Kelas Tafsir Bicara Soal Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. ^^

Kali ini Fatin teringin nak kongsikan tentang perkongsian yang Fatin dapat semasa kelas Tafsir. Fatin pun tak sangka pembelajaran yang berjalan seperti biasa kemudiannya bertukar menjadi luar biasa! Titipan-titipan dari ustaz pada ketika itu benar-benar menyedarkan kami. Dan jugak dalam masa yang sama menjawab segala persoalan Fatin selama ini. Perihal hati!

Biasalah, lagi-lagi bila kita berada pada 'umur' yang mana diri kita sering saja keliru, terburu-buru, mudah memberontak, cepat emosi, marah tak bertempat dll.. Fatin lupa camna ustaz boleh masuk bab hati perasaan ni.

Tapi pada awal perbincangan kami, semua macam malu nak bertanya pada ustaz. Ustaz je yang rancak bercerita. Ustaz kata, time umur remaja, meningkat dewasa ni la ramai anak-anak muda kalau tersalah pilih jalan, lain jadinya. Mula-mula ustaz pesan suruh jaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ikhtilat yakni pergaulan antara keduanya. Ada batas-batas yang perlu dijaga. Ustaz tanya, kenapa budak-budak zaman sekarang macam takda rasa malu dah duduk berdua-duan, time belajar, time makan @ apa jua keadaan. Duduk berdua? Kenapa perlu berdua? Dekat pulak tu.. Ustaz pernah nampak kat library pun ada yang duduk macam tu. Yang perempuan takda dah ke rasa malu? Mana pergi malunya? Terdiam kami sekelas. Ustaz suruh kami jawab kenapa jadi macam tu.. laenlah kalau study group. Ini soal berdua. Ada antara kami yang memberikan jawapan. Tapi masih tak tepat. Ustaz terangkan lagi.. Sepatutnya tak boleh begitu. Orang perempuan kena jaga diri dia. Mahalkan diri dia. Yang lelaki pun sama. Kena jaga.

Lepas tu perbincangan kami jadi lebih serius. Masuk soal hati dan perasaan. Ustaz cakap kalau nak dapat yang baik, kena jaga diri, jadi yang baik jugak. Masa ni, dah ramai yang berani bertanya. Masing-masing keluarkan persoalan yang bermain di minda mereka. Antara soalannya:

-ustaz..camna nak tahu dia tu jodoh kita?
-ustaz..camna nak fahamkan ex-couple kita yang kita tak nak bercouple?
-ustaz.. boleh ke kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa kita? tak mengganggu hati kita ke ustaz?

Sebenarnya banyak lagi..Fatin lupe! ehehe.. jangan marah.
Ustaz jawab satu-satu persoalan kami.

Ustaz kata kalau nak dapat yang baik, tengok diri kita. Kita berada pada landasan yang mana. Landasan yang sama, tempat dia berada ataupun tidak. Kalau landasan kita dengan landasan dia pun dah berbeza, camna nak dapatkan dia. Betul tak? Tengok dia, orangnya camna. Begitu jugaklah kita. Berusahalah ke arah itu. Nawaitunya Lillah. Bukan sebab dia je. Fatin sendiri tak pernah terfikir pasal landasan tu semua. Fatin selalu dengar orang kata kalau nak dapat jodoh yang baik, diri sendiri pun kena baik jugak. Itu je.. Tapi bila ustaz beri gambaran pasal landasan tu, lagi terkesan sebenarnya. Sentap sorang-sorang!!

Ustaz kata jangan risau kalau kita mintak dengan Allah s.w.t. nak dijodohkan dengan si fulan, dan Allah s.w.t. tak makbulkan doa kita. Ada sebabnya. Kalau kita rasa kita dah kenal dia, tapi kenapa Allah tak satukan diri dia dengan kita. Jawabnya, Allah lebih kenal diri dia daripada kita. Allah s.w.t. tahu dia tu tak sesuai untuk kita. Jangan risau. Allah s.w.t. pasti beri yang lebih baik dari si fulan tu. Sentiasalah bersangka baik dengan Dia.

