Semestinya nak perbaiki kelemahan diri sebagai fasilitator dan di samping tu fatin nak tahu input apa yang fatin boleh bawak balik, kongsikan dengan geng fasi yang lain. Fatin dari zaman diploma lagi dah terbiasa jadi fasilitator. Masuk degree pun sama. Kalau sebelum ni, dapat gambaran tentang peranan fasilitator secara kasar dan belajar dari pengalaman-pengalaman yang ada je. Setiap program yang kita sertai sebagai fasilitator pasti ada cabarannya. Dari situ jugaklah kita belajar apa yang perlu kita buat dan perbaiki apa yang kurang. Bila dah ada special training anjuran YADIM ni rasa macam rugi pulak kalau tak join. Lagipun tengah free takde buat pape, dari buang masa baik ikut program ni.
Nak memudahkan korang faham apa yang fatin catatkan ni, so fatin bagi point-point penting je tau. Mana yang perlu pada huraian fatin jelaskan. Share sikit apa yang fatin dapat dari TOF baru-baru ni..
👇Ciri-ciri Fasilitator Ideal
- berilmu - berbudi bahasa
- jiwa pendidik - menguasai modul
Bagi seorang fasilitator, dia perlu menjiwai dan faham modul yang digunakan. Bila faham, dengan mudahnya dia boleh jelaskan ibrah modul tersebut. Ibrah modul cuba kaitkan dengan ayat al-Quran dan juga hadis.
👇Penyakit Fasilitator
1. Tidak menepati masa 4. Gementar/gugup
2. Tidak bersedia (modul) 5. Perasaan rendah diri yang melampau
3. Malu-malu kucing 6. Memalukan diri sendiri
First impressions sebenarnya penting.
👇Cara Merawat Penyakit
1. Sedia terima hukuman sekiranya lambat
2. Bina rapport, 2 communication ways
-kongsikan apa yang menggembirakan
-bina mood dalam kumpulan
Sebagai contoh, bagi kumpulan yang bising fasilitator cuba tarik minat mereka semula dengan cara sebut/cakap sepatah-sepatah @ berdiam diri seketika/be silent. Mimik muka, pandangan mata ada peranannya. Bila dah nampak ahli kumpulan okay, teruskan aktiviti seperti biasa.
3. Tahu giliran (fasilitator perlu sentiasa bersedia)
4. Jaga pernafasan (eye contact & ada objek sebagai teman sebagai contoh pen dll bagi mengurangkan rasa gemuruh)
5. Lokasi selesa dan bersesuaian (zahirkan kemesraan)
6. Berfikir sebelum bertindak (kenal pasti tahap kematangan ahli kumpulan)
👇Masalah ahli kumpulan (MAK)
1. Hilang dari kumpulan (tak ikut serta aktiviti)
2. Pasif
3. Hyper aktif
4. Melanggar peraturan
Fasilitator kena perbanyakkan energizer even dalam kumpulan sendiri. Cuba cari cara elakkan ahli keluar dari kumpulan. Buat macam kawan @ adik. Bina hubungan. Panggilan untuk fasilitator juga mengikut keselesaan peserta.
👇Penyelesaian bagi MAK
1. Pasif - bagi energizer (yang boleh tukar mood/menaikkan semangat ahli kumpulan, hilangkan rasa mengantuk)
2. Hilang - kembalikan suasana/mood ceria dalam kumpulan
3. Hyper - rujuk cikgu/ketua yang bertugas, ingatkan ahli kumpulan tentang matlamat program
4. Peraturan - bagi denda yang bersesuaian individu/kumpulan
👇Tatacara LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
1. Bacaan Al-Fatihah
2. Tanya khabar/taaruf
3. Kenal pasti tema aktiviti yang bakal dijalankan (kepimpinan/sahsiah/motivasi)
4. Beri arahan dengan jelas, berkesan
5. Pastikan modul dijalankan dengan betul
6. Minta wakil peserta beri ibrah aktiviti (volunteer, paksa ahli dalam kumpulan)
7. Fasilitator beri ibrah daripada aktiviti
8. Tutup dengan tasbih kaffarah dan bacaan surah al-Asr
👇Rukun LDK
1. Keterbukaan - open untuk bercerita
2. Kerjasama
3. Kerahsiaan - dalam kumpulan sahaja
4. Adabul Ikhtilaf
Dan sebelum kenal peserta, fasilitator kena kenal diri sendiri dulu. Kita ni orangnya camna! Ofcoz setiap orang berbeza kan.
👇Type of person/facilitator (lupe tajuk yg sebetulnya..so fatin letak la tajuk sndiri. Sori😅)
1. Neuro (jenis yang serius), dalam kumpulan fasilitator, dialah pemikir utama, ada strategi, guna logik akal.
2. Tekno (jenis yang fleksibel), dalam kumpulan fasilitator dia pakar teknikal, bangunkan modul-modul yang terbaik, pelaksana tugas-tugas khas, peramal kreatif di luar kotak.
3. Inviso (jenis yang cool), dalam kumpulan fasilitator dia pakar seni hati, pengguna elemen emosi yang padu, cemerlang dalam kemahiran sosial (public relation), bijak membaca manusia, menguasai seni menyamar (pandai bermain emosi), sesi muhasabah sesuai la dia.
4. Kombat (jenis yang havoc), dalam kumpulan fasilitator dia pejuang fizikal terbaik (aktif + stamina kuat), boleh adapt dengan cepat perubahan suasana (function: suasana yang sedih boleh bertukar ceria dengan adanya dia), mahir dalam kerja penyelarasan, sentiasa keterhadapan, tapi jenis yang buat keputusan melulu & tak berfikir panjang.
So,which one diri kita?
Bila dah kenal diri, senang kita tahu peranan masing-masing dalam menjalankan aktiviti kita kan🙌
Itulah sedikit sebanyak input yang fatin boleh kongsikan dengan korang semua. Moga bermanfaat tau..😊
Setiap malam akan ada 4 orang sukarelawan yang bertugas. 2 orang di dalam masjid, sambut jemaah yang datang ke masjid, bantu permudahkan urusan jemaah masjid, pantau apa yang patut, uruskan saf solat kanak-kanak..lagi 2 orang jaga bilik/bahagian kanak-kanak. Layan dyeorang main, pantau dyeorang sementara mak ayah solat. Bermula 8.00 malam sampai 10.30/11 malam. Kerjanya takdelah susah cuma cabaran tu tetap ada..😅 yelah, kita berurusan dengan 'manusia' kan. Macam-macam karenah ada. Tapi seronok tau😄😄😄 lagi-lagi bila sambut jemaah yang sampai tu, nak melangkah masuk masjid kita senyum, bagi salam, cium tangan..yang datang kebanyakan yang tua baya mak-mak nenek kita kan. Nampak kesungguhan kegigihan dyeorang nak solat walaupun susah nak jalan, sembahyang atas kerusi semua. Yang muda pun ramai jugak. Lagi-lagi masjid negeri memang tumpuan ramai tumpang solat Maghrib & Isyak. Dyeorang berbuka dekat Dataran Shahbandar & tempat baru yang viral tu kan. Memang time Maghrib & Isyak memang ramai giler sampai beratur panjang nak masuk bilik air, nak ambil wuduk.
