Ibarat tiada Kematian!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar sahabat2 yang dikasihi oleh Allah sekalian? Sem0ga semuanya dalam perlindungan & rahmatNya selalu... Saya ingin k0ngsikan sedikit titipan yang telah diberikan 0leh insan2 yang sangat saya sayangi,my parents =)
Kebiasaannya jika saya pulang ke rumah masa cuti,semestinya akan ada cerita2 yang akan dik0ngsikan oleh mama @ papa. Dan kebanyakan cerita yang mereka ceritakan itu punya ibrah (pengajaran) yang b0leh saya & adik-beradik yang lain jadikan sebagai iktibar dalam kehidupan kami. Selain teguran2 yang diberikan saat kami lakukan kesalahan, itu juga merupakan cara yang mereka gunakan untuk mendidik kami. That's 0ur family...
Malam semalam (selesai sahaja kami sekeluarga makan malam), tiba2 mama bersuara & menyuruh papa menceritakan sesuatu pada saya & adik-beradik yang lain. Saya dapat rasakan bahwa cerita yang bakal saya dengar itu mungkin sahaja cerita yang kurang enak kerna berlaku perubahan pada nada suara serta air muka mama. Namun,,,saya biarkan sahaja. Tidak sampai hati rasanya ingin mencelah kerna papa telah memulakan ceritanya : "Kawan papa bagitahu, beberapa hari lepas saudaranya telah kembali ke rahmatullah selepas waktu maghrib. Jadi,malam itu juga dia pergi ke rumah saudaranya. Sebaik sahaja dia sampai,keadaan di rumah itu langsung tidak menggambarkan ada berlakunya kematian dengan suasana yang bising ; anak2 arwah bersembang seperti biasa & anak2 kecil (cucu arwah) berlari kesana kemari sehinggakan hampir terjatuh ke atas jenazah arwah...Dia berasa sangat marah dan sedih melihat kepada keadaan tersebut kerna setahunya arwah mempunyai ramai anak (kesemuanya berjaya ke menara gading),,,namun tidak ada yang boleh menguruskan jenazah arwah. Lalu dia menyuruh anak2 arwah membuang segala gambar2 kejayaan mereka yang ada di dinding rumah dan terus memanggil menantu arwah untuk bersama-sama dengannya membacakan yassin buat arwah. Setelah selesai semuanya,dia terus balik ke rumah & dalam perjalanan balik itu dia menangis kerana sedih terbayangkan peristiwa yang berlaku itu. Dia membayangkan jika peristiwa itu terjadi kepada dirinya..."
Cuba along (saya) dan adik2 bayangkan...Petang sebelum arwah meninggal,dia masih sempat membawa botol susu cucunya yang tertinggal di rumah kepada anaknya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Lihatlah peng0rbanan seorang ayah...sanggup bersusah-payah sebab sayangkan anak & cucunya. Tapi,bila dah meninggal...tiada seorang pun yang mampu berbakti kepadanya semula...sambung mama lagi."
Allahurabbi...tersentap & sebak sangat2 bila dengar cerita dari papa dan mama! Adik2 saya pun terdiam...tiada siapa pun yang bersuara lepas dengar cerita tu...
Kemudian papa kembali bersuara : "Sebab tu jugak kawan papa pesan,anak nie kita tak b0leh sayang,kita hanya b0leh kasih mereka. Sebabnya jika kita sayang,rosaklah budak tu nanti (segala kemahuannya dituruti,sama ada baik mahupun buruk), jika kita kasih,insyaAllah berjaya jadi 'manusia' budak tu nanti (kemahuan yang baik sahaja dituruti,yang salah kita betulkan & tegur mereka)!!! Sebab tu juga papa selalu pesan kat anak2 papa,cari ilmu tu memang penting,tapi beramal dengan itu itu Lebih Penting...Sekarang nie ramai yang berilmu,namun,,,sikit dikalangan mereka yang mengamalkan ilmu yang mereka ada. Jadi papa tak nak anak2 papa macam tu. Papa tak nak kamu semua nie jadi lar0 (lalai). Amalkan ilmu2 yang kamu ada. Nanti kalau papa takde, papa nak azhim (adik lelaki saya) yang mandikan,kafankan & imamkan jenazah papa. Awak kena belajar semua tu..." pesan papa pada adik saya.
Bertambah sebak rasanya bila mendengar ungkapan tersebut dari mulut papa. Tentu sahabat2 semua b0leh bayangkan rasanya jika yang berkata itu adalah ayah kalian sendiri...Kata2nya sememangnya ibarat amanah buat saya dan adik-beradik yang lain!
Apabila bercakap tentang kematian,kebanyakan antara kita pasti akan mengelakkan...Kenapa???
Sebabnya adalah kita rasa takut& belum bersedia. Namun, itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana Allah telah utuskan Rasul buat kita sebagai pembimbing yang menunjukkan jalan mana yang harus kita ikut...Jika kita ikut jalan yang benar,mengapa perlu kita rasa takut? Jika jalan yang salah kita ikut,itu sepatutnya yang kita perlu takut. Tetapi kita kena ingat Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Dia sentiasa menerima taubat hamba2nya.Jadi,kita leraikanlah ketakutan kita itu dengan sentiasa bertaubat kepadaNya...Dia juga telah janjikan bahwa kematian itu pasti dan tidak boleh ditangguhkan walaupun sesaat. Bila Allah katakan jadi,maka jadilah ia...


