Bl0gger Wanita @ Blogger Muslimah?

Bismillahirrahmanirrahim...
sedikit perk0ngsian, tapi penuh ibrahnya...InsyaAllah
c0py & paste fr0m Saudara Hilal Asyraf

Picture by LittleMuslimah of DeviantArt.

Bercakap berkenaan alam blogger, alam maya, ini bukanlah alam diskriminasi yang hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi wanita juga hakikatnya ramai yang berkecimpung di dalam medan ini. Bahkan, kemungkinan, wanita lebih ramai kerana biasanya mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi rasa.

Tetapi persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam artikel Blogger=Da’ie kali ini adalah:

Apakah kita ini semata-mata blogger wanita atau kita hakikatnya adalah blogger muslimah?

Adakah kita, sebagai seorang muslimah yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian, benar-benar menggerakkan blog kita, menggerakkan penyampaian kita, agar memberikan penyampaian Islam yang sebenar? Atau kita sekadar menayangkan ‘kewanitaan’ kita kepada masyarakat semata-mata?

Di sini kita kupas Blogger Muslimah secara khusus!

Disiplin Seorang Muslimah.

Perkara utama yang perlu kita ketahui di dalam mengupas perihal Blogger Muslimah ini adalah, disiplin seorang muslimah itu sendiri.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut dengan jelas di dalam Surah An-Nur:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Ayat ini adalah absolute dalam menyatakan bagaimana disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya. Membaca ayat ini, jelas kepada kita betapa seorang Muslimah itu adalah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidak pula membuka auratnya. Menjaga pula pergaulannya. Mereka tidak memperlihat-lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja. Tafsiran yang zahir ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith bermaksud:

“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya wajah dan dua telapak tangannya sahaja boleh kelihatan.” Riwayat Abu Dawud.

Kemudian antara disiplin di dalam menjadi Muslimah adalah Muslimah tidak bertabarruj. Sebagaimana Allah SWT telah memberikan larangan di dalam firmanNya:

“Janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal.” Surah Al-Ahzab ayat 33.

Tabarruj bermaksud berlebih-lebihan dalam berhias, atau menunjuk-nunjukkan kecantikan yang ada. Apabila dibahaskan mengapa disebut ‘sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal’, dinyatakan bahawa wanita-wanita jahiliyyah awal itu adalah yang memulakan berhias berlebihan untuk menarik perhatian/menggoda lelaki. Justeru, apa-apa sahaja tindakan menghias diri berlebih-lebihan, sengaja menzahirkan kecantikan, dengan niat hendak mendapatkan perhatian maka itu sebenarnya adalah tindakan tabarruj. Nyata, tabarruj bukan disiplin seorang Muslimah.

Lebih penting lagi, segala disiplin seorang hamba kepada Allah SWT, adalah termaktub di dalam disiplin seorang Muslimah.

Justeru, di sini saya noktahkan perihal Disiplin Seorang Muslimah.

Pendek kata, Muslimah itu sederhana, menjaga dirinya, dan menjaga orang lain dari diheret oleh dirinya ke neraka. Dirinya mulia, dan amat menjaga kehormatan dirinya ini dengan berusaha menjaga batas-batas sebagaimana yang telah Allah SWT tetapkan.

Blogger Muslimah.

Maka, seorang blogger Muslimah adalah yang tertakhluk di bawah Disiplin Seorang Muslimah.

Seorang blogger yang menulis atas dasar untuk menegakkan kebenaran, untuk menyampaikan kesedaran, untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Perkara ini, telah kita jelaskan bayak dalam artikel-artikel blogger=da’ie yang lepas. Tiada bezanya untuk seorang blogger Muslimah.

Blogger Muslimah tidaklah menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidaklah dia berhias untuk mendapat perhatian ramai, lalu memampangkan wajah ayunya, bibir mungilnya di blognya. Tidaklah dia mendedahkan auratnya, dan tidaklah dia memakai pakaian yang tidak sopan.

Tidak pula dia meletakkan gambar-gambar yang mampu menimbulkan fitnah, walaupun menutup aurat(balik kepada isu tabarruj).

Pendek kata, jika benar dia seorang Blogger Muslimah, maka fokusnya adalah penyampaiannya, dan bukannya untuk menayang-nayangkan kecantikannya.

Blogger Muslimah Blogger Mendidik.