Ni fatin cerita bahagian perempuan tau. Nak bagi gambaran apa yang jadi. Pastu dah ramai tu telekung yang masjid sedia memang la tak cukup. So terpaksa la menunggu lagi orang siap solat kan. Masalah timbul bila mana yang pinjam telekung ni pakai/pinjam telekung solat Maghrib, sambung Isyak & best lagi sambung terawih terus😂😂😂 kesian la yang menunggu tu..sepatutnya kalau dah tahu nak solat Maghrib sampai terawih kat masjid, bawak la telekung sesiap dari rumah. Kita ni kena belajar bertimbang rasa & cuba faham orang jugak. If nak solat Maghrib je takde masalah kan. Lagi masalah yang timbul bilamana tempat yang sepatutnya persalinan perempuan tu (tempat tukar telekung, pakai tudung) ramai pulak yang melepak dalam tu. Pakai la cecepat kak oii, dah tahu ramai jangan la menyibuk lagi dalam tu😆 belajar la memudahkan urusan orang..kesian ramai lagi nak cepat solat kejar waktu Maghrib..dah la waktu tu singkat je..lagi masalah yang ada bila mana dah sesak dalam bilik persalinan, ramai pulak keluar dan duduk dekat laluan luar. Duk situ sebab nak pakai telekung, nak make up la, nak pakai tudung la..itu kan laluan orang lalu lalang. Dah tak boleh lalu, kena pulak lalu tempat orang solat..bersesak lagi nak lalu, nak solat..
Dah jadi gitu kesian la yang solat ni tak khusyuk. Yang nak solat ni pulak suka sangat ambil tempat belakang-belakang nak solat. Kak oii depan tu banyak lagi kosong, pi la solat kat depan. Kalau semua solat belakang lagi sesak la jawabnya. Tugas kami tu la, cuba clearkan suasana biar semua happy😄 tak mau la masuk masjid stress-stress kan..bila dah tak kena camtu, kami kena la tegur solat kat depan, jangan duduk melepak dalam bilik persalinan, jangan halang laluan, jangan duduk kat situ dll..bila dah kami tegur ada la bunyi-bunyi tak puas hati😂😂😂 haha..sabar jelah. Lagi-lagi bila tegur anak muda ni, siap menjawab lagi tau. Kita tegur elok-elok, fatin tegur dyeorang duk bahagian laluan, mintak dyeorang duk luar, terus terang fatin cakap saya bukan nak halau cuma tulah, salah tempat dyeorang duduk ni, tiba-tiba ada yang menjawab "eh..banyak betul dugaan sini" ewah-ewah😆 kita senyum jelah. Kadang dua tiga kali kena cakap tak gerak jugak. . kami faham la ramai orang tempat tak muat, tapi kalau awak dah siap pakai tudung semua, memang kena la cakap beralih la tempat. Lain la kalau awak tak siap lagi & nak solat kami faham la kan..lagi satu yang fatin nampak bila dah solat saf mesti ada lubang-lubang😞 kenapa tak penuhkan leklok rapatkan saf.. bab rapatkan saf ni memang akan selalu ada kan..Inilah sedikit sebanyak cabarannya. Bahagian kanak-kanak tu alhamdulillah ok je. Cabarannya budak-budak terlebih aktif bila bermain, lagi-lagi bila dah ada geng seronok la dyeorang main😃😃😃
Bilangan anak-anak yang ada tak menentu,
paling ramai yang pernah hadir dalam 30 lebih.
Penuh satu bilik ni..
ada yang bermain, ada yang mewarna.
Kami buka untuk anak-anak berumur 3 tahun dan ke atas..
bagi yang umur 7 tahun dan ke atas,
masuk je waktu Isyak kami arahkan masuk masjid untuk solat berjemaah
di ruangan kanak-kanak yang kami sediakan.
Lepas solat Isyak bergantung pada dyeorang pulak
sama ada nak ikut solat terawih ataupun tidak..
Semestinya kami cuba pujuk dan galakkan untuk ikut serta.
Sekian sahaja perkongsian dari fatin..
Moga kita semua bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
Lama tak bercerita dengan korang semua kan. Hari ni ada mood pulak nak bercerita, nak menaip semula. Moga apa yang dikongsikan ni bermanfaat buat semua😄
Siang tadi fatin sekeluarga baru je hantar adik no.4 masuk belajar kat UniSZA. Rezeki dia dapat tawaran Diploma Pemasaran, universiti dekat pulak gan rumah, sama macam along dia. Kalau ikutkan dia dapat jugak tawaran matrikulasi dekat Perlis. Jauh sangat la, tak sampai hati nak hantar jauh-jauh. Dia pun sebelum ni tak pernah berpisah dengan kteorang, berkepit aje..haha
Best moment bila dapat hantar adik-adik masuk Universiti & dapat tengok gelagat-gelagat family lain juga..😄Turun kereta je masing-masing dah sibuk, bising agihkan tugas bawak barang mana yang patut. Yang jenis kaki tangan banyak takpela, sekali angkut je settle. Yang datang sorang, berdua terpaksa ulang alik semula ke kereta. Itupun pengorbanan juga💕
Dari pemerhatian fatin pendaftaran mahasiswa/i baru UniSZA sesi ni smooth je, semua berjalan dengan lancar. Sekarang kan online je semua, banyak dah settle. Tadi sampai UniSZA terus ke asrama, daftar masuk. Mahasiswa/i terus ambil kunci bilik dan boleh bawak masuk barang-barang. Kalau sebelum ni, masa fatin dulu 2015 macam-macam benda nak kena settlekan sebelum dapat kunci bilik. Kena beratur panjang, kesian kat family la sebab terpaksa menunggu sama. Datang awal pagi pun tengahari baru boleh settelkan semua. Banyak tempat kena gerak, sana sini settelkan satu satu. Tapi hari ni alhamdulillah senang je. Syabas buat UniSZA👍👍👍 Papa pun puji tadi, laluan nak ke asrama lelaki dan perempuan pun dah asingkan terus. Sepanjang laluan pun ada je papan tanda dan pak guard yang bertugas. Tempat parking pun sama dah agihkan mengikut asrama. Takdelah jauh sangat parking, ok jer. Kalau semua nak dekat, itu yang susah tu, jalan pun jadi sesak kan. Apapun tadi semunya senang, parents pun tak kalut nak hantar anak-anak. Sepanjang jalan nak ke asrama memang meriah, masing-masing teruja kan hantar adik/anak masuk Universiti. Fatin pun terikut sama duk kenang pengalaman dulu-dulu masa duk asrama. Sambil berjalan sambil bercerita kat family, kat adik bangunan-bangunan/tempat belajar dia. Cafe kat mana, library kat mana, nak ambil duit kat mana.
Nasib baik jugak bilik adik tingkat dua je. Takdelah kteorang naik tangga tinggi sangat dengan beg, barang-barang berat ni. Hehe..Kesian jugak tengok yang lain dapat tingkat atas-atas tu. Itulah lumrah kehidupan di universiti kan. Susah senang yang mematangkan. In shaa Allah. Dah masuk bilik, kami tolong kemas-kemas terus apa yang patut. Ada yang kemaskan almari, masukkan pakaian semua, ada yang kemas katil, kemas meja belajar. Senang dah settle semua adik takyah kalut dah, sebab lepas zohor dyeorang dah mula taklimat minggu orientasi. Settle kemas, turun asrama kami keluar makan pagi. Lepas tu balik semula ke asrama temankan adik jap, sambil borak-borak taknak la tinggalkan dia terus. Kesian pulak..dah nampak ok semua kami pun slow-slow mintak diri balik. Itupun tak lepas dari drama air mata😂😂😂
Inikan adik no.4.
Along (fatin), angah, achik memang dah pernah rasa semua ni mampu gelak jelah. Haha.. Si adik tu mata merah dah duk nangis sambil salam kami. Kesian la jugak tapi tulah moment-moment berharga akan datang. Duk universiti ni memang ajar kita untuk survive, berdikari kan. Inilah permulaannya. Takut tu memang dah, tapi bila dah boleh adapt dengan suasana kampus, semua akan ok. In shaa Allah. Biase la kan awal-awal masuk universiti ni, kalau jenis tak pernah berpisah, sekolah pun dekat-dekat rumah je terasa la jugak..bukan kata hati tisu, tapi itu ler air mata nak keluar mana boleh tahan😅 Awal-awal ja sedih, dah jumpa member, join minggu orientasi dah happy-happy lupa dah hak nanges tadi tuh..Bila bercakap fon gan mak ayah teringat rumah nangis semula..ye dak🤣🤣🤣 kadang tuk mak ayah je hak bercakap kat fon, anak duk menahan sebak, nak cakap kan suara dah lain bunyinya..taknak tunjuk sedih. Haha..
