Alhamdulillah... Masih basah kenangan indah! Bersama adik2 tingkatan 3 dari MRSM Tumpat, Kelantan. Peluang 3 hari 2 malam bersama mereka membuatkan saya turut terkenangkan kenangan lalu bersama adik2 di SHAMS, K.Terengganu. cuma,, pr0ses pentarbiyahan di sini sedikit berbeza dengan di sane. Paling saya suka, sebelum program diteruskan dan dijalankan ke atas adik2 itu, pr0ses penyerahan mereka kepada kami, pihak fasilitat0r yg terlibat telahpun dilakukan. Cikgu2 mereka serahkan 100% penjagaan mereka kepada kami. Terpulang pada kami bagaimana cara nak mendidik mereka. Ini sedikit sebanyak telah pun membantu mempermudahkan gerak kerja kami. Kepercayaan cikgu2 itu kami pegang dengan sebaiknya.
Objektif utama kem ini adalah bagi pembaikan sahsiah adik2 ini. Mula2... kami dedahkan mereka dengan solat2 sunat seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat hajat, solat sunat taubat. Kemudian, kami biasakan diri mereka dengan adab-adab dalam kehidupan. Adab memasuki kawasan perkuburan, adab makan, adab tidur dan juga adab sewaktu mendengar kuliah. Alhamdulillah... Awal2 mungkin mereka kurang faham. Tapi bila dah kerap buat, mereka semakin ser0nok! contohnya waktu makan. Kami didik mereka supaya suapan pertama mereka adalah untuk kawan ataupun sahabat. Mula2 segan jugak mereka nak buat. Yelah... tak pernah buat. Tambah2 yang lelaki. Hehe...Tapi bila setiap kali nak makan, kami suruh buat. Sampaikan ada adik2 yang sanggup kongsi satu pinggan dan suapkan kawan dye makan sampai licin nasi dalam pinggan tu. Seronok sangat bila melihat ukhuwwah dyeorang. ^_^
Tapi.... ada jugak mase2 yang mereka nie tak dengar cakap. Biaselah budak2! salah tetap salah... Denda tetap kami jalankan.
Pada pagi khamis, lebih kurang 3.30 pagi, kami jalankan sesi muhasabah diri di sekitar kawasan perkuburan yang berdekatan dengan Darul Hanan. Subhanallah... bukan adik2 sahaja yang terkesan dengan sesi muhasabah tu, saya sendiri merasakan tarbiyah yang cuba dicurahkan buat kami semua. Berkenaan ibubapa, dosa-dosa silam, diri sendiri dan sebagainya... Bunyi k0kokan ayam pagi tu bersahut-sahutan. Itulah ketentuan Ilahi. Bunyi yang memecah kesunyian pagi.
Pukul 11 pagi, aktiviti "Taksin Solat"pun bermula... Kali ini, kami sebagai fasilitator memainkan peranan dengan memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan solat dengan sebaik mungkin buat adik2. Mula-mula dengan menambil air sembahyang. Kemudian, bacaan dalam solat mula diperkukuhkan. Dari takbiratul ihram hinggalah kepada beri salam.
Dalam pukul 12 malam, kami mula berangkat menuju ke "Suluk". Di sana, sebelum adik2 diberi kebenaran masuk sedikit demi sedikit, mereka terlebih dahulu berkumpul mengikut kumpulan masing2. Mereka diletakkan di kawasan perkuburan secara berkelompok dengan ditemani oleh seorang fasilitator bagi setiap satu kumpulan. Sekali lagi bermaen di kawasan perkuburan. Alhamdulillah... Inilah kem yang paling manis dan sangat berharga buat dikenang! Sentiasa menyedarkan dan mengingatkan saya akan kematian yang Pasti!!! Sebelum adik2 masuk ke suluk, saya sendiri telah diberi peluang buat merasainya bersama seorang sahabat! Allahurabbi... Langkah yang diatur dengan penuh debar akhirnya berakhir dengan penemuan "ibrah" yang sungguh bermakna!
Segala Puji bagi Allah ats segalanya...
