♥ ♥ Sahabat BARU ♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim...
Beberapa minggu yg lepas,saye dianugerahkan oleh Allah se0rang 'sahabat baru'.Subhanallah...terasa kerdil pula diri saye bile bersahabat dengannye. Apa sahaja yg keluar dari mulutnya itu sungguh bermanfaat.Kadang2 saye terfikir, "bagaimana segala apa perkataan yg keluar dari sese0rg itu mampu bermanfaat bagi 0rg laen??? apa yg mereka lakukn sehinggakan mereka dianugerahkn kelebihan sedemikian...?" jawapan yg saye ketemukn adalah "Keikhlasan"!!!

Itu adalah kunci kpd mereka yg ingin bdakwah melalui penyampaian kpd 0rg disekelilingnya....sentiasa berkata benar & jujur.Niat hanyalah kerana ingin membantu agamaNya & bukanlah kerana ingin menunjuk2 bahawa 'aku lebih bagus dari kalian atau seumpamanya'.Itu pandanganku...Mungkin sahabat2 sekalian punye pandangan trsendiri.

#pertemuan dgn si 'dia' (kakak)...
masjid kg.laut(mkl) itu mnjadi saksi pertemuan ntara kami.dia merupkn seni0rku di k0lej.dlm prtemuan ptame itu,dia menegur saye sebaik shj saye selesai menunaikn s0lat zohor di mkl.dia tanyakn pd saye sama ad saye sudah makan tghari @ blum.saye katakn padanya bahwa saye sudah makan.kemudian dia hanya tersenyum dan mengangguk.kali kedua pula kami ketemu pd waktu yg sama & slps s0lat juga...cuma kali ini dia meminta izin dr saye untk berbual2 sekejap.semasa perbualan kami itu dia perkenalkan dirinya & tawarkn pd saye jwatan sbgai ajk mkl & tugas ajk itu cuma untk pstikn kebersihan di sane...saye terus menerima tawaran tersebut kerana bagi saye ianya bukanlah satu bebanan bagi saye.seterusnye kami bhubung dgn f0n & btemu secara 'kebetulan' saat pergi & pulang dr kelas.

semasa dlm prjalanan pulang ke terengganu,saye sempat bersms dgn kakak.tgh bersms tu,kedit f0n saye pula bakal kehabisan...lalu saye katakn pdnye,"akak...kedit fatin ciput jee nie." kemudian dia tnye,"fatin pkai n0 ape?" saye,"digi kak..." Hairan juga saye bile dia tnye mcam tu...tetibe trus masuk kedit rm5 ke f0n sye.Ya Allah...malu pula rasenye.x sangka akak akn t04 untk saye.lpas tu, kami sambung semula bersms & sepanjang itu juga kami cuba mngenali ntara satu sama lain...Alhamdulillah,,dh b0leh kenal ckit2.time tu juga dia ad tnye pd sye,"fatin dh ad ke blum paper2 exam yg lpas?" sye,"blum lgi tpi ftin dh cuba mntak gan kakak2 snior.cume x dpt jee..."dia,"cuba la mntak lagi dgn seni0r2...6t dptla."

#2 Bersama "DAKWAH LAPANGAN"

Bismilahirrahmanirrahim...