Belum cerite part hantar naik bas lagi, duk kat rumah lagi nih, baru kemas baju masuk dalam beg pun duk melayan perasaan sedih dah. Duk sot set dah..drama-drama😆Itu ler pemerhatian along sepanjang along, angah dan achik masuk univerisiti ni!😂😂😂 adik no. 4 ni tak tau drama apa pulak keluar. In shaa Allah moga kuat lagi dari kami yang suka berdrama ni..hihihi.
Korang gelak-gelak mesti korang pun geng drama air mata cam kteorang kan..yang lelaki takyah cerita la, korang mesti jiwa kental ye dak?😎
SELAMAT MELANGKAH KE ALAM UNIVERSITI🙌 Jaga diri, belajar leklok.. Nak cakap lebih pun takleh sebab fatin pun baru habis belajar, grad pun belum, kerja pun takde lagi😅 Moga yang terbaik buat semua. In shaa Allah👍
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
Bismillah..
Untuk catatan kedua ni fatin akan kongsikan tentang 'mereka' yang sentiasa bersama fatin di UniSZA. Bersama-sama cipta kenangan, suka duka demi segulung Ijazah! Dan alhamdulillah..fatin dikira bertuah sebab dapat berkawan, bersahabat dengan dyeorang semua. Korang pun mesti ada geng-geng special yang berkepit je dengan korang kan.. haha😄😄😄
1. GENG USUKIANS
Inilah first family yang bersama fatin. Dari semester 1 sampailah semester 8. Korang pun boleh bayangkan dari muka budak-budak, baru masuk alam universiti sampailah dah bertukar gaya macam mak bapak orang tau..ahaha..dari single dah bertukar status jadi wife orang, tunang orang dan bakal ibu jugak. Fatin yakin korang pun mesti punya pengalaman yang sama kan. So, kteorang ada dua group, Usuk A dan Usuk B. Ahli bagi setiap group tak berubah dari semester 1 sampailah semester 8. Bonding pun makin lama makin rapat la kan.. Kenapa Usuk? Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling..dari situlah Usuk! Bukan busuk tau😂 Kat UniSZA ni ada dua kos bawah Usuluddin, satu ISM Usuluddin dan satu lagi kos kami. Kami punya kos tambahannya kaunseling tu je. Basically apa yang student Usul belajar, kami pun belajar. Dan kaunseling tu pulak minor je, major kami still Usuluddin. Faham tak? Hopefully membantu mana yang nak sambung belajar kat UniSZA tu. Adik-adik boleh la fikir bidang mana yang korang minat nak sambung belajar. Mana-mana kos ada kelebihan tersendiri.
Sebelum ni fatin pernah je buat posting pasal geng usukians. Nanti korang carilah ye kalau berminat nak baca😊 Apa yang fatin boleh kongsikan, geng usukians ni jenis yang bekerjasama, saling bantu each other, saling support bila berprogram and fatin sangat-sangat bersyukur sebab setiap semester mesti akan ada program yang dihandle oleh pimpinan semester tu untuk eratkan ukhuwwah di antara kami semua. Semester 1 dah buat program, wow sangat hah. Siap ada video lagi. Buat kenangan la katakan..nanti fatin share video ye. Kteorang pernah buat explorace kat pantai, berkhemah, gathering dengan Mentor dan jugak solat hajat setiap kali nak exam final. Nak bina ukhuwwah tu, bukan benda mudah, tapi bila dah bonding kuat automatik feeling cam family, mudah masuk, satu kepala, enjoy berprogram.. So, nasihat fatin buat adik-adik yang masih ada kat UniSZA ataupun mana-mana Uni sekalipun, korang buatlah atau rekalah pape program yang boleh mengeratkan hubungan sesame korang satu kos tu. Seronok tau, even program tu kecil je. Makan-makan je ke..itu dah cukup nak tunjukkan yang korang sebenarnya boleh bersatu. Time belajar takda lah masalah timbul, susah nak satu group, susah nak settlekan esiment sesame, segan nak present kat depan, tak kenal member satu kos..bila dah ada bonding di antara korang, benda-benda tu semua dapat dielakkan in shaa Allah..try lah.
Tipulah kalau takda gaduh-gaduh, terasa hati, bermasam muka ka apa..adat la berkawan mesti ada semua tu. Tapi xpelah, tulah asam garam kehidupan kan. Apa yang terkurang, kita cuba perbaiki sesama. Cantekkan semula ye dok? Kalau nak cerita semua, cam over la plak.. Setakat ni laa yang fatin boleh kongsikan pasal geng Usukians. Yang penting, fatin sayang dyeorang semua.
-Ini first gathering kami masa sem 1-
-Dalam ni ada semua kenangan kami bersama-
LAST GATHERING DINNER SEM AKHIR
SOLAT HAJAT NAK JAWAB EXAM SEM AKHIR KAMI
USUK B
USUKIANS A+B
2. GENG OSMATE UDA
Next, geng Osmate Uda a.k.a geng rumah sewa Taman Uda, dekat Nasi Lemak Airport. ahaha...😆😆😆 terus mention hah. Over la si fatin ni kan.. sori tau. Excited nak cerita pasal dyeorang ni sebenarnya. Geng jemah sangat, lepas tu semua perangai lain-lain tapi alhamdulillah sebab semua boleh masuk, satu kepala je. Kteorang mula duduk satu rumah, tahun kedua degree. First year je duk asrama, lepastu masing-masing kena cari rumah sewa. Kteorang pulak asalnya tak rapat pun, cuma kami ni sekelas dan jugak pegang pimpinan Usukians semester tu, dari situlah kami berpakat sewa rumah sekali. Senang la kalau berprogram, meeting ke apa, lagi-lagi nak ke kelas sekali ja. Ahli rumah kami~Kak Faz, Ecah, Mar, Juejue, Tibom, Moni, Effi dan Fatin. Lain- lain negeri. Ada yang jenis suka menyakat, ada yang asyik kena buli ja, ada yang pandai mengemas, ada yang pandai masak, ada yang rajin takyah suruh, ada yang jenis potpet selalu, ada yang jenis serius..haha.. Mengata diri sendiri plak..😂 Fatin sebelum ni pun tak pernah duk rumah sewa tau. Zaman diploma pun duk asrama. Jadi dengan dyeorang ni memang pengalaman pertama la katakan. Banyak yang fatin belajar dari dyeorang. Tips paling penting nak duk rumah sewa, cari member yang boleh geng dengan kita, satu kepala. Kalau tak habis la, asyik nak bergaduh, masam muka. Tak best tau! Kita pergi kuliah, balik penat-penat pastu nak hadap masalah kat rumah sewa. Jangan jangan.. Dari awal decide betul-betul. Lagi satu, geng osmate jenis suka bermesyuarat tau. Pape mesti ada masa kumpul reramai, pastu bincang la pasal duit sewa ke, nak bahagikan tugas ka.. Siap bukak majlis, tutup majlis. Mesyuarat kan.. Bila time gotong royong, satu rumah kena settlekan, pandai-pandai la bahagi tugas.. Yang bersihkan bilik air, ruang tamu, dapur, luar rumah dll..Geng rumah sewa yang lain camni jugak kan..hehe..