Menjadi insan yg trpilih itu bukan senang. Allah pilih tanda cinta! Buat cari "ibrah kehidupan". Saat kaki melangkah masuk, hati penuh debar. Apa yg bakal berlaku?? Apa yg bakal dirasa? Apa hikmahnya? Lillahi... Saat pintu ditutup, pintu hati mula terbuka! Minda mula bangkit dari sedar. Liang lahad ini tmpt pengakhiranku. Kegelapan masih mnyelubungi diri wlaupun mata dibuka. Gelap yg amat. Hanya kedengaran bacaan talkin dan derapan kaki mereka yg mula meninggalkan diri. Ma Rabbuka? Siapa Tuhanmu? Allah... Saat ini mungkin sahaja bibir bisa menuturkan kalimah Allah. Tapi, jika Benar nyawa diambil, adakah bisa bibir menuturkan kembali kalimah Allah??? Tika itu, hanya satu yg difikirkan. Aku mahukan kehidupanku kembali!!! Kehidupan di dunia. Aku belum bersedia menghadapi alam ini. Aku masih dipenuhi dosa. Aku mahu bertaubat! Aku mahu jadi hambaNya yang taat & patuh. Aku mahu kembali... Kembali menginsafi diri...
# alhamdulillah... Saat pintu dibuka, hanya kebesaran-Nya yang mampu disaksikan dan dirasa. Bila kembali menghirup udara-Nya di luar, ibaratnya seperti mati hidup semula. Allah beri aku peluang kedua. Rasa kehidupan ini lebih berharga. Punya tujuan. Punya hala tuju...
[mati itu psti! Tiada yg bisa terlepas drnya...]

***
Itulah
yang saya rasakan. Mula2 keluar dari suluk, memang tak boleh kate ape.
Terdiam... Berjalan pun rase macam tak seimbang. Saya masuk ke dalamnya
bersama seorang lagi sahabat. Katanya, "Duduk dalam tu rasa macam nak
bagi tahu semua dosa-dosa diri sebelum nie..." Allah! Segala perasaan
itu datang dari-Nya. Dia yang telah menimbulkan dalam hati rasa
keinsafan. Alhamdulillah...
Dan akhirnya pada pagi Jumaat, adik2 fom 3 ini telah melakukan aktiviti expl0race di dalam hutan yang berdekatan. Mereka bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebelum bert0lak, mereka dikehendaki membina stretcher daripada buluh dan juga kain pelikat bagi mengusung sahabat mereka. Dan bagi setiap c.p0int yang dijaga oleh para fasi, mereka mestilah mendapatkan & menjawab soalan2 yang diberikan kepada mereka. Dalam pukul 10 pagi, aktiviti ini pun berakhir dan mereka diberi keizinan bagi makan sarapan pagi. Tujuan kami bagi mereka maen dulu supaya mereka merasakan kesusaha, kepenatan sebelum memperoleh kesenangan. Zaman Rasulullah s.a.w. dahulu pun berperang dalam bulan Ramadan. :)
Setelah itu, bermulalah sesi penutupan bagi kem tersebut. Ianya dihadiri oleh guru2 mereka yang sangat2 membantu menjayakan pr0gram2 kami ^^
Kenangan Terakhir Bersama Mereka!
Lagu tema bagi kem Kepimpinan Bina Sahsiah Remaja~
Rintihan Anak Soleh-Umam
Jasa Bonda- Warisan
Adakah Kau Lupa
# saya bisa merasa perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri adik-adik yang dikasihi ini. moga mereka terus thabat dalam mencari keredaan Allah. moga mereka terus qawiyy dalam menangkis ujian2 yang hadir tika usia remaja ini! saya selalu pesan pada mereka! Adik-adik sebenarnya insan yang bertuah. Allah pilih datang ke mari buat memperbaiki akhlak/sahsiah diri. Jadi... manfaatkanlah setiap mutiara-mutiara berharga yang kalian peroleh di sini. Hidayah Allah itu selalu hadir buat diri kita, supaya menjadi baik. Cuma,, kadang-kadang kita yang tak ambil hidayah yang Allah cuba berikan. Kita tangguhkan langkah kita untuk jadi baik. Sibuk sangat fikirkan apa yang orang akan kata. Sampaikan kita lupa! Yang memberi ganjaran pahala dosa serta memberi rahmat di akhirat kelak adalah Allah s.w.t. Bukannya manusia di sekeliling kita...