3 in 1 !

Bismillahirahmanirahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt... kaifahalukum jamian??? aiwah... ^_^ semoga sahabat sahabiyah sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah swt.

Ok ! 3 in 1.. Mesti ada yang tertanya2 kan. Apa yang 3 dan apa pula yang 1? Haa... Baca dulu perkongsian kali ini. Nanti kalian akan faham.

Dalam entri yang lepas, iaitu entri f0rum: melahirkan ummah bertakwa telah pun saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan perihal biah solehah. Ustaz telah pun menerangkan bahawa biah solehah bermaksud persekitaran yang baik hasil dari roh tarbiyah yang diberikan. Orang2 yang baik akhlak serta peribadinya diperlukan bagi membentuk biah solehah. Biah solehah ini juga wujud disebabkan orang2 yang mempunyai ilmu agama itu mengamalkan ilmu2 yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ibaratnya seperti ini: jika seseorang itu pemalas dan mendiami sebuah rumah, sudah tentu persekitaran rumahnya kotor & tidak kemas kerana dia malas mengemas serta membersihkannya.

Kali ini saya kongsikan lagi perihal biah solehah.

Sebenarnya, sejak di bangku sekolah (SHAMS) lagi saya telah pun didedahkan dengan biah solehah. Memandangkan kami pelajar sekolah agama, maka kami diajar supaya melakukan seperti apa yang diajarkan oleh Islam. Contohnya, dari segi pakaian, mestilah menutup aurat. Muslimin berbaju lengan panjang, berkopiah, bersongkok & muslimatnya pula bertudung labuh, berstokin, lengan baju berbutang. Dari segi ikhtilat (pergaulan) antara muslimin/mat juga dijaga. Tiada istilah tepuk tepuk manja antara muslimin/mat... Pada waktu pagi, sebelum memulakan kelas kami diajar supaya mengalunkan bacaan Asmaul Husna dan mengaji Al-quran. Tambahan pula, kami juga diasuh dengan 'bulatan gembira' yakni usrah. Dengan itu, jiwa kami akan sentiasa 'kenyang' dengan 'santapan rohani'. Dan dari situlah biah solehah itu mula terbit & mewarnai kehidupan kami di sekolah bahkan biah itu juga yang banyak membantu kami sewaktu berada di luar sekolah ! Alhamdulillah... ^^

Kemudian, dengan izin-Nya saya masih diberi peluang buat merasai biah solehah itu walaupun sudah menjejakkan kaki ke kolej. Saya belajar di kolej islam antarabangsa dan sudah tentu biah yang dibina juga bersesuaian dengan ajaran Islam yang sebetulnya. Situasinya lebih kurang di sekolah dahulu. Dan sekarang, perihal biah solehah ini juga sering kali menjadi 'perbualan hangat' dalam kalangan mahasiswa di kolej. Yelah.. ada sesetengah yang mengatakan tidak kepada biah solehah. Dan ada juga yang berjuang sepenuhnya demi mempertahankan biah solehah.

Bulan lepas saya berpeluang berkunjung ke SHAMS. Dan kali ini Allah swt aturkan pertemuan saya dengan ustazah kesayangan, Ustazah Rokiah Hassan. Tatkala bersua, ustazah kongsikan...

"Apabila berada dlm pengajian agama, biah itu yg menjaga kamu. Laenlah kalau kat tempat kamu belajar tu takde pengajian agama, pelajarnya juga bebas. Itu kamu sendiri yg menjaga diri kamu. Jadilah mujahidah mujahadah!" -Ustzah Rokiah
Baru tersedar. Astaghfirullah..
Benar apa yg ustazah katakan... Nak menjaga diri itu bukan mudah. Bilamana dalam biah solehah, Alhamdulillah. Kurang cabarannya. Tapi bila keluar dari biah itu maka kuatlah cabarannya. 


Pernah juga sahabat2 di universiti laen berkongsi cerita. Di sana, kurang majlis ilmu seperti usrah. Pergaulan bebas & sebagainya. Itulah kehidupan pelajar bidang laen seperti yang dikatakan ustazah. Sedikit berbeza. Hhmmm... nak bercakap banyak pun tak boleh sebab saya sendiri belum mengalami situasi sebegitu. Cuma bagi hamba yang dhoif ini, saya beranggapan bahawa tak semestinya tiada biah solehah, diri kita pun tak soleh dan solehah ! Kenapa? Takut orang kata diri kita nie POYO? Eh.. biarlah mereka nak kata apa. Lagipun, hidup kita ini kita cari reda Ilahi. Bukannya manusia ! Kalau mereka 'mengata' pun, sekejap je... biaq pi lah. Lame2 pasti senyap juga kan =)