~sambung bace yee n_n
lepas berjumpa dgn makcik tu, saye dgn sahabt2 yg lain truskn langkah kami dgn meronda kawasan2 sekeliling. Namun sedikit hampa sbbnya orang ramai tak keluar malam tu jdi pamplet ditangan kami msih banyak & kami pun buntu seketika...tak tahu nak buat ape mase tu. jam di tangan msih belum menunjukkan pkul 12. jadi,,,bincang pnye bincang akhirnye ketua kami putuskn supaya kami berjalan kaki dr masjid muhammadi hingga ke stadium memandangkn pengangkutan yg ada bersama kami hanyalah sebuah kereta & sebuah m0t0r yg sememangnya tdk mampu mngangkut kami smua seramai 13 org skaligus ke stadium. tambahnya lagi, nie lah satu2nya peluang kami untk habiskn pamplet yg ad pd kami & bjumpa dgn sesiapa shj yg bakal ada smase pjalanan kami 6t. sempat lagi se0rg ikhwah memperli saye & akh0wat yg lain, "emm...ana tahu, msti smue akh0wat nak naek kereta kn dan taknak jalan kaki... takpelah naek jee." Ya Allah, geram jgak bile dengar ayat tu. kalau b0leh nak je jwab mase tu... "ustz, walaupun kami nie akh0wat tapi ustz jgan pandang rendah pada keupayaan kami. ustz jgan lupe, tangan yg menghayun buaian pun mampu mngg0cang dunia!!"
tapi, disebabkn ayat ustz tu jgaklah kami yg akh0wat nie jdi bersemangat nk buktikn yg kami nie bkannye lemah dan masih kuat nk teruskn dkwah lapangan nie...sampaikn 8 org akhowat yg ad semuanye taknak naek kereta, tapi dsebabkn kereta tu bwah jagaan akh0wat,tpaksa jgak 2 org mngalah bawak kereta tu ke stadium.
dlm prjalanan ke stdium, kami berhenti di kwasan hentian bas & kdai2 makan bgi mngedarkn risalah.semasa tiba di stadium,setengah drpd sahabat kami dr kwasan2 yg laen sudah pn tiba...di situlah kami smue btukar2 cerita mengenai pngalamn kami spanjang malam itu. shbat akh0wat saye yg ditugaskn di kawasan wakaf che yeh ad mnceritakan bahwa di sana kebanyakan yg mereka jumpa adalah pasangan c0uple 'anak2 muda'...ad pasangan yg berlagak 'steady' shj,tpi ad jugak yg cuba mengelak apabila bertemu dgn mereka.
itu kisah di wakaf che yeh, sekarang kisahnya pula di kawasan fo0d court stadium,tingkat atas! memandangkn sahabat saye smpai awal di stadium,jdi dye dan beberapa akh0wat yg laen mngambil keputusan untuk r0nda2 di bhgian atas f00d court tu...tibe2,ternampaklah sepasang c0uple yg tngh ber'dating'! maka, sahabat2 saye mngambil keputusan untk mencelah 'dating' mereka itu supaya mereka berganjak...pd mulanya,pasangan c0uple tu masih 'steady' dgn dating mereka, namun mungkin disebabkn tdk tahan dgn kehadiran sahabat2 saye itu,mereka mula bergerak & berpisah...
setelah semuanya ada,kami berkumpul pula untk sesi bergambar.b0leh dikatakn kawasan f0od court stadium mase tu penuh dgn kami semua...laungan2 takbir dari muslimin memecah kesunyian malam tu.Allahuakbar...bergetar rasa jiwa masa tu,sinar ukhwah yg terbina jelas kelihatan di kalangan para mahasiswa. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar malam tu walaupun hujan renyai2 membasahi bumi. Sekian =)

Wallahua'lam...

~Gabungan Mahasiswa~

HAKIKAT UKHUWWAH ISLAMIYAH!

Bismillahirrahmanirrahim...
buat sahabat2 yg disayangi, apa khabar kalian hari nie? Bagaimana iman di hati? Jasadnya pula bertambah sihatkah?
walau apapun keadaan kalian ketika ini...saye d0akan moga kalian semua dalam lindunganNya sentiasa.InsyaAllah...
Jika kesihatan badan yg diberikan 0lehNya maka bersyukurlah & ucapkanlah Alhamdulillah. Namun,jika diri diuji maka kuatkanlah diri & minta pert0longan serta bersangka baik dgnNya sentiasa. 'Allah tidak akan membebankan hamba2Nya melainkan hamba2Nya itu mampu memikul bebanan tersebut'...He knows! Believe it...
Ape2pn anggaplah pesananku 'sprt di atas' sebagai tanda diri ini menyayangi kalian sebagai sahabat! Dah namenye sahabatkn,mesti sentiasa berpesan2 kn. Baru timbulnya semangat 'ukhuwwah' & mahabbah n_n
Kawan, teman, rakan dan sahabat...Apa yg terkandung dlm keempat-empat hubungan itu??? Ukhuwah...Ya! Itulah ikatan yg wujud. Namun, bagi sesetengah org, mereka hanya mnganggap ikatan itu cume perkara biasa & tiada makna yg istimewa. Jadi, bagaimana untk kita jadikn ikatan ukhuwah itu sebagai sesuatu yg bermakna dan bermanfaat bagi semua???
emmm....bagi saye kita mampu mngubah ukhuwah itu mnjadi 'special' dgn mnjadiknnya 'ukhuwah Islamiyah' iaitu berukhuwah kerana Allah, berukhuwah untk ke syurga bersama2 & bukannya untk kepentingan diri semata2!
Ukhuwah islamiyah ialah suatu ikatan yg mempunyai ciri2 berikut iaitu :