Blogger Muslimah tidak menjadikan pujian orang sebagai matlamat. Apatah lagi pujian terhadap rupa paras.

“Comelnya Kak Zazu(bukan nama sebenar).”

“Ayu la Kak Zazi(bukan nama sebenar).”

“Wah, lawanya Kak Zus(bukan nama sebenar.)”

Sekiranya inilah yang muncul pada komen-komen setiap postnya, maka sepatutnya blogger Muslimah bermuhasabah. Apakah yang sebenarnya telah dia lakukan? Dia sebenarnya membawa manusia pulang kepada Allah SWT, atau sebenarnya membuatkan orang terpegun dengan kecantikannya?

Blogger Muslimah sepatutnya menjadi pendidik kepada akhlak sopan, dan adab seorang muslimah yang sebenar. Menceritakan cabaran menjadi seorang muslimah di tengah Islam menjadi dagang. Di tengah perempuan-perempuan lain tidak malu menggadaikan diri dan membuka aurat masing-masing. Menjelaskan peranan wanita di dalam kehidupan, di dalam Islam, di dalam rumah tangga, di dalam negara dan sebagainya. Boleh dikupas juga bagaimana wanita-wanita Muslimah yang terdahulu, atau juga ilmuwan Muslimah yang muktabar untuk dijadikan contoh. Boleh juga dikupas perihal wanita masa kini, dan bagaimana mahu kita bina bi’ah solehah yang baik dalam masyarakat wanita kita.

Sarat dengan idea. Sarat dengan wawasan. Sarat dengan isi yang bermanfaat. Ya, begitulah Blogger Muslimah yang sebenarnya. Bukan hanya bersembang berkenaan ‘hensemnya si dia’ atau ‘kenapa artis itu bercerai dengan si dia?’ dan atau ‘hari ini aku pergi bla bla bla’. Lebih buruk, memang kerjanya tayang diri sematya-mata.

Bukanlah Blogger Muslimah seorang yang bercerita akan diari hidupnya tanpa ada hubungan dengan Allah SWT. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang menceritakan aib orang lain. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang hanya menayang-nayangkan kecantikannya, hayat hidupnya, untuk dipuja dan dipuji.

Blogger Muslimah, adalah blogger yang mendidik.

Janganlah Jadi Blogger Wanita Semata-mata.

Maka janganlah jadi blogger wanita semata-mata. Yang kosong tanpa idea. Yang sekadar menjual kecantikan dirinya.

Blogger Muslimah bukanlah blogger yang menulis ayat-ayat Allah SWT, hadith-hadith Rasulullah SAW, kalam-kalam nasihat, dalam keadaan dirinya memaparkan aurat, dalam keadaan dirinya bertabarruj, dalam keadaan dirinya memaparkan kecantikannya.

Tidak. Itu bukan Blogger Muslimah. Itu Blogger Wanita.

Blogger Muslimah, walau dia tidak letak sepotong ayat Al-Quran pun, walau tidak ada bersama artikelnya sebaris hadith pun, tetapi dia membawa nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kehidupan, bersama adab dan kehormatannya yang terjaga. Kerana dia jelas mengajak kepada Allah SWT, dan berada di dalam disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya.

Maka janganlah kita menjadi blogger wanita semata-mata.

Jadilah Blogger Muslimah.

Yang duduk tunduk di bawah disiplin seorang Muslimah.

Fokus kembali matlamat kita.

Penutup: Blogger Muslimah, Satu Aset.

Jika anda lihat di dalam LangitIlahi.Com, kami punya blogger Muslimah juga. Sister Khumairah(pelukis) dan SisFaeez(kartunis). Tetapi nyata gambar-gambar mereka tidak langsung memaparkan wajah.

Saya sangat percaya bahawa Blogger Muslimah adalah satu aset yang besar. Ya, lelaki mungkin tidak terlalu hebat dalam mendalami perempuan. Kerana apa-apa hal pun, lelaki adalah lelaki. Perempuan jugalah yang mampu sampai kepada perempuan dengan lebih dalam. Kerana itu, Blogger Muslimah amat perlu, untuk menjadi qudwah, penyampai, yang baik kepada wanita-wanita. Kerana itu, kita sepatutnya membina diri kita biar benar-benar menjadi Blogger Muslimah, bukan semata-mata Blogger Wanita.