Sahabat2 sekalian,
saya k0ngsikan cerita ini bukan untuk membuka aib sesiapapun. Tujuan saya,,,sem0ga dari cerita ini mampu kita ambil ibrah2 yang berguna agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mampu menjadi insan yang sentiasa hidup mencari keberkatan dari Allah...amin.





Masa Itu Hayat!

Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah 2 minggu rasenye saya tidak menulis,,,kerinduan pada bl0g nie mula menyelubungi diri. Biasalah bila dah hobinya menuliskan,beginilah jadinya ^_^
Bila namanya student,sememangnya jadual akan padat dengan kelas,assignment & aktiviti2 sampingan. Namun, kepadatan itulah yang sebenarnya banyak mengajar saya supaya lebih menghargai setiap detik masa yang Allah anugerahkan ini...
Pensyarah saya pernah pesan : "pepatah sering mengatakan 'Masa itu ibarat Emas'.tetapi saya tidak bersetuju dengan pepatah itu kerana emas itu boleh dibeli serta ditukar milik. Jadi,nilainya juga akan berbeza-beza. Apa kata kalau kita tukarkan pepatah itu menjadi 'Masa itu ibarat Hayat'. Itu lebih sesuai rasanya kerana hayat itu boleh ditafsirkan sebagai kehidupan kita! Kita sendiri sedar bahwa jika kita abaikan kehidupan kita maka ianya langsung tiada nilai & tidak mendatangkan apa2 manfaat bagi kita. Kehidupan kita juga berbeza dengan 0rang lain serta tidak b0leh main suka2 tukar dengan kehidupan orang lain...Betul atau tidak???"
Bagi saya,saya amat bersetuju dengan pandangan beliau. Ini bukan kerana beliau merupakan pensyarah saya,tetapi disebabkan pemikirannya yang sangat menitik beratkan penjagaan masa. Melihat kepada pandangannya itu,saya teringat tentang satu kisah pada zaman para sahabat dimana ada seorang 'amir'(ketua bagi satu wilayah) telah dibawa menghadap seorang khalifah disebabkan aduan dari masyarakat wilayah tersebut yang tidak berpuas hati terhadap sikapnya. Masyarakat mengatakan bahwa khalifah telah membuat keputusan yang salah dengan memilih 'amir' itu untuk memegang jawatan.'Amir' itu disalahkan kerana dia pergi melaksanakan tanggungjawabnya bersama masyarakat bila masuk waktu tengah hari & bukannya pada waktu pagi. Masuk waktu Asar pula dia akan pulang ke rumah. Tambahan pula,pada waktu malam tiada seorang pun masyarakat dari wilayahnya dibenarkan berjumpa dengannya. Jadi,,,waktu dia bersama masyarakat wilayahnya hanyalah dari tengah hari hingga masuk waktu Asar.
Lalu,khalifah bertanya kepada 'amir' itu : "Mengapa kamu melaksanakan tanggungjawabmu bermula pada waktu tengah hari?" Dia menjawab : "Sebenarnya aku mempunyai seorang isteri yang lumpuh anggota badannya di rumah,jadi aku perlu menyiapkan dirinya terlebih dahulu sebelum keluar melakukan pekerjaanku yang lain kerna dia adalah tanggungjawabku juga."
Kemudian khalifah bertanya lagi : "Mengapa pula kamu pulang ke rumah apabila tibanya waktu Asar?" 'Amir' itu menjawab : "Aku telah meninggalkan isteriku dari tengah hari sampailah waktu Asar,jadi aku perlu pulang ke rumah untuk menyiapkan dirinya untuk menunaikan solat Asar."
Soalan terakhir dari khalifah : "Mengapa kamu tidak membenarkan masyarakat wilayahmu bertemu denganmu pada waktu malam?" Dia membalas : "Waktu pagiku,ku telah gunakan demi tanggungjawabku pada isteriku. Waktu tengah harinya pula aku gunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat di wilayahku. Jadi,pada waktu malam itulah aku gunakan untuk beribadat pada Tuhanku,Allah... Jika waktu malamku juga ku korbankan untuk manusia,sudah tentu aku tidak punya masa untuk Tuhanku." Mengertilah khalifah itu bahwa 'amir' yang dipilh olehnya ini sememangnya merupakan pilihan yang tepat untuk memimpin masyarakat di wilayah tersebut!!!
Subhanallah...lihatlah betapa 'amir' itu pandai menyusun masanya untuk menyelesaikan segala tanggungjawabnya dalam sehari-hari. Jadi benarlah bila ada orang mengatakan bahwa, 0rang yang pandai menjaga masa2 kehidupannya,dia pasti akan menjadi insan yang berjaya...