Fatin pun tak duk sana terus, sebab ada sem yang fatin duk rumah sendiri dan ulang alik je pergi kelas, lagipun takda lah jauh mana. Setengah jam pergi, setengah jam balik. Oklah kan..Tak ingat dah sem berapa, tapi sem tu fatin sakit so kena la duk rumah. Sem akhir pun duk rumah je. Cuma bila ada program, habis lewat memang fatin menumpang rumah osmate. Sem akhir memang banyak menumpang rumah osmate. Pindah randah je kerjanya, pastu tengah malam masuk bilik tidur dyeorang sesenyap. Serba salah jugak ganggu dyeorang..huhu. Tak masuk lagi bab pinjam baju, tudung semua tu. Tetiba menumpang, tak bawak towel la, apa la.. Pinjam lagi. Nasib baik dyeorang izinkan, ini fatin takleh nak balas la jasa baik dyeorang. Bagi tumpang, bagi makan, guna wifi, guna air lektrik semua.. Syukur sangat. Alhamdulillah.. Kenangan best takleh lupa sem ni, bila air takda. Hahaha..bayangkan dah la menumpang rumah dyeorang, pastu takda air. Berangkut semua sekali pi mandi kat UniSZA. Angkut air banyak bekas, dengan baldinya nak survive tuk semua. Banyak sebenarnya kenangan best gan dyeorang, jenuh la fatin nak menaip panjang-panjang kat sini. Tak larat dah..kikiki
Apapun, Terima kasih banyak #OsmateUda 💗💗💗
Ini last gathering kami berlapan..
even cuaca tak menentu sebab hujan..
jadual penuh sem 8 ni, still curi masa jugak..
sharing moment heart to heart, tukar-tukar hadiah..
alhamdulillah..
3. GENG PMUS
Fatin dari zaman diploma lagi dah terlibat dengan Persatuan Mahasiswa KIAS. Posting sebelum ni pun fatin ada cerita pasal PMKIAS tu. Nanti korang carilah kalau nak baca😊 Bila dah terbiasa berprogram, bila masuk UniSZA pun cam tak best kalau rutin harian, mingguan pergi kelas, balik kelas, makan, tidur je. Bosan tau tak..Lain orang lain minat kan. Masa sem 1 fatin dah pernah bertanding pmus tapi kalah. Baru lagi kan, so xpelah. Dari situ jugak pape program yang pmus buat fatin join bila sempat. Dah sem 6 masuk bertanding semula. Persatuan Mahasiswa Usuluddin 2017/2018. Geng gaduh, geng sembang ntah pape, geng karok.. dyeorang lah. Keluarga Pmus ni ada 25 orang. Masa awal-awal pimpinan biasa la kan tak kenal sangat, pastu perangai pun control lagi..tapi dah hujung-hujung pimpinan semua perangai terkeluar. hahaha...Seronoknya dengan dyeorang sebab jenis kecoh jugak, pastu tiap kali ada program, even masing-masing dah ada tugas sendiri, tapi bila mintak tolong, dyeorang On ja. Masing-masing bantu apa yang termampu. Lagi satu bagi fatin, bonding di antara kami pun kuat. Selain berkumpul bila ada meeting, ada program, ada waktunya kami gathering makan sesama. Habis program hampir pukul 12 malam pun, lepas tu keluar makan sesama lagi. Memang kenyang bahagia bersama la jawabnya kan..😂😂😂Benda-benda camni biasa la kan bila dalam pimpinan. Tapi sebenarnya ini semua bergantung pada si ketua, sejauh mana dia lead and guide anak buah dia. Like a family, so ada lah bondingnya. Hehe.. #sayangkorang
Jangan ingat semua persatuan punya bonding yang kuat. Ada juga yang tidak. Adik fatin pun kat Uni dia join persatuan jugak. Tapi angah pernah cerita ada persatuan yang dia bergerak atas dasar kerja semata-mata, takda nak bonding, gather atas tujuan lain. Bila dah settle kerja persatuan, masing-masing back to normal. Nampak kan peranan ahli dalam persatuan tu. Best ke camtu? Masing-masing punya pendapat, pembawaan kan. So atas koranglah menilai macam mana. Tapi kalau fatin, fatin selesa bekerja dengan rakan-rakan macam satu keluarga. Boleh faham each other, tak cakap belakang, jaga rahsia, saling backup. Itu pun dah cukup. Kita pun tak kekok nak bekerjasama kan. Last gathering kteorang lepas turun jawatan hari tu. Buat potluck & ambik gambar sesama. Nanti fatin masukkan video dan gambar sekali k.. hehe..So, next family?
Bunga PMUS
Perjumpaan last kami, penyerahan tugas kepada pimpinan baru PMUS
4. GENG CALIPH
Geng Caliph berlima! Meh nak cerita sikit sejarah Caliph ni. Haha..Asalnya masa awal sem dulu, time kelas English, kteorang kena buat esiment dan create satu group campur lelaki dan perempuan. Time nak pilih tu fatin dengan Tibom dah tak fikir orang lain, terus nampak Alip, Fahmi gan Dafi jaa..Sebab dah pernah bekerjasama kan. Dyeorang pun on ja, so proceed. Maka tertubuh la Caliph Collection, kononya kami ni buka satu butik la..bahagikan task ada yang jadi CEO, ada yang pegang marketing dll..Start dari situ la even dah habis sem tu pun group kteorang tak bubar pun cam group orang lain. Ada masa gathering sesama. Gathering makan sesama plus main Saidina, JutaRia. Ingatkan time sekolah je maen, tak pun kat rumah, masuk U pun maen jugak. hehe.. Kenangan time maen tu best. haha.. Kteorang banyak makan ja selalu. Takda dah benda lain. Tapi sejujurnya fatin takda kawan lelaki sangat apatah lagi kawan rapat lelaki, masuk degree barulah belajar berkawan tu. Time diploma takdanya berkawan cam zaman degree ni. Haha..time diploma kenal kawan lelaki pun atas urusan persatuan. Kawan sekelas diploma pun tak kenal plus tak ingat nama. Boleh bilang berapa je yang kenal. So, dengan 3 Abdul tu ja yang fatin rapat dan percaya setakat ni sebagai sahabat. Tapi adik bongsu Caliph, si Fahmi tu istilahkan kteorang adik-beradik rapat. So, oklah boleh diterima. Lagipun, papa mama dah kenal dyeorang. Sebelum nak berkawan rapat cam sekarang pun fatin dah ajak geng Caliph mai rumah dulu. Style fatin memang camtu, kawan yang rapat bawak ke rumah. Biar papa mama kenal, senang kalau ada pape urusan parents dah tahu dengan siapa anak dia berkawan, parents dah letak kepercayaan tu, kita jangan pulak abaikan, guna sebaiknya. Ada masalah je geng Caliph 'open table'. Bantu bagi pendapat, cari jalan settlekan masalah masing-masing. Fatin percayakan dyeorang sebab susah senang dyeorang selalu ada. Paling takleh lupa masa arwah atuk meninggal, time tu dengan tetibanya, terkejut lagi, pastu kena balik kampung sesorang sebab family yang lain dah balik kampung dulu. Pening fikir tiket bas lagi, pastu nak cari bas direct ke Jeli terus satu hal pulak. Naseb baek ada geng Caliph, bawak fatin balik kampung, dyeorang drive sampai ke Jeli malam-malam. Kenangan.
