Man Jadda Wajada!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesiapa yang berusaha, dia berjaya!
 Fokusnya adalah pada usaha. 
Jika tidak berusaha maka bagaimana bisa berjaya kan.

Satu hari, di dalam kelas, Ustazah Sles, pensyarah Aqidah saya ada bertanyakan soalan kepada saya & kawan-kawan. Ianya wajib dijawab. Soalannya, "Apabila seseorang berkata kepada kamu bahawa dia telah ditakdirkan oleh Allah untuk hidup dengan berbuat jahat dan selama-lamnya akan begitu, apa yang kamu akan jelaskan kepadanya bagi memperbaiki & memahamkan kepadanya akan tujuan penciptaan manusia yang sebenarnya?"

Subhanallah... buat pertama kalinya kami diajarkan supaya menyelesaikan persoalan yang sebegitu. Kami tidak dibenarkan menjawabnya terus, bahkan kami diminta supaya berfikir & memastikan jawapan yang bakal diberikan nanti benar-benar mampu memahamkan 'si dia' itu supaya kembali pada ajaran Islam yang sebenarnya.

Memandangkan saya sendiri masih mentah dalam menyelesaikan persoalan sebegini, lalu langkah dimulai bagi mencari ustaz & ustazah yang mampu membantu menyelesaikannya. Dan akhirnya, suatu petang, langkahku terhenti apabila terserempak dengan ustaz Hisyam, dia pensyarah Al-quran. Saya ajukan soalan itu kepadanya dan meminta penjelasan beserta contoh bagi memudahkan saya untuk faham. Apabila diajukan soalan, dia senyap seketika dan tersenyum. Lalu, ustaz mengalihkan pandangan saya supaya melihat ke arah bangunan kuliah di sebelah kanan kami.

"Cuba bayangkan yang sekarang nie tengah hujan. Kamu akan tunggu kat bangunan tu sampai serik hujan @ kamu nak redah hujan macam tu je?" bicara ustaz. Saya, "emm... tunggu kat situ la ustaz. nanti basah kalau redah jee." "Macam mana kamu buat keputusan tu?" tanya ustaz. "saya gunakan akal & berfikir la ustaz!" jawab saya yang masih tengah pening. Ustaz tersenyum lagi =)

"Ha... tu la dye! BERFIKIR... Allah kurniakan setiap manusia itu dengan akal yang bisa digunakan untuk berfikir yang mana baik dan buruk sesuatu itu. Kemudian dari situ Allah ingin perlihatkan kesungguhan serta USAHA hambaNya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Macam kamu tadi. Nak keluar dari bangunan. Kat situ Allah bagi kamu PILIHAN sama ada ingin tunggu, redah sahaja hujan tuu, ataupun cari payung untuk berlindung dari tempias hujan. Kamu buat pilihan pula dengan menggunakan akal kamu. Dari situ pun Allah melatih kamu supaya berusaha untuk selesaikan kekusutan kamu tika itu, bila dah dapat jalan keluarnya, kamu kena usaha pula supaya ianya berjaya dilaksanakan." jelas ustaz.

Subhanallah... mant0oplah ustaz. Bijak dalam memberikan contoh! Alhamdulillah... Akhirnya saya ketemu juga jawapan bagi persoalan berkaitan Aqidah tu. Kalian mengerti dengan penjelasan dari ustaz tadi? Mari saya jelaskan... :)

Begini... seseorang hamba Allah itu akan bergelar mukallaf iaitu orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya apabila sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (syariat Islam) kepadanya. Orang yang tidak waras ataupun gila tidak tergolong dalam kumpulan orang mukallaf. Oleh itu, sudah tentu orang yang waras mampu membezakan antara yang mana yang buruk dengan yang baik. Sememangnya Allah menetapkan segala apa yang terjadi. Tapi kita kena ingat bahwa diri kita adalah penyebab kepada mengapa sesutau perkara itu terjadi. Diri kita adalah puncanya. Sebab itu Dia beri kita pilihan untuk memilih haluan hidup. Sama ada baik atau buruk. Sebab itu kita juga kena percaya bahwa syurga dan neraka itu ada.

Ingat! Kalau Allah nak jadikan semua hamba-hambaNya baik, itu pasti berlaku. Tapi, Allah ingin melihat akan Usaha dari hamba-hambaNya. Usaha itulah yang akan menentukan kelancaran hidup seseorang itu. Bilamana dia berusaha, pasti kejayaan itu miliknya.

