Bismillah.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ingin hadiahkan kepada sahabat-sahabat fillah #NotaUsrahIndah_Tarbiyah. Alhamdulillah.. akhirnya saya berkesempatan melakukannya dengan izin Allah s.w.t. Dan ini merupakan perkongsian pertama saya ^_^
Semoga santapan yang disediakan ini boleh mengisi rohani kalian yang sedang kelaparan. Jangan lupa ! Baca bismillah terlebih dahulu. Pastikan setiap suapan yang masuk itu disertai dengan keberkatan dari-Nya. Selamat menjamu selera.
Soalan yang diajukan kepada ustaz:
Macam mana nak bersahabat dengan berlandaskan takwa?
Jawab ustaz:
1) Apabila menyayangi sahabatnya, dia mesti beritahu bahawa sayang dia itu kerana Allah s.w.t.
2) Apabila berpisah, minta kepada sahabat untuk didoakan kebaikan ke atasnya (ingat dalam doa).
Ingin doa mustajab: Dahulukan doa dengan menyebut nama rakan (dahulukn doa buat sahabat) & in shaa Allah malaikat akan membalas kembali doa itu kepada kita.
3) Apabila berjumpa dua saudara, tunjukkan senyuman beserta wajah yang berseri-seri (senyuman kamu kepada saudara kamu adalah sedekah).
4) Apabila berjumpa dua saudara, bersalaman dengan kemas.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Mana-mana muslim tatkala berjumpa bersalam, Allah s.w.t akan ampunkan dosa sehingga tangan mereka jatuh/dilepaskan."
5) Hendaklah sentiasa menziarahi sahabat dari masa ke masa kerana Allah s.w.t.
6) Hendaklah dia menyebut tahniah kepada sahabat di atas kejayaan mereka.
7) Beri hadiah kepada sahabat.
Berilah hadiah / saling beri hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang.
8) Merealisasikan hak-hak ukhuwwah secara betul:
- beri salam.
- apabila dijemput ke kenduri, rumah, penuhkan undangan (pergi).
- apabila diminta beri nasihat, beri sekadar yang kita mampu.
- apabila sahabat bersin, jawab bersin (yarhamkallah) kalau dia sebut (Alhamdulillah).
- apabila sahabat sakit, ziarahi dan doakan kesembuhan bagi dirinya.
- apabila sahabat meninggal, iringi jenazahnya hingga ke kubur.
Apabila menziarahi sahabat, Allah s.w.t. akan bukakan pintu rezeki.
Pesan Ustaz Rahmat Abdullah kepada adik-adik~
Dalam bersahabat perlu diingat 2 perkara:
1- Kesalahan & dosa diri kita kepada sahabat serta bila masa kita minta maaf kepada sahabat tersebut.
2- Kebaikan yang sahabat buat kepada diri kita & doa dari kita untuk sahabat.
Dalam bersahabat perlu dilupakan 2 perkara:
1- Kesalahan sahabat yang dilakukan kepada diri kita.
2- Kebaikan yang diri kita lakukan kepada sahabat.
Kisah teladan~
Abdullah bin Umar sanggup berjaga malam untuk melihat amalan yang dilakukan oleh seorang sahabat yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa dia merupakan ahli syurga ketika di dalam majlis ilmu. Kemudian, Abdullah bin Umar bertanya kepada sahabat tersebut: "Apakah amalan yang dilakukan oleh engkau?" Sahabat menjawab, "Aku melakukan amalan (melupakan segala kesalahan yang dilakukan oleh orang lain kepada diriku sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja)."
Peringkat ukhuwwah~
1- Melebihkan orang lain daripada diri sendiri (paling tinggi).
2- Melebihkan diri sendiri daripada orang lain (paling rendah).
"Ukhuwwah asas kepada Kesatuan, Perbalahan asas kepada Kekufuran"
Binalah ukhuwwah bagi mengejar mardotiLlah.
Kerana Syurga tujuan kita !!!
Saya selalu diingatkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan tentang ayat dalam surah Ali-Imran ini~
* sedikit perkongsian dari hamba yg dhoif kepada sahabat-sahabat FilLah.. Moga bermanfaat buat semua. In shaa Allah, perkongsian bagi tajuk yang seterusnya akan diupdate. Maaf atas kelewatan.
Jemput singgah ke fb:blogkeindahantarbiyah.blogspot ^_^ Mohon teguran dari sahabat-sahabat yang dikasihi andai punya kesilapan pada nota usrah ini. Syukran...