7 Garis Panduan Pakaian Muslimah Di Hadapan Bukan Mahram

Bismillahirrahmanirrahim....
Sedikit perk0ngsian buat saudara2 akh0watku ♥
Walaupun sedikit namun ibrahnya, insyaAllah sangat berguna & bermanfaat...
Be a G0od Muslimah
InsyaAllah...

Pertama
Pakaian yg menutupi keseluruhan tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan.
Ini dibuktikan dengan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa kakaknya Asma' binti Abu Bakar r.a pernah masuk ke rumah Nabi s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya, lalu Rasulullah s.a.w memalingkan wajahnya lalu menyebut, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah didatangi haid (mencapai usia baligh), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini" -sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya.
(H.R Abu Daud)
Jelaskan hadisnya...Namun, ada juga yang menanyakan bagaimana pula dengan bahagian atas tangan? Lalu, ini telah dijelaskn oleh para ulama' bahawa ia dihadkan kepada pergelangan tangan, jadi bahagian atas tangan juga seperti bahagian tapak tangan iaitu dikecualikan.
Kedua
Pakaian tersebut bukanlah perhiasan yang melampau, atau bertabarruj sehingga menarik perhatian. Bertabarruj boleh difahami secara umum sebagai memperlihatkan kecantikan wanita sama ada di bahagian muka atau lain2 perhiasan pada pakaian dan bahagian tubuh badan. Ini termasuk solekan yang tebal selain bedak, celak dan inai yang biasa dipakai oleh wanita.
Ketiga
Pakaian tersebut tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau membayangkan anggota tubuh.
Keempat
Pakaian tersebut hendaklah longgar,tidak ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah yang mengundang syahwat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yg cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (H.R Muslim)
Kelima
Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana wanita yg berwangi-wangian dan kemudiannya lalu di kalangan khalayak lelaki yg menghidu harumnya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang berzina." (H.R Abu daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)
Keenam
Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Allah S.W.T melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan juga wanita yg menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yg menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875).
Ketujuh
Tidak dipakai untuk tujuan kemasyhuran, glamor atau menunjuk-nunjuk.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yg memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yg sepertinya, kemudian membakarnya dengan api neraka." (H.R Abu Daud: 4029)
Pakaian kemasyhuran tidak hanya tertumpu kepada pakaian yg cantik bergemerlapan sahaja, tetapi juga pakaian yg sengaja diburuk-burukkan dengan tujuan supaya orang ramai mengatakannya seorang yang zuhud.

Wallahua'lam...


Credit t0: Ustazah Nurul Akma bt Mohamed @ Sheikh Mohd Amin
                (Pensyarah Jabatan Al-Syariah, KIAS)






0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..