-merupakan nikmat Allah SWT
"Dan berpeganglah kamu semuanya kpd tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yg bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadaNya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (surah Ali Imran: 103)
-umpama tali tasbih yg hanya diikat dengan taqwa

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yg lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (surah Az Zukhruf: 67)


-merupakan kehendak Rabbani
"Dan yg mempersatukan hati mereka (orang-orang yg beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukn hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (surah Al Anfal: 53)
-merupakan cermin kekuatan iman
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
(surah Al Hujuraat: 10)
Berkenaan dgn usaha peningkatan UKHUWAH ISLAMIYAH ini, adalah sesuatu yg munasabah untk kita meneliti tahap2 yg pernah ditempuh oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan selayaknya untk dijadikan sebagai asas untk kita berpijak dalam membina ukhuwah walau di manapun kita berada.
Sebelum terciptanya Ukhuwah Islamiyah yg benar2 kuat & utuh, 4 tahap mesti dilalui terlebih dahulu iaitu :

1# TAHAP SALING KENAL MENGENAL (TA'ARUF)
Dalam tahap ini, se0rg muslim tidak hanya mengenal begitu shj saudaranya, namun ia seharusnya pergi lebih jauh dan mencuba untk mengenali penampilan saudaranya, sifat2 (syakhsiyah) saudaranya dan pemikiran saudaranya. Pengenalan dalam tahap ini mencakupi aspek 'jasadi' (fizikal), 'fikri' (pemikiran) & 'nafsi' (kejiwaan)...
Allah SWT berfirman:
"Wahai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yg lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Mengerti." (surah Al Hujurat:13)

2# TAHAP SALING MEMAHAMI (TAAFAHUM)
Ini merupakan tahap yg penting kerana ia mencakupi berbagai proses penyatuan. Pada tahap ini setiap muslim dituntut untk memahami:
-kebiasaan saudaranya
-kesukaan saudaranya
-karakter saudaranya
-ciri khas saudaranya
-cara berfikir saudaranya
Dengan yg demikian, perasaan2 sprti 'tdk enak', 'tdk sesuai' & sebagainya dpt dihapuskn dlm rangka saling menasihati.

3# TAHAP SALING TOLONG-MEN0LONG (TA'AWUN)
Saling mengenal semata2 tanpa diteruskn dengan saling memahami tdk akan mampu membentuk hubungan antara individu yg mampu tolong-menolong, saling isi-mengisi dgn kekurangan dan kelebihan yg terdapat pd setiap individu.

