Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. ^^
Kali ini Fatin teringin nak kongsikan tentang perkongsian yang Fatin dapat semasa kelas Tafsir. Fatin pun tak sangka pembelajaran yang berjalan seperti biasa kemudiannya bertukar menjadi luar biasa! Titipan-titipan dari ustaz pada ketika itu benar-benar menyedarkan kami. Dan jugak dalam masa yang sama menjawab segala persoalan Fatin selama ini. Perihal hati!
Biasalah, lagi-lagi bila kita berada pada 'umur' yang mana diri kita sering saja keliru, terburu-buru, mudah memberontak, cepat emosi, marah tak bertempat dll.. Fatin lupa camna ustaz boleh masuk bab hati perasaan ni.
Tapi pada awal perbincangan kami, semua macam malu nak bertanya pada ustaz. Ustaz je yang rancak bercerita. Ustaz kata, time umur remaja, meningkat dewasa ni la ramai anak-anak muda kalau tersalah pilih jalan, lain jadinya. Mula-mula ustaz pesan suruh jaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Ikhtilat yakni pergaulan antara keduanya. Ada batas-batas yang perlu dijaga. Ustaz tanya, kenapa budak-budak zaman sekarang macam takda rasa malu dah duduk berdua-duan, time belajar, time makan @ apa jua keadaan. Duduk berdua? Kenapa perlu berdua? Dekat pulak tu.. Ustaz pernah nampak kat library pun ada yang duduk macam tu. Yang perempuan takda dah ke rasa malu? Mana pergi malunya? Terdiam kami sekelas. Ustaz suruh kami jawab kenapa jadi macam tu.. laenlah kalau study group. Ini soal berdua. Ada antara kami yang memberikan jawapan. Tapi masih tak tepat. Ustaz terangkan lagi.. Sepatutnya tak boleh begitu. Orang perempuan kena jaga diri dia. Mahalkan diri dia. Yang lelaki pun sama. Kena jaga.
Lepas tu perbincangan kami jadi lebih serius. Masuk soal hati dan perasaan. Ustaz cakap kalau nak dapat yang baik, kena jaga diri, jadi yang baik jugak. Masa ni, dah ramai yang berani bertanya. Masing-masing keluarkan persoalan yang bermain di minda mereka. Antara soalannya:
-ustaz..camna nak tahu dia tu jodoh kita?
-ustaz..camna nak fahamkan ex-couple kita yang kita tak nak bercouple?
-ustaz.. boleh ke kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa kita? tak mengganggu hati kita ke ustaz?
Sebenarnya banyak lagi..Fatin lupe! ehehe.. jangan marah.
Ustaz jawab satu-satu persoalan kami.
Ustaz kata kalau nak dapat yang baik, tengok diri kita. Kita berada pada landasan yang mana. Landasan yang sama, tempat dia berada ataupun tidak. Kalau landasan kita dengan landasan dia pun dah berbeza, camna nak dapatkan dia. Betul tak? Tengok dia, orangnya camna. Begitu jugaklah kita. Berusahalah ke arah itu. Nawaitunya Lillah. Bukan sebab dia je. Fatin sendiri tak pernah terfikir pasal landasan tu semua. Fatin selalu dengar orang kata kalau nak dapat jodoh yang baik, diri sendiri pun kena baik jugak. Itu je.. Tapi bila ustaz beri gambaran pasal landasan tu, lagi terkesan sebenarnya. Sentap sorang-sorang!!
Ustaz kata jangan risau kalau kita mintak dengan Allah s.w.t. nak dijodohkan dengan si fulan, dan Allah s.w.t. tak makbulkan doa kita. Ada sebabnya. Kalau kita rasa kita dah kenal dia, tapi kenapa Allah tak satukan diri dia dengan kita. Jawabnya, Allah lebih kenal diri dia daripada kita. Allah s.w.t. tahu dia tu tak sesuai untuk kita. Jangan risau. Allah s.w.t. pasti beri yang lebih baik dari si fulan tu. Sentiasalah bersangka baik dengan Dia.
Ustaz kata, boleh kita mention nama orang yang kita suka tu dalam doa. Berdoa macam doa istikharah tu. Tak ganggu hati kita pun. Kalau ganggu hati, itu salah kita. Sebab duk asyik teringatkan dia. Kalau teringatkan dia, terus istighfar. Ingat Allah s.w.t. Jaga hati. Lagi satu, ustaz kata anak muda ni jangan duduk sendiri-sendiri. Sebab bila duduk bersendirian, boleh bawa kepada kemaksiatan, buat benda yang tak elok, lagho. Kalau awak tahu awak tak boleh duduk sorang-sorang, pergi cari kawan-kawan. Sibukkan diri awak. Barulah tak teringatkan si dia. Bila sibuk, tak sempat pun nak fikir soal hati ni.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada ustaz..
***
Apapun perkongsian ni dah lama Fatin simpan. Cuma belum dikongsikan sahaja. Dah nak masuk sem baru dah pun, baru perasaan ada yang tak sempat sharing dengan sahabat-sahabat semua😃😃😃 Moga bermanfaat yaa.. tQ.
Jejak..
Labels
Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?
Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,
Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?
Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.
Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.
Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?
Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,
Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?
Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.
Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.
Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
DUNIA Tempat Persinggahan KITA!
Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.
Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.
Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Warkah Perjuangan!
"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
[Imam Hassan Al Basri]
Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”