Ustaz kata, boleh kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa. Berdoa macam doa istikharah tu. Tak ganggu hati kita pun. Kalau ganggu hati, itu salah kita. Sebab duk asyik teringatkan dia. Kalau teringatkan dia, terus istighfar. Ingat Allah s.w.t. Jaga hati. Lagi satu, ustaz kata anak muda ni jangan duduk sendiri-sendiri. Sebab bila duduk bersendirian, boleh bawa kepada kemaksiatan, buat benda yang tak elok, lagho. Kalau awak tahu awak tak boleh duduk sorang-sorang, pergi cari kawan-kawan. Sibukkan diri awak. Barulah tak teringatkan si dia. Bila sibuk, tak sempat pun nak fikir soal hati ni.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada ustaz..

***
Apapun perkongsian ni dah lama Fatin simpan. Cuma belum dikongsikan sahaja. Dah nak masuk sem baru dah pun, baru perasaan ada yang tak sempat sharing dengan sahabat-sahabat semua😃😃😃 Moga bermanfaat yaa.. tQ.

Awak sayang saya kan!

Bismillah...
kali ni fatin menulis sebab terkenangkan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dengan fatin. Apa maksud bersama tu? Fatin maksudkan sahabat-sahabat yang selalu ada untuk berikan nasihat, berikan pandangan di saat memerlukan, yang selalu menyebut nama fatin dalam doa-doa mereka. Siapa mereka? Wallahua'lam.. Fatin pun sebenarnya tak tahu siapa yang selalu mendoakan fatin. Hanya Dia yang tahu. Dan hanya Dia juga yang boleh membalas segala jasa baik sahabat-sahabat fatin tu. In shaa Allah, Ameen...

Awak sayang saya kan!
Sebab tu awak kirimkan doa.
Sebab tu juga awak selalu berikan nasihat, tegur saya bila saya buat silap.
Kalau tak sayang, takkanlah tika saya alpa awak datang tanpa dipinta, dengan senang hatinya membimbing saya kembali...
Walaupun terkadang awak tersilap cakap, terkasar dalam memberikan teguran, tersalah sangka pada saya.. saya tetap terima.
Kenapa?
Sebab saya tahu awak sayangkan saya kan. Awak tak nak saya terus menerus alpa dengan kesalahan yang saya lakukan.
Kadang termenung sendirian, bertuahnya saya punya awak sebagai sahabat. Lillah. Tak semua bertuah seperti saya, sahabat sentiasa ada biarpun seburuk mana diri saya. Awak tetap terima kan. Tak jemu kan tegur saya?

Setiap dari kita punya 'suasana kehidupan' yang berbeza. Kenapa? Agar saya belajar dari kehidupan awak, dan awak belajar dari kehidupan saya. Sama-sama kita ambil ibrah dari apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin apa yang baik bagi saya, tak berapa sesuai untuk awak. Dan sebaliknya kan. Sebab itu juga Allah swt jadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Awak hiasi kehidupan saya, saya hiasi kehidupan awak.

Awak sayang saya kan!
Jangan pernah jemu tegur saya tau..
Nampak saya buat silap, lagho entah ke mana..
Tarik saya semula. Ingatkan saya baik buruk perbuatan saya.
Walaupun dalam diam, awak memerhatikan, muncul hanya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya tahu, awak muncul saat saya perlukan awak. Saat yang lain mula tinggalkan saya, saat saya mula lupa menjaga diri.

Terima kasih awak.
Terima kasih untuk semuanya.
Semoga Allah jaga kita selalu.
BiiznilLah. Ameen..

Salam sayang, sahabatmu Fatin💓💓💓

Jadi gadis itu..

Bismillah.


Jadi gadis itu..
hatinya perlu kuat!
Kenapa?

Kamu tahu persis apa hatimu, rapuh! Bila-bila masa saja bisa terluka. "kak..aku sudah pun menjaganya. Lantas aku juga yang memulakan langkahnya. Dia itu yang aku mahukan. Dia punya ciri-ciri yang aku mahukan. Aku titipkan doa pada Allah, aku ikhtiar menjaga diriku, aku khabarkan perasaanku agar sampai kepadanya melalui perantara. Sehabisnya aku usaha kak. Tapi kenapa? Tetap juga aku yang kecewa. Di mana salahku? Aku hanya mahukan dia yang bisa menjagaku, membimbingku. Kenapa dia menolakku?"

