Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian.
Saya kagum tatkala melihat susuk tubuh ini. Insan yang banyak mengajar saya mengenali ilmu Falak (Astronomi). Insan yang ramah, sempoi dan melucukan. Tidak pernah saya rasa bosan ataupun mengantuk semasa mengikuti kuliahnya. Malah, saya dan rakan sekuliah yang lain pasti akan tersenyum, tergelak dengan lawak jenaka Ustaz.
Kuliahnya bukan hanya diisi dengan penerangan ilmu-ilmu Falak, bahkan turut diisi dengan kisah-kisah kehidupan & nasihat-nasihat yang berguna kepada anak didiknya. Itu bonus yang sangat berharga buat saya dan rakan-rakan. Terkadang, ianya membuatkan saya terasa seperti layanannya itu ibarat layanan si ayah kepada anaknya.
Saya memerhatikannya. Dia insan yang sibuk. Jadualnya terisi. Lantas, bermain di benak fikiran saya bagaimana ustaz boleh membahagikan masanya dengan baik.
Jadi, selepas kuliah berakhir, saya mendapatkannya. Lantas, saya ajukan soalan,
"Bagaimana ustaz boleh bahagikan masa untuk semua gerak kerja nie sedangkan ustaz sebelah paginya mengajar di sekolah, malam mengajar di masjid, hari minggu bersama kami & jemputan-jemputan luar pun ustaz terima?"
Ustaz,
"Entah... saya pun tak tahu. Terjadi sendiri kut. hehe... (Ustaz memandang ke arah saya dan rakan sambil tersenyum) kita niat nak buat benda baik, In syaa Allah Allah s.w.t. permudahkan segalanya."
Itulah jawapan ustaz. Ringkas, bersahaja tapi penuh dengan maksud yang mendalam. Terus terdiam saya dibuatnya. Tak tahu nak balas apa. Hanya mampu tersenyum.
Kali kedua masa tengah mengajar, ustaz bercerita.
"Pernah ada ipt yang tawarkan kepada saya untuk jadi pensyarah tetap tapi saya tolak. Kenapa? Sebab bila saya tengok jadual saya, saya tidak ada masa lagi untuk bersama masyarakat iaitu mengajar di masjid & sebagainya apabila terima tawaran tu. Jadual saya akan lebih padat dan terikat. Walau macam mana sekalipun, saya tetap akan wujudkan masa saya bersama masyarakat & saya akan tetap mnyumbang kepada mereka. Awak-awak semua pun kena ingat, menyumbang kepada masyarakat itu penting! Barakahnya sangatlah besar. Kalau kamu punya kemampuan & kebolehan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat, maka sumbangkanlah. "
Subhanallah... terdiam lagi saya. Nasihat yang sangat berguna.
Ustaz mengajar kami supaya berbakti buat Ummah! Maka di situ bermulanya Tadhiyyah (Pengorbanan). Ianya memang sukar. Kerana apa? Kamu akan benar-benar dikira berkorban bila mana kamu kehilangan apa yang kamu sayangi. Kamu korbankan (berikan) kepada ummah. Contohnya masa lapangmu, kesihatanmu, hartamu, jawatanmu dan sbg. Itu barulah pengorbanan.
Tapi niat yang baik, sentiasa akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Macam sahabat saya pernah pesan, bila diberikan amanah @ tanggungjawab dalam apa jua yang bisa membangunkan ummah dan demi Islam, maka teruskanlah dalam melaksanakannya. Jangan cepat futur! Laksanakannya terlebih dahulu. Jangan terus menolak. Kata aku tidak boleh. Aku tidak layak. Bila mana kamu 'terpilih', in shaa Allah s.w.t. tahu kamu layak. Dia yang memilihmu untuk berbakti. Buat kerana Allah.
Kamu membahagiakan orang.
In shaa Allah, kelak Allah s.w.t. yang akan membahagiakanmu. :)
Sekian.
Semoga perkongsian yang sedikit ini punya pengajaran yang besar buat kita semua.
Salam Ukhuwwah, Salam Perkenalan
~Cik Indah_Tarbiyah
0 comments:
Catat Ulasan