Bukanlah salah meletakkan gambar. Tetapi tidaklah perlu berhias, tidak perlu kepada aksi-aksi manja, tidak perlu memuncungkan bibir tanpa keperluan. Tidak salah memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilalui bersama muslimah lain, selagi aurat masih terjaga dan akhlak masih dalam kesopanan Islam. Bahkan, sampai masa, perlu kerana masyarakat hendak melihat bagaimana kehidupan muslimah yang sebenar.

Tetapi janganlah kita ‘jual’ diri kita. Jika kita ‘jual diri kita, kita hakikatnya tidak membantu Islam pun.

Bahkan kita menjadi fitnah pula kepada Islam kerana memaparkan sikap ‘muslimah’ yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, jika yang kita tulis adalah perkara-perkara kebaikan. Ketahuilah bahawa, antara kita dengan orang Islam ada perbezaan. Begitu jugalah antara wanita biasa dan seorang Muslimah, sepatutnya ada perbezaan. Jika kita pun serupa mereka, maka apa sebenarnya kita?

Mari, didik diri menjadi Blogger Muslimah!

Junjungan Mulia 'Rasulullah SAW'

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Maulidur Rasul 1434H 
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah

Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Indahnya lirik lagu ini... Mudah difahami ceritanya & mudah juga bagi kita untuk ajarkan lirik2 lagu ini pada anak2 kecil...Mudah bagi mereka untuk mengenal siapa itu Muhammad. Apa yang kuingat kupelajarinya masa di sek0lah rendah. Dan alhamdulillah sampai sekarang masih segar di ingatan dengan izinNya...
Muhammad...
Itulah Rasul utusan Allah buat kita umat di akhir zaman. Bagindalah yg membawa sinar cahaya menerangi seluruh alam dengan ajaran Islam. Segala pahit getir Baginda rasakan demi menyelamatkan umat akhir zaman ini dari terus leka dengan mengajarkan akhlak yg mulia (makarimu'l akhlaq) serta menjadikan mereka sebagai masyarakat Rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi (cahaya ketuhanan).