Duhai adik.. Sudahku pesan berkali-kali. Jadi gadis itu hatinya perlu kuat sayang. Apa yang kamu rasakan itu, perasaan itu semuanya adalah lumrah. Pantas jika kamu menyukai dirinya kerana dia ada ciri-ciri yang kamu impikan. Tapi sayang.. kamu lupa apa? Kamu sendiri titipkan doa pada Allah. Mana mungkin Allah sia-siakan doamu. Boleh jadi Allah punya rencana itu lebih baik untukmu. Allah tahu dia itu bukanlah yang terbaik untukmu.

Kamu pantas untuk dapatkan yang lebih baik sayang. Sabar! Sabar itukan indah. Jangan ikutkan kemahuanmu, sampai lupa pada kemuliaan dirimu. Jangan biar nafsu menguasai diri. Teruskan meminta dengan Allah, biar kamu terus kuat. Kuat dalam menjaga hatimu sayang. Biarkan dia yang menolak cintamu. Usah meratapi apa yang sudahpun terjadi. Pasti ada yang lain jauh lebih layak buat menjaga dirimu. Yakin duhai adikku. Pasti tidak akan ada yang sia-sia. Usaha sama doamu itu, semuanya jadi saksi kamu cuba menjaga diri menjadi wanita solehah di sisi Tuhanmu.
Aku nukilkan ini 'special' buat kamu🌹

Aku sayang sama kamu Lillah. Semoga Allah sentiasa menjaga kita, jadi hamba yang taat serta patuh akan perintahNya.

Maaf atas kekurangan diriku juga.😘 #Indah_Tarbiyah❤❤❤

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung. Kikiki😄
Fatin tak kekok pun sebab sebelum ni dah pernah join satu butik dari KL, dyeorang ada bukak booth sempena Mood Republik kat Terengganu ni. So, dah ada pengalaman sebelum ni menjual kat booth dan dalam masa yang sama dah pernah rasa berinteraksi dengan orang ramai, customer yang penuh dengan karenah ni.. 😅

Biasalah kan. Kita pun lagutu jugak. Bila duk sibuk layan cust, dengan sendirinya akan terfikir, aku pun macam ni jugak time nak beli barang @ nak beli tudung. Ada part kita jadi cerewet, ada part kita terlebih karenah, ada part kita nampak je terus beli, terkadang kita belek-belek dulu, dah jenuh pusing satu booth intai barang apa yang ada, baru beli, pun ada jugak. Ada yang sibuk duk tawar menawar harga, ada yang jenis tak kiaah harga berapa, dah suka, beli jelah. Pernah hari tu, ada kakak ni datang dengan mak dia. Cari tudung, rasenya untuk kenduri sebab nak matchkan dengan baju. Dyeorang bukannya beli 1, dalam 5 @ 6 helai jugak dyeorang amik. Dah la tudung tu ada yang harga rm50 lebih, ada yang rm30 lebih. Dyeorang amik terus bayar. Ada jugak dyeorang tanya, ada diskaun tak, kami cakaplah diskaun berapa. Dyeorang terus ok dan bayar😃 mudah betul. Hehe.. Antara yang fatin jumpa jugak:

Ada yang datang ke booth dengan parents,so kte nampaklah camna gaya anak cuba bodek ayah belikan untuk dye..Haha. Dapat pulak ayah spoting, terus on belikan lagi satu untuk anak. Untung sekali dapat dua helai tudung.

Ada sorang kakak ni,sibuk duk belek-belek tudung yang ada. Pastu kebetulan fatin tengah layan dye dan dalam masa yang sama mata ni duk tengok ke luar booth. Ternampaklah seorang abang ni duk mundar-mandir depan booth kami. Pelik jugak! Kenapa gan abang ni? Nak beli tudung ke? Segan nak masuk ke? Ke ada tunggu sesapa? Ish.. Abaikan jelah.
Pastu, tengah-tengah layan kakak tadi, tetiba kakak tu bagitahu "maaflah dik,akak tengok je ni. Tak beli pun sebab orang kat luar tu dah warning awal-awal, masuk tengok je. Tak boleh beli."
Fatin ni...😮😮😮
Ohh! jadinya abang kat luar tu suami kakak ni la..patutlah duk mundar-mandir depan booth kami. kikiki 😂😂😂

