Family #Usukians

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? 
Lama betul Fatin tak menulis.. Coretan yang terakhir adalah pada bulan Disember. Hmm... Ini coretan pertama untuk tahun 2016. Fuhhh... Lama kan.. 
Ada yang cari Fatin tak? ehehe...^^ perasan jugak kan! 
Apapun.. Fatin harapkan agar semua sahabat-sahabat di luar sana sentiasa sihat, bahagia selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan kalian, dunia dan juga akhirat.. ameen.

Untuk coretan kali ni, agak-agak apa yang Fatin nak kongsikan dengan kalian semua?
Hahaha..acu cube teka! 

In shaa Allah untuk kali ni, Fatin akan kongsikan perihal sahabat-sahabat baru. Hmmm... Baru ke? Dah masuk semester 2 dah ni. Baru ada coretan pasal mereka. Masih berbaki 5 semester untuk kami semua bersuka ria, berjuang bersama-sama menuntut ilmu, cipta kenangan bersma-sama.. Nampak je 5 semester tu macam lama kan, tapi kejap je sebenarnya. Ini pun dah masuk semester 2. Dah nak final pun dik oiii.. Nak masuk sem 3 dah. Tup tap tup tap.. habis belajar kan! 

Tapi sahabat-sahabat baru ni 'special' sikit. Haha.. Sikit ke? Banyak sangat keistimewaan dyeorang ni. Semua boleh buat. Semua jenis aktif. Yang pasif pun boleh bertukar aktif bila ada dyeorang ni. Tak percaya..? Hmm.. Tengok akak jelah dik. Akak pun boleh jadi cam dyeorang. Haha :D

Mesti nak kenal kan sape dyeorang tu.. Kejap-kejap.. nanti akak bagitahu. Sambung lagi.. Kami semua adalah mahasiswa jurusan Usuluddin dengan Kaunseling. Usul (major) dan kaunseling (minor). So, kami belajar dua-dua. Sebab tu perangai lain dari yang lain. 

video Family Day #usukhebat #usukians (Sem 1)


ini gambar (Sem 2)
lawatan kami ke SUK Selangor | bersama pihak kaunseling Selangor & EPRD

oK.. Akak belanja gambar jelah ye..

Family Day #usukhebat #usukians (Sem 2)

#usukB

#usukB | Mentor-Mentee


MT & Exco Usuk 


Cukuplah kan gambar-gambar tu.. Video pun ada. Akak seronok dapat jadi sebahagian daripada dyeorang semua. Seriusss.. Tak tipu. Eh! Akak pulak.. Haha.. Biaselah.. Tersasul. Lagipun, kebanyakan dyeorang adik akak kan.. hahaha ^^ umur tak jauh beza pun. Lagak cam tue kan akak kite nih. Okk..

Apa pentingnya bila kita mampu 'bersama-sama' dan jadi sebuah keluarga? Walaupun pada hakikatnya, kita memang punya latar belakang yang berbeza, perangai pun pelbagai.. Mungkin saat kita tak susah, tak perlukan pertolongan dari sesiapa,, kita takkan rasa kan. tapi bila dah susah, perlukan bantuan, time jatuh dan nak bangun semula.. kita perlukan sahabat-sahabat kita disisi kita. Betul tak? Dan bilamana satu kos dapat bergabung, bersatu padu jayakan sesuatu program yang dianjurkan, manis sangat saat-saat sebegitu. Saat di mana ukhuwah diangkat, tali persaudaraan tersimpul erat, susah senang semua merasa. Takda yang berpeluk tubuh hanya memerhati semata-mata. Semua tahu apa peranan mereka. Semua berjasa. Itulah kekuatan sesebuah persahabatan. Nilainya bukan pada wang ringgit yang kita laburkan, tapi nilainya pada kemanisan persaudaraan, senyuman yang diberikan saat semua gembira menikmati makanan bersama-sama, bermain bersama-sama. Setiap dari kita, ada keistimewaan yang tersendiri pada diri mereka. Bilamana semua digabungkan, cuba bayangkan.. betapa istimewanya kita semua kerana kita semua dapat merasa keistimewaan yang juga dimiliki oleh orang lain. Dan sememangnya hidup kita ini adalah untuk memberi manfaat pada yang lain, bukan hanya pada diri kita semata-mata. Allah s.w.t. menciptakan kita pelbagai rupa, pelbagai ragam agar kita saling kenal-mengenali dan saling memerlukan. 

Perjalanan kita masih jauh di hadapan. Masih banyak waktu buat kita bersama. Semoga perjalanan kita dan waktu kita yang dikorbankan buat menuntut ilmu itu diberkati oleh Allah s.w.t. Ayuh sahabat.. pasakkan niat di hati. Kita ini penuntut ilmu, semoga kita diberi akan kefahaman mengenai ilmu yang kita pelajari dan segala ilmu yang tersebut boleh memberi manfaat buat diri kita dan seterusnya kepada mereka di luar sana yang juga dahagakan ilmu pengetahuan. Berkongsi itukan rahmat! jangan pernah bimbang untuk berkongsi. makin dikongi makin berkat. makin bertambah nikmat dari tuhan. In shaa Allah..

#roadtofinal
Bittaufiq wannajah fil imtihan sahabat-sahabat dunia akhirat..^^

Tagline kami
#usukhebat

Semoga kita jadi insan yang hebat, 
dunia dan akhirat.
Ukhuwwah erat.
Hidup berkat.


0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..