Seni Kehidupan Bersama Islam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semua insan yang dilahirkan dia atas muka bumi Allah ini mempunyai kelebihan masing2 dalam men0njolkan kemahiran seni yang ada pada diri mereka.Cuma,,,kadang2 mereka sahaja yang lupa pada bakat seni mereka!Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah berkaitan seni melukis,bertukang,menjahit &....tetapi yang ingin saya ceritakan di sini adalah berkaitan seni kehidupan sese0rang itu dengan menjadikan ISLAM sebagai Ad-deen (cara hidup). Apa yang Islam ajarkan kepada kita sebagai umatnya? Jika ditulis kesemuanya sememangnya tidak mampu kerna Islam mengajar umatnya beribu2 cara hidup & lebih dari itu lagi bagi menjadikan kehidupan umatnya sentiasa terbaik! Antara yang Islam ajarkan adalah supaya kita sentiasa menjaga kebersihan (Kebersihan separuh daripada Iman), memaafkan kesilapan orang lain, mengh0rmati yang tua & muda, menjaga ikhtilat (pergaulan), tidak memfitnah, prihatin dengan 0rang yang memerlukan, menjaga ukhuwah (tali persaudaraan), bersatu padu serta sebagainya...

Disebabkan itu jugalah wujudnya perbezaan gaya serta cara hidup setiap insan itu kerna semuanya itu bergantung kpd diri mereka sama ada untuk memilih hidup dalam mencari keser0nokkan sahaja @ mencari keberkatan dan keampunan Ilahi...
Ustaz saya pernah ceritakan tentang se0rang sahabatnya (org Cina) yang baru memeluk agama Islam (mualaf) :
Ustaz: Bagaimana kamu boleh mengenali & memeluk agama Islam nie?
Sahabatnya: Sebenarnya, aku mengenali Islam melalui Islam itu sendiri & ajarannya. Jika aku mengenali Islam melalui 0rang Islam, nescaya aku tidak akan memeluk agama Islam.
Allahurabbi...Begitu tersentap rasanya hati saya bila mendengar penjelasan dari sahabat ustaz itu. Apa yang sahabat2 semua rasakan??? Tidak malukah kita sebagai umat Islam tetapi tidak mampu memberikan c0ntoh teladan yang baik bagi orang2 seperti itu???
Jelaslah bahawa cara/gaya hidup umat Islam pada hari ini tidak menunjukkan kemuliaan agama Islam itu, bahkan dalam masa yang sama mendatangkan keburukan pada agama Islam sendiri. Benar atau tidak? Buktinya tidak perlu saya jelaskan lagi kerna sahabat2 sendiri sudah b0leh menekanya...Bagi umat islam sendiri, ada juga persoalan yang sering bermain difikiran mereka iaitu :
"Aku dah Islam tapi tak dapat rasa kemanisan Islam [cara hidup Islam] itu sendiri? Mengapa jadi camtu ye?"
Macam nie, kita cuba ibaratkan kemanisan Islam seperti kemanisan air 0ren [secara anal0gi]. Manis air 0ren itu membuatkan kita akan ceritakannya pada 0rang lain. Jika kemanisan air 0ren itu terganggu, apa yang membuatkannya terganggu? Apabila kita nak minum air 0ren, kita campur pula dengan sesuatu yang lain! c0ntohnya nescafe. Warna 0ren pun berubah & rasanya juga. Benda manis + pahit! Manis terganggu...Sama juga dengan kemanisan cara hidup kita, jika kita campurkan cara Islam dengan cara2 jahiliah,,,sudah tentu cara hidup Islam tidak dapat dirasa & rupa Islam pun akan berubah.
Bagi para sahabat, mereka mengambil Islam secara T0tal & meninggalkan jahiliyah secara T0tal!!! Mereka dapat merasai kemanisan cara hidup Islam itu sendiri [ke pangkal hati mereka] sehingga mereka mampu merentas dunia untuk menyebarkan ajaran Islam.

masih punya karat-karat JAHILIYYAH dalam diri?
-tanya diri kita-

Mungkin ada dikalangan kita yang berkata, "itu para sahabat,kita bukan seperti mereka kerna kita tidak sekuat mereka dalam melawan nafsu,hasutan syaitan serta 0nak duri kehidupan nie..."
Sememangnya kita bukan para sahabat, tapi kita b0leh berusaha untuk melawan segala cabaran yang hadir dalam kehidupan kita agar kita mampu mencipta satu seni kehidupan yang baik dalam diri kita. InsyaAllah...Lagipun,,,kita kan tahu bahwa Allah akan kurniakan nikmat atas usaha yang bersungguh2 yang dilakukan 0leh hambanya dalam memenuhi impian mereka. Usaha itu haruslah disertakan dengan rasa tawakal kepadaNya juga...

Try t0 be full time Muslim!!!

Wassalam =)

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..