Lagi satu, ada jugak pasangan couple yang masuk ke booth kami. Fatin ada terfikir, dah jadi trend kalau bercouple mesti ke hulu ke hilir sesama. Kalau dah kawen nanti agak-agaknya berkepit camtu lagi ke tak? Nak ke si suami temankan isteri dye shopping pilih itu ini? Al-maklumlah perempuan ni kan banyak karenah. Fatin memang respect lelaki yang boleh bersabar dalam bab 'ikut isteri shopping' ni..😉 Yelah, bab tu memang kena up cikit level sabar tu. Contoh cam kami 5 beradik yang atas ni semua perempuan. Jenis perangai pulak memang suka shopping tapi kami lagi suka kalau nak pilih baju atau apa sekalipun papa yang pilihkan. Nak shopping kena bawak papa. Sebab citarasa papa memang the best 💪 Pandangan papa bile bab membeli ni mama takleh lawan. Haha..😂 So, bleh bayangkan tak camna papa bersabar dengan karenah anak-anak perempuan dye,dah la kami ni cerewet jugak, time raya memang menjadi-jadi la perangai. Papa senang je, bila dye dah habis layan kami, penat layan ke hulu ke hilir, ayat dye satu je "ok! papa dah bawak pi semua tempat dah. tak tahu dah nak gi mana, nak cari barang awak, itu tak berkenan, ini tak, awak amik duit ni, pegilah beli sendiri." 😭 bile kena beli sendiri tulah tak best! last-last give up menyerah jugak ikut je papa suggest kedai mana. Sapa jadi suami I nanti mohon banyak bersabar ye..😗

Dan ada jugak yang datang dengan suami. Ini terbaek. Dari pilih tudung, pilih warna tudung sampailah ke bayar tudung tu, semua tanya suami. Bila suami dah setuju baru beli. Suka tengok happy couple, happy family ni. Ada kakak ni, dye dah lama berkenan nak beli bawal raisya, jenis bawal yang ada ribbon kat depan tu, pastu bila nampak je kat booth kami ada bawal tu, excited la dye. Terus masuk dalam booth belek-belek tudung. Suami dye pun ada sekali. Kebetulan fatin masa tu pakai bawal sophia yang bidang 50, nampaklah labuh bila fatin pakai sebab fatin pun tak tinggi mana kan, suami kakak tu tanyalah sama ke tudung yang fatin pakai dengan tudung yang wife dye nak beli tu. Fatin cakaplah tak sebab bawal raisya bidang 45 kecik cikit dari yang fatin pakai ni, terus suami dye suggestkan kat kakak tu belilah bawal sophia macam yang fatin pakai. Labuh ni, baguslah pakai labuh cikit. Diam je kakak tu. Nampaklah muka dye berubah, yelah bayangkan kita dah lama berkenan nak beli sesuatu, bila dah ada depan mata husband suruh beli yang lain pulak. Abang tu cakap kat kakak tu, "belilah bawal sophia ni, cuba pakai". Kakak tu pun try la pakai. Pastu duk belek bawal raisya semula. Kesian pulak fatin tengok. Tapi, apa yang buatkan fatin terkejut adalah tindakan suami kakak tu. "Takpelah, awak belilah dua. Awak ambil bawal sophia bidang 50 ni satu, pastu ambil bawal raisya bidang 45 tu satu" abang tu cakap kat wife dye..😲😲😲 Baiknya abang ni, dye faham wife dye nak sangat bawal raisya tu, dan dalam masa yang sama dye pun nak tengok wife dye pakai tudung labuh. So, belilah dua. Adil kan. Terbaeklah abang tu..

Last sekali, kebanyakan yang datang ke booth kami sudah tentulah student-student UMT dan jugak UniSZA. Yang bestnya fatin sampai dah boleh hafal ayat pertama yang biasanye cust akan cakap. Biasanya ni perbualan antara studen tu la dengan akwan-kawan dye, "tudung warna apa yang awak takde lagi?".😄
Ahaha.. warna apa yang takde lagi? Boleh bayangkan tak, banyak mana warna yang ada sebenarnya. Banyak sangat jenis warna ni. Kalau hijau tu, macam-macam jenis hijau ada. Sama jugak macam biru, ada dark blue, blue grey, soft blue dll.. Banyaklah. Lelaki tahu ke jenis-jenis warna ni? Kikiki... biasanye dyeorang tahu basic warna je. Tapi, itulah perempuan kan. Fatin pun macam tu jugak. Kita sama je. nak beli baju ke, tudung ke mesti fikir warna apa yang takde lagi, kalau boleh nak je penuhkan almari tu dengan semua warna..👯👯👯 Seronok kan..