A107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(surah Al-Anbiyaa': 107)
A004
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. 
(surah Al-Qalam: 4)
Baginda sememangnya mempunyai keperibadian yang mantap sebagai se0rang Rasul, pemimpin, suami bahkan juga sebagai se0rang ayah dan datuk. 
Sebagai Rasul
Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah r.a meminta kepada Rasulullah SAW supaya mendoakan dirinya. Lalu Baginda berdoa, "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa dirinya yang lampau dan juga dosa-dosanya yang akan datang." Mendengar sahaja doa itu, Saidatina Aisyah berasa sangat bahagia dan gembira. Melihat reaksinya, Nabi Muhammad SAW pun bertanya, "Mengapa kamu terlalu gembira?" Lalu, Saidatina Aisyah r.a menjawab, " Aku berasa terlalu gembira kerana dosa-dosaku diampunkan Allah." Mendengar jawapannya, Baginda berkata, "Jika kamu ingin tahu, inilah doa yang selalu Aku bacakan buat umat2ku dalam setiap solat yang aku kerjakan..." Subhanallah... Lihatlah betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada kita. Kita sendiri tahu bahwa Rasulullah SAW bukan sahaja menunaikan solat2 fardunya bahkan Baginda juga sering melakukan solat2 sunat. Allahurabbi...Lantas, pantaskah kita melupakan Baginda SAW?
Sebagai Pemimpin
Baginda sangat menekankan integriti seperti amanah, bertanggungjwab, telus serta jujur. Baginda juga memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama Baginda bersifat pemaaf & pemurah. 
Sebagai c0ntoh kisah Rasulullah SAW bersama dgn se0rang orang tua Quraisy yg buta. Walaupun Baginda SAW merupakan seorang pemimpin, namun Baginda sangat sayang & ambil berat akan masyarakat sekeliling. Baginda akan selalu berjumpa dengan orang tua itu untuk memberinya makan. Di sini juga boleh dilhat kesabaran Rasulullah SAW kerna orang tua itu sememangnya tidak menyukai & membenci Baginda. Dia sering mencaci Baginda. Namun, Baginda SAW tidak pernah membenci orang tua itu bahkan menghukumnya. 
Selepas Rasulullah wafat, sahabat Baginda bertanya pd Saidatina Aisyah r.a tentang amalan yg biasa Baginda lakukan ketika dirinya masih hidup. Lalu, Saidatina Aisyah menceritakan bahwa Rasulullah SAW selalu berjumpa orang tua itu untk berinya makan. Maka sahabat itupun pergi berjumpa orang tua tersebut & meneruskan amalan yg biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu memberinya makan. Tetapi, orang tua yang buta tadi menolak suapan dari sahabat itu dan mengatakan bahwa dia bukanlah orang yg selalu datang & menyuapkan makanan kepadanya. Lalu, org tua itu bertanya, "kemana orang itu pergi?" Sahabat menjawab, "Orang itu telahpun wafat & dia adalah Rasulullah SAW." 
Alangkah terkejutnya orang tua yg buta itu kerna selama ini dia sering mencaci 0rang yg telah banyak berjasa kepada dirinya iaitu Muhammad SAW. Selepas itu, orang tua itu pun melafazkan "LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH" Tiada Tuhan Selain Allah Dan Muhammad Adalah Utusan Allah...Lihatlah, akhlak mulia yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu telah pun melembutkan hati orang tua itu untuk menerima Islam dengan izinNya. Jadi, bagaimana pula dengan kita?
Sebagai Suami
Dalam mengurus dan mengendalikan rumahtangga, Rasulullah SAW sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat lemah-lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda juga memahami keadaan mereka dan melakukan kerja2 rumah secara self-service. Cont0hnya, jika ada pakaian @ selipar yang k0yak, Baginda SAW akan menjahitnya sendiri. 
Pernah terjadi suatu peristiwa di mana berlaku sedikit khilaf diantara Nabi Muhammad SAW dgn Saidatina Aisyah r.a. Lalu Baginda berkata, " Kita perlukan sese0rang untk mengadili pandangan siapa yg benar diantara kita berdua." Jadi Saidatina Aisyah mencadangkan ayahnya Saidina Abu Bakar untuk membantu mereka. Lalu, setibanya Saidina Abu Bakar di rumah, Saidatina Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW, "Berkata jujurlah dirimu Ya Rasulullah." Mendengar sahaja Saidatina Aisyah berkata sebegitu lantas Saidina Abu Bakar terus menampar puterinya itu & berkata, "Mengapa berkata sebegitu kepada Rasulullah sedangkan kamu tahu bahwa dirinya tidak pernah berbohong." Lalu, Saidatina Aisyah terus bersembunyi di belakang Rasulullah. Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Abu Bakar, "mengapa kamu memukulnya sedangkan kami mengundangmu untuk mengadili pandangan siapa yang tepat diantara kami berdua." Walaupun Baginda adalah Rasul dan suami, Baginda tetap bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah & tidak menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Sebagai ayah dan datuk
Sebelum Baginda SAW menjadi Rasul, Baginda dikurniakan cahaya mata bersama Saidatina Khadijah. Namun, Saidatina Khadijah berasa takut kerana ketika itu masih pada zaman Jahiliyah di mana anak2 yang dilahirkan akan dibunuh. Tetapi, Rasulullah SAW mengambil anaknya dan berkata bahwa anak adalah kurniaan Ilahi dan perlu disayangi serta dijaga. Subhanallah...Dari situ pun mampu kita lihat bahwa Nabi Muhammad SAW sememangnya se0rang yang penyayang.
Selain itu, Baginda juga sayang dan sangat kasih pada kanak2. Baginda selalu melayan karenah cucu2nya iaitu Hassan & Hussin. Pernah suatu ketika, semasa Nabi SAW sedang sujud dalam solat, cucunya datang dan duduk di belakangnya. Namun, Baginda hanya membiarkan cucunya itu sehinggalah cucunya itu puas bermain dan turun dari belakangnya. Dalam kisah yang lain, cucunya iaitu Hussin pernah buang air kecil di dada Rasulullah SAW ketika dia bermain. Apabila Anas bin Malik melihat keadaan itu, dia cuba mengambil Hussin. Namun, Baginda menghalang dan berkata, "Biarkan sahaja sehingga dia berasa puas." Baginda juga turut mencium cucu2nya. Itu tanda kasih sayangnya buat mereka...
Wahai saudara2ku...
Ayuh kita bangkit menjadi anak2 panah Islami
yg mampu bergerak & memanah ketika diperlukan!
Namun....
sebelum itu kita perbaiki terlebih dahulu akhlak kita
cuba c0ntohi akhlak2 serta peribadi mulia Rasulullah SAW
Qudwah Hasanah yg utama
*Sama2 kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW....
  Allahuma solli ala sayyidina muhammad waala ali sayyidina muhammad...