Esiment dalam kuliah pulak, bila ada je group kena campur lelaki perempuan memang terus geng Caliph satu kumpulan. Senang, masing-masing dah kenal perangai. Tibom pulak fatin kenal masa minggu orientasi, so dari sem 1 dah bersama. hehe..Makcik ni special sikit sebab walaupun dia lagi muda dari fatin tapi dia pandai kawal keadaan, matang, boleh bagi pendapat, boleh share masalah dengan dia. Tapi bila mai perangai tingtong gajah terbang dia, layan...ahahaha..btw, takleh nak puji lebih-lebih, bahaya! Dyeorang pun geli nak baca nanti..😂😂😂 Kteorang ada satu trip jejalan sesama, Perak, Penang, Cameron. Last projek sesame, kteorang berniaga kat Karnival Konvo UniSZA, 15-19 Nov 2018 itupun kami berkongsi gerai dengan peniaga luar. Oklah, dapat imbau balik kenangan berniaga time awal-awal dulu. Penat tu memang penat weh. Tapi pape pun seronok 👐 Last gathering pulak, lepas final paper hari tu. Open table sampai dua tempat sampai 3 abdul tu ponteng maen futsal. Kena mention jugak kat sini sebab ada orang sindir dyeorang tak turun main... halah halah.. Haha..naseblah sebab dah last kan. oklah, fatin belanja gambar geng Caliph..
*****
Itulah family yang bersama fatin sepanjang 3 tahun setengah kat bumi UniSZA. Jatuh bangun bersama, bersyukur sebab dapat kenal dyeorang semua, dapat rasa pengalaman yang berbeza dari zaman diploma. Fatin yakin setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita, even kehadiran mereka terkadang tak menyenangkan kita, tapi setiap yang hadir bawa pengajaran yang berbeza untuk kita fahami dan ambil iktibar kan. Berkawanlah seberapa ramai pun, cuma pastikan kita punya circle yang positif, yang baik. Sebab nak tahu diri kita camna tengoklah siapa kawan kita kan. Cerminan diri!
Semua kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini termasuklah soal jodoh kita sudah diaturkan Allah swt. Allah swt telah mengatur si fulan hidup sekian sekian sekian, meninggal sekian sekian, rezekinya sekian dan jodohnya akan mendapatkan sekian sekian. Sebahagian tak dapat diikhtiarkan seperti ajal, kita tak boleh ikhtiar untuk menunda ajal atau mempercepatkannya. Sebahagian ada yang harus diikhtiarkan, hukumnya sudah ada. Cuma kita tidak tahu bagaimana dengan takdir yang Allah swt telah tetapkannya. Untuk mendapatkannya perlu kepada ikhtiar untuk meraihnya. Ada sesuatu yang perlu ditempuhi dengan cara ikhtiar. Di antaranya adalah jodoh. Allah swt telah menetapkan jodoh kita, dah diatur oleh Allah swt. Ini yang terbaik untuk kehidupan kamu, tapi Allah swt merahsiakan kepada kita siapa jodoh yang dimaksudkan. Maka kita berikhtiar dan dengan ikhtiar itu ada pahala yang didapatkan.
Ada pahala yang diperoleh, ada kenikmatan dalam mencarinya. Bayangkan nikah kemudiannya tanpa ada pencarian, kita tidak akan merasa nikmatnya taaruf, bagaimana nikmatnya mengenal, bagaimana mencari, bagaimana pahalanya bersabar, bagaimana nikmat berdoa, bagaimana istikharah dalam menentukan jodoh kita, itu semua menghasilkan pahala dalam kehidupan kita. Maka lihat ketentuan Allah swt yang pertama, apapun ikhtiar yang telah kita tempuhi maka semua ikhtiar ini tidak akan keluar dari aturan Allah swt. Kalau sudah menunggu selama 4 tahun tanpa komunikasi, mashaAllah sudah siap melamar, tiba-tiba diambil orang lain. Fokus. Bagaimana cara memahaminya? Perhatikan, ikhtiar yang Allah tetapkan dalam aturan yang dibuat tadi, boleh jadi tidak menyampaikan kepada tujuan yang kita inginkan. Kerana aturan Allah swt ketika ditetapkan, akan bertemu dengan maslahat bagi kehidupan yang kita inginkan.
***
Kadang jalan kehidupan yang telah Allah swt tetapkan, bukan harus menentukan hasil sesuai dengan yang kita inginkan. Tetapi Allah swt tetapkan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Allah swt mengabulkan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Ada 3 jenis cara pengabulannya. Satu, jika keperluan sesuai dengan maslahat kehidupan, kita mohon. Maka jika keinginan kita dalam permintaa sesuai dengan keperluan maka segera dikabulkan. Dua, ada yang ketika kita memohon kita belum sanggup mendapatkannya. Boleh jadi bukan Allah swt belum mengabulkan tetapi kita belum sedia buat menerimanya. Contohnya Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt agar dipindahkan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, bila berdoanya? Sejak di Mekah. Saat ke Madinah, dikabulkan. Lebih kurang tiga tahun kemudiannya dikabulkan. Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 144. Kerana pengalihan kiblat baru sesuai dengan keperluan umat Islam pada ketika itu setelah tiga tahun.
***
Surah ke-24, ayat 26.
Yang baik, berjumpa dengan yang baik lagi. Yang kurang baik, bertemu dengan yang kurang baik lagi. Menurut kita dia yang terbaik untuk kita, menurut Allah swt dia bukan yang terbaik untuk kita. Untuk kita ada yang lebih baik lagi. Kalau 4 tahun belum menjadikan kita mendapatkan yang terbaik, tunggu. Kerana yang terbaik itu lebih dari yang mulia akan mendapatkan masa yang cukup panjang. Ketika kita diminta menunggu dalam masa yang cukup lama, sebetulnya bukan masa yang ditunggu. Di sebalik penungguan itu bukankah di situ ada pahala. Kita rajin berdoa, bukankah di doa itu pahalanya. Rajin tahajud, bersabar, kita mohon, kita istighfar, jadi yang diinginkan Allah swt dalam penantian 4 tahun itu, bukan menikah calon yang sekarang. Tapi, mendapatkan pahala yang berlimpah, dan dengan pahala itu kita siapkan diri untuk bimbing pasangan kita berikutnya. Faham? Alhamdulillah..
Tak usah kecewa. Yang keduanya, supaya kita boleh sabar rujuk Al-Quran surah ke-2, ayat 286. Tidak mungkin Allah swt menguji seorang hamba kecuali dia sanggup untuk mengatasinya. Kalau kita hadapi masalah, seberat apapun, yakin kata Al-Quran. Tidak mungkin masalah ini diuji kepada kita, melainkan kita sanggup mengatasinya. Yang lain tidak sanggup sebab itu tidak diuji kepada yang lainnya. Kita sahaja yang mampu, orang lain tidak. Yang ketiga, tetap ikhtiar. Rujuk Al-Quran surah 49, ayat 13. Jangan sampai, tak dapatkan yang tadi yang kita harapkan menjadikan kita putus asa dalam berikhtiar. Cari! Masih banyak perempuan/lelaki atas muka bumi ini. Mustahil tidak ada yang sesuai untuk kita.
Bila masuk degree baru fatin belajar niaga sikit-sikit buat tambah duit poket. Itupun lepas join kengkawan Usuk berniaga. Dari situ rasa cam best jugak berniaga ni, cuma kena berani sikit jer. Hehe.. seronok sebab kita belajar approach customer, orang yang kita tak kenal pun. Tapi bila dah ada sambutan, dyeorang beli apa yang kita jual tu, rasa puas sangat, happy. Mula-mula geng Usuk join karnival Jom Masuk U, Feb 2016. Lepas tu try berniaga masa konvo UniSZA pulak, Oktober 2016. Memang kami jual makanan jer, paling laku murtabak maggi. Itu je lah menu letops yang kami duk repeat bila berniaga. Haha..