Oklah!
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni.
Tak tahulah best ke tak perkongsian tu.
Hehe.. Tenqiu sebab sudi baca.😍







Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga & mendidik rasa. Siapalah aku, kamu & kita semua.. Kita tetap manusia biasa. Iman ada turun naiknya. Tapi itu bukan alasan buat kita 'merosakkan diri' hanya kerana rasa itu yang sebenarnya belum pasti betul ataupun tidak.

Usahlah mempermainkan hati sendiri. Sudah tibanya masa buat aku, kamu dan kita mendidik rasa agar Tuhan memberkati semuanya.
Kamu wanita yang hebat!
Percaya pada diri. Kemampuanmu lebih daripada apa yang difikirkan. Disinilah bermulanya pengorbanan. Moga di penghujung ceritanya, bahagia menyapa seiring reda-Nya. Ameen...

Jaga diri, In shaa Allah. ^_^

Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah bukan perkara main-main. Dan bagi mereka yang melaksanakan amanah, walaupun dirinya sendiri tersepit di antara keperluan diri dan keperluan amanah, didahulukan keperluan amanah, maka keperluan dirinya Allah s.w.t pasti permudahkan. Percayalah! Ini bukannya omongan kosong. Dan saya percaya, sahabat sahabiah yang pernah memegang kepimpinan (sewaktu belajar) pasti pernah melalui saat-saat genting, yang mana sampai satu masa, itulah masa studynya, masa berpersatuan, masa turun berprogram, masa liqo (meeting), masa makan, masa tidur, masa siapkan esiment/tesis... semuanya bertembung! Sampaikan dah tak tahu nak aulakan yang mana. Keliru antara perkara yang penting dengan perkara yang lebih penting! Astaghfirullah...

Teringat lagi bilamana saya menarik diri dari menyertai misi bantuan banjir dengan alasan ingin menyiapkan tesis dan esiment yang masih berbaki. Jika diikutkan, murabbi kami sangat mengharapkan agar saya dan sahabat-sahabat yang lain boleh turun bersama. Tapi, ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama menghadap laptop dan juga timbunan buku. Selang dua hari, akhirnya sahabat-sahabat yang mengikuti misi bantuan banjir pun balik.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada saya, "ha... camne gan esiment nti? dah siap? cam banyak je tesis yang dah buat. muka tersengih bahagia tu..."
"Taklah... sikit je yang sempat sentuh." Itu je yang mampu saya balas. Tak tahu nak balas apa. Rasa bersalah pun ada sebabnya, sahabat saya pun ada esiment yang nak disiapkan. Ada tesis yang perlu dihantar sama seperti saya. Tapi, disebabkan amanah yang digalas, dia tinggalkan esiment & tesis buat sementara waktu. penuhi kehendak amanah. Dan kini, jujurnya... Esiment & tesis dia yang dah siap dulu. Segan saya dibuatnya. Saya yang ada masa pun tak mampu nak siapkan lagi. Dia yang tak cukup masa dah siap dulu.
Itulah pengajarannya.

Masanya lebih berkat. Kenapa? Dia betul-betul manfaatkan masa yang dia ada. Masa yang ada untuk study, dia manfaatkan untuk study. Focus! Dan bila tiba masa untuk berpersatuan dia berpersatuan. Buat gerak kerja bantu ummah. Bantu agama.

Saya percaya kata-kata ini. Pesan dari murabbi...

Tak pernah ke mengeluh dengan segala penat lelah & karenah manusia yang terpaksa dihadapi sepanjnang berpersatuan ni?
Jujur... kami pun manusia juga. Ada salah silapnya. Kami pun terkadang tak terlepas daripada mengeluh kerana kepenatan. Tapi.. bila ada sahaja di antara kami yang mengeluh, yang lain akan mainkan peranan! Menguatkan tatkala ada yang mula rebah...

Kami selalu diingatkan oleh murabbi.
Ingat... penat itu juga adalah makhluk Allah. Jangan risau, in shaa Allah di akhirat kelak setiap penat lelah itu akan jadi saksi dan akan dihitung oleh Allah s.w.t. 