Menutup AURAT yg dituntut Oleh Islam

Kenapa Wanita Islam Wajib Menutup Aurat?
kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: "Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganngu"
Bahagian manakah yang boleh diperhatikan?
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (HR. Abu Daud)
Muka Dan Tangan
Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (HR. Muslim dan Bukhari)
Surah An-Nisa' ayat34, Allah SWT berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."
Sepotong ayat dari surah Al-A'raf ayat 26, Allah SWT berfirman, "Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik."
Muka dan Leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a. Bersolek (make up)
b. Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah." 
Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."

Wangian
"Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina." (HR. Nasa'i, Ibnu khuzaimah dan Hibban)
Kaki (Tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (surah An-Nur: 31)
a. Menampakkan kaki
b. Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki
Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan?
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut merka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (surah An-Nur: 31)
Dress to Allah Not His Creations!
 Cara Berhijab
 *Pesananku buat Sister2ku yg kukasihi kerana Allah...
   Tutuplah auratmu...Semuanya sudah terbuktikan bahwa ianya adalah perintah dari Penciptamu iaitu Allah. Mungkin ada di kalangan kalian berkata, "Ah! Tak sampai seru lagi la..." Kenyataan kalian itu adalah SALAH sama sekali!!! Seru apa yang kalian nantikan lagi sedangkan Allah telah utuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul kepada kita untuk ajarkan kita akhlak2 yang mulia sebagai seorang Hamba. mungkin ada juga yang berkata, "Ah! Panaslah...Rimaslah..." Inginku tanyakan pada kalian, antara api dunia dan api neraka mana yang lebih panas? Sudah tentulah api nerakakan...Jadi, tidak timbulkah perasaan gerun dihati kalian dengan api neraka serta kepanasannya? Atau kalian semua yakin bahwa kalian bakal ke syurga bila ajal menjemput kalian?
Sudahlah dengan alasan2 itu!!! Kita semua tahu bahwa kita ini adalah umat akhir zaman dan kiamat itu adalah pasti dan kita sendiri tidak tahu bila masanya...Mungkin sahaja bila2 masa. Tapi, sudah bersiap sediakah kita 'wahai akhowat'? 
Berubahlah sedikit demi sedikit. SL0WLY BUT SURELY!!!Tidak perlu berubah secara drastik...Tapi jika kalian mampu berubah sepenuhnya, silakan. Tiada siapa yang halang. Itulah yang terbaik. 
Uhibbukum LilLah <3 





#1 Bersama "DAKWAH LAPANGAN"

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat2 yg kukasihi sekalian...Ku titipkan pengalaman yg kurasai & kualami ini agar kalian memahami bahwa 'gerak kerja dakwah' itu sememangnya perlukan peng0rbanan, kesabaran, kerjasama dan hati yang ikhlas. InsyaAllah...
Kenapa saye senaraikan 4 perkara itu? Saye tidak katakan bahwa 0rang yang tidak ikhlas hatinya, tidak b0leh pergi berdakwah. Tidak sama sekali! Mungkin sahaja kali pertame sese0rang itu pergi berdakwah adalah atas paksaan dari 0rang di sekelilingnya...Namun, apabila dia menceburkan diri dalam beberapa gerak kerja dakwah, dengan sendirinya keser0nokan 'berdakwah' itu akan muncul dalam diri & juga hatinya. Dari situlah keikhlasan itu timbul...Betul tak???
31/12/12...
Tarikh yang sangat bermakna! Hari tu juga saye mula mengerti bahwa gerak kerja dakwah sememangnya Sukar. Kekuatan diri bukan sahaja diuji dari luarannya, bahkan juga dari dalamannya. Berbekalkan kata2 semangat serta doa dari sahabat2 seperjuagan, saye kuatkan diri untuk bersama2 dengan mahasiswa2 yg lain iaitu dari KIAS, UM, UKM, POLITEK serta USM bagi melaksanakn 'dakwah lapangan' anjuran Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (Gamis Kelantan) dgn kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Penyertaan bagi dakwah lapangan ini juga adalah bergantung atas kerelaan pelajar itu sendiri. N0 paKsaan!!