Awal tahun 2017, fatin start join dropship tudung Hijabmanis, nama baru sekarang IManis. Hampir setahun lebih jugak jadi dropship. Seronok, walaupun mula2 tu malu😅 tapi last2 satu kelas tahu fatin jual tudung. Lagi best kawan2 pun support sama. Bila dah ada pengalaman tu sikit2, dah ada keyakinan, tak malu sangat nak faced customer, ada sekali tu masa cuti sem fatin pergi kerja part-time selama 2 hari, tolong satu butik dari KL untuk MoodRepublik Raya kat TTI. Sehari dapat Rm100 lebih kalau tak silap. Tapi makan dyeorang tanggung so settle la. Jimat yang makan tu. Yang ni memang taknak repeat dah. Cukup la sekali join😂 best tu memang best, memang wow sangat aura berniaga semua orang, dapat tengok artis femes depan-depan, tapi kita pulak dari pagi sampai malam berdiri ja, bukan tak duduk langsung, ada jugak duduk, tapi booth pun tak besar kan..ke hulu ke hilir dalam tu jugak, pastu customer tak putus2, memang lenguh giler kaki, sampaikan balik rumah nak bengkokkan kaki tu, nak duduk sakit..cukup dua hari, hari ketiga demam😂😂😂 papa kata berbaloi ke kerja sampai sakit. Lepas ni nak Rm200 tu papa bagi jelah. Ahaha..itu memang ayat perli. Tak kisah pun semua tu, janji pengalaman tu yang penting. Mana nak cari kan kalau kita tak hadap sendiri, baru la tahu susahnya cari duit. Bila dah dapat gaji tu, rasa cam bernilainya duit yang aku dapat ni. Takdelah nak membazir sesuka hati..Papa tak kisah pun sebenarnya fatin buat apa, janji tak memudaratkan diri. Tu bila sakit dia bising sikit. Hehe.. Jenis papa, dia memerhati tau. Maksudnya papa tak halang apa yang fatin buat, dan tak tunjuk jugak dia sokong😂😂😂 sebab tu dengan papa fatin suka buat dulu, macam jadi dropship ni pun, fatin buat jer, awal-awal tak bagitahu pun, bila dah ada hasil, dapat duit tu semua, papa tengok then barulah papa tanya..awak buat apa semua ni, dapat komisyen berapa, baru dia support. Papa tak suka orang banyak cakap, tapi hasil takda. So, papa tengok dulu betul ke fatin ni berminat jadi dropship, jual tudung ni semua. Tak mau hangat-hangat tahi ayam jaa. Camtulah..
Hijabmanis pun selalu jugak join karnival dalam UniSZA dan UMT masa awal-awal tu. Mudah sikit fatin dapat stok tudung dan dalam masa yang sama tengok dyeorang berniaga depan-depan camna. Nak dijadikan rezeki, kebetulan masa karnival Konvo UMT, Hijabmanis bukak booth dan cari pekerja part-time. Alang-alang fatin pun free, dah pernah ada pengalaman sebelum ni jaga booth, fatin try la. Alhamdulillah dapat, so masa berniaga jaga booth tu lagi banyak ilmu, pengalaman yang fatin dapat. Lagi seronok sebab dalam universiti kan, jiran sebelah UniSZA pulak. Memang jumpa la kengkawan yang mai karnival tu. Suasana berniaga pun lain, bayangkan jelah anak-anak muda, lagi-lagi yang perempuan ni shopping tudung camna. Kalau boleh satu booth tu dyeorang nak beli semua tudung. Macam-macam karenah ada, yang jenis cerewet, jenis tak tahu nak pilih mana yang nak, sebab semua berkenan, jenis tiap-tiap hari datang booth, jenis cuci mata jer, tak beli pun.. ahahaha..itu semua perangai kita tau. Fatin sampai terfikir aku pun cam dyeorang jugak sebenarnya, bila nak membeli macam-macam perangai terkeluar. Yang jadi peniaga memang kena banyak sabarnya, customer always right kan. Pengalaman berniaga kat UMT tu fatin dah buat posting special sebelum ni..Nanti korang baca yer..😊👉Pengalaman jaga booth, jual tudung
Jadi dropship seronok sebab team Hijabmanis guide camna nak ambil order, berhubung dengan customer, camna nak create instagram bisnes dan banyak lagi. Tiap-tiap bulan akan ada reward buat mana-mana dropship yang capai target sale untuk bulan tu. Ada reward tudung, handbag, loket emas. Best tau..Fatin pernah jugak dapat reward, sebab tu jadi bersemangat nak jual tudung. Hehe..Masa bulan Feb, 2018 Hijabmanis ada launching butik baru dan tukar nama kepada Imanis. Jadi, dyeorang offer fatin untuk jadi moderator bagi Forum: Cinta Bidadari Syurga, bersama Insta Femes Aisyah Hijanah dan Daie Adneen. Cuak jugak awal-awal tau sebab fatin tak pernah pun jadi moderator sepanjang berprogram di UniSZA. Cuma masa praktikal di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT pernah la jadi emcee majlis. Itupun program tak formal sangat, dan hadirin pun kebanyakannya perempuan. So, fatin takdelah segan sangat dan teks emcee pun simple dan boleh ubah sendiri. Fatin ada sejenis perangai jugak, perangai sukakan perkara baru, suka mencuba. Thats why fatin terima offer tu, lagi satu sebab fatin memang minat giler dengan Aisyah Hijanah. Suka dengan keyakinan dia bila bercakap, sifat peramah dia, gaya spontan dia, cam idola la dalam bidang dakwah ni. Daie Adneen pulak soft spoken orangnya tapi penyampaian dia terus ke hati, cepat meresap, ringkas dan padat. Dyeorang berdua muda lagi, tu fatin rasa cam tercabar jugak. Ahaha..yelah fatin lagi tua dari dyeorang. Even tak berapa nak tinggi cam dyeorang..😂😂😂
Hujung tahun 2018, fatin diremove dari group Imanis sebab tak buat sale. Masa tu banyak fokus study dan busy dengan persatuan. Permintaan tudung pun makin lama makin berkurang sebab fatin jarang sangat dah promote time tu. Memang syarat IManis dah, mana-mana dropship yang takda buat sale selama 3 bulan akan diremove dari group dyeorang. So, fatin ok jaa sebab dah salah sendiri kan. Tapi fatin bersyukur sebab dapat bersama dengan dyeorang sebelum ni, banyak ilmu dan jugak pengalaman yang fatin dapat. Lagi satu moment berharga dengan Imanis ni.. founder Imanis sendiri, Kak Za sudi support program Persatuan Mahasiswa Usuluddin UniSZA, yang mana program tersebut diketuai oleh Exco Ekonomi PMUS iaitu Saudara Akram dan fatin sendiri. Alhamdulillah, selain sumbangan wang yang diberikan, Kak Za jugak sponser tudung Bawal Hana sebanyak 20 helai untuk diberikan kepada peserta yang join program "Business Entrepreneur 2.0". Program ni berbentuk explorace, dijalankan di sekitar Kuala Terengganu yang mana bermula dari UniSZA dan bergerak ke Pantai Teluk Ketapang, Pasar Tani (sebelah Perpustakaan Awam), Keropok Losong, Masjid Terapung dan akhir sekali di Noor Arfa Craft Complex, Chendering. So, hari kedua tu memang semua peserta perempuan diwajibkan untuk pakai tudung Imanis tu. Dyeorang jugak dikehendaki create satu video mengikut kreativiti masing-masing bagi mempromosikan tudung Imanis. Masa yang diberikan tak lama pun, tengahari dyeorang dapat task tu, petang tu dah kena submit sebab malamnya masa majlis penutupan program, kesemua video bagi setiap kumpulan ditayangkan bagi menentukan kumpulan mana yang bakal menjuarai explorace tu. Walaupun masa yang ada tu singkat je, tapi setiap kumpulan memang tunjukkan effort dyeorang bagi menjayakan video tu. Menarik sangat.. Fatin sharekan dengan korang. So korang pun boleh tengok betapa kreatifnya dyeorang semua..hehe
Itulah sedikit sebanyak pengalaman dan jugak kenangan dalam berniaga jadi dropship ni. Hujung tahun 2018, fatin start balik dengan jadi dropship Planner 2019! Alhamdulillah.. group yang ni pun supportive sama. Leader sangat-sangatlah membantu, bagi ilmu dan semangat. Seronok la, takdalah yang dropship ni terkapai-kapai takda arah tuju kan. hehe.. Korang yang mana ada instagram tu boleh la follow insta bisnes fatin, @nurfatinplanner 👐👐👐 Planner Exclusive 2019, nama je exclusive tapi murah je, Rm45 plus korang akan dapat extra free gift yang bernilai Rm30. Berbaloi sangat, 3 items free gift. Banyak tu..😊 Btw, benda baru lagi kan yang fatin cuba. Fatin takut jugak sebenarnya tapi perasaan nak mencuba tu lagi membuak-buak. Lagipun dropship ni tak keluar modal pun, just promote, orang beli then kita dapat komisyen. Tak rugi, ilmu yang dapat pun lagi banyak dan berbeza dari sebelumnya. Cuma tulah, nak start semula nak bagi orang percaya kita jual apa, nak kenalkan barang kita memang take time. Kena banyak sabar dan terus konsisten promote barang yang kita jual. In shaa Allah nanti dapatlah hasilnya kan. Doakan fatin tau. Moga dilipat gandakan rezeki yang halal dan diberkati segala apa yang fatin lakukan sekarang ni. In shaa Allah..