****
Dan... di sebalik semua kesibukan tu. Ada hikmahnya. 
Dalam kesibukan itu ada nilai tarbawi!
Secara kasar, kita semua tidak nampak! Di mana letaknya nilai tarbawi itu?
Jika dihayati setiap tugasan itu dengan penuh kesedaran, kita akan dapati bahawa setiap langkah atau gerak kerja yang sedang kita atur itu adalah satu tugas yang sangat-sangat mulia. Iaitu tugas untuk menyelamatkan ummat daripada musuh Islam, membantu mempermudahkan urusan ummat & mendidik ummat mengenal Islam. Setiap inci tugas itu adalah bukti kecintaan kita kepada Allah dan agama ini.
Inilah nilai basah yang tersembunyi di sebalik gerak kerja yang kita sangkakan kering ini. Cumanya ramai orang yang tidak nampak dan terlepas pandang. Sekiranya mereka nampak, maka akan selalu basahlah hati-hati mereka.
Cuba check kembali niat kita.
Lillah...
petikan asal dari - asyraf farique (Buku Usrah Ini Poyo)
petikan tambah kurang: Indah_Tarbiyah

Pesan Murabbi sebelum muktamar:
Antum semua masih dalam peringkat belajar. Masih dalam proses latihan. Penyediaan buat masa depan. Setiap apa yang Allah s.w.t. suruh buat akan dihisab sama ada jamai atau fardi (individu). Allah akan tunjuk semula (yakni tayang).

Konsep muktamar juga begitu. Nilai & muhasabah kembali apa yang telah diusahakan.

***
Sekian sahaja perkongsian fatin untuk post kali ini.
Sebenarnya dah lama taip..masa turun pimpinan dulu, sebelum masuk ke Uni lagi. Sekarang baru tergerak hati nak kongsikan semula. Fatin pernah kongsikan kat fb, cuma kat sini je lambat sedikit. Hehe..maaf ye. ^^ Kalau ada yang tertanya-tanya, misi banjir bila tu.. misi tu ketika negeri Kelantan dilanda banjir sebelum ni. Banjir teruk yang pernah mengemparkan satu Malaysia..
Moga apa yang dikongsikan ini akan mendatangkan manfaat buat semua. Maafkan fatin atas salah silap sepanjang berkata-kata ye..Syukran.




Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???


Why they should know???

They?
Yeah..Our parents!!
Kenapa mak ayah patut tahu?
Tahu apa ni?

Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa?
Siapa kawan-kawan kita? 
Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya?
Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 

Ini pendapat fatin.
fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.