Beberapa hari sebelum gerak kerja dakwah itu, pengerusi Gamis Kelantan yg juga merupakan seni0r saye di Kias sempat berk0ngsi cerita dgn para peserta yg bakal mengikuti dakwah lapangan mengenai tempat2 yg bakal kami tuju serta pengalaman beliau bersama ikhwan2 yg lain. Beliau juga menyuruh kami bersiap sedia kerna orang2 yg bakal kami ketemu itu bermacam2 gaya/perangai...Saye rase kalian sendiri mampu bayangkan org2 yg macam mane yg kami bakal ketemu kn! 
Jadi,pada hari tersebut saye & sahabat2 dari KIAS telah diarahkan untuk berkumpul di Masjid Kg.Laut, Nilam Puri, Kelantan pd 4.30 ptg sebelum bertolak ke Balai Islam Lundang. Setibanya di sana, kami diarahkan untuk berkumpul di surau terlebih dahulu bagi menunggu ketibaan sahabat2 kami dari U yg lain. kami berkumpul di sane sehinggalah pkul 10.30 malam dan sepanjang waktu itulah ukhwah2 baru terjalin...ser0nok sangat! kami lakukan segala persiapan bersama2: pack pamplet2 (mengenai pemakaian yg menutup aurat & l0g0 Halal) ke dlm plastik untk diagihkan kpd orang awam sebagai hadiah pd malam tahun baru, makan sama2 (sharing is caring n_n) serta s0lat berjemaah...Mungkin bagi kalian ianya hanya aktiviti2 yg biasa, namun bila dilakukan bersama2 diselangi dgn gelak ketawa,kerjasama,ukhwah...ianya akan menimbulkn satu perasaan yg sngt bahagia! Percayalah...
Pembahagian kmpulan sebnyak 19 kmpln turut dlakukn & setiap kmpulan mpunyai mahasiswa2 (ikhwan wa akh0wat) dr U yg berbeza. Tempat2 yg kami tuju,antaranye: Tesco, Stadium, Menara Jam besar(sekitar masjid muhammadi), pengkalan chepa (pagar airport), jalan hamzah, pantai cahaya bulan (pcb), bandar KB. Bagi sahabat2 ikhwan yg diletakkn di pengkalan chepa, mereka sngat bertuah kerana pihak berkuasa mnjalankn sesi 'tangkapan' pd malam itu sehingga 4 pagi dan bagi yg berpeluang mereka mngkin mampu ikut serta untuk melihat gerak kerja pihak berkuasa serta suasana yg bakal berlaku.
Bagi kumpulan saye, ianya terdiri dr pelajar2 kias (11 org) & usm (2org) serta diketuai oleh Ustaz Asirullah, seni0r saye di kias. Sebelum bert0lak, kami diarahkn berkumpul dlm kmpulan trlebih dahulu bagi menerima sedikit taklimat dr ketua masing2...kami turut dibekalkn dgn pamplet2 serta 5 keping b0rang kajiselidik (masalah sosial) yg bakal kami ajukn s0alan2nye pada mad'u2 yg bakal kami jumpa nanti. nak dijadikan cerita...ketua kami telah tersilap bagi penerangan mengenai b0rang tersebut, dye kata bahwa borang itu kami yg perlu isi! pada awalnya memang rase pelik sbb bile melihat & bace s0alan2 yg ada pd b0rang tu, tak mungkin kami yg kena jawab...tpi bile dh ketua ckp, ikut jelah kn!ehehe...mase tgah isi b0rang tu,,,tibe2 ad ikhwan dri kmpulan laen kate, "eh!borang tu kena bagi pada mad'u la..." Haa...bile dngar dye ckap mcam tu,terus kami letak b0rang tu. semua salahkan ketua!! sempat lagi ketua kami balas, "dh isi semua ke b0rang tu?" kami, "dah la!" Ketua, "o00...ok.buat tak tahu je..." Sabar jelah!!
