Kenapa nak jadi macam akak dik? Apa yang specialnya akak ni? Akak rasa cam biasa-biasa je.. Kenapalah pilih akak?
Entahlah kak. masa mula-mula saya jumpa akak, terus saya terpikat. nak jadi macam akak. Ayu.. Baik.. Pakai tudung labuh.. Mesti akak dari keluarga baik-baik kan. Suka sangat tengok akak.
Ya Allah.. awak ni. Macam-macamlah.
Nak tahu tak.. sebenarnya akak ni biasa-biasa je. Keluarga akak pun biasa-biasa je. Dalam family akak, kaum kerabat sepupu sepapat takde pun yang pakai tudung labuh a.k.a jilbab ni. Rare la cikit mase mula-mula akak pakai tu. ahaha..^^ rase cam alien pun ada jugak kekadang tu. Mungkin faktor persekitaran, belajar kat sekolah agama yang banyak bantu akak. Habis SPM, sambung kat kolej islam pulak. Biah pun lebih kurang je. Tak jauh beza. Mungkin sebab tu dah biasa kut. Tapi sekarang ni awak pun tengok akak biasa-biasa je kan. Akak takdelah pakai jilbab, tudung labuh selalu. kadang-kadang belit-belit,, shawl jugak.. Hehe.. Sekarang ni, bagi akak selagi mana pemakaian awak tu menutup aurat dengan baik, tak menyalahi syariat, tak timbul fitnah, pakai jelah. Betul tak?
A'ah.. Saya setuju, saya pun perasan jugak kak. Akak tukar-tukar jugak cara pemakaian akak tu.
Terkadang kita kena mengikut persekitaran kita juga. Bagaimana orang di sekeliling kita? Jika kita begini, bagaimana penerimaan mereka? Mungkin sahaja orang lain tak boleh nak move on gan kita disebabkan cara kita. Dyeorang rasa tak selesa. So, kena ubah la cikit cara kita. Dyeorang ada cara dyeorang dan kita ada cara kita. Kena toleransi lah. Sama-sama terima setiap kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kalau orang sekeliling tak faham, cuba fahamkan mereka. Cakap je.. Sebenarnya, saya begini dan begini. In shaa Allah... lame-lame dyeorang pun akan belajar untuk memahami kita. Don't worry.. Dan kita pun kena la hormat dyeorang.
Akak.. rasenye cerita kita lebih kurang la kak. Saya pun sama cam akak. Dulu-dulu saya pun biasa jugak. Tak sangka pulak akak pun gitu.. Haha ^^
La... ye ke..? Hehe.. Ada chemistry betul kita ni kan.. Time sekolah dulu nakal jugak akak ni. Macam budak-budak yang lain jugak. Pakai jugak seluar jeans tu, tshirt, tudung bidang 45 dll.. Sama je. Tengok orang bercouple, teringin jugak nak bercouple. Haha.. Jiwa remaja kan. Tak menyempat bercouple pun dik. Kejap je. Sebab time tu akak rasa apa lah yang best sangat bercouple ni. Try lah. Sekali try terus menyesal!! Langsung tak best. Menipu je banyak dik.. Malam-malam borak panjang-panjang. Boyfren tanye dah ngantuk lum. Kita pulak mata memang dah kuyu dah, tunggu masa je lelap. Tapi mulut ni, ha.. sanggup cakap tak ngantuk lagi. Layan jugak boyfren tu hah.. Tapi, kan dah belajar sekolah agama. Nak tak nak, akak kenalah sesuaikan diri dengan biah kat sana. Mula-mula tu terkezutlah jugak dik.. Kejutan budaya! haha.. masuk sekolah semua berjilbab, lelaki berkopiah je.. kite pun terus ikut. Kan budak-budak lagi masa tu, orang suruh kita buat jelah. Bila dah besar cikit, mulalah kita faham kenapa kena pakai macam tu.. Kenapa salah bercouple ni.. Islam ajar apa.. Seronok kan bila kehidupan kita ni colourful...! Memang apa yang Allah s.w.t. jadikan untuk kita ni dah cantik sangat dah.
Akak kadang terfikir.. orang selalu pandang rendah pada mereka-mereka yang nak berubah ni kan. Tapi bagi akak, akak kagum sangat dengan mereka ni. MashaAllah! Tak mudah dik sebenarnya nak berubah ni. Mujahadah dye kena kuat. Nak tinggalkan 'kemanisan tiruan' sebelum ni.. Allah.. ni kirenya fight dengan diri sendiri. Tak kuat, Kecundang dik.. Sakit! Tapi bila dah lawan, dah berubah.. Subhanallah.. indahnya saat tu. Kita lagi istimewa sebenarnya daripada mereka yang tak teruji macam kita. Kita pernah rasa macam mana pahitnya kopi sebelum ni, dan kali ni kita lebih berjaga-jaga untuk minum.. Jadi, bila kita tengok kawan-kawan kita yang berperangai macam kita sebelum ni, kita akan lebih faham mereka. Cara kita nak tegur dan nasihat mereka pun berbeza kan. Sebab kita pernah berada di tempat mereka, dan kita memang tak suka orang datang straight dakwah, tegur macam-macam tapi tak cuba tuk faham diri kita dulu. Betul tak?
Betul la kak.. Saya pun pernah macam akak. tak percaya pulak bila akak pun pernah jadi macam tu. Huhu..
Betullah..
Hehe.. kenapa tak percaya? Takpe.. jangan risau. Kita boleh berubah sebenarnya. Nak atau tak je! Kan.. ^^ Ramai je orang yang boleh bantu kita. Sebab tu nak berkawan pun, ha..kenalah pilih kawan-kawan yang boleh bantu kita ke arah kebaikan. Akak dulu pun sahabat-sahabat akaklah yang banyak tolong akak. Nasihat itu ini. Tunjukkan qudwah yang baik-baik. Sampai terkadang akak pun malu dengan dengan dyeorang.
Kawan tu cerminan diri kita kan kak..? ^^
Hah.. betullah tu dik.. Pandai pun. Akak pelik betul gan awak ni. Camanalah boleh nak jadi cam kak. Haha.. Awak jadi je diri awak sendiri dik. Awak punya kisah kehidupan tu in shaa Allah lebih menarik lagi dari akak. Allah jadikan kita ni sememangnya berbeza. Specialnya awak kat sini, dan specialnya akak kat sini. Balancelah kan.. Sama-sama topup apa yang kurang. Be though! Kuat.. in shaa Allah.. doa yang baik-baik. Minta Allah jaga kita dari perkara-perkara yang tak baik. Dan biar kita ni suka pada kebaikan.
In shaa Allah kak. Terima kasih sebab sudi bocorkan rahsia akak, ceritakan kat saya. Hehe..^^
Haha.. oh,, takpe. Ini rahsia kita berdue je. Awak jangan risau! Kalau ada apa-apa nak share gan akak, bagithu je yee.. In shaa Allah.. akak akan cuba bantu. Akak nak balik dah ni.. Awak tak nak balik ke..?
Eh.. a'a lah.. jom balik kak. dah lama kita kat sini kan. Jom2..