Berdasarkan kisah itu juga kita dapat pelajari bahwa sebagai seorang manusia yang punya hati & perasaan, mesti punya kesedaran dalam diri bahwa masa yang kita punya itu bukan sahaja dihabiskan untuk diri sendiri,,,bahkan juga harus dihabiskan untuk orang lain di sekeliling kita!!! Sebab itulah Allah jadikan kita semua nie berkaum2 & berkeluarga. Dari situlah wujudnya rasa kasih sayang,t0long-men0long,prihatin,persahabatan,persaudaraan & lain2...


Firman Allah, Dia jadikan siang itu untuk manusia bekerja, dan malamnya pula untuk manusia itu berehat. Lihatlah,al-Khaliq (pencipta) kita sendiri telah memberitahu kepada kita bahwa masa siang dan masa malam itu ada fungsinya masing2. Jadi,terpulang kepada kita pula untuk menguruskan masa 24 jam sehari itu dengan sebaiknya. Jagalah nikmat kesihatan kita sebelum sakit datang menyapa, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati...Itu semua merupakan anugerah yang tidak ternilai dariNya.

Saya d0akan semoga sahabat2 yang dikasihi kerana Allah serta diri saya sendiri mampu menguruskan & membahagikan anugerah 'masa' yang diberikan oleh Allah ini dengan sebaik mungkin agar kita semua mampu menjadi insan2 yang berjaya...In shaa Allah.
Bittaufiq wannajah fi dunya wal akhirat...
Salam ukhuwah wa mahabbah dariku :)


Seni Kehidupan Bersama Islam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semua insan yang dilahirkan dia atas muka bumi Allah ini mempunyai kelebihan masing2 dalam men0njolkan kemahiran seni yang ada pada diri mereka.Cuma,,,kadang2 mereka sahaja yang lupa pada bakat seni mereka!Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah berkaitan seni melukis,bertukang,menjahit &....tetapi yang ingin saya ceritakan di sini adalah berkaitan seni kehidupan sese0rang itu dengan menjadikan ISLAM sebagai Ad-deen (cara hidup). Apa yang Islam ajarkan kepada kita sebagai umatnya? Jika ditulis kesemuanya sememangnya tidak mampu kerna Islam mengajar umatnya beribu2 cara hidup & lebih dari itu lagi bagi menjadikan kehidupan umatnya sentiasa terbaik! Antara yang Islam ajarkan adalah supaya kita sentiasa menjaga kebersihan (Kebersihan separuh daripada Iman), memaafkan kesilapan orang lain, mengh0rmati yang tua & muda, menjaga ikhtilat (pergaulan), tidak memfitnah, prihatin dengan 0rang yang memerlukan, menjaga ukhuwah (tali persaudaraan), bersatu padu serta sebagainya...

Disebabkan itu jugalah wujudnya perbezaan gaya serta cara hidup setiap insan itu kerna semuanya itu bergantung kpd diri mereka sama ada untuk memilih hidup dalam mencari keser0nokkan sahaja @ mencari keberkatan dan keampunan Ilahi...
Ustaz saya pernah ceritakan tentang se0rang sahabatnya (org Cina) yang baru memeluk agama Islam (mualaf) :
Ustaz: Bagaimana kamu boleh mengenali & memeluk agama Islam nie?
Sahabatnya: Sebenarnya, aku mengenali Islam melalui Islam itu sendiri & ajarannya. Jika aku mengenali Islam melalui 0rang Islam, nescaya aku tidak akan memeluk agama Islam.
Allahurabbi...Begitu tersentap rasanya hati saya bila mendengar penjelasan dari sahabat ustaz itu. Apa yang sahabat2 semua rasakan??? Tidak malukah kita sebagai umat Islam tetapi tidak mampu memberikan c0ntoh teladan yang baik bagi orang2 seperti itu???
Jelaslah bahawa cara/gaya hidup umat Islam pada hari ini tidak menunjukkan kemuliaan agama Islam itu, bahkan dalam masa yang sama mendatangkan keburukan pada agama Islam sendiri. Benar atau tidak? Buktinya tidak perlu saya jelaskan lagi kerna sahabat2 sendiri sudah b0leh menekanya...Bagi umat islam sendiri, ada juga persoalan yang sering bermain difikiran mereka iaitu :
"Aku dah Islam tapi tak dapat rasa kemanisan Islam [cara hidup Islam] itu sendiri? Mengapa jadi camtu ye?"
Macam nie, kita cuba ibaratkan kemanisan Islam seperti kemanisan air 0ren [secara anal0gi]. Manis air 0ren itu membuatkan kita akan ceritakannya pada 0rang lain. Jika kemanisan air 0ren itu terganggu, apa yang membuatkannya terganggu? Apabila kita nak minum air 0ren, kita campur pula dengan sesuatu yang lain! c0ntohnya nescafe. Warna 0ren pun berubah & rasanya juga. Benda manis + pahit! Manis terganggu...Sama juga dengan kemanisan cara hidup kita, jika kita campurkan cara Islam dengan cara2 jahiliah,,,sudah tentu cara hidup Islam tidak dapat dirasa & rupa Islam pun akan berubah.
Bagi para sahabat, mereka mengambil Islam secara T0tal & meninggalkan jahiliyah secara T0tal!!! Mereka dapat merasai kemanisan cara hidup Islam itu sendiri [ke pangkal hati mereka] sehingga mereka mampu merentas dunia untuk menyebarkan ajaran Islam.