Terima kasih banyak sebab korang semua sanggup baca sampai habis perkongsian tentang kerja part-time ni. Pengalaman fatin ni sikit jer kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Masing-masing punya kisah sendiri kan, apa pun tujuan fatin kongsikan bukanlah nak berbangga diri ataupun mencari perhatian korang. Fatin cuma nak sampaikan kita semua punya peluang yang sama untuk cari pengalaman kehidupan. Semuanya kembali pada diri kita, apa yang kita mahukan. Camna nak keluarkan softskill, kelebihan ataupun bakat yang ada dalam diri kita. Kadang kita tak nampak kelebihan kita sebab kita sendiri yang taknak mencuba. Takut. Fikirkan apa orang kata. Thats why kita terbantut! Apa kata kalau korang try jer. Jangan terus fikir, nanti kalau aku buat silap camna? Itu tolak tepi dulu. Hakikatnya kita semua buat silap dalam hidup ni, dari kesilapan tu lah kita belajar improve diri jadi lebih baik kan. Ini benda biasa yang kita dengar, tapi kita camtu lah. Orang yang nak berjaya jer, akan push diri diri dia keluar dari comfort zone yang sekarang ni dia berada. Sanggup ambil risiko walaupun dia tak tahu risiko yang akan dia hadapi tu sebesar gajah sekalipun. Its okay, kalau kena caranya, dia akan terselamat dari risiko tu semua. In shaa Allah. Asam garam kehidupan begitulah kan.
Fatin doakan moga dipermudahkan urusan kalian. Kawan-kawan yang seangkatan dengan fatin, moga kisah kehidupan kita makin berwarna-warni, penuh dengan pengajaran yang berharga, bekalan untuk hari kemudian. All the best. Keep going! Biiznillah..
Based on pengalaman sebelum ni..habis je diploma, fatin jadi cikgu tadika. Itulah pekerjaan pertama yang fatin buat. Tak belajar lagi niaga online. Itupun kerja isi masa, cari duit sebelum masuk degree. Tak lama pun 5 bulan je. Gaji 3 bulan pertama dalam Rm700 lebih, lepas tu naik Rm900 lebih. Mula-mula fatin kena jaga kids 3 tahun. Faham jelah 3 tahun camne kan😅 kecik lagi, keje dyeorang pulak berkepit je gan teacher. Dalam 5 orang camtu..Ajar pun benda basic & dyeorang pun dalam fasa bermain kan. Bayangkan mak anak 5 bila nak buat susu semua berderet masuk dapur😂😂😂 that moment memang takleh lupa. Bagi arahan semua duduk elok-elok, kalau tak tak dapat susu. Sambil bancuh susu tu berzikir ka, nyanyi lagu fav dyeorg ka..kena hiburkan jugak biar dyeorang follow sama. Kalau tak dyeorang duk potpet mengulang "susu..susu.." Pastu dapat jugak pngalaman ajar kids 5 & 6 tahun, ganti teacher yang takde. Ajar ngaji sesi petang, ajar kelas membaca. Pagi dengan kids tadika, petang dah bcampur gan anak-anak sek ren. Itulah job pertama yang fatin buat😊 Nasib baik adik-beradik ramai, jadi dah terbiasa dengan suasana riuh dengan budak-budak, dah selalu kena jaga adik-adik, takdelah kekok sangat. Cuma kena selalu berjaga-jaga, hati-hati sebab jaga anak orang kan, amanah tu.
Bila balik kerja, fatin selalu kongsi cerita dengan mama, papa. Excited terlebih. Lagi-lagi kerja dengan kids yang 'baru nak mengenal dunia'. Semua benda fatin cuba, termasuklah mengajar, sediakan makanan, mandikan mereka, buatkan susu, tidurkan mereka dll.. Seronok 😄 Alhamdulillah.. Papa pun pernah cakap, "takpelah.. Penat tu biasa. Pengalaman tu yang penting! Banyak dah tahu. Dah boleh buat. Baguslah". Hehe.. Tak tipu! Memang penat dari 8 a.m - 6 p.m. Sabtu..Kelas tuisyen.. Full jadual! Apepun.. Rasa bersyukur sangat dapat bersama kids TGK. Bila mereka merajuk, kena tahu cara memujuk. Nak marah pun, ada caranya. Nak mengajar, nak tarik perhatian anak-anak kecil.. Everything must under control. Yang penting, teachers sendiri kena tunjukkan contoh yang baik. Anak-anak baru nak kenal dunia, sebab tu mereka perlu dicorakkan sebaiknya. Dalam banyak-banyak kenangan, ada jugak kenangan yang menghiburkan hati.. tengah sibuk-sibuk siapkan dyeorang, tetiba... "Ibu ! Awish..." 😆😆😆 Ibu??? Ahaha..They always tersasul.
Ada sekali tu parents bagitahu anak dyeorang yang 3 tahun tu duk berzikir dalam kereta sepanjang perjalanan dyeorang satu family balik kampung. Happy la mak ayah kan, terkejut pun ye jugak. Memang la sebutan tak jelas mana tapi kids kita boleh agak apa yang dyeorang sebut tu. So parents tanya la fatin ajar apa. Fatin cerita jelah apa yang fatin buat. Dengan dyeorang fatin memang selalu berzikir, tak kisah la zikir apa pun, yang terlintas tu fatin sebut je. Contohnya, masa dyeorang nak tidur tu, sambil usap-usap kepala, sambil tepuk-tepuk nak bagi tidur fatin berzikir. Dyeorang tengah sibuk-sibuk main, fatin duk tepi perhatikan je dyeorang main, tapi mulut duk berzikir jugak. Sama la time buat susu, macam tu jugak. Rupanya kids ni kan cepat sangat boleh adapt dengan apa yang kita buat. Kita tak sedar sebenarnya dyeorang perhatikan kita, tengok apa kita buat. Fatin pun berzikir sebab nak relaks, dalam masa yang sama tenangkan kids tu jugak, bagi mudah dyeorang follow apa fatin buat. Maybe sebab tulah dyeorang dah terbiasa dan boleh terikut zikir sama.. Alhamdulillah, fatin pun seronok bila parents inform camtu. Fatin kan adik beradik ramai, so selalu tengok mama buat kat adik-adik camtu, tok-tok kita dulu pun camtu kan. hehe.. Bila dah masuk degree, pernah jugak time cuti sem fatin ajak kengkawan bekerjasama dengan tadika tu buat kem solat untuk kids tadika. Alhamdulillah kami dapat feedback yang baik dari owner tadika😊
Fatin ada jugak terfikir..