Seterusnya,kami bergerak dgn menggunakn kenderaan masing2 serta mnggunakn bberapa kenderaan yg dsediakn pihak JAHEAIK. Walaupun kenderaan tidak mncukupi & hujan masih terus membasahi bumi saat itu, namun ianya tidak mematahkan semangat kami. Naik m0tor redah hujan pn ad (ikhwan shj)...semangat anak muda!
Lawak jugak bila berkumpul ramai macam tu! Masing2 baru kenal sampaikn berlaku sedikit salah faham dlm kumpuln saye. Kisahnya begini: bagi student kias,kami sememangnya diajar mnggunakan panggilan ustaz & ustazah sesama pelajar itu sendiri.mksudnya, jika ada ikhwan yg ingin memanggil akh0wat maka dia perlu memanggilnya dgn panggilan ustazah! tujuannya adalah untk menjaga...jadi semasa sesi taklimat tdi, salah seorg shabat saye (akh0wat) tlh mmanggil shabat ikwan dgn pnggilan ustz, lalu mase dlm kerete sahabat saye dr usm (kak Izah) pn bertanya, "adik, lelaki tdi tu pensyarah adik ke?" Saye pn mnjawab, "eh,bukanlah kak...itu pn student mcam kita jgak."  "haa...tu la!akak pun pelik jgak, muda sngat 'pensyarah' tu,hihi...balas kak Izah smbil ketawa."
Bagi kmpln saye, kami diarahkn berada di sekitar menara Jam Besar. Di sana, kami berpecah kpd 2 kmpulan untk mengjar masa yg diberikn kerana pd pukul 12 malam kami mesti berada di stadium pula untk aktiviti yg selanjutnya. Sepanjang waktu itulah, pelbagai pengalamn menarik diper0leh! Kedai2 makan, stesen bas,orang2 yg ad di sekitar laluan kami & kenderaan2 yg ad ditepi jalan menjadi sasaran kami pd malam tu...
Pada mulanya, kami menuju ke sbuah kedai makan. Tapi, sbelum masuk seni0r saye dh pesan awal2, kat dalam sane rmai lelaki drpd perempuan,jdi yg lelaki mereka handle manakala yg perempuan dye serahkn pd saye & sahabat2 akh0wat yg lain...hanya Allah yg tahu perasaan saye mase tu. nak tegur 0rang yg tngah makan & berb0rak, nak bercakap guna ayat2 yg tersusun supaya tak terguris hati dye0rg, nak bagi pamplet shj tpi ada juga yg tak nak ambil, pandangan semua org dlm kedai yg sentiasa memerhatikn gerak geri saye & sahabat2...Bayangkan! Nampak senang,tapi Tidak sama sekali...
Situasi lain pula: mase tgah bjalan2 tu, seni0r saye trnampak se0rg makcik dlm kereta parking dtepi jalan,lalu dye minta salah se0rg dari ak0wat untk pergi bjumpa dgn makcik tu. saye yg pling dekat dgn kereta tu jadi saye pun melangkah mendekatinya & mengetuk cermin kereta. Awal2 saye ketuk tu, makcik tu taknak buka cermin. Muke dye pula langsung tak senyum mase tu...Saye yg kat luar nie pun rasa serba salah dibuatnye. Jadi, saye ketuk lagi cermin kereta tu. Kali nie dye macam nak buka cermin, tapi tak jadi jugak...Dye terus buka pintu kereta,tapi tu pun buka sikit jee. Tapi saye cuba jugak, cakap sl0w2, bagi salam dulu, prkenalkn diri, terangkan kat dye tujuan sye bagi pamplet, d0akan dye & ucapkn trima kasih sbb sudi luangkn masa dgn saye...Mase terangkn pasal pamplet tu barulah dye mula senyum dan bertambah senyum!! Alhamdulillah...ad impr0vement!  Lega rasenye...
Haaa...tu la. Tak senang tau,kena banyak sabar. Sebenarnye, kalau diikutkn makcik tu tak bersalah pun. Biaselah, zaman sekarang nie tak selamatkan. Ada je prkara2 buruk berlaku. Mungkin makcik tu berjaga2 rasenye, lgipun time tu kan tengah malam...