          “Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (Ayat 15: Surah Israa)

Setiap yang dilahirkan ke dunia, ibarat kapas putih kerana sucinya dia dari sebarang dosa. Lalu dia membesar sehingga menjadi seorang manusia yang bisa berfikir dengan matang. Dari situ dia buat pilihan nak jadi baik atau nak jadi jahat! Tipu kalau dia tak boleh nak beza mana yang baik dengan yang buruk. Hanya mereka yang tak waras sahaja yang tak boleh berfikir. Cuba tanya dia, mencuri tu baik ke? Rezeki tu halal ke? Kalau dia kata, "ah... malaslah nak fikir. itu je sumber rezeki yang aku ada. nak buat macam mana."

Kalau diri dia masih muda, badan masih sihat dan gagah buat cari rezeki... nampak sangat jawapan yang dia beri tu MENIPU!!! Dia sendiri yang katakan bahwa dia malas nak fikir. Bila dah malas nak fikir, mana nak jumpa jalan penyelesaian untuk dia cari rezeki. Usaha pun dah takde... Astaghfirullah. Tengok! Salah siapa sekarang nie???

Nampak tak disitu betapa pentingnya USAHA! Ustazah Sles pun mengatakan yang sama bahwa 'usaha' itu adalah kunci jawapan pada soalan yang dia berikan. :) Oh... terima kasih ustaz!

Jadi, bagi adik-adik saya & juga sahabat-sahabat saya di IPTA/IPTS mahupun yang belajar nun jauh disana, teruskan usaha kita bagi memperoleh kejayaan itu. "Saya pasti bukan sahaja kalian yang berharap, bahkan ummah juga berharap kalianlah yang bisa memperjuangkan kebangkitan serta kemajuan Islam. Tanpa kalian, insan-insan yang berjaya, siapa lagi yang bisa mempertahankan Islam." (itulah pesanan yang selalu diberikan oleh bekas guru saya semasa di sekolah menengah)

Akhir sekali, ingat yee sahabat-sahabat yang dikasihi...
Usaha itu juga mestilah disertakan dengan Doa dan juga Tawakkal kepada Allah s.w.t. Pergantungan harap kita hanya kepadaNya.


Salam ukhuwwah 
Salam cinta
 dariku...
Indah_Tarbiyah



☆☆ミ Cinta Sahabat ☆☆ミ

Bismillah...
Abu Darda' ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal. Beliau menetap di Damsyik untuk mengajar ilmu Allah hingga ke akhir hayatnya. Kerana akhlaknya yang mulia, beliau sangat disayangi penduduk Damsyik. Sahabat dan murid-muridnya sangat ramai.

Isterinya menceritakan: "Abu Darda' memiliki 360 orang sahabat karib yang sangat dicintainya. Beliau selalu berdoa untuk mereka di dalam solat."

Isterinya pernah bertanya: "Mengapa engkau selalu mendoakan mereka?" Abu Darda' menjawab: "Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua orang malaikat segera membalas: Semoga engkau mendapat kebaikan seperti itu juga." "Tidakkah aku ingin agar selalu didoakan oleh malaikat?" kata Abu Darda' lagi.
(Siyar A'lam al-Nubala)


# Pengajarannya --> Mendoakan sahabat handai dan rakan taulan merupakan satu perbuatan mulia. Perbuatan ini juga bukan hanya bermanfaat untuk orang yang didoakan, malah juga untuk pihak yang mendoakan. Malaikat akan membalas doa tersebut dengan doa yang sama. Semakin banyak doa dipanjatkan untuk orang lain, semakin banyak doa malaikat diraih untuk dirinya.
Sayang kamu kerana Allah =)

♫•*♥*•.¸♥♥UNTUKMU KAWAN, TEMAN & SAHABAT♥♥¸.•*¨*•♫♥♫

 

Keep Moving Brothers & Sisters...

 Alhamdulillah...
Beginilah kehidupan. Kekadang itu, kita tidak perlu melakukan kesalahan dan selepas itu baru ingin ambil pengajaran. Melalui kesalahan orang lain juga mampu kita ambil pengajaran dan tanamkan dalam diri bahwa kita tidak akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan.

Setiap perjalanan kehidupan mesti penuh onak dan duri. Kehidupan kita tidak dihamparkan dengan karpet permaidani yang indah. Jalannya penuh liku... Walaupun perlu berhenti seketika, jangan cepat futur! Teruskan langkahmu duhai diri. Derapan kaki itu mesti digagahkan buat menuju destinasinya. Rugi bukan kalau langkah dah dimulai, tapi berhenti ditengah jalan pula. Aduh...... Tersangatlah rugi.

Tanamkan dalam diri dan jauh ke lubuk hatimu!!! Aku kuat. Aku boleh. Aku mampu. Jalan dah tersedia didepanku. Cuma perlu aku sahaja untuk melangkah pergi...

Biarlah dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah ^_^
Semoga setiap langkah itu diredai Allah dan semoga segala penat itu bisa membuahkan hasilnya kelak, ameen...

 Doa Dimudahkan Urusan:
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan". 
Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah...

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..