ! Tiada di pasaran ! Gerenti terbaek sebab datangnya dari insan-insan yang juga terbaek, In shaa Allah.
Hadiahnya adalah....
Jeng3...
Inilah hadiahnya!!!
Tak faham ea..? Macam nie. Murabbi saya selalu pesan, "Tiap-tiap kali nti masuk usrah @ ceramah agama, nti kena bawa sebuah buku & pen/pensil bersama-sama nti. Lagipun nti ke sana buat menuntut ilmu. Bukan hanya mendengar sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri !" Jadi, bermula dari situ segala ilmu yang diperoleh ketika usrah mahupun kuliah agama akan saya catat isinya. Sebab itu saya katakan bahawa hadiah ini dari insan-insan yang terbaek. Memang benar.. Daripada isinya hanya diam di sebalik helaian-helaian kertas, lebih baek saya kongsikan ianya dengan sahabat-sahabat filLah. Jika buku-buku catatan itu hilang @ terbuang @ dimakan anai-anai, sekurang-kurangnya saya tidak akan kesal sedikitpun kerana saya telah kongsikan dengan kalian di teratak ini & kalian juga akan mengingatinya. In shaa Allah :)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila kamu melalui (bertemu)
dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti
untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman
Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat
at-Tirmizi).
Sebelum mengundur diri, ini saya kongsikan lagi dengan kalian~
Pesan Murabbi lagi, "Jadilah seperti padi ! Makin berisi makin tunduk." Maksudnya, bagi insan yang menuntut ilmu, makin kamu belajar, makin banyak ilmu yang kamu peroleh. Tapi, jangan jadi insan yang bongkak dengan ilmu. Makin pandai, makin sombong & lupa diri ! Astaghfirullah... Maka jadilah insan yang makin merendah diri dengan ilmu yang diperoleh !
***
Pengumuman x 3...
Nantikan kemunculan "Nota Usrah Indah_Tarbiyah!"
Jika sahabat-sahabat fiLlah juga mempunyai nota-nota usrah
&
ingin kongsikannya di teratak ini, ianya amatlah Dialu-alukan ^_^
nota-nota usrah itu bolehlah diemailkan kepada saya ~
Wallahua'lam...
0 comments:
Catat Ulasan