4# TAHAP SALING MEMIKUL BEBANAN (TAKAFUL)
Tahap ini merupakn mercu dr proses ukhuwah islamiyah iaitu terletak pd timbulnya rasa senasib meliputi suka mahupun duka dlm setiap langkah kerja. Apabila thp takaaful ini wujud, maka ikatan ukhuwah pun terbentuk dgn lbih kukuh. Dari rangkuman di atas, kita dpt lihat bahwa usaha penyatuan peribadi2 muslim dlm suatu amal islami adalah merupakan perbuatan yg sia2 jika tidak dimulai dgn tahapan dan pr0ses yg tlh disebutkn itu.
Allah SWT memerintahkn kpd kita:
"...Dan tolong-menolonglah kamu dlm mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dlm mengerjakn dosa dan pelanggaran hukum..." (surah Al Maidah: 2)
Marilah kita merenung diri kita sebentar dgn firman Allah SWT:
"Hanyalah orang-orang beriman yg memiliki ukhuwah". (surah Al Hujurat: 10)
Bahawasanya ukhuwah yg benar adalah apabila kita bersahabat adalah kerana Allah bukannya atas kepentingan tertentu. Pada masa kini, ramai yg bersahabat tetapi ianya bertujuan demi mencapai matlamat2 tertentu, seperti contoh demi kepentingan harta benda, pengaruh dan sebagainya.
Sahabat2 sekalian...
Nabi saw bersabda:
"Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya,tidak boleh menzaliminya,tidak membiarkannya,tidak merendahkannya dan menghinakannya." (Muttafaqun alaih)
Oleh itu sahabat2 yg dikasihi,
dalam persahabatan janganlah kita saling dengki-mendengki, benci-membenci, maka lahirlah dlm jiwa kita sifat yg penuh kasih sayang terhadap sahabat2 kita. Berilah senyuman yg penuh ikhlas kerana itu adalah ibadah malah mendapat pahala lagi.
Wallahua'lam....

RESIPI C!NTA DALAM PERSAHABATAN!!!
Bersahabat Kerana Ilahi...

7 Garis Panduan Pakaian Muslimah Di Hadapan Bukan Mahram

Bismillahirrahmanirrahim....
Sedikit perk0ngsian buat saudara2 akh0watku ♥
Walaupun sedikit namun ibrahnya, insyaAllah sangat berguna & bermanfaat...
Be a G0od Muslimah
InsyaAllah...

Pertama
Pakaian yg menutupi keseluruhan tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan.
Ini dibuktikan dengan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa kakaknya Asma' binti Abu Bakar r.a pernah masuk ke rumah Nabi s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya, lalu Rasulullah s.a.w memalingkan wajahnya lalu menyebut, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah didatangi haid (mencapai usia baligh), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini" -sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya.
(H.R Abu Daud)
Jelaskan hadisnya...Namun, ada juga yang menanyakan bagaimana pula dengan bahagian atas tangan? Lalu, ini telah dijelaskn oleh para ulama' bahawa ia dihadkan kepada pergelangan tangan, jadi bahagian atas tangan juga seperti bahagian tapak tangan iaitu dikecualikan.
Kedua
Pakaian tersebut bukanlah perhiasan yang melampau, atau bertabarruj sehingga menarik perhatian. Bertabarruj boleh difahami secara umum sebagai memperlihatkan kecantikan wanita sama ada di bahagian muka atau lain2 perhiasan pada pakaian dan bahagian tubuh badan. Ini termasuk solekan yang tebal selain bedak, celak dan inai yang biasa dipakai oleh wanita.
Ketiga
Pakaian tersebut tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau membayangkan anggota tubuh.
Keempat
Pakaian tersebut hendaklah longgar,tidak ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah yang mengundang syahwat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yg cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (H.R Muslim)
Kelima
Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana wanita yg berwangi-wangian dan kemudiannya lalu di kalangan khalayak lelaki yg menghidu harumnya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang berzina." (H.R Abu daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)
Keenam
Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Allah S.W.T melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan juga wanita yg menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yg menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875).
Ketujuh
Tidak dipakai untuk tujuan kemasyhuran, glamor atau menunjuk-nunjuk.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yg memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yg sepertinya, kemudian membakarnya dengan api neraka." (H.R Abu Daud: 4029)
Pakaian kemasyhuran tidak hanya tertumpu kepada pakaian yg cantik bergemerlapan sahaja, tetapi juga pakaian yg sengaja diburuk-burukkan dengan tujuan supaya orang ramai mengatakannya seorang yang zuhud.

Wallahua'lam...


Credit t0: Ustazah Nurul Akma bt Mohamed @ Sheikh Mohd Amin
                (Pensyarah Jabatan Al-Syariah, KIAS)






Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..