Langkau ke kandungan utama

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal! Apapun, Aisyah lebih mengerti mengapa si ayah sebegitu. Lagi pula, ibu dan ayah Aisyah tidak mengizinkan dirinya untuk ke arah perkahwinan di saat dia masih lagi belajar. Aisyah takut, kalau-kalau hasratnya untuk meluahkan isi hatinya itu bakal ditentang sekerasnya oleh ibu dan ayah.

Jauh Aisyah mengelamun..
Bertahun lamanya menyimpan rasa sehinggalah saat ini. Saat di mana dia mula sedar bahawa inilah jawapan dari apa yang dimohon dari Allah swt. Tanpa dia sedar, air matanya tidak henti-henti membasahi pipi.. Berat sungguh ujian yang terpaksa dihadapinya.
Selama ini dialah sahabat yang amat dipercayai. Dia jugalah tempat Aisyah meluahkan suka duka kisah kehidupan. Termasuklah kisah cinta yang dipendam Aisyah selama ini. Dari A-Z dia tahu semuanya. Dan hari ini dia juga mengatakan bahawa dia adalah bidadari yang ditentukan oleh Allah swt, yang bakal menjadi pendamping kepada si fulan yang juga diminati Aisyah. Sahabat Aisyah sendiri adalah tunang kepada si fulan itu. Allahurabbi.. Ujian apakah ini? Saat itu hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa remuknya hati Aisyah. Kepercayaan yang selama ini dipupuk hancur begitu sahaja.
Mana mungkin saat sahabat menyatakan hal yang sebenar, Aisyah harus menunjukkan protesnya.
Walaupun tika itu, si sahabat berkata,
“Aisyah.. jika perlu pada apa-apa penjelasan, nyatakan sahaja. Aku akan jelaskan.”
Terdiam Aisyah. Jauh di sudut hatinya, mengapa perlu pada penjelasan lagi sedangkan kalian bakal menikah, tarikh sudahpun ditetapkan, kalian sudahpun bertunang tanpa pengetahuan Aisyah. Semuanya sudah pun berlaku..
Aisyah masih lagi mengawal dirinya saat itu. Bicara Aisyah masih sahaja manis. Namun, manisnya hanya di mulut, hatinya saat itu terasa bagai ditikam. Aisyah masih sahaja berlakon, melawan perasaannya.
“Sudah jodoh kalian. Tahniah atas pernikahannya kelak. Kalian berdua sesuai….’
Sungguh Aisyah merasakan dirinya berdosa tika itu, bicaranya baik-baik sahaja tapi tetap juga dia kecewa dengan sahabatnya. Aisyah sempat memohon maaf kepada sahabatnya kerana merasakan dia adalah insan yang paling bodoh kerana mencintai tunangan orang, tunang kepada sahabatnya sendiri.

Semua yang terjadi masih lagi berlegar-legar di fikirannya..
Hebat sungguh ujian ini.. Hari ini sahabatnya itu telah sah bergelar isteri kepada si fulan itu.

Dan Aisyah..
Masih lagi berusaha merawat hatinya!
Mana mungkin perasaan yang dipupuk sekian lama bisa hilang begitu sahaja.. Aisyah merasakan dia kehilangan orang yang dicintainya, dan dalam masa yang sama dia juga kehilangan sahabatnya, orang yang paling dipercayainya!!!

Berlaku jujur itu lebih baik walaupun sukar. Hikmahnya besar! Jika dari awal sahabatnya berterus terang, Aisyah yakin pengakhirannya bukan sebegini sukar. Dia tidak kisah perihal si fulan itu, Aisyah cuma kesal atas tindakan sahabatnya. Menyimpan rahsia sebesar ini!

Aisyah tahu dia perlu ‘move on’ bagi menjernihkan keadaan. Hari demi hari, Aisyah belajar untuk kuat, lebih tabah. Kenapa dia perlu kuat?
Sungguh! Banyak pengajaran yang dapat Aisyah amati daripada ujian ini. Ujian yang kunjung tiba menandakan Aisyah adalah ‘insan istimewa’. Hanya yang terpilih sahaja diuji sedemikian rupa. Aisyah cuba yakinkan dirinya. Jika dulu dia berusaha menjaga rasa itu, memilih jalan untuk berdiam diri dari pengetahuan ibu dan ayahnya, kini Aisyah sudah pun mengalah. Tak tertanggung rasa sakit sendirian. Diluahkan rasa yang dipendam bertahun lamanya pada si ibu. Dia menceritakan semua yang berlaku. Saat dia bercerita, masih saja dia menahan dirinya daripada menangis di hadapan si ibu. Namun, si ibu lebih dahulu memahami isi hati anaknya, kekecewaan yang dirasainya turut dirasai si ibu. Pantas sahaja si ibu meletakkan tangannya di bahu Aisyah, lalu memeluk anaknya dengan harapan reda tangisannya.

“Jangan risau sayang. Sememangnya itu jodohnya. Allah swt telah aturkan kisah mereka berdua. In shaa Allah, jodohmu juga pasti ada. Yakin! Mana tahu jodohmu lebih baik kan. Sabar sayang. Lagipun, kumbang bukannya satu. Sabar!”

Si ibu cuba menceriakan suasana. Pelukannya bertambah erat, mententeramkan si anak. Sejujurnya, si ibu juga kecewa dengan apa yang berlaku. Kejujuran dalam persahabatan di mana letaknya?

“Sayang! Sekarang kamu faham kan, persahabatan itu apa? Jangan sampai ada yang mengecewakan.”

Aisyah sendiri terkejut dengan reaksi ibunya. Sangkaannya meleset sama sekali. Dia risau dirinya bakal dimarahi bila mana berterus terang. Namun, ibunya lebih memahami. Aisyah bukan lagi si kecil, sudahpun dewasa dan layak untuk punya rasa cinta, rasa suka itu.

#TarbiyahCintaAisyah
Aku tetap manusia biasa, menyimpan rasa.
Aku cuba menjadi yang luar biasa, menjaga rasa ini agar tidak dicemari noda.
Dan aku, menerima ketentuan dari-Nya.
Tetap yakin dengan segala aturan-Nya.
Aku mahukan kebahagiaan dalam pengakhiran kisahku.
Ya Allah, permudahkanlah...


#MenCintaiDlmDiamMengasihiDlmSenyap #TarbiyahCintaAisyah #Indah_Tarbiyah

12 Januari 2018
#Indah_Tarbiyah



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…