Dalam membentuk anak-anak kecil ini, kita yang terlebih dahulu perlu kepada 'pengisian ilmu' kan.
Berbekalkan ilmu itulah, kita didik dan asuh mereka. Sejauh mana usaha kita dalam menjadikan diri kita sebagai 'madrasah pertama' atau 'sekolah pertama' bagi mereka? Bagi fatin, tak rugi pun belajar tinggi-tinggi sebab nanti bila dah kawen, ada bekalan buat anak sendiri kan. Teringat pesan ustaz, "ana tak tahu lah, zaman sekarang ni berapa ramai anak-anak gadis yang bersedia menggalas tugas sebagai seorang ibu? Ana tak tahu berapa ramai di antara kalian yang akan mendodoikan anak-anak kalian kelak dengan alunan Zikrullah." Sentap! Ada benar kata ustaz. Lihat sahaja pada diri kita. Siapkah kita menjadi madrasah buat anak-anak yang bakal dilahirkan? Ala.. jauh sangat fikir! Kawen pun belum. Dah fikir pasal anak. Relax la. Kawen pun tak tahu bila kan. Memang la. Kawen tak tahu bila. Tapi tak salah kalau mempersiapkan diri kan. Mak ayah kita pun menilai anak-anak gadis mereka. Kita sibuk cakap nak kawen. Tapi diri sendiri tak terurus. Camna mak ayah nak percaya kat kita. Nak bahagi masa buat belajar, keluarga, kengkawan, gajet dan lain-lain pun tak pandai.. Camna lah kalau dah kawen nanti kan. Kita perlu nilai diri. Perlu insafi diri. Orang lain hanya mampu beri nasihat. Mampu mendidik. Semuanya nanti terpulang pada diri kita. Bagaimana kita mengaplikasikan semua perkara-perkara tu? Fatin pun sama jugak cam korang, cakap je lebih tapi tak terurus jugak diri ni, kurang itu ini. Tapi tulah..
Duhai gadis.
Kau dan aku.
Kita sama!
Bakal madrasah pertama buat si kecil!
Ayuh.. Perbaiki diri buat kemaslahatan Ummah kelak.
In shaa Allah. Dengan setiap usaha itu, ada nilai disisi-Nya.
Bismillah..
Sedikit catatan ringkas fatin dengan kengkawan, hari-hari terakhir kami sebagai pelajar degree..
Final exam mula 28 Disember 2018. 6 hari ada paper direct takde gap langsung, rasa cam zombie pun ada.. haha.. last paper kami 6 Januari 2019.
6 Januari 2019
Alhamdulillah, hari terakhir final exam kami bagi student semester 8. Macam-macam perasaan ada. Happy ada sedih pun ada.. Yelah kalau sebelum ni cuti semester pun tak rasa sangat berpisah tu, sebab dah tahu nanti bukak semester baru dapat jumpa kengkawan lagi kan. Tapi ni dah semester akhir, tahun akhir. Jumpa nanti time konvo la pulak. In shaa Allah lah kan panjang umur, ada rezeki dapat jumpa masa tu nanti..
Lepas je habis exam, keluar dewan masing-masing dah bersalam-salaman, mintak maaf, peluk, ada yang dah nangis.. fatin yang cuba tahan air mata pun kalah jugak. Menangis sama,,uhuhu..Suasana tu cam suasana raya.. Sedih tau nak berpisah dengan kengkawan yang dah 3 tahun setengah bersusah payah belajar sesama. Seribu kenangan tersimpan kat bumi UniSZA, Terengganu. Bila dah selesai, kami pun apa lagi mesti la ambil gambar semua buat kenangan kan.. Dari gambar reramai sampai la gambar dengan partner & bestfriend masing-masing. Macam ni rupanya feeling habis belajar kan. Semester-semester sebelum ni duk perati senior-senior jaa..terfikir jugak apa lah yang dyeorang rasa kan. Nah! Kali ni rasalah sendiri..
7 Januari 2019
Hari ni fatin dengan kengkawan settlekan borang transkrip kami. Alhamdulillah dah settle walaupun pagi tu kami kelam kabut sikit..haha.. sebab masing-masing ada plan sendiri nak buat apa. Nak ngantar buku dekat adik-adik junior, nak beli keropok lekor bawak balik, janji nak jumpa member bergambar dan makan sesame..ke hulu ke hilir la jawabnya..apapun, masa yang ada kami cuba manfaatkan sebaiknya biar terisi..dah settle balik rumah sewa, masing-masing dah start busy mengemas barang nak balik..
Dekat story whatsapp tu pulak masing-masing duk update aktiviti mereka, hari-hari terakhir di bumi Terengganu. Ada yang foodhunter, ada yang berjalan pusing tempat-tempat menarik kat Terengganu ni, ada yang sepakat beli patung penyu nak bawak balik sebagai kenangan, macam-macam kisah ada.. So, lepas tu sorang-sorang berangkat balik. Kita ni lagi la sedih sebab memang asal Terengganu kan, so tengok kengkawan je la balik. Kalau gi UniSZA tu mahunya nangis sebab semua tempat dalam tu ada kenangan dengan dyeorang semua..
Nak dijadikan cerita, malam tu jugak kami dapat satu berita yang mengejutkan semua. Ibu kepada rakan sekuliah kami meninggal dunia. Innalillahi..Malam tu jugak rakan kami balik. Di sebalik rasa sedih kami atas perpisahan yang sementara, ada lagi perpisahan yang lebih menyakitkan sebenarnya. Perpisahan jasad dan nyawa. Moga Allah swt kurniakn kekuatan buat rakan kami dan keluarganya. Kehilangan suri penyeri sesebuah keluarga. Fatin takleh nak cakap banyak sebab fatin masih ada papa mama. Orang yang pernah rasa kehilangan orang tersayang je tahu apa perasaan mereka. Apa yang jadi ni macam satu peringatan jugak buat kami.
Hakikat kehidupan itu, setiap pertemuan bila sampai masanya pasti ada perpisahan. Takde sapa boleh menolak. Ajal maut kita, pertemuan kita semua dalam rencanaNya. Saat bersama, peluang yang ada kita cuba manfaatkan sebaiknya kan. Bagi fatin, inilah tarbiah dari Tuhan tentang kehidupan.
Kenangan dengan dyeorang fatin simpan kat sini..💗💗💗
Bergambar lepas habis paper last, Kajian Ilmu Tarekat.
Doakan fatin dengan kengkawan yee..
kami nak grad hujung tahun ni.
In shaa Allah..
Masing-masing kelaparan sebab lambat settlekan borang transkrip..
pastu gigih ambil gambar jugak even matahari atas kepala..
Sedarlah wahai anakku, Tiada bunga yang tidak akan layu, Tiada ombak yang tidak akan berundur, Tiada cahaya yang tidak akan malap, Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?
Wahai anakku, Tiada parut yang tidak akan pudar, Tiada luka yang tidak akan sembuh, Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti, Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?
Wahai anakku, Jangan tunggu dalam kebimbangan, Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.
Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.
Dunia adalah tempat ujian. Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.
Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Warkah Perjuangan!
"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
[Imam Hassan Al Basri]
Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”
Segala apa yang Fatin kongsikan, semoga ianya bermanfaat & terselit pengajaran kehidupan buat kalian yang membacanya! I love sharing my 'life story' with all of u. tQ sudi baca ^^