A059
Dan sekiranya mereka benar-benar reda dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasul-Nya akan memberi kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (surah At-Taubah)

Ingat tak apa yang ustazah katakan? Jaga diri kamu ! Mujahadah ! Sememangnya biah solehah itu penting sebab itulah 'support system' bagi diri kita. Tapi, tanpa biah itu. Kita masih lagi boleh. Be qawwiy. Mulakan dengan diri kita sendiri ! Perbaiki diri. Jadikan diri kita sebagai contoh teladan yang baik ^^ Ok.. memang sukar. Tak tipu ! Musuh utama adalah hawa nafsu dan godaan syaitan. Jadi, keep fighting... Yeahhh !! Jangan tercegat je. Nakkan sesuatu, mesti usaha. ^_^

Bila diri sendiri dah mula, kemudian usaha cari kawan yang boleh bersama2 dalam bermujahadah. Dah dapat? Bagus.. Lepas tu cari lagi dan cari lagi kawan. Biar boleh bina satu kumpulan. Bila dah ada kumpulan, gerak sama2... In shaa Allah. Andai mahu, semua boleh ! Pesan sahabat saya, "kalau nti nak sesuatu, cakap je nak! nak... nak... nak... in shaa Allah, pasti dapat. cepat atau lambat itu biaselah.."

Lagipun, Mujahadah itu membawa kepada hidayah yakni petunjuk. Dan ianya yang akan membawa diri kita kepada suatu perubahan diri ke arah kebaikan. Kita sering membaca sepotong ayat dari surah Al-Fatihah tatkala menunaikan solat:

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (surah Al-Fatihah)
 Kita meminta dari Allah swt agar menunjukkan kita jalan yang lurus. Namun, adakah dengan hanya berdoa? Tiada usaha yang dilakukan selepas itu? Jika begitu lagak kita, lupakan sahaja apa yang dipinta. Tiada guna. Hanya omongan semata2. Perlu diingatkan kembali akal kita ini. Untuk mendapatkan sesuatu, sudah tentu kita perlu melepaskan sesuatu. Dan di situ bermulanya tadhiyyah yakni pengorbanan. Yakinlah bahawa setelah kita melepaskan sesuatu, kita pasti akan mendapat lebih dari apa yang kita lepaskan itu. Contohnya ! Dalam bab bersedekah. Kebiasaannya kita bersedekah tak banyak pun. Dalam seringgit ataupun beberapa sen sahaja. Setakat yang mampu. Tapi, bila dikenangkan kembali... apa yang diperoleh selepas itu adalah lebih banyak. Hidup kita lebih berharga, dengan kemewahan, kesihatan tubuh badan, kegembiraan, kelapangan waktu & sebagainya. Subhanallah... tak terhitung nikmat dari-Nya. Sematkan di fikiran & semadikan dalam hati. Apa yang ada pada diri kita sekarang ini semuanya milik Dia. Kita hanya pinjam !  *fikir2kan...

A062
Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu) baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (surah Al-'Ankabut)
Jika dibaca tafsiran bagi surah Ar-Rahman, Allahuakbar x 3... Allah Maha Besar ! Didalamnya diceritakan mengenai segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hamba-Nya yakni kita. Dari nikmat kehidupan di muka bumi sehingga kepada balasan di syurga & neraka kelak.

A013
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (surah Ar-Rahman)
A064
Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. (surah Al-'Ankabut)

Bercakap memang senang kan.. Nak buat tu yang sukar. Begitulah kebiasaanya. Walau apapun,, moga kita semua terus istiqamah. In shaa Allah.. Usaha itu yang dilihat. Allah swt hitung. 

A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (surah Al-'Ankabut)

Ada hamba Allah yang pernah bertanya pada seorang ustaz akan maksud istiqamah. Kemudian Ustaz menjawab. Bayangkan kamu sering sahaja melakukan solat sunat. Tapi suatu hari kamu rasa malas sangat2 nak buat. Kamu lawan rasa malas itu. Kamu tetap juga usaha selesaikan solat itu. Dan akhirnya kamu Berjaya sudahkan solat sunat. Alhamdulillah.. itulah yang dinamakan istiqamah. Walaupun diri kamu digoncang badai, kamu tetap kuat & berterusan melakukan serta menyempurnakan amalan kamu.

 Mujahid/Mujahidah Mujahadah !

3 in 1
Biah solehah + Mujahadah + Istiqamah
dalam
satu diri !
siapa?
diri saya, diri awak dan diri kita semualah...
kita pencetusnya !
wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..