masih punya karat-karat JAHILIYYAH dalam diri?
-tanya diri kita-

Mungkin ada dikalangan kita yang berkata, "itu para sahabat,kita bukan seperti mereka kerna kita tidak sekuat mereka dalam melawan nafsu,hasutan syaitan serta 0nak duri kehidupan nie..."
Sememangnya kita bukan para sahabat, tapi kita b0leh berusaha untuk melawan segala cabaran yang hadir dalam kehidupan kita agar kita mampu mencipta satu seni kehidupan yang baik dalam diri kita. InsyaAllah...Lagipun,,,kita kan tahu bahwa Allah akan kurniakan nikmat atas usaha yang bersungguh2 yang dilakukan 0leh hambanya dalam memenuhi impian mereka. Usaha itu haruslah disertakan dengan rasa tawakal kepadaNya juga...

Try t0 be full time Muslim!!!

Wassalam =)

Keluarga Baru ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Tanggal 8/12/2012 saya & sahabat2 akh0wat seramai 8 orang telah dilamar menjadi ahli keluarga Demi Masa Production. Pada mulanya, kami hanya dilantik sebagai Ajk untuk pr0gram sulung yang dianjurkan 0leh Demi Masa Production iaitu F0rum Cinta Seban dan Jilbab yang diadakan pada hari tersebut di dewan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilampuri, Kelantan. Sememangnya pengalaman bekerjasama bersama sahabat2 akh0wat serta ikhwan dari Demi Masa Production merupakan satu pengalaman yang manis dan bermakna bagi saya. Nak tahu sebabnya???
Untuk pengetahuan sahabat2 semua...
Demi Masa Production lahir hasil gabungan idea oleh sahabat2 ikhwan saya (seramai 5 orang) yang merupakan pelajar tahun satu, diploma pengajian Islam di Kias. Semangat & usaha mereka sememangnya saya kagumi kerana walaupun sibuk dengan tugasan2 sebagai pelajar, mereka masih mampu menguruskan Demi Masa Production dengan menawarkan perkhidmatan dalam event management, training consultant & facilitat0r team. 'Main p0int' mereka sebenarnya adalah untuk men0njolkan bakat2 mereka dengan pr0gram2 yang dianjurkan serta mencari pengalaman2 baru...Kini kami semua bergabung di bawah satu bumbung 'Demi Masa Production' walaupun dari k0s lain2 iaitu pengajian islam, syariah & usuludin.


pr0gram sulung Demi Masa Production

 Pr0gram di atas menggabungkan 3 0rang panel yang hebat2 iaitu Dr.Farhan Hadi (novelis Cinta Medik), Ustz.Ubaidillah (bl0g Ustaz Cinta) serta Dr.Harlina Siraj (mewakili NGO IKRAM Malaysia). Kupasan2 yang diberikan oleh mereka tentang bait Muslim, jenis2 cinta, j0doh, ketentuan Allah & lain2 lagi sememangnya menarik minat pelajar2 UM, KIAS yang turut serta.
Klik2 sebelum, semasa & selepas pr0gram :



persiapan sehari sebelum f0rum



pendaftaran peserta2 f0rum






peserta2  f0rum




panel2 f0rum (mant0p2 semuanye)

m0derator: che faizal (Intrac UIAM)

gerai PEMBINA

gerai pelajar UM

gerai jualan novel2 Ustz.Ubai & Dr.Farhan

gerai IKRAM




keluarga Demi Masa Production  n_n

Sem0ga apa yang kami usahakan ini mendapat s0kongan dari sahabat2 semua...
Jangan lupe yee...
Like page Demi Masa Production & sertai aktiviti2 yang akan kami anjurkan =)

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..