  1. Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. 
  2. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandangan ataupun bantuan daripada mak ayah untuk settlekan masalah kita. Ini bukannya kerana kita anak manja, tapi pandangan mereka yang lebih tua sebenarnya banyak membantu kita untuk survive dalam kehidupan ni. Betul tak?
  3. Fatin sendiri pun ramai kawan lelaki, tapi fatin akan pastikan mama papa kenal kawan-kawan fatin tu. Apa fatin buat? Ajak dyeorang datang rumah, jumpa mama papa la. Ha.. itu cara fatin. Eh? Tak takut ke bawak balik rumah? Apa pulak mak ayah cakap nanti? Haha..^^ jangan risau. Cubalah dulu. Alah..mak ayah tak sporting la. Mak ayah kita tradisional cikit. Mak ayah kita jenis tak open-minded. Banyak la alasan korang kan. Sebenarnya, kita tahu persis apa mak ayah kita. Jadi, carilah jalan yang sebaiknya untuk dekat dengan mereka. Fatin pun bila masuk Uni baru ada kawan laki. Awal-awal tu takut jugak, nanti apalah mama papa cakap. Tapi slowly dyeorang akan faham bila fatin selalu sembang dengan dyeorang pasal kawan-kawan. Contohnya, bila dapat esiment kena group campur laki perempuan, ceritalah siapa dyeorang tu, apa yang kami buat, apa benda best yang dpt belajar dll. Lepas tu, barulah fatin mintak izin bawak kawan-kawan datang rumah. Dapat je green light, terus bawak ke rumah. Time raya ke, time mama papa buat makan-makan ke.. Itu je! Simple.
  4. Ada orang ramai kawan, tapi mak ayah dia tak pernah tahu dengan siapa dia berkawan. Hmm.. bagi fatin ni salah sebenarnya. Lagi-lagi bila diri awak tu perempuan sama cam kita ni haa.. Nanti kalau apa-apa jadi susah kan. Jaga diri bila berkawan! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kawan makan kawan pun ada. Sebab tu bila berkawan jangan salah pilih kawan! Bila berkawan, biasalah jumpa kawan-kawan yang perangai cam ustaz ustazah, perangai giler-giler plus meroyan, perangai kejap-kejap sentap sorang diri, perangai adik-adik..macam-macam perangai kita akan jumpa. Hehe.. seronok sebenarnya! Betul.. Tapi, apa yang baik kita ikut, yang tak baik tu kita tinggalkan. Formulanya sama je, tak pernah berubah. Cuma diri kita je, yang kena kuat bila berkawan. Jangan mudah terpengaruh. *nasihat untuk diri sendiri jugak ni
  5. Bila mak ayah dah tahu dengan siapa kita berkawan, mak ayah takkan mudah curiga dengan kita. Kita pun takde nak rungsing fikir hal kawan lagi, mak ayah lagi. Kepercayaan dari mak ayah tu penting sebenarnya. Tapi, janganlah kita pula yang salah gunakan kepercayaan tu. Mentang-mentang mak ayah dah percaya bulat-bulat, kita pulak yang tipu mak ayah. Buat perkara yang tak sepatutnya dengan kawan-kawan. Astaghfirullah.. Ingat! buat salah dengan mak ayah, tak berkat hidup ni. Ramai yang tahu, tapi ramai juga antara kita yang derhaka dengan maka ayah, buat mak ayah marah, kecilkan hati mereka, abaikan mereka. 
  6. Fatin selalu perhatikan, bila ada tetamu datang rumah, mama papa pasti akan berikan yang terbaik buat tetamu mereka. Sama jugak bila bawak kawan-kawan datang rumah. Mama akan masak sedap-sedap, sediakan apa yang perlu. Kalau kawan-kawan tidur kat rumah, lagilah mama sibuk nak pastikan keperluan kawan-kawan fatin sentiasa cukup. Islam pun ajar kita untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah kan.. Betul tak? ^^ Mama pernah pesan kat fatin..kalau boleh mama nak kawan along yang datang ke rumah ni, boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kawan-kawan along tak kekok nak bergaul atau bermesra dengan kami, dan kami pun selesa dengan mereka. Dah boleh jadi anak angkat mama dah..One happy family! Mama selalu ajar, kalau pergi rumah orang ataupun menginap kat sana, kena hormat tuan rumah, jangan duk terperap je dalam bilik, keluar bilik, sapa orang dalam rumah tu, borak dengan dyeorg. Ini tidak..perangai anak muda sekarang asyik duk terperap je dalam bilik dengan laptop, handset dan seangkatan dengannya..Haha ^^ kena warning awal-awal dengan mama! Cuba kita renung diri kita, bila pergi rumah kawan-kawan kita..camna perangai kita? Elok tak? Kita jaga hati kawan kita & keluarga dia tak? 
  7. Nak mintak tolong pun mudah. Siapa mintak tolong siapa ni??? Tak kisah la.. kalau kawan kita tengah susah, kita tolong. Kalau kita tak mampu, maybe maka ayah kita boleh tolong. Contohnya, dari segi kewangan. Biaselah,, student-student Uni selalu je ada masalah ni kan. Dan kalau family kita pulak yang ada masalah, maybe kita boleh mintak tolong dengan kawan-kawan, mintak nasihat dari dyeorang dan sebagainya. Macam hari ni, fatin ajak kawan-kawan laki Usuk datang rumah tolong papa angkat almari sebab takut rumah masuk air lagi *musim hujan ni. Haha.. tapi mission kami gagal. :D 
  8. Ape lagi? Hmm.. Maybe ada antara kawan kita yang berkenan kat hati boleh buat jadi menantu mak ayah ke..? Ahaha..okk!! Dah mengarut ni...
Itu je perkongsian fatin untuk kali ni. Moga-moga adalah manfaatnya yang boleh kita sama-sama pelajari. Andai ada kata-kata yang menguris hati kalian yang sedang membaca, fatin minta maaf sangat-sangat. Moga ada teguran daripada kalian jika ada silapnya. Dan moga kebaikan itu terus mengalir. In shaa Allah.. 

Terima kasih sudi baca post saya..

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..