alFarasyah Solehah ~

Bismillah...
Alunan ayat-ayat suci al-quran dari Masjid kg. Laut kedengaran di telingaku. "Allahuakbar..." Itu suara si Imam yg tengah mengetuai solat Isyak. Indah rasanya bila hidup dikelilingi orang-orang yg mampu membuatkan diri untuk sentiasa mengingatiNya...

***
Mungkin semalam diri ini mampu menahan sebak di hati... Namun, bicara si alFarasyah Solehah membuatkan diri ini tidak mampu lagi untuk menahan. Tipu jika saya katakan saya tidak rindu. LilLahi...Saya merindui alFarasyah Solehah itu!

Minggu ini perihal 'alFarasyah Solehah' sahaja yg bermain di benak fikiran ini. Kebetulan saya turut menerima pertanyaan dari seorang hamba Allah tentang;
1) adakah AlFarasyah Solehah dinisbahkan kepada perempuan sahaja?
2) kenapa dan mengapa dinisbahkan kepada AlFarasyah(rama-rama)?
3) Apa kaitan antara rama2 dan perempuan?

Saya cuba menjawab pertanyaannya sebagaimana yg saya fahami selama ini...
1)Mungkin sahaja ianya lebih sinonim kpd perempuan. 2)Wanita solehah tidak akan mbiarkn dirinya dirosakkn. kecantikan yg ada pdnya dipelihara sehabis baik dgn izinNya. situasinya seakan-akan situasi si Rama2 yg tidak boleh disentuh & sukar sekali untk disentuh. corak yg ada pada sayap rama2 mnjadikan ia kelihatan sungguh cantik. jika disentuh nescaya ianya mudah rosak. terbang si rama2... ianya berkaitan dgn impian wanita solehah yg ingin turut terbang bagi mencari kasih & cinta Ilahi. madu yg dicari oleh si rama2 ibarat keimanan yg cuba dicari oleh wanita solehah bagi santapan rohani & fizikalnya.

***
Malam semalam... Allah temukan saya dengan 'Kupu-Kupu Cinta' di utube! Subhanallah... saya sendiri tak sangka, rupanya ada lagu yg berkaitan dengan alFarasyah Solehah. Indah sungguh seni kata lagunya... Dendangannya membuatkan rinduku semakin membuak-buak pada alFarasyah Solehah...

http://www.youtube.com/watch?v=CfVdhciyFZI

***
Lalu, ku sampaikan 'untaian kasih' ini padanya...

Buat AlFarasyah Solehah yg dirindui...
ku tujukan 'untaian kasih' ini buatmu sahabat...
ku temuinya dgn izinNya... alhamdulillah, segala perancanganNya sungguh indah ♥ ♥ ♥

Pertemuan ini menjadi suatu berarti

Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia

Kupu-kupu cinta

terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya illahi Robbi

Tiada lain hanyalah namamu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu

# sayangkamuLilLah...
 

***
Aturan Dia sungguh indah... bilamana alFarasyah Solehah bersua, hanya kalimah 'Alhamdulillah' yg ku mampu ucapakan... Segala Puji bagiNya yg mempertemukan kami semua. Dia jualah yg menjaga cinta kami agar sentiasa bersatu walaupun jasad berpisah dek kerana tanggungjawab pada ummah yg wajib dilaksanakan. Lalu... kalimah-kalimah cinta kernaNya terbang bersama-sama perasaan rindu kami...

"semua kupu2 saya..semua shbt2sampaisyurga sy..kita prnh jnji kn,sme2 nk jumpa lg kat syurga..betul lh,ukhwah itu bkn skdr bertentang mata..tp sinergi brlandaskn keimanan lebih lg dr itu..hubungan hati dan doa..AllahuRabbi..alhamduliLlah,awk2 semua anugerah trindah..."

"walau sukar jasad tuk bersua muka, namun biarlah hati kita sentiasa bertaut dalam doa khususnya..rindu kalian liLlah..xdapat bertemu Di dunia yg fana ini, biarlah dapat kita berjumpa Dan bertemu Dan berkumpul.Di tempat asal usul kita yakni Jannah :') uhibbukumfiLlah "

"windu sume...lame x gather same2...miss u all dear 3S...xpernh nk ngs...skrg air mate ku gugur....syg sume...dunia akhirt"

"utk semua,i just wanna say that i will always love u till Jannah!hoping to hug each other at Raudhah!brtemu dn brpisah liLlah..AllahuRabbi.. :')
moge semua najah same2,demi Ummah..insyaAllah..."

***

Cita-cita kami hanya satu...
Sahabat sampai syurga...
Kami ingin bersua di Jannah...
Kami ingin terbang menuju reda al-Khaliq...
'alFarasyah Solehah'
itulah kami...
InsyaAllah...
ameen...


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Ya Allah kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
yang tiada pernah padam
Rapatkanlah dada kami dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakkal pada-Mu
Hidupkan dengan ma’rifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah Maha Pelindung dan Maha Pembela
Ya Allah Ya Tuhan Kami 
Perkenankanlah doa kami

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..