* ingin tahu kisah 'dakwah lapangan' yg selanjutnye??? 
   teruskn bacaan kalian pada entri yg #2...
 

Markah AKHIRAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
buat sahabat2 yg saye kasihi kerana Allah <3
Entri kali ini merupakan nasihat dari pensyarah B.Arab saye di kampus. Beliau merupakn se0rg yg sngat pandai menarik minat student2nye untk mndengar & sentiasa menyelitkn perihal2 pengajaran berkaitan duniawi serta ukhrawi. Itu yg membuatkn pelajaran yg saye pelajari bersama sahabat2 yg lain lebih bermakna!
selamat membaca =)
Bagi se0rang insan yg bergelar Pelajar,
apakah yg biasa menjadi target mereka semasa belajar, markah akhiratkah ataupun markah dunia semata2 kerna mahu mencapai dan memegang gelaran pelajar terbaik, mendapat segulung ijazah, anugerah dekan serta puji-pujian drpd pensyarah mahupun teman2 sekuliah?
Bagi kalian pula, jawapan yg manakah yg kalian akan pilih? Jika markah akhirat yg kalian mahukan, Alhamdulillah...Tidak sia2 segala apa yg kalian pelajari, InsyaAllah. namun, jika pilihan kalian hanyalah markah dunia semata iaitu untuk mengejar glam0r & pengaruh semata2... Beristighfarlah! Mohon keampunan dgnNya dan tajdid (perbaharui) kembali niat kalian... Ingatlah!!! Niat kalian akan sentiasa mempengaruhi tindak tanduk kalian sebagai se0rg pelajar. c0ntohnya, bila ada di ntara kalian yg set niatnya hanyalah untuk mengenggam segulung ijazah,maka dye akan lakukn apa sahaja untuk mencapainya termasuklah meniru ketika peperiksaan, tidak hadir kelas (tapi minta org lain tandakn kehadiran), tidak ambil berat dlm pelajaran, perikse hanyalah untuk lulus (tidak target tinggi) & sebagainya...Wajarkah se0rang pelajar bersikap sebegitu??? Tepuk dada, tanya Iman!
Bile kita menuntut ilmu, kita kena ingat kita bukan sahaja mengumpul markah untuk peperiksaan shj, bahkan kita juga turut mengumpul markah untuk akhirat dimana markah2 kita itu sentiasa dicatat oleh malaikat dikiri dan kanan kita...Bayangkan jika kita meniru semasa exam, memang pensyarah2 kita tidak tahu kita meniru. Tapi al-Khaliq (pencipta) kita di atas sane sentiasa memerhati kita!!! Dia juga sentiasa dekat dgn hamba2Nya iaitu kita. Dengan markah tinggi @ baik yg kita dapat (secara Haram tadi dgn perbuatan Meniru) beserta segulung ijazah kita moh0n pekerjaan pula. Kemudian, tiap2 bulan dapat gaji. Bile dh kahwin, duit dr gaji tulah yg kita bagi nafkah pada isteri serta anak2... Dari tu juga mereka makan & membesar. Namun,,, kita lupa satu perkara! Setiap makanan yg masuk dlm diri mereka akan mengalir melalui saluran2 darah & menguatkan anggota2 dalamannya termasuklah HATI... Di sinilah bermula segala-galanya. Bila yg sampai pada hati tersebut bersumberkn benda2 yg haram maka hati itu akan r0sak dengan sendirinya. ker0sakkannya pula akan mempengaruhi akhlak sese0rg itu. Bayangkan!! Kita sendiri yg jadi penyebab kpd ker0sakkan akhlak anak2 kita krn beri mereka makan dr sumber yg haram. dari luarannya memang pekerjaan kita itu HALAL, namun cara kita mendapatkn pekerjaan itu adalah melalui cara yg HARAM dgn meniru. Niat sama sekali tidak menghalalkan cara kita!!!Allah marah! Orang di sekeliling pn tak reda dgn perbuatan kita tu... Semua orang tak suka, jadi macam mana kehidupan kita nk bahagia dan dlm rahmat Ilahi selalu??? Bayangkan...
Tapi, bile kita impikan ilmu yg dirahmatiNya, kita akan belajar bukan shj untuk dpt ilmu tapi juga untuk manfaatknnya pada 0rg lain. Bukan time exam shj kita akan bace buku,time2 laen pun kite tetap akan bersama buku. Di sini kite akan lihat rahmat Ilahi, walaupun kita tdk mendapat keputusan yg kita inginkn hati kite tetap akan tenang serta rasa berpuas hati sbb kite tahu yg diri kite dah berusaha sehabis baik!


Ingatlah anak2 muda...
cari bekalan dari sumber yg diberkati. Mase muda adalah masa yg paling sesuai untuk mencari dan menambah markah Akhirat! kalian masih kuat masih bertenaga, jadi manfaatkannya...
<3 Pesanan dari as-syahid imam hassan al-banna buat anak2 muda islami <3
Asas keimanan ialah hati yg bersih...
Asas keikhlasan ialah jiwa yg suci...
Asas semangat ialah keinginan yg kuat...
Asas usaha ialah keazaman yg membara...
dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada PEMUDA...

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..