Masa Itu Hayat!

Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah 2 minggu rasenye saya tidak menulis,,,kerinduan pada bl0g nie mula menyelubungi diri. Biasalah bila dah hobinya menuliskan,beginilah jadinya ^_^
Bila namanya student,sememangnya jadual akan padat dengan kelas,assignment & aktiviti2 sampingan. Namun, kepadatan itulah yang sebenarnya banyak mengajar saya supaya lebih menghargai setiap detik masa yang Allah anugerahkan ini...
Pensyarah saya pernah pesan : "pepatah sering mengatakan 'Masa itu ibarat Emas'.tetapi saya tidak bersetuju dengan pepatah itu kerana emas itu boleh dibeli serta ditukar milik. Jadi,nilainya juga akan berbeza-beza. Apa kata kalau kita tukarkan pepatah itu menjadi 'Masa itu ibarat Hayat'. Itu lebih sesuai rasanya kerana hayat itu boleh ditafsirkan sebagai kehidupan kita! Kita sendiri sedar bahwa jika kita abaikan kehidupan kita maka ianya langsung tiada nilai & tidak mendatangkan apa2 manfaat bagi kita. Kehidupan kita juga berbeza dengan 0rang lain serta tidak b0leh main suka2 tukar dengan kehidupan orang lain...Betul atau tidak???"
Bagi saya,saya amat bersetuju dengan pandangan beliau. Ini bukan kerana beliau merupakan pensyarah saya,tetapi disebabkan pemikirannya yang sangat menitik beratkan penjagaan masa. Melihat kepada pandangannya itu,saya teringat tentang satu kisah pada zaman para sahabat dimana ada seorang 'amir'(ketua bagi satu wilayah) telah dibawa menghadap seorang khalifah disebabkan aduan dari masyarakat wilayah tersebut yang tidak berpuas hati terhadap sikapnya. Masyarakat mengatakan bahwa khalifah telah membuat keputusan yang salah dengan memilih 'amir' itu untuk memegang jawatan.'Amir' itu disalahkan kerana dia pergi melaksanakan tanggungjawabnya bersama masyarakat bila masuk waktu tengah hari & bukannya pada waktu pagi. Masuk waktu Asar pula dia akan pulang ke rumah. Tambahan pula,pada waktu malam tiada seorang pun masyarakat dari wilayahnya dibenarkan berjumpa dengannya. Jadi,,,waktu dia bersama masyarakat wilayahnya hanyalah dari tengah hari hingga masuk waktu Asar.
Lalu,khalifah bertanya kepada 'amir' itu : "Mengapa kamu melaksanakan tanggungjawabmu bermula pada waktu tengah hari?" Dia menjawab : "Sebenarnya aku mempunyai seorang isteri yang lumpuh anggota badannya di rumah,jadi aku perlu menyiapkan dirinya terlebih dahulu sebelum keluar melakukan pekerjaanku yang lain kerna dia adalah tanggungjawabku juga."
Kemudian khalifah bertanya lagi : "Mengapa pula kamu pulang ke rumah apabila tibanya waktu Asar?" 'Amir' itu menjawab : "Aku telah meninggalkan isteriku dari tengah hari sampailah waktu Asar,jadi aku perlu pulang ke rumah untuk menyiapkan dirinya untuk menunaikan solat Asar."
Soalan terakhir dari khalifah : "Mengapa kamu tidak membenarkan masyarakat wilayahmu bertemu denganmu pada waktu malam?" Dia membalas : "Waktu pagiku,ku telah gunakan demi tanggungjawabku pada isteriku. Waktu tengah harinya pula aku gunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat di wilayahku. Jadi,pada waktu malam itulah aku gunakan untuk beribadat pada Tuhanku,Allah... Jika waktu malamku juga ku korbankan untuk manusia,sudah tentu aku tidak punya masa untuk Tuhanku." Mengertilah khalifah itu bahwa 'amir' yang dipilh olehnya ini sememangnya merupakan pilihan yang tepat untuk memimpin masyarakat di wilayah tersebut!!!
Subhanallah...lihatlah betapa 'amir' itu pandai menyusun masanya untuk menyelesaikan segala tanggungjawabnya dalam sehari-hari. Jadi benarlah bila ada orang mengatakan bahwa, 0rang yang pandai menjaga masa2 kehidupannya,dia pasti akan menjadi insan yang berjaya...


Berdasarkan kisah itu juga kita dapat pelajari bahwa sebagai seorang manusia yang punya hati & perasaan, mesti punya kesedaran dalam diri bahwa masa yang kita punya itu bukan sahaja dihabiskan untuk diri sendiri,,,bahkan juga harus dihabiskan untuk orang lain di sekeliling kita!!! Sebab itulah Allah jadikan kita semua nie berkaum2 & berkeluarga. Dari situlah wujudnya rasa kasih sayang,t0long-men0long,prihatin,persahabatan,persaudaraan & lain2...


Firman Allah, Dia jadikan siang itu untuk manusia bekerja, dan malamnya pula untuk manusia itu berehat. Lihatlah,al-Khaliq (pencipta) kita sendiri telah memberitahu kepada kita bahwa masa siang dan masa malam itu ada fungsinya masing2. Jadi,terpulang kepada kita pula untuk menguruskan masa 24 jam sehari itu dengan sebaiknya. Jagalah nikmat kesihatan kita sebelum sakit datang menyapa, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati...Itu semua merupakan anugerah yang tidak ternilai dariNya.

Saya d0akan semoga sahabat2 yang dikasihi kerana Allah serta diri saya sendiri mampu menguruskan & membahagikan anugerah 'masa' yang diberikan oleh Allah ini dengan sebaik mungkin agar kita semua mampu menjadi insan2 yang berjaya...In shaa Allah.
Bittaufiq wannajah fi dunya wal akhirat...
Salam ukhuwah wa mahabbah dariku :)


0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..